Showing posts with label Ciao's Broken Mind. Show all posts
Showing posts with label Ciao's Broken Mind. Show all posts

Thursday, October 10, 2013

Bila Annin Mohon Cuti.

Assalamualaikum ya sahabat!

Haaaa... Sehat? Aku alhamdulillah, walau ada demam sikit. Lama kan x jumpa? Aku sendiri dah x ingat bila aku last update blog ni. Kasihan dia dibiarkan sendiri.

Minggu depan Aidiladha kan? Cuti x? Confirm ramai yang cuti kan sebab cuti umum tu diapit tengah-tengah haha! Perancangan awal aku nak cuti hari Jumaat ni. Tapi apakan daya, ada mesyuarat. Maka aku tangguhkan cuti dan bawa ke depan. Haaa... Boleh macam tu?

Sebelum dekat office x pernah buat jadual untuk cuti Raya Haji. Cuma buat jadual untuk Aidilfitri. Tapi tahun ni kasi lain macam sikit. Siap buat jadual cuti untuk semua staff. Bos besar kata okay je. Tapi yang lawaknya semalam, bila Bos kecik dah sign hampir separuh borang cuti tiba-tiba dia berkata "Eh, sampai 3 hari? Siapa ada kat office nanti?."

Aku nak tergelak juga masa tu. Tapi ku tahankan juga. Lalu aku berkata "Hari tu kan dah buat jadual untuk cuti ni." "So Bos kata okay? Diorang apply ikut jadual tu lah ni?" katanya lagi. "Ha ah. Dia x kata apa pun. Okay je." jawab aku. Selamba x?. Hahaha! "Hmmm... xpe lah kalau macam tu." sambungnya pasrah. Heheh!

Ala bos... Bukan selalu kami apply cuti pun. Ni pun sebab Raya Haji. Boleh lah eh? Terima kaseh bos!!!

Untuk aku pulak, bukan setakat Aidiladha, minggu seterusnya aku perlu bercuti juga untuk balik kampong. Sepupu kahwin lagi! Hahaha!!! Dekat Johor Bahru. Jauh tu! So aku mohon lagi 3 hari. Nasib baik juga lah aku x terlibat dengan WTC 2013 yang berlangsung dalam minggu yang sama. Walau ada sekelumit rasa nak join, tapi x apalah. Bos suruh jaga office. Baiklah!

November pun aku dah allocate untuk cuti aktiviti lompat-lompat tinggi. Harapnya x clash dengan apa-apa tarikh. Kalau clash juga, maaf. Aku akan teruskan juga dengan cuti aktiviti lompat-lompat tinggi. Hahahah!!! I x kira uols!

Alright, I think enough for the morning babling. Banyak kerja nak buat oi. Semangat ya Annin!!! Semangat!!!

Okay, bye korang! XD

Wednesday, February 20, 2013

Sayu Hati Ku Sayu...



Tersentak aku dari lamunan. Membaca kata-kata seorang kakak yang sangat aku hormati.

Ya. Aku harus keluar dari kepompong ini. Harus! 

Doakan semoga semuanya dipermudahkan untuk ku, insyaAllah.

Amin.

Wednesday, February 13, 2013

Otak Rasa Kosong. Hati Rasa Kosong.


Minggu ini sekali lagi bermula di pertengahan bagi aku.

Rasanya terlalu kerap hujung minggu. Cuti panjang. Entah kenapa hari ini perasaan x best berada di office  membuak-buak. Bila otak dah terbiasa bekerja walaupun waktu cuti dan waktu rehat di rumah, bila masuk semula ke office pada hari biasa, tiba-tiba macam dah x tau apa yang nak kena buat.

Susun kerja bukan main. Bila nak mula, ada saja yang mencelah. Mood yang dibina hilang dari pandangan. Nak pula seorang dah pergi, tinggal lagi 3 dalam kelompok operasi.

Memang kerja masing-masing berbeza, tapi bila satu hilang, yang lagi 3 ni akan rasa goyangnya. Bayangkan dulu kelompok ini ada 10 orang. Sekarang tinggal 3! Yang 1 mungkin hanya terbeban pada satu tugas tapi yang lagi 2? Memikirkan kerja sampai x ingat pasal peribadi, pasal keluarga.

