Friday, October 29, 2010

Ciao's Life Make A Secret will be ON HIATUS.

Assalamualaikum to all dearest readers.

It is hereby declared, Ciao's Life Make A Secret will be ON HIATUS effective from 30 October 2010 at 00:00 a.m. until 03 November 2010. This is due to the fact that the owner of this blog will be over-the-sea and could not get in touch with the world of virtual life.


The owner, Ciao Annin-sama, hoping all the readers will have a good moments in life, enjoying a wonderful weekend ahead. Kindly take a good care of yourselves and all dearest ones.

"Minna, genki de ne! Jya, mata aimashou!" :)


Ciao: 'Exaggerate' sungguh! HAHAHA!

Source: Google pic ~ On hiatus ~

Monday, October 25, 2010

Syukur Alhamdulillah :)

Assalamualaikum semua!

Tanggal 22.10.2010 yang lalu, genap umurku 27 tahun. Wah! Besar sungguh angka tu. Tapi, ia hanya sekadar angka betul x? Nak kata ia membawa perubahan yang besar tidak juga. Apa yang aku rasa masih sama. Cuma dari segi pemikiran dan persepsi, mungkin melalui fasa yang seterusnya.

Namun, dalam melangkah arus kehidupan yang penuh dengan hitam putih, juga kelabu asap, aku merasa cukup bertuah dan bahagia sebab punya kehidupan yang cukup dengan warna. Dikelilingi orang-orang tersayang, terutama ahli keluarga yang paling aku chenta! X mungkin aku boleh menjalani liku-liku hidup tanpa mereka. LOVE MY ABAH, MAMA, ABANG BESAR, ABANG KECIK & DADIK so much! Terima kaseh sebab selalu ada untuk aku! :')


X lupa juga kawan-kawan, x kira kawan rapat ke renggang, jauh ke dekat, realiti mahupun maya, AKU SAYANG KORANG SEMUA! Punya korang semua, sudah cukup memberi semangat, kegembiraan, juga kebahagiaan yang x mungkin aku dapat sekiranya aku kehilangan korang satu hari nanti. Segala doa korang amat aku hargai! HONTOU NI ARIGATO GOZAIMAS! MINNA DAISUKI!!!

Semoga persahabatan kita berkekalan hingga ke akhirnya, insyaAllah, amin :)
Ah, kekucing ku juga! X, aku x lupa lah hehe! Neko-chiin lah pengubat duka lara :'D

Ciao: Mohon maaf atas ke-biskut-an diri ini hehe!

Thursday, October 21, 2010

Michi ga Daisuki!!!

Salam :)

Malam tadi aku tengok si budak nih makin tembam lak. Masa lepas sakit perut hari tu, badan susut. Ni alih-alih nampak demok! Hahaha!!!

Mana x nya... Asyik dok mintak makan biskut jenama Misha tu je. Nasik pun xmo pandang dah... Memilih kau ye sekarang? Ni nak ikut perangai Chichot lah nih ye? Nasi campur pun x nak dah!

Pembaca: "Apa lah yang budak nih membebel petang-petang nih? Siapa yang gila biskut Misha tu?"

Ahahaha!!! Nak tau apa yang aku ngomelkan nih? Nah! Inilah dia!!!

I present you.... AMI MICHI!

Nyenyak gila dia tidur atas bantal tayar motor abah aku tu kan? Kesian... Ngantuk sangat. Baru balik dari kerja lah katakan... Mwahahaha!!!



Yang ni pulak masa Michi tengah blur, lepak bawah pokok mangga abah aku. Entah apa yang difikirkan tu agaknya ya? Masalah ekonomi negara? XD

Aku pernah sebut pasal Michi nih dalam entri lepas pasal kekucing aku sebelum nih. Cuma x letak gambar je hehe! Maka, kali nih aku buat entri khas untuk Michi! Diperkenalkan, satu lagi kucing kesayangan dalam rumah aku! Weeheee!!!

Michi adalah kembar seiras kepada Miko. Tapi kesian Michi, sebab Miko x sempat nak besar, nak main sesama.

