Thursday, December 30, 2010

Sekali ke Kinokuniya... Tuu Diaaaaa ~

Yappo! Haha!

Selasa lepas aku telah mengambil langkah drastik ke Kinokuniya. Ini semua gara-gara adik aku yang 'mengumpan' aku dengan perkataan keramat "EXILE" hehe!

"Weh! Aku jumpa satu tempat best!"

"Aku jumpa photobook EXILE!"

"Magazine EXILE RM15.00 je weh! Gila lah!"

Tanpa segan silu, aku terus kemas meja dan bergegas ke Kinokuniya. Satu lagi sebab utama aku gagah ke sana sebab aku cuma bagi RM50.00 saja dekat adik aku kalau-kalau dia terjumpa magazine EXILE yang terbaru. Sekali dia telefon cakap dia jumpa photobook EXILE. Cuma ada 2 saja. Aku terus suruh dia pegang satu, jangan bagi lepas! Lepas tu dia jumpa pulak macam-macam. Ish... X boleh jadi ni! Haha!

Entah naik tren arah mana pun aku ikut langkah saja kaki aku yang laju ni. Ala... Kalau salah pun, tukar platform saja. X ada masalah! Cewah!

Setengah jam, sampai juga aku ke Kinokuniya. Tiba dekat manga section, ternampak adik aku berdiri sambil termenung tengok air pancut dekat taman KLCC tu. Jiwang la pulak kau haha! Terus dia tunjuk photobook EXILE & 2 magazine EXILE. Ada edisi World Cup 2010! Cover AKIRA hokey! Wah!!!! Punyalah susah nak dapat cover AKIRA tau! X kisahlah magazine EXILE ke, BARFOUT ke... nampak saja muka AKIRA, oh indahnya hidup ini! Mwahahah!!!

2 EXILE's magazines and 1 photobook!

Ok! Baru hari tu aku perasan ada satu section yang telah dibongkari oleh adik aku haha! Selama ni memang x pernah nampak pun tagging warna merah tu. It's BARGAIN SECTION everyone!!! Memang harga semua lelong! Apa lagi, satu-satu majalah aku selak! Nampak yang aku suka, tarik!!! Haha!!!

Koleksi majalah JROCK yang dah lama aku x update :)

Dah puas belek majalah, pergi pulak dekat manga section. X expect pun akan ada 'tangkapan' sebab rasanya baru bulan lepas aku shopping manga. Dari hujung ke hujung, dapatlah 4 koleksi hehe!

Current favourite mangas!

Vampire Knight Official Fanbook! Kachak habes!!!

* * *

Dan hasil tangkapan ku malam itu... TARAAAAA!!!!



Selesai operasi, aku dan si adik mulakan perjalanan pulang. Tapi... Sesampai di LRT PWTC hujan sangat lebat! Angin sangat kuat! Jam pula menunjukkan sudah 8.15 malam. Terpaksalah berteduh. Dalam 9.00 baru boleh redah hujan. Nasib baik juga Kinokuniya bagi beg plastik. Kalau beg kertas, mau tercicir satu-satu buku aku atas jalan haha!

Namun terpaksa melepakkan diri dekat The Mall sebab hujan macam lebat balik. Buang masa pula dekat McD sampai 9.30. Dah renyai tu barulah kami berdua berlari-lari ke stesen Putra :)

Sampai check point = rumahku syurgaku tepat jam 11.30 malam haha! Padahal esoknya kerja! Dan tidurku penuh bahagia ditemani EXILE magz & photobook! :D

Ciao: Kalau dah obses, memang x boleh nak buat apa dah kan? ;)

Cuti 31 Disember Ditarik Balik?

APA??? Jeng jeng jeng!!!

Ahaha ~ Buat relax semua! Buat relax... Hehe! Macam ni ceritanya....

Sebenarnya aku dah punya plan untuk Jumaat ni. Memandangkan adik aku akan balik ke kampus untuk semester baru minggu depan, maka aku bercadang nak habiskan masa satu hari lepak dengan dia. Yelah, nanti bila dia dah mula kelas, mula itu mula ini, mana ada masa dah nak balik rumah? Nak ber-jimba sama-sama? Bosan weh aku nanti! Tu sebab kalau boleh aku akan curi juga satu hari untuk dihabiskan dengan dia hehe!

Awal-awal aku isi borang permohonan cuti untuk Jumaat ni. Dah dapat tandatangan boss pun! Hehe! Walaupun dah rasa Malaysia akan menang Piala AFF Suzuki 2010, tapi x sangka pula akan dapat cuti umum! Weehooo! ~

Jadi, aku harus tarik balik-lah borang permohonan cuti aku tu dari meja Chief Clerk awal-awal pagi nanti! Mwahaha! Hati aku pun dah menari-nari sebab jimat cuti tahunan aku (1) hari kahkahkah! Tahun depan boleh cuti banyaaaaaaak-banyak! *Kalau berkesempatan... XD

Haaa... Mesti ramai hati berbunga-bunga kan bila dengar Jumaat ni cuti? Dapatlah bercuti panjang minggu ni. Mesti macam-macam plan nak buat hari minggu nanti. ;)

Sepetang di Labuan ~ Oh rindunya!

Tahniah buat skuad Harimau Malaya atas kemenangan sebagai Juara Piala AFF Suzuki 2010! Tahniah juga buat seluruh rakyat Malaysia!!!

Ciao: Holiday mode: ON! XD

Wednesday, December 29, 2010

Chantek dan Menarik?

Entri award belum sempat nak panas enjin dah masuk lagi satu entri award hahaha!!!

Taraa!!! Dipersembahkan Award Blog Cantik dan Menarik yang telah dipanjangkan oleh Hasrul-kun a.k.a. Tengkorak Emas. A.R.I.G.A.T.O.U!

Award kali ni juga disertakan sekali dengan 6 soalan. Tapi agak lain sedikit sebab ia banyak bertanyakan tentang kehidupan. Sukakah anda dengan kehidupan? Mestilah suka kan? Tapi jangan lupa untuk memanjatkan kesyukuran kepada-Nya okey? :D

Dan soalannya adalah...