Kerja bukan makin berkurang. Bertambah ada. Apa yang lagi perit, bila benda yang patut diselesaikan terlebih dahulu, x habis tapi ditambah dengan benda yang sama. Cuma cara kerja yang berbeza. Senang cerita, tambah bertimbun sampai melimpah. 

Sebagai pekerja, kami hanya menurut perintah. Sebab suara hati x ada siapa nak dengar. Dah sampaikan pada atasan pun x boleh nak buat apa. 

Bila ditanya, kerja bagai nak gila, bila nak ada tawaran jawatan tetap? X ada jawapan. Senyap. Bila yang tinggal ni bersuara nak tinggalkan kerja, dijawab "Janganlah... Tapi kalau dah dapat nak buat macam mana... Pergilah..". 

Sekarang hati aku dah rasa sangat kosong dekat sini. Otak dah rasa tepu sangat. Cuma masa, peluang dan ruang yang tepat untuk pergi tu aku masih tercari-cari. Peluang mungkin ada, cuma kalau boleh aku nak jauh dari kerja yang aku buat sekarang. Dah x mahu ada kaitan. Kalau x, sampai bila pun aku akan terperangkap dalam sangkar yang sama walaupun persekitaran berbeza. X ada kehidupan.

Buat masa ini, bertahan selagi mampu walaupun hakikatnya x mampu dah. Sedih! Sangat sedih...


Thursday, January 10, 2013

S.T.R.E.S.S.

Sesungguhnya aku sangat tertekan sekarang.





Monday, June 18, 2012

"Now you're just somebody that I used to know..." ♪

Now and then I think of when we were together
Like when you said you felt so happy you could die
Told myself that you were right for me
But felt so lonely in your company
But that was love and it's an ache I still remember

You can get addicted to a certain kind of sadness
Like resignation to the end
Always the end
So when we found that we could not make sense
Well you said that we would still be friends
But I'll admit that I was glad it was over

But you didn't have to cut me off
Make out like it never happened
And that we were nothing
And I don't even need your love
But you treat me like a stranger
And that feels so rough
And you didn't have to stoop so low
Have your friends collect your effects
And then change your number
I guess that I don't need that though
Now you're just somebody that I used to know
Now you're just somebody that I used to know
Now you're just somebody that I used to know

Now and then I think of all the times you screwed me over
But had me believing it was always something that I'd done
And I don't wanna live that way
Reading into every word you say
You said that you could let it go
And I wouldn't catch you hung up on somebody that you used to know...

But you didn't have to cut me off
Make out like it never happened
And that we were nothing
And I don't even need your love
But you treat me like a stranger
And that feels so rough
And you didn't have to stoop so low
Have your friends collect your effects
And then change your number
I guess that I don't need that though
Now you're just somebody that I used to know

I used to know
That I used to know

Somebody...

★ Somebody That I Used To Know 〜 Gotye feat. Kimbra


Image à partir de Google

♪ Well, this song does reminds me of old heart broken memories. Cheh!

Oi Bosan Ngat Ni!!!

Mengapa hari ni bukan hari yang produktif?

Bila aku ingin memulakan satu kerja, pasti kerja lain yang aku sudahkan dulu. Bila nak mula balik, kerja yang seterusnya aku habiskan dulu. Eh, tu bukan ke produktif?

X... X produktif sebabnya yang lain tu bukan kerja yang utama. Kerja sampingan cuma. Hari ni otak agak lemau nak proses data. Lama x defrag kot hahaha!!!

Ni buku rekod dah terang-benderang dengan highlighter di depan mata. Siapkan dulu rekod ni Annin oi!!! Pukui kang???

HAHAHA! Baeklah, misi bermula semula. Sambil-sambil layan FLOW ♪

Saturday, June 16, 2012

Blog lama. Wajah baru. Blogger tengah belajar.


Salam.

Setelah hampir 2 tahun, baru aku terpanggil untuk menukar wajah. Ya, blog yang telah ditinggal berhabuk ini akhirnya bertukar baju juga hahaha!