Michi nih perangai dia agak pelik. X suka dipegang macam si Tacha. Kalau kena dukung, tau apa taktik dia? Tahan dengan kaki dia tegak-tegak dekat badan kita. So, kalau nak peluk pun x boleh! X kasi can woo! Lepas tu mulalah meronta-ronta nak dilepaskan hahaha!!!

Lagi satu, Michi suka panjat tempat tinggi. Pernah sekali dia panjat rumah jiran sebelah sampai atap. Tapi x boleh nak turun. Seharian abah aku cari. Esoknya, pepagi buta abah aku sampai rumah lepas hantar aku dekat stesen komuter, abah aku dengar suara Michi. Cari punya cari, laaaaa.... Dekat atas atap tu dia dok nangis! Dah terang sikit pagi tu, abah aku terpaksa lah mintak izin jiran aku tu nak pergi 'jemput' Michi. Hai... Michi... Michi... Apo nak jadi?...

Fakta: Dulu Michi x pandai nak makan ikan mentah. Sekarang dah boleh makan, tapi dalam kuantiti yang kecil. Aish... Kucing yang pelik!

Ciao: Michi, tunggu aku balik nanti tau!

Tuesday, October 19, 2010

Berjalan-jalan Melihat Alam! :)

Setelah beberapa minggu terperuk di rumah, akhirnya Sabtu lalu aku berjaya jugak keluar dari kepompong! Cewah! Plan asal nak keluar dengan adik aku tapi dia pulak balik lepas exam petang Sabtu tu. So, aku pun terus je lah memenuhi undangan kawan-kawan aku untuk berlibur ke Times Square.

Yang kelakarnya, semua berlaku secara spontan masa tu. Sepatutnya sorang dari member aku tu kena ajar kawan dia driving. Tiba-tiba x jadi pulak... Maka Project Times Square diawalkan. Kitorang pun mulakan perjalanan dalam pukul 11.30 a.m. Hmm... Federal Highway jam pulak. Sampai Times Square dekat pukul 1.00 p.m. huhu...

Orang memang x payah cakaplah. Ramai gila! Ni kali kedua aku jejak Times Square. 1st time dulu buang masa 4 jam tapi x beli satu apa pun sebab xde yang berkenan di hati haha! Kali ni... Nah! Berbelanja sakan weh! Tapi xdelah sampai terlebih bajet.

Dari pemerhatian, hampir 90% barang dekat situ bermula dengan harga RM25. Kalau dapat tawar lagi murah memang bernasib baik. Kalau pandai cari yang lebih murah, anda memang hebat! Di akhir misi, aku berjaya membeli 2 beg dan satu cincin hensem! Mwahahaha!!! Bajet keluar? Hanya RM70 heheh! X termasuk makan la haha!

Meh cuci mata meh! :D

Ni dekat centre court Times Square (centre court juga dorang panggil eh? Aku lupa lah)
Penuh gila!

Kawaii deshou? Chomel gila rantai leher dengan pendant robot nih. Rasa nak je beli tapi macam xde guna sangat. Amik gambar pun cukuplah :D

Yang ni pulak dengan pendant kamera. Ah! Ke-chomel-an!!! Kalau korang berminat, pergi kiosk minah Myanmar dekat Level 2 (Rasanyalah haha!)


Ni saja enterframe, nak tayang cincin hensem terbaru mwahahaha!!! Tapi dah calar sikit la sekarang. Aku pakai ganas kot! Haha! Sekarang target nak beli cincin dekat Dragon Silver pulak heheh!

Masa nak balik, kawan kepada kawan aku call, ajak pergi Mid Valley pulak. So apa lagi, gerak gerak gerak khas!!! Mwahahaha!!! Sebelum tu kena balik Shah Alam dulu sebab member kawan aku akan pick up dekat sana. On the way ke Shah Alam, ada sesuatu kejadian kelakar telah berlaku. Kitorang sesat!!! Gara-gara salah masuk susur keluar, x pasal-pasal sampai Putrajaya. Padahal dekat je nak balik Shah Alam! Kahkahkah!!!

Kalau dah sampai Mid Valley nih, ada satu je misi aku. Taraaa!!! Akhirnya!!!


