Thursday, October 10, 2013

Bila Annin Mohon Cuti.

Assalamualaikum ya sahabat!

Haaaa... Sehat? Aku alhamdulillah, walau ada demam sikit. Lama kan x jumpa? Aku sendiri dah x ingat bila aku last update blog ni. Kasihan dia dibiarkan sendiri.

Minggu depan Aidiladha kan? Cuti x? Confirm ramai yang cuti kan sebab cuti umum tu diapit tengah-tengah haha! Perancangan awal aku nak cuti hari Jumaat ni. Tapi apakan daya, ada mesyuarat. Maka aku tangguhkan cuti dan bawa ke depan. Haaa... Boleh macam tu?

Sebelum dekat office x pernah buat jadual untuk cuti Raya Haji. Cuma buat jadual untuk Aidilfitri. Tapi tahun ni kasi lain macam sikit. Siap buat jadual cuti untuk semua staff. Bos besar kata okay je. Tapi yang lawaknya semalam, bila Bos kecik dah sign hampir separuh borang cuti tiba-tiba dia berkata "Eh, sampai 3 hari? Siapa ada kat office nanti?."

Aku nak tergelak juga masa tu. Tapi ku tahankan juga. Lalu aku berkata "Hari tu kan dah buat jadual untuk cuti ni." "So Bos kata okay? Diorang apply ikut jadual tu lah ni?" katanya lagi. "Ha ah. Dia x kata apa pun. Okay je." jawab aku. Selamba x?. Hahaha! "Hmmm... xpe lah kalau macam tu." sambungnya pasrah. Heheh!

Ala bos... Bukan selalu kami apply cuti pun. Ni pun sebab Raya Haji. Boleh lah eh? Terima kaseh bos!!!

Untuk aku pulak, bukan setakat Aidiladha, minggu seterusnya aku perlu bercuti juga untuk balik kampong. Sepupu kahwin lagi! Hahaha!!! Dekat Johor Bahru. Jauh tu! So aku mohon lagi 3 hari. Nasib baik juga lah aku x terlibat dengan WTC 2013 yang berlangsung dalam minggu yang sama. Walau ada sekelumit rasa nak join, tapi x apalah. Bos suruh jaga office. Baiklah!

November pun aku dah allocate untuk cuti aktiviti lompat-lompat tinggi. Harapnya x clash dengan apa-apa tarikh. Kalau clash juga, maaf. Aku akan teruskan juga dengan cuti aktiviti lompat-lompat tinggi. Hahahah!!! I x kira uols!

Alright, I think enough for the morning babling. Banyak kerja nak buat oi. Semangat ya Annin!!! Semangat!!!

Okay, bye korang! XD

Thursday, August 15, 2013

Sebenarnya Saya Baru Tengok Drama Ini!

Assalamualaikum.

Hari terakhir bersantai di rumah. Esok dah masuk kerja!!!

Cuti yang maha panjang ni aku banyak habiskan tengok drama 'online'. Apa orang panggil tu... 'Streaming'... Haaa... 'Streaming'. Hahaha!!!

Kalau 'streaming', aku biasanya akan tengok drama yang dah lapuk berzaman 2-3 tahun lepas. Selalunya aku tengok drama 'online' ni kebanyakannya drama Korea. Aku ni memilih sikit bila nak tengok drama Korea petang-petang ni ehehe!

Memilih pun bukannya apa... drama Korea ni satunya panjang bebeno! Nak habiskan satu cerita pun lama! Melainkan cerita tu menarik yang boleh buat kita rasa nak tengok episod seterusnya tanpa henti. Kalau betul-betul menarik, memang rasa x sabar nak tengok sampai habis.

Nasib aku bukan jenis yang tengok episod terakhir dulu. Kalau 'best' baru tengok dari mula. Haaaa... Tu bukan aku. Aku jenis yang tengok episod pertama. Kalau 'best', baru tengok sampai habis. Sebab kawan-kawan aku yang peminat drama Korea ni kebanyakannya jenis macam tu hahaha!!

Aku memang lambat sikit lah nak terpengaruh dengan drama-drama yang baru, yang tengah meletop kat TV. Walau semua kata cerita itu 'best' gila ke apa ke, aku ya kan aja haha! Kelmarin baru habis tengok "Personal Taste". Cerita yang 'ex-officemate' aku suka gila.

Masa dia tengah angau cerita tu pun masa 'office' masih lagi di PWTC. Tapi setelah 2 tahun, baru aku tergerak nak tengok cerita tu. Bersemangat dia ajak aku tengok sekali. Tapi maaflah, aku x berminat nak 'join'. Berlagak juga lah kan? Kahkahkah!