1. Apakah pandangan anda terhadap blog yang tag blog anda untuk terima award ini? Blog Tengkorak Emas. Pertama kali aku terbaca nama blog, aku cuma bayangkan blog ini milik seorang jejaka yang 'ganas'. Sebab apa aku kata ganas? Sebab nama dia saja dah memberikan satu aura bila kita menyebutnya hehe! Tapi hakikatnya pemilik blog ini tidaklah seganas yang disangka. Entri pertama aku baca tentang pengalaman beliau sewaktu Ramadhan. Bahasa yang cukup berhemah terus mematahkan sangkaan aku tentang si penulis. Sangat dekat dengan diri sehingga dapat rasa kita juga berada dalam ceritera yang dipentaskan. Dan satu lagi point utama yang membuatkan aku suka membaca blog beliau kerana pengisian dalam entrinya sering mengingatkan aku dengan dunia. Selalu menimbulkan kesedaran dalam diri. Beliau x lokek dengan ilmu, malah amat senang untuk berkongsi. Seriously, adakalanya aku sendiri terasa seperti ingin menitiskan air mata tatkala 'mencerminkan' diri kembali. Aku sangat bersyukur dan gembira dipertemukan dengan blog ini :')

2. Kenangan manis dalam hidup anda.
X ada yang lebih manis rasanya daripada dianugerahkan sebuah keluarga yang sangat memahami dan menyayangi satu sama lain. Apa pun terjadi, walaupun ada kalanya aku terlalu mengikut kepala sendiri, keluarga aku lah yang banyak memberi sokongan dan teguran. Abah, Mama, Muza, Ewan, Mia... Aku sayang semua sangat-sangat! Terima kasih!!!

3. Kenangan pahit dalam hidup anda.
Tatkala satu demi satu orang yang aku sayang hilang dari hidup aku. X boleh aku lupakan masa arwah nenek sebelah mama bertanyakan tentang aku ketika dia sakit tenat. Disebabkan peperiksaan akhir semester, aku terpaksa pulang ke kampung lewat. Tapi apakan daya, DIA tidak mengizinkan aku bertemu dengan arwah nenek buat kali terakhir. Namun aku bersyukur dapat menatap wajahnya sebelum dikebumikan.

4. Adakah anda puas hati dengan kehidupan anda sekarang?
Masa makin laju meninggalkan kita. Banyak juga perkara baru datang dalam hidup. Jujur aku kata aku masih belum puas dengan hidup aku sekarang. Bukan tamak, tapi aku belum rasa yang aku telah memberikan sepenuhya dengan apa yang aku mampu lakukan. Mungkin masanya masih belum menjelma. Eventually, as time goes by, will do my very best to serve!

5. Nyatakan 3 impian anda yang belum tercapai.
  • Menjejakkan kaki ke Jepun!
  • Memiliki kenderaan dan kediaman sendiri.
  • Melangsaikan hutang PTPTN dengan jayanya! HAHAHA!

6. Tag 5 blog untuk award ini.

Ciao: Mata dah x larat nak bukak. Jalan kaki sambil pejam mata menuju ke stesen Putra HAHAHA! Chills everyone! :)

After A Long While... It's Time for AWARD!

Assalamualaikum semua!

Ciao Annin-sama berharap semua berada dalam keadaan sehat dan baik, insyaAllah amin! *Skema pulak kau ni! Ahaha!*

Oraito! Entri ni khas untuk anugerah yang diterima untuk blog Ciao's Life Make A Secret dari followers yang kachak lagi bergaya! :D Terima kaseh ya kalian! LOVE!


Award yang pertama datang dari Ajie Labah-labah Merah. Award ini adalah award pertama di design sendiri oleh Ajie. Cool lagi berapi woo! Love the design especially the font! I'm COOL yet I'm HOT! Hahaha!!! Thank you so much Ajie! :D

And I'm tagging Mr TE for this award! La la la ~

* * *
Award yang kedua pula telah dipanjangkan oleh si chomel Momochan dari Jumping Momochan! Ada soalan disertakan dengan award ni. Okey, jom kita kerjakan! Mwahaha!!!

1. Siapa yang tag anda?
Itu di atas udah ada jawapannya haha! It's from Momochan deshu! :D

2. 3 perkara menarik tentang orang yang tag anda?
Satu: A cute & happee girl all the way!
Dua: Suka photography! Dan aku suka tengok koleksi gambar dia hehe! Chantek woo!
Tiga: Sangat suka dengan Hanis Zalikha! ;)

3. Ceritakan macam mana anda kenal dengan orang yang tag anda.
Kalau x silap mula kenal dengan Momochan masa Momochan tinggalkan komen dekat entri sketching ni. Bila baca blog dia, chomel aja entri-entri dia. Tambah pulak dengan gambar yang best lagi chantek! Momochan sangat ramah orangnya tau!

4. One word to describe him/her.
Kawaii!!! ;)

5. Tag 5 bloggers.
Instead of 5, I'm tagging 2 hehe!


Ahhaa ~ Owari da! :)

Wednesday, December 22, 2010

'Cause You Make Me So Hard To Breathe ~

Assalamualaikum ~ Ohayo!

How you guys are doing these days? Happee? Not so happee? Maa ~ Always wishing you guys having a wonderful and great moments in every minute of life, insyaAllah.

Man! Am missing my 'days' in this blogging world! Wish I could go 'door to door' to all your kakkoii blogs, reading each and every of your entries that I have been missing! Daijobu minna! I will steal times to walk by ya! :)

Past few days, my mind and my thought was conquered by those 'white files'. Yeah, stack of files to be settled within the given timeframe. And alhamdulillah, with the method that I experimenting for the first time, target is achieved! Guess I could use it again for next year hehe! All the 'sakit dan pedih otak' and stay back with 'budak main guli' really worth it! HAHAHA!!!


Imagining the files would be as interesting as reading manga haha! I could settle everything in a day! XD (Obviously these stack of mangas are not mine. Not so many as this one YET! Hehe! Pic credit to Madman Entertainment. Sankyuu!)