SONY MDR - 370LP! Akhirnya berjaya juga aku memiliki headphone chomel nih. Tapi aku nak kaler pink! Habis stock pulak... Hijau nih pun lawa jugak kan? :D Bunyi? Sangat berpuas hati! Hehe!


Singgah jap dekat kedai Swatch. Dorang baru je pindah masuk Mid Valley nih.
Jam emas nih koleksi terbaru. Chantek woo! Tengok je jam emas nih terus je ingat dekat kawan blogger aku, si Jejaka Sensitif a.k.a. Tengkorak Emas tu haha! Amacam Hasrul? Hensem x jam nih? Tapi harga pun hensem jugak lah huhu...

Dekat pukul 9.30 p.m. dorang bawak pergi Damansara. pulak. Makan time! Alamak! Xde gambar pulak haha!!!

Lepas semua dah kenyang, kitorang pun gerak balik. Terima kasih x terhingga kepada kawan-kawan aku sebab sudi hantar aku sampai depan pagar rumah. Thank you so much guys!

Walaupun penat, tapi memang happening! Kosong sikit otak nih. Sepanjang minggu lepas aku rasa serabut sangat. Tu yang jadi macam biskut tu. Kejap ada, kejap xde! Haha! Sama juga dengan minggu nih. Nak kejar dateline punya pasal. Aku akan cuba buat yang terbaik. Buat masa nih, banyak dah benda aku nak bebelkan tapi x berkesempatan. Ini aje dulu ya :D

Have a great moments all dearests! Have a smiley day! :D

Ciao: Tunggu lepas hari Khamis, insyaAllah aku 'bebas' sedikit. Weeheee! ~

Friday, October 15, 2010

Huish!!! Bahaya betol budak-budak nih! Berani gila!



Korang tengok! Siap main teropong-teropong bawah meriam tu! Kan ke tinggi??? Anak siapa lah nih? Ish... ish... ish...

Yang lelaki tu sebenarnya adalah abang aku nombor 2! Hahahaha!!! Dia memang macam tu. Suka explore sana sini! Tapi sampai nak terjah apa ada dekat bawah tu... Gila x gila? Sesuka hati je dia tu kan? XD

Ciao: Rindunya zaman kanak-kanak. Ni masa kitorang jalan-jalan dekat Bukit Melawati. Tahun 1987 kalau x silap. Nak jalan-jalan!!! Jom!!!

Monday, October 11, 2010

Selamat Tinggal 10.10.10!

Salam semua :)

Hari nih dah masuk hari baru untuk minggu yang baru. Tarikh 11.10.2010. Semalam aku tengok ramai yang buat entri tentang hari istimewa 10.10.10. Bagi sesetengah orang, 10.10.10 adalah hari bahagia, hari yang menyematkan seribu kenangan dimana pada tarikh ini ramai yang melangsungkan perkahwinan, juga hari pertunangan. Tahniah aku ucapkan!

Namun, bagi sesetengah pihak pula, 10.10.10 merupakan hari yang kurang bernasib baik. Dan yang paling aku terkejut sekali, kejadian kemalangan ngeri yang berlaku dekat Alor Gajah, Melaka semalam. Takziah buat keluarga mangsa. Sesungguhnya kejadian sebegini sukar diramal dan ianya sudah menjadi ketentuan yang telah tertulis oleh-Nya.

Secara peribadi, 10.10.10 tidak memberikan sebarang impak untuk diri aku. Pada aku, ia hanyalah sebuah tarikh. Begitu juga dengan 11.11.11. Tidak ada apa yang istimewa dengan tarikh tersebut. (Kecuali lah kalau aku nikah pada Jumaat 11.11.11! Hahaha!)

Aku tertarik dengan entri kawan sekolah aku, AmiHideGulz tentang dirinya dengan tarikh 10.10.10. Pernah memasang angan-angan untuk menamatkan zaman bujang pada tarikh istimewa itu. Dan pada hari yang ditunggu, beliau masih single, seperti aku juga! ;D (We're in the same boat of happeeness, right Ami? Hehe!)

