Showing posts with label Ciao's Neko-chiin. Show all posts
Showing posts with label Ciao's Neko-chiin. Show all posts

Sunday, December 12, 2010

Michi-kun Dah Sehat! :)

Alhamdulillah...

Itu saja yang mampu ku luahkan. Masih ingat lagi kisah sedih yang melanda Michi-kun? Mungkin ada yang x tau, boleh klik sini.

Recap sekejap. 5 November 2010 yang lalu, Michi-kun masuk rumah dengan 4 kesan luka kena cakar. Yang 3 sedalam lebih kurang setengah inci. Ni x lain x bukan kerja si anjing x guna! Walaupun darah x meleleh, tapi luka tu masih basah. Ngeri tengok!

Selama lebih kurang sebulan, gerak-geri Michi-kun dikawal rapi. X boleh lepas sesuka hati. Bawa masuk dalam rumah saja. Bukan apa, takut kalau-kalau luka terkena air. Nanti lambat luka tu nak kering.


Dan abah lah orang yang penuh sabar menjaga Michi-kun. Disebabkan aku selalu balik lambat, x sempat nak tolong jaga. Kalau berkesempatan, ada juga aku tolong abah, pegangkan Michi-kun untuk sapu minyak gamat, tolong lap sikit-sikit luka tu. Dengan minyak gamat tu lah luka Michi-kun sembuh. Kadang-kadang abah ada juga letak serbuk warna putih. Aku x ingat nama ubat tu. Tapi untuk bantu keringkan luka juga fungsinya. Nampak macam panadol kena tumbuk lumat haha! Terima kasih Abah!!! :)


Sekarang Michi-kun dah boleh keluar main dekat luar. Cuma malam abah x bagi Michi-kun duduk luar. Takut kena serang lagi. Malam-malam Michi-kun kena tidur dalam sangkar hehe! Dan Michi-kun pun dah semakin sehat! Cuma kena tambahkan berat sebab berat dah turun. Dah lah Michi-kun dah susah nak makan nasi sekarang. Ish ish ish... Kalau setakat makan biskut jenama Misha tu x cukup lah Michi oi! Makan nasi juga tau!


Ciao: Petang tadi main dengan Michi-kun. Ringan gila kalau nak banding dengan 2 bulan lepas. Kurus! Jom pergi gym nak Michi? Tambah otot sikit! XD

Friday, November 5, 2010

Aduhai Michi-kun...

Apatah nasib kau ni, Michi... Michi...

Terpaksa letak gambar 'normal'. X sanggup nak letak gambar 'kelukaan' Michi tu :'(

Lepas aku browse sana sini tadi, plan asal nak shutdown MA1XACIAO, tapi aku biarkan saja sebab nak belek shashin yang banyak, ditambah dengan 'tangkapan' terbaru dari seberang Laut Cina Selatan itu.

Aku turun bawah sekejap, nak isi air dalam tumblers (ada 's' di situ ya). Tengah dok isi tu aku terdengar suara Ami Michi dekat luar pintu dapur. Aku pun nyahut la "Michi! Kejap... kejap...". Aku pun bukak la pintu... Michi pun masuk....

Abang aku pun ada jugak dekat dapur tu. Dia pun dok "Michi... Michi...". Lepas kunci balik pintu dapur tu aku nampak ada sesuatu yang pelik dengan kaki kiri dia. Bila tengok betul-betul... "MasyaAllah... Pesal kaki ni Michi???" aku tanya si Michi nih walaupun aku tau xkan ada jawapan yang keluar dari mulut dia selain "Nyaaawww....".