Tengok episod 1. Hmmm... Boleh tahan. Perasaan nak tau apa jadi episod seterusnya, buat aku klik 'link' yang berderet dekat sebelah 'channel'. Termasuk dalam dunia awang-awangan sudah... Maka aku habis tengok semua episod dengan jayanya kelmarin. 

Bila dah habis, aku x tau nak tengok cerita apa. Buka Google. Terus taip "Sebenarnya Saya Isteri Dia!". Berderet kau yang keluar!!! Pilih je mana nak tengok. Apa sebab tiba-tiba aku nak tengok cerita tu? Sebab masa tayangan drama SSID dekat TV, aku perhatikan 'status update' kawan-kawan dekat Facebook.

Lelaki ke perempuan ke, semua emosi bila tengok drama SSID. Tapi yang lebihnya mestilah perempuan kan. Aku pun tertanyalah, "Apa 'best' sangat ke cerita SSID tu?". Terus terang cakap, masa aku baca tajuk drama ni dekat TV, aku tergelak. Apasal macam kelakar je tajuk drama ni? Masa ni memang aku x tau yang cerita ni diadaptasi daripada novel. Siapa yang x sabar tu, memang beli novel terus lah kan? Betul x? Haha!

Dekat rumah, mama aku sorang je yang tengok. Aku pun kekadang tertengok sipi-sipi nak habis. Sebab aku selalu baru sampai rumah waktu tu. Nak senang cerita, aku tanya sinopsis dekat mama lah hehe! Teringat masa episod akhir nak tayang. Semua 'update' status x sabar nak tengok macam mana 'ending' SSID tu. Siap ada yang tengok balik dari episod 1 sampai lah episod 12! Dahsyat juga!

Aku x tengok pun. Esoknya aku tanya 'officemate' yang tengok. Respon aku macam biasa... "Ooooo...". 'So', dalam dua hari ni aku habiskan semua 13 episod SSID. Dan 'feel' yang aku rasakan, cerita ni 'BEST'!!! Sebab tu aku boleh habiskan drama ni dua hari! Eh, lama eh? Hahaha! Yelah, xkan x makan, x tidur, x bersosial kan? Apa pula kata mama dengan abah kalau aku duduk dalam bilik sehari suntuk x keluar-keluar. X berasap le dapur gamaknya!!! Hahahahaha!!!

Jalan cerita SSID boleh tahan menarik. Dan aku pasti ramai yang suka bila ada 'scene' Syaf dengan Firash kan? Dan menyampah bila datang 'part' Rania haha! Cuma aku rasa watak Tok Wan tu sekejap sangat. Sama juga dengan watak Qimie. Yelah, nama pun drama adaptasi. Kena cepat ikut plot.

Tahniah pada Izzue Islam dan Tiz Zaqyah sebab dorang berjaya bawa watak Firash dan Syaf dengan sangat 'awesome'! Dan aku sangat suka!!! (^____^)

p/s: Aku memang x pernah nak bagi komen atau bagi pendapat pasal drama-drama Melayu dekat sini. Sebab jarang tengok hehe! Ada x drama-drama Melayu yang 'best' yang korang nak rekomen kat aku? Sankyuu!!! 


Tuesday, August 13, 2013

Eid-ul-Fitr 1434H ~ Balik Kampong Yang Best!!!

Assalamualaikum. 

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua rakan blogger! (^__^) 

Hari ni dah masuk raya hari yang ke-6. Sekejap betul masa berlalu kan? Aku masih bercuti lagi. Curi masa beristirehat di rumah. Eh bukan senang aku nak dapat cuti panjang macam ni. Ye lah, aku pernah cerita kan, bukan mudah untuk aku bercuti-cuti macam ni. Harus fikir macam-macam faktor dari pelbagai segi. 

Cuti raya kali ni 'approved' sebab semua bagi kerjasama. Aku bagi can dorang cuti sebelum raya. Aku pula bantai cuti selepas raya. Adil kan? Haha! Bolehlah masing-masing 'cover' kalau ada apa-apa yang 'urgent' atau apa-apa yang 'top priority'. Harapnyalah. 

Minggu depan adalah minggu kesibukan. Sebab itu aku pilih untuk masuk kerja hari Jumaat. Ramai yang kata baik cuti terus sampai Ahad. Tapi aku x nak. Lebih baik aku bersiap sedia untuk sebarang kemungkinan haha!!! 