Dan aku hormati pendirian beliau. Sama seperti yang aku luahkan dalam entri 'lepas geram' nih. Aku juga tidak kisah sekiranya orang mempersoalkan umur yang semakin meningkat, namun masih lagi belum berkahwin. Kahwin??? Seriously, the word 'marriage' is not in my life dictionary. YET! Aku tahu dan aku percaya, dengan keizinan dari-Nya, perkataan itu akan aku sebut juga satu hari nanti :)

Buat masa nih, aku cukup bahagia, cukup gembira dan bersyukur dengan segala yang dikurniakan kepadaku. Terpulang kepada yang lain untuk mempersoalkan atau memandang keadaan ini sebagai satu perkara yang aneh! Aneh sangat kah? Normal je aku rasa? Korang rasa macam mana? Mwahahaha!!!

Perkahwinan itu memerlukan satu komitmen yang amat besar. Tanggungjawab juga semakin bertambah. Maka, tidak salah sekiranya mengambil masa yang lama untuk menilai diri sama ada sudah bersedia atau tidak. Dan masa ini jugalah digunakan untuk memperbaiki segala kelemahan. Ingat nak pilih suami macam pilih ikan ke? Nak pilih ikan pun kena tengok betul-betul tau!

Oleh itu, bersyukurlah dengan semua yang ada depan mata kita. Hargailah setiap insan yang menghargai diri kita. Sekali kita abaikan atau tinggalkan mereka, x mungkin mereka akan kembali dalam hidup kita. Ingat! Menyesal pun x guna!


Pic credit to xcupcakecorpse.xanga.com

Ciao: "Years and years of surviving and exploring the world! Meeting different kind of people is exciting! But the best of them is not in the surface. Yet!" ;)

Sunday, October 10, 2010

Just One Hanim - Give It To Me!

Just a random fun moment that I posted last year on FB. I was laughing reading it all over again! Haha!!! It was kind of a slogan generated game which was randomly matched with a question. One word: AWESOME! But you have to put your name first! ;)

*Your name will appear in each slogan generated! XD

It's a fun time delivery everyone! Have fun reading! (And laughing? Haha!)


1. What do you say to yourself every morning?
"Easy, Breezy, Beautiful Hanim" (Oh happee day ~)

2. What do you want other people to say about you?
"Only Hanim Has The Answer" (Haha! Himitsu dayo ;p)

3. Someone asked you out, your answer is...
"Plop, Plop, Fizz, Fizz, Oh, What a Hanim it is" (Does he/she understand this?)

4. How would you answer a booty call?
"Better Living Through Hanim" (Say what?!)

5. How would you introduce yourself to someone you really like?
"Things Go Better with Hanim" (Haha! Nice one!)

6. To someone you dislike?
"Loves the Hanim You Hate!" (Mwahahahaha!!!)

7. Your parents ask you why you got home late, you say...
"A Hanim A Day Helps You Work, Rest and Play" (Seriously? Run!!!)

8. You're failing a subject, you say...
"Time for a Sharp Hanim" (Okay, I'm serious this time 8D)

9. The love of your life asks you to marry him/her, what do you say?
"Nothing Acts Faster Than Hanim" (Saying "I do" faster than da speed of light! XD)

10. Your bf/gf is breaking up with you, you tell him/her...
"Hanim Comes to Those Who Wait" (Daaa ~)

11. What are the best words to describe you?
"I Want My Hanim" (Yatta! ~)

12. If you're going to have a movie about your life, the title is...
"So Easy, No Wonder Hanim is #1" (Gonna be a sold out one hohoho!!!)

13. Your last words before you die...
"You'll Never Put A Better Bit Of Hanim On Your Knife" (Dare to?)

14. Your message to a special someone..
"Is It Live, Or Is It Hanim?" (Better choose wisely. Or else....*smirking*)

15. Title of this post will be posted as??
"Just One Hanim - Give It To Me!" (Only the best could have one XD)



Not so related but it's fun to read while drinking! ;)

Ciao: Funny eh? Sharing to kill some time :D

EXILE's I Wish For You is LOVE!!!