Alright! The time is up! Another stack to be done. Will see you guys soon! Have a great day ahead ya! Ja ne! :)

Ciao: Hari ni mahu balik awal! La la la ~

Saturday, December 18, 2010

Colors! ~

Welcoming colors of Festival Tarian Cuti-cuti 1 Malaysia 2010!


Ciao: More colors of happeeness will be presented soon! Lots of SMILE of course! :)

Friday, December 17, 2010

eqbalzack 2010 Giveaway Contest!


"Kalendar! Ya! Aku mahukan kalendar Upin & Ipin itu!!!"

Haaa.... Itulah reaksi pertama aku tatkala melihat Giveaway Contest anjuran Bro eqbalzack a.k.a Abg Eq tuan rumah blog kurasakan something.

Eh, bukan senang nak dapat Kalendar Upin & Ipin 2011 ni tau! Dah alang-alang ada peluang, baik aku sambar terus kan? Haha!

Kenapa aku mahukan kalendar terhad yang dipertaruhkan oleh Abg Eq tu? Dengan kehidupan aku yang hari-hari dipenuhi dateline, dan target yang perlu aku capai, adalah sangat penting untuk aku memilikinya di sisi. Ya! Di SISI!

Aku x punya lappy, mahupun gadget canggih untuk aku install perisian yang hebat di pejabat. hanya sekadar telefon bimbit model lama yang boleh pusing-pusing dan juga kalendar 'berkuda' sebagai pengganti.

Situasi di meja pejabat hehe! ~

Disember 2010 semakin menghampiri penghujungnya. Sebelum kotak kalendar di bulan 12 itu diconteng dengan hasil tangan ku yang terakhir, aku mahu Kalendar Upin & Ipin 2011 itu! Dengan semangat jitu, aku berharap akan menjadi salah seorang pemilik bertuah kalendar hot stuff itu!!! HARUS! HAHAHA!

Selamat berjaya untuk semua yang bertanding! Terima kasih juga buat Hasrul a.k.a. Tengkorak Emas kerana senantiasa tag aku. Terima kasih TE! X lupa juga buat Abg Eq! Terima kasih atas penganjuran Giveaway penutup 2010 yang gempak ini! :D


Masih sempat lagi ni! Yaty-chan!!! Momochan!!! Ciao Annin-sama tag kalian ya! Semoga kita sama-sama bertuah! :)

Ciao: Menanti si pengganti hehe! ~

Sunday, December 12, 2010

Michi-kun Dah Sehat! :)

Alhamdulillah...

Itu saja yang mampu ku luahkan. Masih ingat lagi kisah sedih yang melanda Michi-kun? Mungkin ada yang x tau, boleh klik sini.

Recap sekejap. 5 November 2010 yang lalu, Michi-kun masuk rumah dengan 4 kesan luka kena cakar. Yang 3 sedalam lebih kurang setengah inci. Ni x lain x bukan kerja si anjing x guna! Walaupun darah x meleleh, tapi luka tu masih basah. Ngeri tengok!

Selama lebih kurang sebulan, gerak-geri Michi-kun dikawal rapi. X boleh lepas sesuka hati. Bawa masuk dalam rumah saja. Bukan apa, takut kalau-kalau luka terkena air. Nanti lambat luka tu nak kering.


Dan abah lah orang yang penuh sabar menjaga Michi-kun. Disebabkan aku selalu balik lambat, x sempat nak tolong jaga. Kalau berkesempatan, ada juga aku tolong abah, pegangkan Michi-kun untuk sapu minyak gamat, tolong lap sikit-sikit luka tu. Dengan minyak gamat tu lah luka Michi-kun sembuh. Kadang-kadang abah ada juga letak serbuk warna putih. Aku x ingat nama ubat tu. Tapi untuk bantu keringkan luka juga fungsinya. Nampak macam panadol kena tumbuk lumat haha! Terima kasih Abah!!! :)


Sekarang Michi-kun dah boleh keluar main dekat luar. Cuma malam abah x bagi Michi-kun duduk luar. Takut kena serang lagi. Malam-malam Michi-kun kena tidur dalam sangkar hehe! Dan Michi-kun pun dah semakin sehat! Cuma kena tambahkan berat sebab berat dah turun. Dah lah Michi-kun dah susah nak makan nasi sekarang. Ish ish ish... Kalau setakat makan biskut jenama Misha tu x cukup lah Michi oi! Makan nasi juga tau!


Ciao: Petang tadi main dengan Michi-kun. Ringan gila kalau nak banding dengan 2 bulan lepas. Kurus! Jom pergi gym nak Michi? Tambah otot sikit! XD

A Delivery From Japan? Yatta!!!

Yeahhow!!! It's finally arrived!!!

Eh? What has arrived? Hehe! It's actually my awaiting DVD box of EXILE LIVE TOUR 2010 FANTASY! Wohoo! Cho excited!!! And why is that? It's because I was waiting for this DVD to release long ago since the actual concert. Was wishing to go but unfortunately my savings is yet in bulk huhu... Plus, my tight schedule at work won't let me go free and easy huwaaa ~ Maa, ii ka ~ Even from the DVD, I still could enjoy my heart out watching my favourite JPop monster group EXILE!!! La la la ~

Google pic ~ EXILE LIVE TOUR 2010 FANTASY ~

* * *

And here's the DVD! Enjoy! *Pics only haha!!*

The package :D

The DVD box inside the bubble package!

It's the DVD box! Weehee! ~

And finally, the DVDs! Plus a colorful booklet! :)

Ciao: Disk 1 done! Another 2 to go! Ta ra ri ra rii ra rii ra rii ~ Oh AKIRA-さん ♥!

Friday, December 10, 2010

A Ghost? Oh No! Have you guys seen this girl before? XD


Recognized this girl? Hehe! I guess maybe not many knew nor met this girl before. It's actually a quick screen cap (So fast that I have to print screen it thousand times haha!) of a girl who obsessed with death metal music in Japan! (The picture of this girl alone is kind of scary. So, I gave some feelings, add colors on it. Cheerful isn't it? See the pencil? The strawberry? XD

Rare? Weird? Crazy? Nah! Not to be surprised! I screen capped this from my all time favourite Japanese movie, Detroit Metal City 2008 ~ DMC 2008. A very cool + awesome movie of all!!! And this character is only a fiction hehe! No parents in the world would like to see their daughter obsessed with death metal fashion & music at a very young age. (Unless her parents are daifan of it hahahaha!!!)