Oh ya. Aku balik kampong raya pertama. Ekspektasi jalan akan sesak teruk. Tapi alhamdulillah. Sampai rumah makcik aku dekat Parit Yaani dalam masa yang sepatutnya. Disebabkan waktu untuk beraya di kampong x lama, aku satu famili terus mulakan misi. Raya! Raya! Raya! 


Raya tahun ni sangat seronok. Sebab hampir seluruh ahli keluarga dapat berkumpul. Dapat juga tangkap gambar kenangan hehe! Kali ni juga dapat ziarah rumah saudara belah Abah yang dah lama x ziarah. Alhamdulillah... Kepada semua sahabat yang dah mula bertugas, selamat bertugas ya. Dan yang masih bercuti, selamat bercuti dan terus beraya sakan!!! 

Jumpa lagi!!! (^___^)

Monday, August 5, 2013

Kegembiraan Akan Datang Jua.

Assalamualaikum. Salam pagi semua!

Hari ni jalan boleh dikira agak lengang walaupun belum lengang sepenuhnya sebab masih ramai yang bekerja. Apapun aku berjaya mengawal nafsu daripada perasaan nak bawa kereta laju-laju haha! Memang ikut peraturan had laju yang ditetapkan. Fuh!

Di office pun masih riuh. Kedengaran lagu-lagu raya berkumandang dari pintu masuk. Semua dah dalam mood raya dah ni! Alhamdulillah, baki hari bekerja ni harus tekun dan tabah.

X terniat pun nak jengah blog ni pepagi buta. Tapi bila dah log in, terdetik nak baca blog sayangness yang dah lama aku x jenguk.

Patah demi patah penulisannya aku baca. Ternyata hidup ini indah! Kegembiraan dan kebahagiaan terserlah menanti hari bahagia pada Eid yang akan datang x lama lagi. 

Betul kata orang, tuah, rezeki, jodoh, ajal... Semua itu rahsia Allah SWT. Dia yang dahulu terlalu banyak menelan kepahitan dan kedukaan. Kini, tiada lagi air mata, resah kecewa. Syukur, Allah telah menemukan dia dengan seseorang yang mampu membuatkan dia tersenyum bahagia. Sentiasa. Alhamdulillah.

Sebagai sahabat, aku tumpang gembira. Tumpang bahagia dengan berita gembira dari dia. Akhirnya! 

Aku akan sentiasa mendoakan kebahagiaan dan kegembiraan sayangness-sayangness semua. Moga sentiasa bersabar mengharungi ranjau dan dugaan alam rumahtangga. InsyaAllah. Kekal hendaknya jodoh hingga hujung nyawa. Amin.

Sunday, August 4, 2013

Annin Semakin Hilang Dari Pandangan.

Salam.

Ramadhan bakal berakhir. Eid semakin dekat.

Tahun ni aku x post apa-apa untuk Ramadhan. Tau-tau minggu depan dah nak raya. Yang aku tau, aku cukup bersemangat nak sambut raya tahun ni. Walaupun x ada baju raya.. X apa, baju saja x ada. Kuih raya banyak! Hahahaha!!!

Dan tahun ni juga aku dapat bercuti panjang! Akhirnya aku berjaya menggunakan Cuti Rehat yang x pernah terusik sepanjang tahun 2013! Walau cuti yang diluluskan adalah 5 hari, tapi aku rasa berat pula nak cuti penuh. Maka aku ambil keputusan untuk bercuti selama 4 hari saja.

Ramai yang tanya, kenapa aku x cuti terus sampai hari minggu. Kenapa nak datang kerja hari Jumaat? Senang saja jawapannya. Itu untuk persediaan mental. Untuk elak dari terkejut bila masuk kerja dengan segala bagai tugas, email, itu dan ini tersusun berderet haha!!!

X apalah. Cukup lah cuti tu. Cuti lama-lama sangat pun x bagus. Sebab aku tau aku ni jenis yang cepat risau kan hal-hal dekat office tu. Boleh sampai mimpi lagi! Haish... Teringat mimpi minggu lepas. Sampaikan nama penuh client pun boleh masuk jadi watak. Client mat saleh lagi! 

Minggu depan aku masih bekerja seperti biasa sampai hari Rabu. Mungkin x ramai staf yang ada. Harapnya x banyak lah urusannya. Agak-agak Chief bagi balik awal x hari Rabu nanti? Mungkin? Hmmm... Macam x saja. Hahahaha!!! Angan-angan!!!

Dah jam 3.00 pagi. Shut down sebentar sebelum sahur. 

Tuesday, June 4, 2013

Selasa. Hari Blur Untuk Aku.