Terkejut aku dengan abang aku bila tengok ada 3 kesan cakar besar, dalam lebih kurang setengah inci, tambah satu kesan luka kecik dekat kaki Michi tu. Terus aku kejut abah aku. Abah aku apatah lagi, terkejut gila lah! Aku pun ambik minyak gamat. Abang aku terus pegang Michi tu kuat-kuat (Michi ni kuat dia luar biasa tau! Susah gila nak pegang dia tadi), terus abah aku sapu minyak gamat. Dalam Michi tengah meronta-ronta tu, aku pun hulurkan tenaga, pegang si Michi tu... *Gila kuat budak Michi nih!*

Selesai je sapu minyak, terus Michi lari pergi ruang tamu, jilat balik. Adoiiii lah Michi... Aku pelik macam mana Michi boleh luka camtu padahal dia cuma lepak dekat belakang tu je. Soal siasat pun bermula. Abah aku cakap petang tadi dia nampak Michi dok lari lintang-pukang masuk rumah terus naik atas atap. Tapi abah aku xdelah nak tengok apesal si Michi tu. Masa aku balik tadi pun Michi masuk dapur, x perasan pulak. Dah si Michi tu pun xde tunjuk reaksi sakit ke apa ke... Memang x perasan pun sebab kulit dah terkoyak, x nampak apa-apa lah sebab dah terhalang dengan bulu-bulu dia.

Tu tadi abah aku masukkan Michi dalam sangkar, campur dengan satu kucing kecik. Naaahhh... Mengamuk sakan Michi tu! Macam anak harimau dah bunyi dia. Tapi nak buat camne... Dah xde sangkar spare, kena jugak letak. Sekarang ni pun dengar lagi suara amukan Michi tu...

Aku xde fikir lain dah, ni mesti kena cakar dengan anjing. Anjing mana tu aku x pasti. Ish... Kalau aku dapat anjing tu, memang siap lah! Dah la luka cakar nih betul-betul atas kesan cakar yang lama masa Michi kena serang dengan sekumpulan anjing liar dulu. Berparut-parut lah Michi nanti huhu... Gomen na Michi-kun... :'(

Nak kena tengok-tengok jugak Michi nih, nanti lari entah ke mana-mana perginya karang. Kalau luka kecik tu xdelah nak risau sangat. Ni luka teruk kot! Sian Michi... "Michi kuat kan? Cepat-cepat sembuh ya!"

Ciao: Nak letak gambar kesan cakar tu pun aku x sanggup nak snap. Nangis!!!

Thursday, October 21, 2010

Michi ga Daisuki!!!

Salam :)

Malam tadi aku tengok si budak nih makin tembam lak. Masa lepas sakit perut hari tu, badan susut. Ni alih-alih nampak demok! Hahaha!!!

Mana x nya... Asyik dok mintak makan biskut jenama Misha tu je. Nasik pun xmo pandang dah... Memilih kau ye sekarang? Ni nak ikut perangai Chichot lah nih ye? Nasi campur pun x nak dah!

Pembaca: "Apa lah yang budak nih membebel petang-petang nih? Siapa yang gila biskut Misha tu?"

Ahahaha!!! Nak tau apa yang aku ngomelkan nih? Nah! Inilah dia!!!

I present you.... AMI MICHI!

Nyenyak gila dia tidur atas bantal tayar motor abah aku tu kan? Kesian... Ngantuk sangat. Baru balik dari kerja lah katakan... Mwahahaha!!!



Yang ni pulak masa Michi tengah blur, lepak bawah pokok mangga abah aku. Entah apa yang difikirkan tu agaknya ya? Masalah ekonomi negara? XD

Aku pernah sebut pasal Michi nih dalam entri lepas pasal kekucing aku sebelum nih. Cuma x letak gambar je hehe! Maka, kali nih aku buat entri khas untuk Michi! Diperkenalkan, satu lagi kucing kesayangan dalam rumah aku! Weeheee!!!

Michi adalah kembar seiras kepada Miko. Tapi kesian Michi, sebab Miko x sempat nak besar, nak main sesama.