I was babbling about this awesome single previously on this post. I just recently got to hear the full single. Oh my god!!! So AWESOMENESS!!! Sasuga EXILE da ne! ~ :D

As mentioned, "I Wish For You" was released last Wednesday, 06.10.2010. It consists of 7 awesome tracks: 1 new song, 1 instrumental and 5 House Mix songs! Among the House Mix is the most popular Choo Choo TRAIN! Everytime I listen to this, I started to move like the signature dance of EXILE's Choo Choo TRAIN! To those EXILE daifan, you know what I mean! XD

I like VICTORY - House Mix - and Someday - House Mix - a lot!!! It gives some kind of 'power' hehe! Galaxy Express 999 feat. VERBAL (m-flo) - House Mix - also cool!

Again, I'm totally LOVE this awesome EXILE's new single! PV? Oh! You could enjoy it here ne! :)



01 I Wish For You ♥♥♥♥♥
02 I Wish For You - Instrumental - ♥♥♥
03 I Wish For You - House Mix - ♥♥♥♥♥
04 VICTORY - House Mix - ♥♥♥♥♥
05 Someday - House Mix - ♥♥♥♥♥
06 Galaxy Express 999 - House Mix - ♥♥♥
07 Choo Choo TRAIN - House Mix - ♥♥♥♥♥

Ciao: So full with awesomeness & ♥0♥!!! Can't wait for the next karaoke (or should I say lalak-oke? Haha!) session! Lots of EXILE on the list!

Saturday, October 9, 2010

Sangat Penyabar atau Buat-buat Tak Dengar?

Aku keluar agak lewat dari ofis setelah pulang dari Putrajaya, menghadiri jamuan hari raya. Walaupun letih dan berasa agak malas untuk menapak ke stesen komuter, aku gagahkan jua langkah kaki ku ini.... Melalui laluan pejalan kaki, dalam kegelapan yang ditemani samar-samar lampu jalan cewah!

Banyak betul bas di sepanjang laluan. Semuanya ke pantai timur. X kurang juga warga pantai timur yang menunggu di tepi-tepi bas. Eh, kenapa semua nak balik kampung? Cuti panjang ke? Best betul tengok orang balik kampung naik bas. Aku x pernah lagi rasa macam mana perasaan pulang ke kampung menaiki bas huhu...

Lebih kurang 10 minit, aku tiba di stesen Putra tepat jam 8.00 malam. Menunggu di platform nombor 2 (2 ke? Haha!). Seperti biasa, aku mulakan aktiviti observation kegemaranku. Melihat ke arah platform 1, aku terpandang seorang lelaki dan seorang perempuan duduk bersebelahan di situ. Mulanya aku tengok tiada apa-apa yang berlaku. Kenapa aku tengok lelaki tu? Ehehe... Sebab aku rasa nak pandang lah! Haha!!!

X ada apa yang menarik pun nak dilihat sebenarnya dekat 2 orang tu. Tapi, bila sekali lagi aku pandang, aku terasa pelik. Kenapa perempuan tu tengok lelaki tu x toleh-toleh? Aku tajamkan lagi penglihatanku. Perempuan tu macam tengah bercakap-cakap dengan lelaki tadi. Tapi kenapa lelaki tu x pandang dekat perempuan tu langsung? Asyik pandang bawah, kiri kanan.

Eh, kenapa perempuan tu cakap x berhenti? Ish... Macam marah dekat lelaki tu je? Kenapa lelaki tu diam? Xde respon? Pelik sungguh!

Aku terus perhatikan. Memang sah perempuan tu marah (pada aku marah sangat-sangat!). Sebab apa? Sebab perempuan tu dah mula tampar-tampar bahu lelaki tu. Mula tolak-tolak kepala lelaki tu. Tapi (tapi lagi!) lelaki tu masih sama, masih diam x bersuara. Cuma dia betulkan rambut dia je.

Xkan lah boyfriend-girlfriend? Aku x rasa dorang nih couple, sebab lelaki tu muda dan yang perempuan tu nampak lebih tua dari lelaki tu. So, aku buat kesimpulan, perempuan tu kakak kepada lelaki tersebut hehe!


Sumber: Google ~ Takut x? ;D

Cara dengan gaya perempuan tu marah nampak macam kakak-kakak yang memarahi adiknya. But seriously, marah betul perempuan tu! Tangan tu sampai tunjuk-tunjuk dekat muka, macam nak cucuk-cucuk biji mata je.