Aku pun x tahu lah, kenapa tangan dan minda aku x mahu meluncur dan bertukar sel otak untuk tahun 2012 ni. Aku pernah berjanji, namun aku akui, aku x tepati. Maaf!

Macam-macam dah jadi. Tapi aku malas nak taip URL yang satu ni. Haih...

Apa nak jadi dengan aku ni. Annin oh Annin...

Tuesday, February 21, 2012

Pergi Atau Kekal Di Sini...

Akhirnya hari ini tamat dengan tenang.

Syukur juga sebab walaupun agak kelam-kabut, mesyuarat petang tadi dah pun selamat.

2-3 minggu ni aku sangat stress dengan hal kerja dan keadaan sekeliling. Dengan mesyuarat yang nak kena buat setiap minggu. Oh ~ pengsan! Tu belum lagi officemate yang ramai akan pergi. Memang akan ada pengganti, tapi beban akan bertambah.

Sebab? Siapa yang nak mengajar? Mesti lah yang mana ada kan? Sebenarnya aku x berapa setuju dengan cara pihak pengurusan bahagikan tugas. X semestinya jawatan dengan tugas tertentu akan kekal dengan tugas yang sama. Sepatutnya, x kiralah jawatan apa atau tugas apa sekalipun, semua patut didedahkan dengan cara kerja daripada bawah, dari mula bahagian operasi dan data.

Kalau dulu senang. Boleh serah tugas dengan tenang hati sebab semua dah tahu asas. Sekarang ni nak serah tugas pun berat hati sebab takut yang baru ni x dapat nak tangkap. Okay, aku faham kena slow slow... tapi bila sampai masa yang kita kena buat sesuatu urgently, x ke terpinga-pinga? Nak pulak kalau sumber rujukan x ada masa tu, macam mana? Jangan kata aku pandang rendah ya?

Dan sekarang aku x tau macam mana nak buat keputusan. Banyak kes yang pending. Xkan nak tinggal macam tu je? Karang ada pulak yang kata aku pergi tinggalkan beban yang melambak kat orang yang akan ambil alih kan? Ish ish ish...

Ingat nak terus hilang dari pandangan. Tapi x sedap hati pulak. Arrghhh... otak dah tutup kedai! Tolong!!! ~

Aku akan merindui saat manis ini ~ :')

Walau apapun aku akan tetap pergi juga satu hari nanti. Bila? Biarlah masa dan keadaan yang tentukan. InsyaAllah. Semoga DIA permudahkan urusan ku di sini, amin.

Annin: Bukan mudah untuk pergi... T____T

Tuesday, November 15, 2011

Aku Nak Simpan 1K Sebulan!!! Boleh?

Oh tidaaaaaakkkk!!!

Nanges nanges!!! Sedih!!!

Cukup 4 bulan dah aku x berpeluang nak simpan separuh dari duit gaji aku. Sejak aku duduk menyewa dekat Putrajaya memang susah sangat nak uruskan bajet aku. Mesti ter-over!

Dulu masa tinggal dekat Klang a.k.a. Teratak Desawan nan permai, boleh saja aku limit-kan perbelanjaan bulanan. Jarang sangat aku melanggar prinsip! Tapi... Betullah orang kata. Kalau duduk menyewa memang susah sikit nak menyimpan.

Dulu memang aku x percaya. Aku ingat ianya mitos semata. Tapi aku salah. Pertama kali merasa duduk menyewa, baru aku tau macam mana rasa peritnya.

Ada saja ini nak dibeli, itu nak dibayar. Duit terasa keluar laju macam air sungai. Tolak lah hutang keliling rumah yang perlu dibayar. *Orang selalu kata keliling pinggang kan? Aku keliling rumah okay!*

Yang lagi aku risau, aku cuma tinggal sebulan setengah kontrak dengan Kementerian. Lepas tu? Lepas tu macam mana??? Mana nak cari duit kalau kontrak x disambung? Kerja lain pun x dapat apa-apa khabar berita.