Salam untuk semua.

Semalam aku bercuti silih berganti. Satu hari saja. X lama mana. Cuti untuk bertemujanji dengan rakan x sebaya haha!

Pagi ni masuk kerja. Otak rasa blur. Buka email. Beratur tersusun yang belum dibaca! Pergh! Otak terus menerus blur. Susun mana yang perlu dibalas terlebih dahulu. Susun mana tugas yang perlu disudahkan dahulu.

Jumaat mesyuarat lagi. Khamis OT lagi. Hakikatnya, Selasa, Rabu, Khamis pun OT. Minggu depan pindah ke tingkat 1. OT lagi Sabtu Ahad. Wah! Kaya betul dengan OT! OT yang bulan 3 pun x habis lagi. Nak ambil cuti pun fikir dua tiga kali. Sudahnya, cuti-cuti OT itu bakal terbakar nampaknya.

Sebab? Bukan senang nak ambil cuti. Banyak yang perlu difikirkan sebelum mengambil langkah drastik untuk bercuti. Lainlah kalau aku jenis yang x ambil peduli hal-hal lain. Kisahkan hal sendiri. Itu memang setiap minggu akan aku langsaikan OT yang maha banyak itu.

Cuti hakiki pun aku x usik lagi. Sekarang dah masuk bulan 6. Tinggal 6 bulan lagi untuk aku habiskan. Entah celah mana aku nak selit pun aku x pasti. Kata bos, habiskan cuti ganti dulu. Aku rasa cuti ganti aku cukup sampai hujung tahun. Firasat aku lah. 

Melainkan aku ambil cuti panjang untuk Project RunAway. Mungkin akan habis cuti ganti tu. Persoalannya, bila? Itu aku susah nak jawab. Selalunya Project RunAway tu aku x jangka. Tiba-tiba saja boleh terjadi. Berdasarkan pengalaman tahun-tahun sudah. 

Apapun, aku cukup bersyukur. Kerja dengan hati ikhlas. InsyaAllah, akan ada ruang itu untuk aku. Sabar dan terus sabar.

Dah. Nak buat kerja. Terima kasih pada yang sudi baca.

Wednesday, February 20, 2013

Sayu Hati Ku Sayu...



Tersentak aku dari lamunan. Membaca kata-kata seorang kakak yang sangat aku hormati.

Ya. Aku harus keluar dari kepompong ini. Harus! 

Doakan semoga semuanya dipermudahkan untuk ku, insyaAllah.

Amin.

Wednesday, February 13, 2013

Otak Rasa Kosong. Hati Rasa Kosong.


Minggu ini sekali lagi bermula di pertengahan bagi aku.

Rasanya terlalu kerap hujung minggu. Cuti panjang. Entah kenapa hari ini perasaan x best berada di office  membuak-buak. Bila otak dah terbiasa bekerja walaupun waktu cuti dan waktu rehat di rumah, bila masuk semula ke office pada hari biasa, tiba-tiba macam dah x tau apa yang nak kena buat.

Susun kerja bukan main. Bila nak mula, ada saja yang mencelah. Mood yang dibina hilang dari pandangan. Nak pula seorang dah pergi, tinggal lagi 3 dalam kelompok operasi.

Memang kerja masing-masing berbeza, tapi bila satu hilang, yang lagi 3 ni akan rasa goyangnya. Bayangkan dulu kelompok ini ada 10 orang. Sekarang tinggal 3! Yang 1 mungkin hanya terbeban pada satu tugas tapi yang lagi 2? Memikirkan kerja sampai x ingat pasal peribadi, pasal keluarga.

Kerja bukan makin berkurang. Bertambah ada. Apa yang lagi perit, bila benda yang patut diselesaikan terlebih dahulu, x habis tapi ditambah dengan benda yang sama. Cuma cara kerja yang berbeza. Senang cerita, tambah bertimbun sampai melimpah. 

Sebagai pekerja, kami hanya menurut perintah. Sebab suara hati x ada siapa nak dengar. Dah sampaikan pada atasan pun x boleh nak buat apa. 

Bila ditanya, kerja bagai nak gila, bila nak ada tawaran jawatan tetap? X ada jawapan. Senyap. Bila yang tinggal ni bersuara nak tinggalkan kerja, dijawab "Janganlah... Tapi kalau dah dapat nak buat macam mana... Pergilah..". 

