Friday, April 8, 2011

Aku Mahukan Sesuatu Yang Manis!!!

Salam petang! ~

Baru lepas makan Double Spicy Chicken McDeluxe! Kekenyangan sudah! Hehe! Aku makan lambat sikit sebab ada kerja yang perlu diselesaikan.

Dah makan berat ni terasa nak makan benda manis lah. Eh, bukankah lepas makan kita perlu ada satu juadah manisan? Bak kata orang putih, dessert. Bukan desert tau! Masuk ICU pula nanti! XD

Masa ni lah nak terkenang dekat ZEN's Tiramisu. Sebenarnya, ini baru pertama kali aku menjamah tiramisu. *Kesian kan?* Baru aku tahu macam mana rasanya tiramisu ni. Sedap? Ya! Sangat sedap! Ada rasa pahit, ada rasa manis. Tapi aku suka tiramisu ni sebab x terlalu manis. Kenalah dengan tekak aku hahaha!!!

Nak rasa x?

A small glass of Tiramisu ~ I Miss You ~ Haha!

Dah, dah... Jom pergi ZEN! XD

Annin: Masa makan Cornetto Royale Tiramissyou, x terasa best sangat sebab terlalu manis. Bagi aku lah :)

Thursday, April 7, 2011

Selamat Tinggal... YUMEKUKAN! (ノ_・、)

Huk huk....

"Belum apa-apa dah menangis?". "Eh, mestilah! Sedih tau! Sedih sangat sebab tempat karaoke terhebat dekat Malaysia ni dah tutup! T___T".

Walaupun aku baru menjejakkan kaki sekali saja seumur hidup aku ke situ, sangat-sangat terkilan sebab memang banyak perancangan nak pergi sana berkali-kali lagi selepas ini. Namun impianku punah...

Mungkin x ramai yang tau tempat ini. YUMEKUKAN adalah sebuah pusat karaoke yang terletak di Plaza Mont Kiara. Pada yang x biasa mungkin jalan nak ke sana agak memeningkan haha! Aku, adik aku dan seorang lagi sahabat memang pening kepala jalan mana yang nak dituju untuk menghala ke YUMEKUKAN.

Nak cari papan tanda ni punyalah susah! XD

Kelainan YUMEKUKAN dengan pusat-pusat karaoke yang ada di Malaysia ialah kerana ia menggunakan sistem set karaoke yang sama digunakan di Jepun iaitu JOYSOUND. Hampir 80% lagu-lagu yang tersenarai dalam sistem adalah lagu berbahasa Jepun. *Oh aku sangat suka!!!* Hanya 20% lagu Inggeris, Korea etc. Lagu Melayu memang sah-sah x ada haha!!!

Pandangan dari pintu hadapan YUMEKUKAN :)

Lagu Jepun yang susah nak cari dekat mana-mana pusat karaoke, YUMEKUKAN ada semuanya! Selak, tekan remote dan nyanyi! Hehe! JPop, JRock semua ada! Memang kami bertiga sangat teruja sebab dah lama cari mana nak nyanyi lagu-lagu JRock ni. Pulak tu, semua JRock bands yang digilai tersenarai dalam buku setebal Yellow Pages! XD

Inilah dia buku katalog senarai lagu-lagu dekat YUMEKUKAN! Tebal kan?

Nak lagi best, YUMEKUKAN sangat murah! Teramat murah! Bayangkan, kami lalak-oke selama 5 jam dengan bayaran +- RM60! Maka kami lepaklah dalam bilik tu sampai pengsan! Hahaha!!!

Semua lagu dalam JOYSOUND memang menggunakan lirik dalam tulisan Jepun. Dengan adanya hiragana di atas setiap tulisan kanji, ia sangat-sangat membantu bagi aku yang x mahir dalam tulisan kanji Jepun. Selain menyanyi, dapat juga polish skill hiragana betul x? Cuma katakana aku masih merangkak lagi hehe!

Yang ni pula remote untuk JOYSOUND. Sebesar kalkulator saintifik! Cuma tinggi lebih sikit! :D

Namun harapan tinggal kenangan bila aku telah di-tag di FB tentang penutupan YUMEKUKAN baru-baru ini. Sedih! Dah x sempat nak lalak-oke lagi dekat situ... Tapi bila difikirkan balik, mesti aku lagi kachiwa dan terkilan kalau langsung x pernah jejak kaki dekat situ kan? XD

Tapi, sahabat aku yang memang kaki lalak-oke dekat YUMEKUKAN ada bagi alternatif. Dia dah jumpa satu tempat baru dekat Central Plaza. Dia dah buat perasmian pun hehe! Aku masih dalam perancangan dengan adik dan seorang lagi sahabat aku untuk merasmikan tempat lepak baru tu nanti hehe!

Reila by the GazettE! Daisuki!!!

On Your Mark ~ Hikari no Kiseki ~ by Sandaime J Soul Brothers! 3 kali nyanyi pun x puas! XD

The Final by Dir en grey. JRock time!

Def Tech's Catch The Wave! Saikou!

So, just wait for the update on that new karaoke spot okay!

Annin: Terasa dah terlalu lama x pergi karaoke. Jom! :D