Here is a short synopsis of DMC 2008:

"Soichi Negishi is a shy and gentle young guitar player / singer who dreams of a career as a pop musician. Dreams don't pay the bills, so he's ended up as the lead singer and lead guitarist of a death metal band called "Detroit Metal City." In stage costume he is Johannes Krauser II, rumored to be a terrorist demon from hell, to have killed and raped his parents. Negishi despises DMC and all that it stands for, but so help him, he's a terrific performer and can't walk away from that. As DMC's star rises, Negishi tries to satisfy both worlds, but he can't."


Indeed Negishi is a very talented musician but unfortunately, he has no luck in pop music compared to his juniors who become a popular street pop singers/band. As the story goes, there are lots of interesting and funny happenings occurs. Looking at Negishi himself, surely you will laugh your heart out! His hairstyle? His fashion sense? Zettai iyaaa! ~ XD But he IS a very loyal son with a soft and kind heart.

Do not judge the story negatively for its death metal vibe hehe! For me, DMC 2008 has lots of motivational side of thoughts. Try to put yourself in Negishi's shoes. You will understand what I'm talking about. Moreover, I love watching Negishi's family relationship. It makes me smile and always reminds me of how important family is in our life. Cho saikou da! ~ *Crucial part, a must watch: When Negishi (being Johannes Krauser II) try to convince his brother about the importance of education and going to school. Just using a very simple real house surrounding examples, but full with a bull's eyes philosophy!*


To those Japanese movie lovers, I highly recommend this movie! If you guys already watched it, let's share you views here! Enjoy! :)

Ciao: Negishi's younger brother's facial expression = AWESOMENESS!!! XD

Thursday, December 9, 2010

Jangan Macam-macam Ya!!!

Assalamualaikum semua :)

Hari ini dingin sekali ya? Erk! Ada bunyi-bunyian dari seberangkah? Mwahaha!!! Hujan turun tatkala aku sedang bersiap-siap jam 5.00 pagi tadi. Dalam hati, aku bermonolog "Ah sudah... Basah la nanti nak ke kereta & stesen komuter...". Info: Aku sangat malas untuk membawa masuk payung yang basah kuyup dalam kereta.

Google pic ~ Rainy happy day ~

Jam menunjukkan 5.30 pagi. Aku sudah hampir siap untuk turun ke bawah. Tiba-tiba... Aduh! Sakit perut lah pulak! Dah lambat dah ni, tapi memang x tahan sakit perut ni. Hari ni dah masuk hari ketiga aku keracunan makanan. Semakin baik tapi masih ada sisa-sisa, perut terasa seperti diikat dengan tali ketat-ketat! Sakit!

Sudahnya, aku turun jam 5.45 pagi. Bermakna memang x ada harapan untuk mengejar komuter jam 5.49 pagi tu. Maka, aku terpaksa menaiki bas, seterusnya Putra dan kemudian Star untuk sampai ke PWTC. Alhamdulillah, sampai dengan selamat walaupun hujan terus turun dengan lebat.

Hari ni ada target yang perlu aku capai. Kalau boleh x nak balik lambat. Tapi tengoklah, kadang-kadang ada saja benda remeh menjelma. Yang penting, harap sangat perut aku bertahan sampai ke petang, insyaAllah, amin :)

Ciao: Yosh... ganbaruzou!!!! ~ Baru lepas selesai kelas dengan Miss Izah :D

Semalam 1 Jam. Malam Ni Berapa Agak-agak?

Apa yang 1 jam semalam? Apa yang telah berlaku dalam masa 1 jam semalam? Dapatkah korang bayangkan? Jangan fikir yang bukan-bukan hokey! Haip! Hahaha!!!

Sebenarnya semalam aku cuma mampu tidur untuk 1 jam. 1 jam? Memang sah-sah lah x cukup! Tapi aku dapat rasakan aku sudah terbawa-bawa dengan pattern tidur yang tidak sihat berlanjutan dari 2 minggu lepas.

Tapi kes semalam ni lain. Semalam memang aku x boleh tidur. Dah sampai pukul 3.00 am pun mata aku x nak tutup. Namun terpaksa juga aku tutupkan sebab 4.30 am dah kena bergegas sana sini huhu...

Dah sampai opis memang x rasa apa dah sebab kepala dah serabut dengan banyak benda nak kena buat. Tapi masa balik tadi, dalam pukul 8.00 pm, kepala aku dah rasa blank! Mata dah x mampu nak dibuka! Aku bantai tidur dalam tren! Tersengguk tu memang x boleh nak elak. Sampai sakit-sakit tengkuk aku. Yelah, sebab yang aku naik tadi tren kerusi rendah. X ada tempat nak landing huhu... Syiok punya tidur... Nasib baik x terlajak hahaha!!! Sayup-sayup aje dengar driver tren tu sebut "Klang". Ingatkan masih di alam mimpi. Padahal?!

Laa ni pun dah pukul 1.00 am. Otak aku baru nak mula rasa pedih. Mata pun dah rasa berat dekat kening. *Kening???* Maka, cukuplah sampai sini aku mencoretkan kata hati, dalam kepala. Karang x pasal-pasal tertidur masa tengah taip entri! *Aku pernah tertidur depan monitor semasa menaip komen status di FB kahkahkah!!! Memang langsung x sedar. Dah tersengguk ke belakang sampai nak terseliuh leher baru terbangun!* Kes berat dah ni hehe!

Oraito dear bloggers! Aku nak paksa diri aku tidur dah ni. Mahu shut down sudah ~ Meet again tomorrow? InsyaAllah... Oyasumi nasai! Mata ashita minna! Assalamualaikum :)

Sengaja letak pic Papa Miyavi :) Really miss his kakkoii-ness! Yet to enjoy his new WHAT'S MY NAME? huhu ~

Ciao: Adush!!! Dush! Dush! Mia-chan tengah layan 'Seigi no Mikata' lah pulak! Dugaan ni! No! No!!!