Sekarang hati aku dah rasa sangat kosong dekat sini. Otak dah rasa tepu sangat. Cuma masa, peluang dan ruang yang tepat untuk pergi tu aku masih tercari-cari. Peluang mungkin ada, cuma kalau boleh aku nak jauh dari kerja yang aku buat sekarang. Dah x mahu ada kaitan. Kalau x, sampai bila pun aku akan terperangkap dalam sangkar yang sama walaupun persekitaran berbeza. X ada kehidupan.

Buat masa ini, bertahan selagi mampu walaupun hakikatnya x mampu dah. Sedih! Sangat sedih...


Wednesday, February 6, 2013

Heart and Love.



This is a story about heart. 
A piece of soft yet hard inside. 
Looking at it's surround. 
Feels like been left behind. 

Is it wrong to stand as one? 
By quick heart says "No. You'll do good." 
While others have a company, the one is still standing, tough. 
Alone. 

Heart does feel happy for those filled with joy and love. 
But deep inside, heart wants to feel the same. 
Has the time come? Heart says "No. It's not." 
Still far to reach. 

Heart once experienced happiness of love. 
1 time, 2 times, 3 times... 
All leaving behind sweet and bitter. 
For a lasting memoir. 

Now... 
Heart seems to forget. 
What it feels like to be loved? 
How heart should react if love embrace? 

Doki doki? 
Excited? 
Jumping up? 
Heartbeat and rising?

Only TIME will tell. 
Only HE who knows. 

Heart does feel thankful. 
Heart does appreciate. 
Heart does feel blessed. 

Alhamdulillah.

Wednesday, January 16, 2013

Finally!

What a relief!

Got SMS from M2U yesterday. Payment for EXILE TRIBE and TENSO been debited haha!!!

Okay. Here is the story.

Mia and I purchased 三代目J SOUL BROTHERS' ZERO goodies in November 2012 if I'm not mistaken. Supposed the goodies will be delivered after payment been made right? Yes, we did receive acknowledgement from M2U the same day we did the online purchase. 3 weeks after, the goods delivered to us safe and sound. 

Funny thing was the amount did not appear in my statement! How come goods delivered but no charges implied? 

So in end of December I called M2U CS for verification. They confirmed that there is no transaction done to Japan! Eh??? Waaaaiii??? CS Exec. said that maybe it was bounced. Then I said, if it was bounced, how come they delivered the goods? And the CS said, "Erm... I'm not sure. You might need to check with Japan side."

I called Mia and asked whether EX TRIBE or TENSO send any messages or reminder about the payment. She said none. Eh??? This was not supposed to happened right? XD

Whatever it is, all has been settled! And now I'm broke! Haha!!!

Thursday, January 10, 2013

S.T.R.E.S.S.

Sesungguhnya aku sangat tertekan sekarang.





Let All The Negative Vibes Away ~

A good weather I must say. But still cloudy.

Rain poured for a while last night. Still, the temperature was very high that caused me to stay awake till 1 a.m. Can't do nothing except scrolling AKIBaby Jr. till late. No Astro. Haih...

I still wonder. Why 2013 has never been good to me so far? What I meant was solely about work. I thought that by end of 2012, there will be a smooth start in 2013. 

The opposite happened. Small things keep getting bigger. Ridiculous matters keep getting complicated. Not that I'm complaining. Simple things should be kept simple right? Why go for trouble? Waste of TIME, waste of MONEY, waste of ENERGY! 

Things said in previous, will change to another. Worst, if it is not mentioned. At all. Yes, we workers. Bind to follow orders. And we have become a YES MAN. No point arguing.

Am thinking of giving myself a space. Enough of letting the decisions made based on others' benefit. Enough of being a person who always thinks of others' necessities. It's time for ME. Think of the good of what ME would get. It's time for ME to live a new world.

Of course I would not just go away. I know of my responsibilities. 

Now it's just a matter of TIME and OPPORTUNITY. Remember to grab everything comes to you, Annin. You have let all the dreams gone the past few years. You will regret it if you keep doing the same choices.

ME, MYSELF and I. FAMILY will always the first. Remember that.

Wednesday, January 9, 2013

I Don't Think That's The Way.

No greetings. Thank you.

A statement.

I understand that statement was raised due to our mistakes and for being inconsiderate. Yeah, I understand many or should I say most of the things you saw was ours. Our 'leftovers'.

I'm not going to say any excuses. And I as part of the team you 'mentioned', I sincerely apologize for our act of being stupid.

Was a mistake when we trust people to do things which they were willing to volunteered. As they gone with things unfinished, it is us to continue. Supposed.

And when you put up a statement like that, a very harsh one, you might think it's the best way to convey the message. But unfortunately it's not, my dear. You should know what happened around before saying that.

By the way, THANK YOU.