Jenuh menghantar resume. SPA pun dah renew. Tapi... Masih x ada rezeki. Kerajaan pulak sambung bekukan pengambilan kakitangan kerajaan sampai hujung tahun. Patutlah satu panggilan peperiksaan SPA pun x ada! Aku x nak mintak PTD okay. Harap maklum.

Mama pun dah bersuara. Tapi x banyak yang boleh aku kata melainkan sedang berusaha untuk mencari kerja baru. Aku tau, bumi Allah itu besar. Mungkin belum berjodoh dengan rezeki itu. Mungkin...

Sekarang memang aku kena sekat apa-apa yang x perlu. X kisahlah, simpan sehari RM1 pun duit juga kan? Sikit-sikit lama-lama jadi bukit! X gitu? Hehe!

Dan sekarang juga bukan masanya untuk aku berputus asa! Aku akan terus berusaha. Ya, berusaha! Selagi x jumpa Encik Rezeki itu, selagi itu aku akan terus mencari!

InsyaAllah, ada pintu dekat depan tu. Aku akan jalan dan terus berjalan sampai ke pintu itu! PASTI!!!

Masih berharap juga agar kontrak disambung. Tapi harapan xlah tinggi melangit... Kesian tengok kawan-kawan yang x tahu status kontrak diorang. Cuma mampu berdoa saja... Kita doa sama-sama ya? :)

Annin: Nak beli tabung yang x boleh nak curi-curi ambil duit melainkan kena tebuk atau buka guna pembuka tin! HAHAHA!!!

Monday, November 14, 2011

Monday. Not Just A Plain One.




Annin: Curious? That's mean "Lots of stuff in my mind. Please do not disturb. Thank you."

*Thanks Google!

Friday, January 21, 2011

Garam, Gula... Semua Cukup Rasa!

Assalamualaikum minna!

Huhu... Sakit separuh badan aku... Tarik beg, angkat beg. Macam buat senaman dalam gym! Haha! Eh, dah ada muscle? Mwahahahaha!!!!

Okay, ini kesinambungan dari kisah ragbi aku pagi semalam.

Plan aku mula-mula nak balik awal sikit, masa langit masih cerah, cuaca masih panas. Tapi, memandangkan ada sikit lagi tugasan, aku habiskan juga. Nanti x adalah serabut sangat kepala.

Dalam pukul 6.30 petang, target aku berjaya dicapai! Yeehaa! ~ Time to go home! Sebelum balik aku jenguk tingkap. Nak tengok keadaan cuaca. Eh, apasal macam penuh asap? Tu asap ke hujan? Haha! Yelah, nampak macam berkabus dekat kawasan Rebung TM tu. Tapi nampak semacam lah! Makin lama makin dekat. Ah! Memang sah hujan! Hmm... Nak tunggu ke nak balik terus? Tapi kalau aku tunggu, entah pukul berapa pula nak sampai rumah.

Tanpa fikir panjang, aku capai payung. Balik saja lah! Sampai Putra, ada tren ke Pel. Klang. Tapi... Sardin pun kalah kot! Penuh sepenuh penuhnya! X sanggup aku nak naik weh! Tunggu pula tren yang seterusnya. Walaupun agak penuh, tapi masih boleh menyelit hehe!

Dan dugaan pun bermula! Port paling hangat, paling penuh dengan orang yang bakal main ragbi adalah dekat KL Sentral! Sebaik pintu dibuka, tu dia... Penuh! Yang nak masuk tu pula, bukan nak bagi yang dalam tu keluar dulu. Bila dah bertembung, masing-masing x nak mengalah, mulalah macam-macam ayat x berapa gemar nak dengar keluar. Suara mulalah semua meninggi.

Pintu ditutup. Tren pun bergerak. Tapi, x sempat pun nak sampai Angkasapuri, tiba-tiba dengar suara orang menengking-nengking. Eh, apasal pula tu? Aku pun pandang lah dekat perempuan India muda selang 2 orang depan aku. Marah-marah. Then, aku terpandang pula 2 perempuan Cina menjeling-jeling perempuan India tu. Hmm... Dari apa yang aku dengar *Dia marah dalam Bahasa Melayu ya*, dia kata dia faham apa yang 2 orang tu kutuk-kutuk dia dalam Bahasa Cina. Patutlah dia menyirap! Ish... ish.. ish... "Kalau mak pun mak marah nyah!" Mwahahaha!!!