Michi nih perangai dia agak pelik. X suka dipegang macam si Tacha. Kalau kena dukung, tau apa taktik dia? Tahan dengan kaki dia tegak-tegak dekat badan kita. So, kalau nak peluk pun x boleh! X kasi can woo! Lepas tu mulalah meronta-ronta nak dilepaskan hahaha!!!

Lagi satu, Michi suka panjat tempat tinggi. Pernah sekali dia panjat rumah jiran sebelah sampai atap. Tapi x boleh nak turun. Seharian abah aku cari. Esoknya, pepagi buta abah aku sampai rumah lepas hantar aku dekat stesen komuter, abah aku dengar suara Michi. Cari punya cari, laaaaa.... Dekat atas atap tu dia dok nangis! Dah terang sikit pagi tu, abah aku terpaksa lah mintak izin jiran aku tu nak pergi 'jemput' Michi. Hai... Michi... Michi... Apo nak jadi?...

Fakta: Dulu Michi x pandai nak makan ikan mentah. Sekarang dah boleh makan, tapi dalam kuantiti yang kecil. Aish... Kucing yang pelik!

Ciao: Michi, tunggu aku balik nanti tau!

Saturday, September 25, 2010

Oh ~ Kau Memang Fotogenik! ♥


Chomel x? Chomel kaaaaaaaannnn! ~

Ini adalah kucing ke-3 meng-glamour-kan diri dalam blog aku. Nama diberi Uchi Itam. Seangkatan dengan Puteh Awin. :D

Tau x mana aku jumpa dia? First time aku nampak dia masa aku pergi kedai cermin mata dekat Taman Sri Andalas, Klang. Asyik lari sana lari sini je. Kecik lagi. Walaupun nampak macam manja, tapi takut orang.

Lepas selesai check-up mata (yang mana power bertambah dengan teruk!), aku cuba dekat, tapi dia lari bawah kereta pulak... Misi tidak berjaya!

Aku rasa x puas hati. Bermula dari hari tu, aku pasang niat. Kalaulah jodoh aku dengan si kecik tu panjang, aku akan bawak dia balik rumah.

2 minggu berlalu. Di satu petang Rabu, aku mendapat panggilan dari kedai cermin mata, memberitahu yang cermin mata baru aku dah siap. Excited nih! Bukan excited sebab cermin mata, tapi sebab kucing yang aku jumpa dekat kedai hari tu hehe!

Sesampai saje di Klang, aku terus ke kedai cermin mata dengan abang aku. X ku sangka... Kucing tu masih menjadi penunggu setia dekat depan kedai tu! Apa lagi, cepat-cepat aku ambil cermin mata baru lalu meluru ke arah kucing itu!

Pergh... Susah gile nak tangkap! Pujuk dan terus ku pujuk, akhirnya.. Datang juga dia dekat aku. Tangkap sepantas kilat! Bawak masuk dalam kereta! (Macam adegan penculikan pulak! Haha!)

Sampai rumah, terus mandikan. Bagi makan, letak dalam sangkar. Sekali dengan Puteh Awin, Mamat & Olen. Susah jugak nak serasi. Tapi lama-lama dah jadi kawan dah :D

Daripada semua kucing yang ada dekat rumah nih, aku perasan cuma Uchi Itam je yang suka pandang kamera XD Pandangan bermakna you! Ahaha! Ish... Suka kau!!! Muah muah!

Oraito! Cuba tengok gambar yang ni pulak.


Sama x? Sama kan? Walaupun riak muka ada sedikit beza dan berlainan di bahagian ekor, namun keseluruhannya sama :D

Ini bukan Uchi Itam. Yang ni namanya Miko (kembar kepada Michi - ada masa aku 'culik' dia masuk dalam blog ok! :). Sama chomel macam Uchi Itam! Tapi... Umur Miko x panjang... Miko mati digigit anjing T___T *X guna punya anjing!*

Betullah kata orang. Kalau kucing kita mati, suatu masa lain akan datang kucing yang sama dan seakan-akan serupa akan hadir dalam hidup kita kembali :') *Sudah tiga kali terjadi* ~ Seronok!!! :D

Ciao: Uchi Itam baru lepas kena operate. Dah kembali aktif weehee! ~ :D

Tuesday, August 31, 2010

"Apa kao dah buat ni?!"