Xtau lah apa yang dimarahkan sangat oleh perempuan tu. Yang pasti lelaki tu mesti dah buat sesuatu yang betul-betul salah. Kalau x, xkan perempuan tu tolak-tolak kepala dia? Dan kenapa, KENAPA lelaki tu boleh mendiamkan diri tanpa sepatah pun keluar dari mulut dia? Penyabar sangat ke? Ke buat-buat x dengar? Sebab aku tengok muka dia macam xde perasaan pun haha! Mungkin jugak dia buat-buat x dengar sebab xnak argue lebih-lebih.

Eh, lama betul perempuan tu marah! Marah non-stop tu! Dah 8.40 pun mulut dia masih mengomel-ngomel. Tangan memang x boleh duduk diam... Kesian pulak aku tengok lelaki tu huhu...

Tatkala tu aku berfikir sejenak, masih wujudkah lelaki yang begitu penyabar, sampai orang lain naik tangan semua? Kalau betullah perempuan tu kakak dia, lain lah. Tapi, aku x faham kenapa lelaki tu x defend diri dia? X bersuara satu hapa pun! Diam membatu aje! Dahsyat lah mamat nih! ;D

Kalaulah betul lelaki penyabar sesangat nih masih wujud, memang bertuahlah! Tapi, janganlah sampai dipijak-pijak ye wahai si lelaki penyabar teramat! Awak tu lelaki! Ya, mungkin tu kakak, mungkin juga kau memang dah buat salah... Sekurang-kurangnya, bersuaralah. Mohon maaf kalau salah. Bersuaralah... Beri respon. Tidaklah orang lain terasa yang dorang nih macam cakap dengan dinding, dengan tunggul kayu! Xdelah sampai orang lain nak tolak-tolak kepala sebab kau buat x tau je!

Fikir-fikirlah... Seeloknya masalah, x kira kecik ke besar, bincanglah di tempat yang sesuai. Bukan di tempat awam macam dekat stesen komuter tu. Kan ke ramai orang tengok? Semua orang pandang-pandang. Karang dikata busy body pulak?! ;)

Sekian, hujah di pagi buta. Terima kasih! :D

Ciao: Sampai aku naik tren pukul 9.00 malam pun sesi marah-marah, tangan naik sana sini masih berlangsung huhu... Macam-macam!

Thursday, October 7, 2010

A Short Break of Thoughts

Salam :)

It's been 2 days since my last post. Despite a busy routine at work, am now suffering from on & off cold. Hadoii....

Actually I got infected with flu since the last 3 weeks. And in this 4th week, the cold started again. In fact, worse than before huhu...

Let alone the cough, its also hard for me to breath T____T. I hate to depends on medicine too much since it effects my conciousness. Passed out last 2 nights due to cough syrup haha!!! I'm beat! And because of that also I was late to the office! Sorry moi dear officemates! :')



I guess I could only have a very good quality rest on this coming weekends. No wayang-wayang! Just stay at home! Ada faham??! XD

p/s: To Tengkorak Emas, I will reply all your comments later ya? All of the comments are safe in moi poketto! :D

Ciao: Really miss Colonel Casey... No CHUCK for the past 3 nights huhu...

Source: Google pic ~ Cold Sick ~

Monday, October 4, 2010

Permata Yang Tiada Gantinya...

GETARAN JIWA-nya memecah keheningan senja. Sesekali BILA LARUT MALAM ku terdengar BUNYI GITAR anak seni yang sedang menempuh GELORA hidup ini. Baginya AZIZAH bagaikan BULAN DIPAGAR BINTANG. Rintihannya JANGAN TINGGAL DAKU dan dengarlah JERITAN BATINKU memperlihatkan kesungguhannya menghidupkan layar perak dengan KISAH RUMAHTANGGA. Dia sedia BERKORBAN APA SAJA demi menghiburkan MANUSIA MISKIN KAYA walaupun kadangkala DALAM AIR TERBAYANG WAJAH anak-anak yang merayu "TOLONGLAH KAMI". HANCUR BADAN DIKANDUNG TANAH budi yang baik dikenang juga. DI MANA KAN KUCARI GANTI?