X boleh nak buat apa. Dalam marah-marah tu pun terpaksa juga diorang berdiri sebelah-sebelah sebab dah x boleh nak bergerak. Terpaksa jugalah seorang pakcik India tu menenangkan budak yang marah-marah tu. "Cool down... Cool down..." katanya :)

Berhimpit tu memang x hengat lah. Nak gerak sipi-sipi pun x berhasil. Terpaksa bersabar dengan hati berbunga. Senyum saja! Hehe! Kalau x, aku juga yang tension haha! Sampai Setia Jaya, kebetulan makcik dan pakcik India ni nak turun. Aku pun tanyalah "Mau turun ka?" Dia pun 'geleng' tanda 'ya'. Aku pun berganjaklah sikit-sikit biar diorang boleh keluar. Dan aku pun dapat duduk! Yippee! Alhamdulillah!

Lepas Subang Jaya barulah boleh bernafas dengan tenang sebab ramai yang dah mula keluar. Aku pun tertidur... Eh? Dah sampai Klang? Hehe! Akan tetapi... Nak keluar dari tempat tiket tu pula jam! Terpaksa tunggu sekejap sebab aku menggunakan TnG. Bila dah keluar dari kesesakan itu, fuh! Udara segar kembali! :D

Tamat! The End! Owari~n!

Itulah saja pengalaman seharian aku menaiki komuter sempena cuti Thaipusam. So, lepas ni kalau tahun depan aku nak keluar kena naik bas. Oh x sanggup dah nak melalui saat-saat yang penuh dengan cabaran dan kerenah ni. Macam-macam rasa ada! Tapi x apa, jadikan pengajaran dan pengalaman hehe!

Salt & Sugar of Life ~ Thanks Google!

Ciao: Sebelum nak cakap-cakap a.k.a. mengutuk, tengok dulu kiri kanan. Tapi adalah lebih baik kalau x mengutuk langsung! Hehe!

Thursday, January 6, 2011

PTPTN: Yeahhow!!! Berjaya!!!

Gembira? Itu pasti! Hehe! Tapi ini baru di permulaan misi. Berjaya diluluskan atau tidak itu aku x dapat nak bagi jawapan haha!

Apakah yang sedang aku bebelkan? Haaa... Inilah ceritanya...

Dah lama aku dengar pasal Permohonan Pertukaran Pinjaman (3%) kepada Pembiayaan Ujrah (1%). Tapi lepas baca entri dari Hanis-san, baru aku tergerak nak buat. Lepas tengok budak-budak ofis buat, baru aku bersemangat haha! *Apalah kau ni Annin-chan!* XD

Aku cuba buat petang tadi. Tapi sampai ke sudah e-mel dari PTPTN x masuk. Tunggu punya tunggu punya tunggu, x muncul-muncul. Sistem sangkut kot ahaha! Maka, tadi aku cuba sekali lagi sign in Gmail. Taraaa!!! Inbox tertera e-mel dari webmaster PTPTN. Misi pun bermula!


"Ketak ketak ketak ketak ketak ketak!" ~ Bunyi papan kekunci ~ XD

"Klik klik klik klik klik klik klik klik klik!" ~ Bunyi tetikus daa ~

Dah siap! Semak semula butir-butir peribadi, dengan pantas aku menekan butang "YA"! Yes! Siap! Tapi tu baru permohonan lah adik manis... Berjaya atau tidak, kita tunggu warkah dari PTPTN mwahaha! Harap permohonan aku diluluskan lah. Kalau tidak, entah bila lah nak habis.

Haa! Dah buat belum? Nak buat x? Jom klik SINI! Selamat berjaya! :D

p/s: Untuk adik kesayangan aku, MIA!!! Kau dah buat ke belum? Kalau belum, buat cepat! Nanti aku belanja lalak-oke 3 jam! Mwahahaha!!!

Ciao: Tengah fikir cara/perancangan lain untuk sampai ke garisan penamat! Siapa ada idea?