Wednesday, December 8, 2010

Edit Photo Contest!


Hokey! Ada satu contest photo editing yang menarik! Aku telah di-tag oleh Momochan! Sankyuu ne Momochan!!! :D

Contest ni dianjurkan oleh Cik Qaseh Dalia Adelia. Contest yang mudah tapi memerlukan kreativiti ehehe! Nice one Miss Dalia!

Oraito! Ini gambar sebelum diapa-apakan! Haha! (Before Edit)


Dan ini pula gambar selepas diapa-apakan! Mwahaha!!! (After Edit)


Aku edit menggunakan Adobe Photoshop CS3 Extended. Edit pun biasa-biasa saja. Indeed a simple one haha! Idea nak letak itu ini x kunjung tiba. Karang x pasal-pasal hancur gambar aku huhu!

Untuk syarat-syarat pertandingan, boleh klik sini untuk penerangan cewah! Tarikh tutup adalah pada 31 Disember 2010! Apa lagi? Cepat selongkar kotak sakti korang! Mwahaha!!!

Dengan ini, mangsa aku kali ini adalah seperti berikut:
Good luck guys! Have fun ya!

Ciao: Semalaman aku edit gambar. Bila sampai gambar untuk contest ni terus blur ahahaha!!! Jadilah labu ~ XD

Tuesday, December 7, 2010

Finally! It's Macarons Everyone!!!

Assalamualaikum :)

Salam Maal Hijrah semua!

Kita terus ke acara utama (Ceh! Macam dalam TV pulak!). Ingat lagi dengan entri yang aku teruja sangat nak ambil something sweet tempoh hari? Haaa... Inilah yang aku maksudkan... MACARON!!! *You got it right Mr TE!* Aku pernah membebel pasal macaron pertama kali aku melihatnya di sini. Disebabkan telah jatuh cinta, aku berusaha mencari lokasi untuk aku mendapatkannya. Namun tidak berjaya.

Dengan hasil blogwalking dan ehsan Pakcik Google, aku berjaya menjejaki macarons! Jalan punya jalan, terjumpa satu blog yang penuh dengan gambar macarons! Apa lagi? Klik dengan serta merta tanpa menoleh kiri kanan! Hahaha!!!

X sangka pulak, kebetulan owner blog, Rina-chan dari Angel Cupid Kitchen memang ada ambil tempahan! Senang pulak tu! Cuma perlu email-kan butir-butir tempahan saja! Dapat quotation, proceed! Hehehe!!! Rina-chan peramah sangat orangnya! Chomel wooo! ;) First time jumpa, macam dah kenal lama! Nanti kita jumpa lagi untuk next deal ya Rina-chan! InsyaAllah :D

Oraito, nak tau apa rasa macaron ni? Jom!

Macaron yang ditempah siap diletak dalam bekas mengikut permintaan/tema. Kemas! Ikut sukalah nak buat macam mana pun. Rina-chan boleh buatkan hehe! Luar macaron tu rasa sama saja, manis. Cuma warna berbeza (Pun ikut permintaan)

Warna pink ni dah sememangnya chantek! Yang ni rasa strawberry. Sedap woo! :D

Actually, nak letak letak 2 pcs warna hijau. Tapi disebabkan sedap sangat, warna hijau dalam box lagi satu tu dah habis hahaha!!! Terpaksalah guna yang warna purple. Yang hijau ni peanut butter filling! Gila-gila punya sedap!!!! Tu pasal x perasan aku dengan adik aku dah habiskan mwahahah!!!

Yellow macarons! Filling dia agak confuse sedikit. Aku x dapat nak detect hehe! Orange fillings maybe? Tapi bila makan yang ini mengingatkan aku pada jelly bergula petak-petak yang aku suka sangat makan masa budak-budak dulu! Oh it brings back memories ~ :)

Choco macarons with choco inside!!! Cho oishii!!! Kesedapan terserlah! Mwahaha!!! Yang ni limited, tu sebab aku x bawak pergi opis ahaha!!! Nanti kalau aku order lagi, aku bawak ya kawan-kawan!

This is the one! Purple macarons with salted butter caramel fillings!!! Seriously, I LOVE THIS FILLINGS! And the FEELING while eating this salted butter caramel macaron is totally AWESOME!!! Sangat S.E.D.A.P. hokey! :D

Chantek + Chomel + Sedap + Menawan = MACARONS!!!

Dalam semua fillings, aku paling suka choco, peanut butter & salted butter caramel! Tapi secara personal nya, salted butter caramel is No. 1! Officemates aku pulak 'mengundi' untuk peanut butter & salted butter caramel! (Tolak choco lah sebab aku x bawak haha!) Yang itulah paling cepat habis!

InsyaAllah untuk yang akan datang mungkin akan di order yang 3 ini? Kalau warna macaron tukar-tukar boleh kan Rina-chan? Hehe! Tertarik dengan combi pink & choco!

Amacam? Tertarik? Jangan malu-malu untuk jenguk blog Rina-chan! Thank you for the awesome macarons Rina! :D

Ciao: Mahu macaron lagi!!! XD

Thursday, December 2, 2010

Aku Rasa Nak Belasah Orang! Dan Aku Serius!

[Sila abaikan Ciao Annin-sama yang korang kenal. Sila lupakan Ciao Annin-sama yang ceria, yang happee-go-lucky. Sebab apa? Sebab hari ini hari yang happee-go-UNLUCKY untuk dia.]

Sebelum apa-apa, aku nak minta maaf sebab entri ni agak 'kasar'. Apa yang aku tulis adalah kata-kata dari hati aku yang tengah panas. Harap maklum. Terima kasih.

"Aku x faham, kenapa korang selalu buat kerja BUKAN dengan mata. Kenapa setiap kali orang tanya isu yang sama, setiap kali itu juga korang bagi jawapan yang sama yang mana nama aku akan dikaitkan walaupun aku tidak ada kena mengena, dan aku x tahu cerita hujung pangkal.