Haa! Cuba korang tengok apa si kecik nih dah buat? Orang nak baca suratkhabar pun x senang! Suka betul baring atas paper. Makin ditegur, makin mengada kao ye? Makin galak dia landing baeek punya atas tu! Haha!

Nama? Oh... si nakal nih diberi nama Puteh Awin. Puteh tu bapak aku yang bagi. Aku main tambah je Awin kat belakang sebab dari awal memang aku panggil dia Awin hehe! Si Puteh Awin nih antara generasi kucing terbaru yang ada dekat rumah aku. Ade 3 lagi yang seangkatan dengan dia (Mamat, Olen, Uchi Itam)

Kalau korang tengok betul-betul, mata kanan si Puteh Awin nih lain macam kan? Sebenarnya dia buta sebelah. Nanges banyak sangat masa kena tinggal dengan mak dia huhu... Sampai bengkak-bengkak mata. Jadi ketumbuhan kecik dekat mata dia, habis tutup keseluruhan anak mata. Bapak aku kata biarkan ketumbuhan tu hilang sendiri. Memang hilang pun, hilang sekali dengan anak mata dia :'(

Kira si Puteh Awin nih okey lagi kalau nak dibandingkan dengan si Mamat! Nape? Sebabnya si Mamat nih lagi teruk kalau dia dah landing atas suratkhabar. Xmo bangun dah! Terus bantai tidur! Muahaha!!! Nak tengok si Mamat? Nanti kalau aku ada kelapangan, akan ku buat entri istimewa tentang semua neko-chiin aku kat rumah nih eh? :D Kesayangan ku yang pertama meng-glamour-kan diri dalam blog adalah si Tacha (Nama penuh dia Sha-Titieq hahaha!!! Nama x boleh blah!)

Ciao: Best gila main-main dengan neko-chiin. Pernah bercakap-cakap dengan si Mamat. Hoh! Misteri nih! XD

Wednesday, July 7, 2010

Tacha Oh Tacha ~

Alhamdulillah.... Selamat sampai ke rumahku, syurgaku :)

Agak lewat jugak lah aku sampai. Nak cucuk duit punya pasal la nih! Memula aku singgah sat kat Caltex. Dengan kachak-nya aku melangkah masuk. Sampai je kat ATM... "Out of Service"! Adoii ~ Takpe lah. Last2 aku singgah AEON Bukit Tinggi semata-mata nak cucuk duit hahaha!

Sampai je umah, aku terus melangkah ke dapur nak letak barang dan. . . "Tacha!!!!~ Eeh... Tacha kat umah lah!" Hahaha! Sha-Titieq a.k.a. Tacha, kuceng ku yang paling emo lagi jahat gile! Pe lagi, terus angkat budak nih! Lama siot x jumpa sebab dia dah jarang duk kat umah. Dan seperti biasa, baru pegang sket, dah marah x tentu pasal! Ah! Lagi aku suka! XD

Lepas umpan dia ngan biskut jenama "Misha" *Ni btol tau! Bukan rekaan!*, aku terus angkat bawak gi ruang tamu. Disebabkan dia ni x suka dipegang, dan aku pulak tamo lepaskan, haaaa... habis calar-balar tangan aku! Parut? Xyah cakap lah. Dah macam tangan lanun kahkahkah!!! X kisah lah, janji aku syaaaaaayang kat kau, Tacha! ~
*Muka jahat gile!*
Konpem dia dah kuar merayap! Suka ati kao lah... Dah, aku nak mulakan operasi malam haha! Ja, bye2 kin! ~