Wednesday, January 5, 2011

Aduh Kakak... Pagi-pagi Kakak Dah Buat Hati Saya Panas Lah...

Salam.

Aduhai... Dah banyak kali aku tengok perangai dia dengan satu lelaki ni. X kisahlah suami dia ke apa, tapi perangai sama saja dua-dua. X boleh nak SABAR!. Helloooo ~ Awak dua orang ni asal mana ya? Eh orang lain tu aku tengok boleh saja beratur, boleh saja bagi orang dalam tren keluar dulu.

Yang korang dua orang ni macam x boleh nak tunggu, macam kena kejar hantu ni apasal? Ish ish... x faham betullah dengan perangai orang macam ni. Cuba anda bayangkan, anda telah beratur dan berdiri betul-betul tepi pintu masuk tren. Bila pintu dibuka tiba-tiba ada satu kelibat melintas di hadapan anda tanpa pedulikan orang lain. Apakah perasaan anda? Okey, sabar... Haaa masuklah, nak masuk sangat kan?

Tup-tup pagi-pagi buta tadi, kelibat dua orang tu juga lah yang nak menyempit. Yang aku geram sangat tu si kakak yang terhormat itu sesuka hati main langgar-langgar aku! Tolak aku ke tepi. Ewah-ewah... bukan main lagi kakak ya? Yang si cik abang tu pun dua kali lima juga! Main langgar saja orang lain. Rasa nak seligi saja dua-dua tu. Oh aku lupa! Mungkin mereka saja yang bayar tiket kot! Padahal aku tengok x pernah nya beratur beli tiket. Pas bulanan? Ceh!

Apa yang aku perhatikan, ('perhatikan' tu! Haha!) dua orang ni akan duduk seat belakang sekali. Eh kakak, oh abang! X ada siapa nak berebut tempat tu dengan awak-awaklah. Banyak lagi tempat boleh duduk. "Cheit!!! Apa punya worang!"

Semalam pula masa beratur dalam Pejabat Pos. Orang memang ramai. Beratur saja lah kan? Bukan susah pun. Ni tidak, ada yang datang tu dengan muka selamba menyapa orang-orang yang dah beratur depan aku, "A, tolong aku bayar bil ni". Yang satu tu pulak "B, B, tolong belikan aku sampul Pos Ekspres. Nah duit". Dan seterusnya datang lagi satu "C, kau nak update buku ASB kan? Tolong update-kan sekali aku punya ya. Terima kasih!". Bla bla bla... Nampaknya papan tanda "Sila beratur DI SINI" & "Please queue HERE" dah x ada fungsi hahahaha!!! Buat mahal-mahal, x ke rugi namanya?

Sumber: Google ~ Please Queue Here ~


Adoiiii!!! ~ Sakit kepala aku! Dari urusan 3 orang jadi 6 orang! Aku? Haha! Sengih sambil geleng kepala saja lah... "Oh anda semua sungguh JUAL IKAN!!!! a.k.a SEL(L)FISH!!!"

Ciao: Ada x sekolah untuk orang dewasa? XP

Thursday, December 30, 2010

Cuti 31 Disember Ditarik Balik?

APA??? Jeng jeng jeng!!!

Ahaha ~ Buat relax semua! Buat relax... Hehe! Macam ni ceritanya....

Sebenarnya aku dah punya plan untuk Jumaat ni. Memandangkan adik aku akan balik ke kampus untuk semester baru minggu depan, maka aku bercadang nak habiskan masa satu hari lepak dengan dia. Yelah, nanti bila dia dah mula kelas, mula itu mula ini, mana ada masa dah nak balik rumah? Nak ber-jimba sama-sama? Bosan weh aku nanti! Tu sebab kalau boleh aku akan curi juga satu hari untuk dihabiskan dengan dia hehe!