~ Menarik kan kata-kata nih?. Sempena promosi tayangan filem-filem Allahyarham Tan Sri P. Ramlee di Astro sepanjang Oktober 2010 :)

Ciao: Nak tengok!!! Tapi xde Astro T__________T

Sumber: The Star 04.10.2010

Sunday, October 3, 2010

Debaran Saat Pernikahan? Nestle Bliss ada jawapannya!

Salam ceria pagi Ahad! :)

Nampaknya sepanjang minggu nih hidupku dipenuhi dengan bayang-bayang Nestle Bliss! Ahaha! Walaupun ada yang dirancang dan ada yang secara kebetulan, tapi ia betul-betul membuatkan hidupku tambah ceria :D

Semalam aku menghadiri majlis pernikahan sepupu ku di Kampung Sungai Ramal Luar, Kajang. Majlis pernikahan dilangsungkan lepas solat Zohor. Semasa menunggu majlis bermula, biasalah... Aku kan suka melihat keadaan sekeliling, tengok gelagat manusia yang ada dekat situ eheh!

Aku selalu dengar pasangan yang bakal dinikahkan akan rasa berdebar, risau, takut dan macam-macam lah perasaan ada. Duduk pun x tentu arah hehe! Sepupu aku, si pengantin perempuan, duduk dengan cool di sebelah ibu dan adiknya. Wah! Nampak tenang je? Tapi, ketika bersalaman dengannya, sempat dia cakap kat aku, "Adoii... Rasa nak tumbang!" Haaa??? Tu dia.... Luaran je nampak tenang rupanya haha!

Tatkala melihat ke luar, aku nampak si pengantin lelaki berjalan mundar-mandir di perkarangan masjid. Terdengar juga dia berkata, "Fuh! Berdebar siot!" pada kawan-kawan dan saudara lelakinya. Kemudian, salah seorang daripada kawan-kawannya memberikan sesuatu kepada pengantin lelaki, "Nah, minum nih. Biar tenang sikit!". Tahu x korang air apakah yang diberikan kepada si pengantin lelaki? Nestle Bliss Yogurt Drink Strawberry tu!!! Haha!!!

X tahu pulak aku yang Nestle Bliss Yogurt Drink mampu menenangkan debaran pengantin di saat pernikahan hahaha!!! Lepas je pengantin lelaki selesai minum Nestle Bliss Yogurt Drink tu, dia berkata lagi, "Ok, ok... Cool! Cool!". Ahahao! Kachak lah kau, Nestle Bliss! XD

Sebenarnya ni semua kebetulan je. Kalaulah betul Nestle Bliss mampu menenangkan debaran semua bakal pengantin, pergh! Memang hebat! Haha! Memang bonus lah untuk sesiapa yang suka minum Nestle Bliss nih! ;D

Alhamdulillah, majlis pernikahan berjalan dengan lancar. Pengantin lelaki dinikahkan sendiri oleh ayah pengantin perempuan. Dengan hanya sekali lafaz, mereka telah sah menjadi suami isteri. Hebat kan penangan Nestle Bliss Yogurt Drink? Ahaha! Just kidding ne!

Tahniah ku ucapkan buat sepupuku sekeluarga :)



Izwan & Azlina

Selamat Pengantin Baru!!!

Ciao: Pertama kali menghadiri majlis pernikahan. Oh... Macam tu prosedur-nya ;)

Friday, October 1, 2010

Kala Malam Terasa Lapar ~ XD


Annin de EGG IN A TOAST ♥ Moi supper!

Aish... Asyik nak makan je semenjak dua menjak nih... Padahal petang tadi sebelum balik, aku dah makan lazatnya... Eh! Lasagne lah ahaha! Sedap gak lasagne ni rupanya ya? Mwahaha!!!

Walaupun resepi supper yang amat mudah, tampak menarik bukan? Aku suka buat menu nih kalau malas nak masak haha! Tapi untuk aku sorang je lah... Kecuali ada permintaan dari abang atau adik aku.

Orait! Perut pun dah kenyang, aku nak layan Chuck Season 3 kejap. Dah 3 hari aku x 'jumpa' Colonel Casey! Cewah! Perasan lebih!

Ja ne minna! Oyasumi!

Ciao: Aku masak satu je tau! Hehe! Yang atas tu gambar hari tu, malas nak snap gambar baru hehe!