Sepatutnya korang dah faham, faham sangat-sangat, prosedur sepatutnya yang korang kena ikut. Semua kuasa tu ada pada tangan korang. Kenapa asyik nak lepas tangan? Kalau betul korang dah buat, tu lain cerita! Masalahnya, benda yang korang x buat/x sentuh lagi korang kata dah buat, dah hantar, dah siapkan.

Sekali aku kena dulu, aku sabar. Sebab aku cuba faham keadaan korang yang sibuk tu. Korang sendiri yang kata korang sibuk kan? Dua kali kena, nama aku juga yang korang sebut. Panas, memang panas. Tapi aku sabar juga sebab aku nak benda tu selesai. Xpe, walaupun aku terpaksa buang masa sebab benda 'bodoh' macam tu. Xpe, walaupun kena komplen dengan customer. Xpe, walaupun aku terpaksa selongkar nak cari bukti yang korang dah buat benda tu, aku sabar aje. Alih-alih apa aku jumpa? Benda yang korang kata dah buat, siap kata korang dah serah dekat aku untuk dihantar, masih x ada apa-apa tindakan susulan! Cantik aje terletak dalam timbunan fail. Hebatnya!

Dan hari ni, sekali lagi nama aku jadi popular! Patutlah aku tersedak, ada orang sebut nama aku rupanya! Orang yang tu call, komplen, marah-marah kenapa benda yang dah lama diserahkan masih belum siap seperti yang dijanjikan *Korang yang buat janji hokey! Bukan aku!*. Orang yang ni pulak telefon kenapa benda yang dah dihantar x juga sampai-sampai pada dorang. Sebab x puas hati, aku cari betul ke tidak dah dihantar. And guess what I found? It's still with them. Safe and sound!

Ish... Nak minta tolong boleh x? Boleh x lain kali sebelum korang main sebut je nama aku, tolong pastikan yang korang betul-betul dah buat, betul-betul dah siap dan selesaikan benda tu? Boleh? Tolong cari guna mata dulu sebelum bagi informasi dekat orang luar. Boleh x? X susah pun kan? Karang x pasal-pasal aku juga yang kena jadi Detektif Conan, nak cari bukti. X pasal-pasal aku juga kena jadi Kindaichi sebab nak selesaikan kes."

Walaupun aku tau x kan ada perubahan, tapi xpelah. Think positive! Selagi aku boleh sabar, aku tahan. Karang x pasal-pasal masuk paper! Hahaha! Gelak-gelak juga... Eh, aku masih marah hokey! XP


Arigatou Google Ojii-san!

Ciao: Sedang menenangkan hati sambil dengar suara ATSUSHI & RYUJI IMAICHI. Ceh!

Wednesday, December 1, 2010

Sleepy. It's time to MEREPEK! La la la ~

This is another fun time delivery moment for me, myself and I haha!!! Looks silly but hey! It's so awesome when you get a suitable + logical song title along with the questions! Wanna feel the awesomeness? Read below 'terms & conditions':

1. Put your iTunes, Windows Media Player, etc. on shuffle.
2. For each question, press the next button to get your answer.
3. YOU MUST WRITE THAT SONG NAME DOWN NO MATTER HOW SILLY IT SOUNDS.
4. Have Fun!

Done reading? Let's 'gone' to the crazy + awesome moment! ;D

WHAT DO YOU LIKE IN A GUY/GIRL?
The Eyes - Kozi (Mejikara? May it be like AKIRA's or RYUJI's? ~ )

HOW DO YOU FEEL TODAY?
Horizon - D'espairs Ray (Feeling easy breezy ^.^)

WHAT IS YOUR LIFE'S PURPOSE?
Peace Sign - Miyavi (Cho guretto!!!)

WHAT'S YOUR MOTTO?
Re-Act - Olivia Lufkin (Yossshh!~ Aye Aye Capt'!)

WHAT DO YOUR FRIENDS THINK OF YOU?
Bask in Art - Kiyoharu (Really??? Awww... You guys are sweet!)

WHAT DO YOUR PARENTS THINK OF YOU?
SHINE - UVERworld ( Huwaah!!! Kira kira ^.^)

WHAT DO YOU THINK ABOUT VERY OFTEN?
ROCK'N'ROLL IS "NOT" DEAD - Miyavi (Haha! Life's ROCKZ!!!)

WHAT IS 2 + 2?
5 - Orange Range (Smart one!!! LOL!)

WHAT DO YOU THINK OF YOUR BEST FRIENDS?
I'm Your Side - Aya Kamiki (That's why I LOVE YOU!)

WHAT IS YOUR LIFE STORY?
From Skywalker - Imitation Pops Uchu Sentai NOIZ (Like Luke Skywalker?!)

WHAT DO YOU WANT TO BE WHEN YOU GROW UP?
Hydrangea - Kaya (Oh man! A flower?!)

WHAT DO YOU THINK WHEN YOU SEE THE PERSON YOU LIKE?
Merry Go World - 12012 (LOVE! Cho ureshii!!!)

WHAT WILL/DID YOU DANCE TO AT YOUR WEDDING?
SMILEY SKELETON - Pierrot (Come Mr. Skeleton! Let's dance!!! XD)

WHAT IS YOUR HOBBY/INTEREST?
SATSUGAI - Detroit Metal City (Killing? OMG! Zettai dame!!!)

WHAT IS YOUR BIGGEST FEAR?
Ash - Gackt (Ash?! LOL!)

WHAT IS YOUR BIGGEST SECRET?
Shout in the Moonlight (Tribute to Garulu) - TETRA-FANG (I'm shouting like Garulu at night?Kyaaa~)

WHAT DO YOU WANT RIGHT NOW?
my girl - LM.C (Or is it 'my guy'? Haha!!!)

WHAT DO YOU THINK OF YOUR FRIENDS?
Lump of Affection - UVERworld ~


Haaaaa ~ What a night! Laughing myself out loud! Hehe! Ops! My sister is sleeping... Shhh... Gomen na Mia-chan! Have fun through out the night bloggers! Ja, mata ashita ne! :)

Ciao: Miss my JRock moments! Huhu...

Monday, November 29, 2010

Is Happeely Waiting for Something Sweet! :)

Assalamualaikum ~

Despite of my tiring, lacked of sleeping state, I AM happeely waiting for something that I wished for soooo long! Cewah!

And during this coming lunch hour time, I will happeely walking *quite exaggerated here though* to the meeting place to pick the colorful cuties! Haha!!!

Will post an entry once I get my hands on that precious creations later! :D

Google pic ~ Colorful Question ~


End of transmission ~

Ciao: Ada rasa tangan tu ringan x? Mwahahaha!!!!

Sunday, November 28, 2010

Kenapa Gantung Patung/Teddy Bear Dekat Tepi Ekzos?

Google Pic ~ Gantung teddy bear bawah kereta ~

"Eh, aku nak tanya kau sesuatu. Kenapa orang gantung teddy bear bawah kereta ha?"


Tiba-tiba abang aku tanya soalan ni pada aku. Tahukah korang apa yang aku jawab? Dengan sepantas kilatnya aku menjawab "Voodoo!" Hahaha!!!

Sebenarnya aku pernah terjumpa 2 kali dengan kejadian macam ni. Mula-mula dulu officemate aku yang tanya masa kitorang dalam perjalanan pulang ke rumah. Jawapan yang sama juga aku bagi, "Voodoo" ehehe!

Aku x tahulah kalau style gantung patung/teddy bear ni dah lama. Mungkin x ramai yang buat. Aku nak tahu sangat apa motif sebenar dorang gantung teddy dekat bawah kereta/tepi ekzos? Hiasan? Aksesori biar nampak lebih stylo? Hmmm... Siapa tahu kenapa? Tolong bagitahu kat aku ya!

Ada juga aku buat research, kalau-kalau ada falsafah disebalik kelakuan ni. Rata-rata yang aku baca, semua pun bertanyakan soalan yang sama seperti aku. Ada juga yang jawab ni semua saja-saja, suka-suka. Ada yang kata nak bagi nampak cute! EH, tapi kalau lelaki yang gantung, nak bagi nampak cute juga ke?

Ada satu yang bagi jawapan, kata budaya ni jadi sebab terpengaruh dengan filem barat. Nak tau juga aku cerita apa. Ada x siapa-siapa yang tau? Nak tengok juga macam mana! Hehe! X kurang juga yang x suka. Terutama peminat teddy bear. Dorang 'simpati' dengan nasib teddy bear yang kena gantung bawah kereta tu. Kotor, basah kena hujan, kena asap.

Awalnya aku x kesah. Tapi lama-lama aku jadi curious. Tertanya-tanya. Kenapa? Doushite? Why? Tell me pleaaaaasssseeee!!!!

Ciao: Tergelak juga bila terbaca ada yang gantung petai, gantung kulit durian. Walaupun nampak merepek, tapi siapa tahu kalau betul-betul dorang buat kan? XD

Home Made Kerepek Pisang! Yeehaa! ~

Assalamualaikum :)

Apakah aktiviti korang hari Ahad ni? Aku punya plan hari ni nak terjah jalan Masjid Jamek, teman adik aku beli barang. Lepas tu maybe nak tengok wayang cerita Rapunzel! Hehe! Tu pun kalau sempat lah. Nak lagi sempat, sambung tengok cerita Unstoppable pulak! Huwaaah!!! ~

Tapi sebelum aku menggerakkan diri, aku nak share satu aktiviti menarik yang aku buat semalam. Nak post semalam sebenarnya tapi ada hal lain pulak... Oraito! Meh jenguk apa yang aku nak kongsikan dengan korang!

Taraaaaa!!! Operasi Kerepek Pisang!!!

Bahan-bahan senang gila! Pisang + Air garam + Ramuan rahsia haha!!!

Pisang di-slice nipis-nipis guna slicer tradisional (Model lama lah hehe!)

Pisang dibiarkan sebentar, biar kering sedikit. Kacau + tekan-tekan perlahan supaya pisang x melekat/berlapis-lapis.

Sesudu besar campuran air garam (ikut suka tahap kemasinan masing-masing).

Gaul rata supaya air garam tadi sebati dengan pisang. Bila dah 'senyap', angkat.

Dan inilah hasilnya! Kerepek Pisang Sedap!!! XD

Resepi ni adalah resepi turun-temurun dari arwah nenek aku. Dulu arwah nenek rajin sangat buat sebab abang aku suka gila. Masa raya semua berebut! Buat 2 tong besar pun habis haha! Kesedapan kerepek ni diakui seluruh kampung! ;D

3 bulan lepas ada aku buat dan bawak setin ke pejabat. X sampai tengah hari, tinggal habuk je? Dahsyat sungguh kawan-kawan aku ni! Lama aku x buat sebab x ada bekalan pisang. Pisang ni pun dari kebun abah aku dekat tepi sungai tu hehe!

Kalau korang ada kelapangan dan ada bahan-bahan ni, pe kata cuba buat? Senang sangat. Cuma penat je lah sebab kena berdiri lama hehehehe!!! Selamat mencuba! :)

Ciao: Korang rasa ramuan rahsia tu apa? Berwarna putih dan berbau harum. Bukan bunga tau!!! Kahkahkah!!!

Saturday, November 27, 2010

Menarik? Tertarik? Jom main tarik tali! XD


Assalamualaikum ~

Yang main tarik tali dekat atas tu xde apa-apa kaitan pun ye hehe!

Kali ni award chantek diterima dari Ajie Mohd Tahir, tuan rumah blog Labah-labah Merah. Terima kasih Ajie sebab sudi panjangkan award lawa ni! :)

Hokey sekarang nak jawab soalan yang disertakan sekali dengan award ni. Kira macam package hebat! Hehe! Jom!

#1 http://redspyder128.blogspot.com/ di mata anda.
Blog Ajie ada cerita tersendiri, menarik. Yang paling aku suka, tagline dekat header dia "There is no CTRL+Z in life" :)


#2 Nama blog anda & kenapa anda letak nama itu.
Ciao's Life Make A Secret. Hidup aku seperti satu 'rahsia' yang ingin aku kongsikan dengan semua di dunia maya. 'Rahsia' yang bakal menjadi kenangan untuk aku bergelak ketawa bila dah tua nanti. *InsyaAllah kalau umur aku panjang, amin* :)


#3 URL blog anda & dari mana datangnya idea tu.
http://ciaoannin.blogspot.com/. Nama 'Ciao Annin' dah sebati dengan diri aku walaupun baru saja setahun bersama. Selama 8 tahun sebelum ni aku membawa diri dengan nama TaKKo-CHaMa. Tapi zaman itu sudah berlalu. Aku suka dengan maksud perkataan 'ciao' dan 'annin'. Kalau korang pernah tengok movie 'The Handsome Suit' mesti korang tau apa makna 'annin' tu ;)

#4 Apakah kaedah dalam penulisan blog anda?
Kaedah penulisan? Menaip? Hahaha!!! Tengok juga, kalau aku dalam keadaan happee, penulisan akan lebih santai. Kalau aku tengah marah, mungkin bahasa agak keras hehe! Aku suka menggunakan bahasa Inggeris untuk entri berkaitan JPop, JRock & VKei. Mungkinkah akan berubah? Kita lihat saja nanti ya! XD


#5 Apa perasaan anda bila tengok blog orang chantek & menarik sedangkan blog anda tidak. (Kadang-kadang blog sendiri menarik tapi merendah diri ).
Perasaan? Happee! Sebab boleh kenal mereka yang kreatif dari pelbagai segi! Hehe! Yang penting suka & sayang blog sendiri. Proses henshin mungkin akan mengambil masa. Buat masa ni, aku lebih suka yang sekarang :)


#6 Bilakah blog anda diwujudkan?
Bulan Julai 2010. Masa tu aku rasa segan gila nak perkenalkan diri dalam dunia blog haha!


#7 Siapakah org pertama yg tahu dan menjadi follower blog anda?
Miss Izah! I sayang you lebih la! Nak bagitahu dia ni pun aku fikir banyak kali hahaha!!!


#8 Sila tag 5 org lain untuk menerima anugerah & pass kan syarat syarat ini.
Oraito! Habis dah! Hahaha!!!

Ciao: Dalam hidup ini memang x ada istilah "Undo" kan Ajie? :D

Wednesday, November 24, 2010

Haaaaaa ~ What a wonderful ENDING! :)

Assalamualaikum semua!

Akhirnya... Sempat juga aku menulis, atau lebih tepatnya, menaip entri untuk hari ini hehe! Sejak dua hari lepas memang hari yang betul-betul padat! Semuanya untuk persiapan mesyuarat pagi tadi.

But hey! All the hard work of yesterday was, indeed, AWESOMELY PAID OFF! Weehooooo!!! ~ Walaupun terpaksa berseorangan di office malam tadi, walaupun harus berlari sana sini pagi tadi, alhamdulillah... Mesyuarat pagi tadi berjalan dengan lancar. Dan tanpa sahabat-sahabat, semua ini x mungkin terjadi hehe! We work as a team, we win as a team! Minna arigato goazaimasu!!!

Memang lega sangat aku rasa lepas mesyuarat tu tamat. Ringan rasa taman dalam kotak fikiran ni. Fuh! ~ Legaaaaa... Hehe! Tapi disebabkan aku makan agak lambat dan ku biarkan pulak perut kosong sebelum dan sepanjang mesyuarat, kelegaan tu tercemar! Cewah! Haha! Rasa apa yang aku makan lepas habis mesyuarat tu nak terkeluar balik. Perut dah penuh dengan angin kus kus kan ~ mwahaha! Tahan saje lah huhu... Kalau keluar balik, lapar pulak... Tapi alhamdulillah, keadaan jadi stabil bila aku mula lupakan ketidakselesaan ku dengan mem-busy-kan diri.

Oh! Tadi ada latihan tarian Cuti-cuti 1 Malaysia. X pernah join sebelum ni. Tapi rasa macam nak pergi. Maka aku dan beberapa teman office pun melangkah dengan penuh excited sekali! Mwahaha! Tu lah... Dulu orang ajak jual mahal sangat! Hahaha!!!

Sampai-sampai tadi dah masuk ke tarian yang ke-2. Ramai juga yang datang. Terus je kitorang masuk daun haha! Seriously, memang x pernah tau pun nak menari macam mana. Pernah tengok persembahan tarian tu cuma x pernah buat kan. Lain sikit feeling dia.

Dalam bilik tarian tu memang happening gila! Sebab apa? Sebab kitorang gelak x hengat! Salah step tu memang x boleh nak disangkal lah kan. Mwahahaha! Macam-macam gaya menari ada! Yang keras, yang lembut, yang kongkang... Kahkahkah! Aku pun terkena sekali! Instructor sendiri yang cop aku kongkang hahaha! Kongkang pun kongkang lah, janji aku enjoy gila! XD

Habis semua jenis tarian pun kitorang sambung gelak lagi! Saling kutuk-mengutuk tarian masing-masing haha! Aku rasa unit kitorang je kot yang paling kecoh tadi kahkahkah!!! Oh... Betapa ringannya rasa kepala ku ini... Seronok juga sebab jumpa dengan staff dari bahagian lain. Ada lah juga beberapa yang pernah aku kenal masa bertugas dekat Labuan, Mei hari tu.

"Oh daku happee seperti bunny ini! La la la ~"

Perancangan dalam angan-angan sebenarnya aku dan 3 lagi teman office nak pergi main badminton bila-bila lapang nanti. Tapi tiba-tiba secara otomatis-nya bertukar kepada pergi latihan tarian Cuti-cuti 1 Malaysia tu. Dah syiok kan? InsyaAllah, kalau berkesempatan, kitorang akan kembali ke bilik tarian tu minggu depan hehe!

Oraito! Aku x cukup tidur. Aku dah penat. Dalam tren nanti nak dengar mp3 kuat-kuat! Mahu pulang lah kan? Apa lagi? ;)

Will see you guys in the next episode of life! Stay genki stay happee!!! Do take care! *Macam nak pergi mana je bunyi kan? Kahkahkah!*

Ciao: "Eh tarian sawang tu best kan?" kata officemate ku. Oi oi! Sewang lah! Bukan sawang! Bhaaahahaha!!!