Awal-awal aku isi borang permohonan cuti untuk Jumaat ni. Dah dapat tandatangan boss pun! Hehe! Walaupun dah rasa Malaysia akan menang Piala AFF Suzuki 2010, tapi x sangka pula akan dapat cuti umum! Weehooo! ~

Jadi, aku harus tarik balik-lah borang permohonan cuti aku tu dari meja Chief Clerk awal-awal pagi nanti! Mwahaha! Hati aku pun dah menari-nari sebab jimat cuti tahunan aku (1) hari kahkahkah! Tahun depan boleh cuti banyaaaaaaak-banyak! *Kalau berkesempatan... XD

Haaa... Mesti ramai hati berbunga-bunga kan bila dengar Jumaat ni cuti? Dapatlah bercuti panjang minggu ni. Mesti macam-macam plan nak buat hari minggu nanti. ;)

Sepetang di Labuan ~ Oh rindunya!

Tahniah buat skuad Harimau Malaya atas kemenangan sebagai Juara Piala AFF Suzuki 2010! Tahniah juga buat seluruh rakyat Malaysia!!!

Ciao: Holiday mode: ON! XD

Thursday, December 9, 2010

Semalam 1 Jam. Malam Ni Berapa Agak-agak?

Apa yang 1 jam semalam? Apa yang telah berlaku dalam masa 1 jam semalam? Dapatkah korang bayangkan? Jangan fikir yang bukan-bukan hokey! Haip! Hahaha!!!

Sebenarnya semalam aku cuma mampu tidur untuk 1 jam. 1 jam? Memang sah-sah lah x cukup! Tapi aku dapat rasakan aku sudah terbawa-bawa dengan pattern tidur yang tidak sihat berlanjutan dari 2 minggu lepas.

Tapi kes semalam ni lain. Semalam memang aku x boleh tidur. Dah sampai pukul 3.00 am pun mata aku x nak tutup. Namun terpaksa juga aku tutupkan sebab 4.30 am dah kena bergegas sana sini huhu...

Dah sampai opis memang x rasa apa dah sebab kepala dah serabut dengan banyak benda nak kena buat. Tapi masa balik tadi, dalam pukul 8.00 pm, kepala aku dah rasa blank! Mata dah x mampu nak dibuka! Aku bantai tidur dalam tren! Tersengguk tu memang x boleh nak elak. Sampai sakit-sakit tengkuk aku. Yelah, sebab yang aku naik tadi tren kerusi rendah. X ada tempat nak landing huhu... Syiok punya tidur... Nasib baik x terlajak hahaha!!! Sayup-sayup aje dengar driver tren tu sebut "Klang". Ingatkan masih di alam mimpi. Padahal?!

Laa ni pun dah pukul 1.00 am. Otak aku baru nak mula rasa pedih. Mata pun dah rasa berat dekat kening. *Kening???* Maka, cukuplah sampai sini aku mencoretkan kata hati, dalam kepala. Karang x pasal-pasal tertidur masa tengah taip entri! *Aku pernah tertidur depan monitor semasa menaip komen status di FB kahkahkah!!! Memang langsung x sedar. Dah tersengguk ke belakang sampai nak terseliuh leher baru terbangun!* Kes berat dah ni hehe!

Oraito dear bloggers! Aku nak paksa diri aku tidur dah ni. Mahu shut down sudah ~ Meet again tomorrow? InsyaAllah... Oyasumi nasai! Mata ashita minna! Assalamualaikum :)

Sengaja letak pic Papa Miyavi :) Really miss his kakkoii-ness! Yet to enjoy his new WHAT'S MY NAME? huhu ~

Ciao: Adush!!! Dush! Dush! Mia-chan tengah layan 'Seigi no Mikata' lah pulak! Dugaan ni! No! No!!!

Thursday, December 2, 2010

Aku Rasa Nak Belasah Orang! Dan Aku Serius!

[Sila abaikan Ciao Annin-sama yang korang kenal. Sila lupakan Ciao Annin-sama yang ceria, yang happee-go-lucky. Sebab apa? Sebab hari ini hari yang happee-go-UNLUCKY untuk dia.]

Sebelum apa-apa, aku nak minta maaf sebab entri ni agak 'kasar'. Apa yang aku tulis adalah kata-kata dari hati aku yang tengah panas. Harap maklum. Terima kasih.

"Aku x faham, kenapa korang selalu buat kerja BUKAN dengan mata. Kenapa setiap kali orang tanya isu yang sama, setiap kali itu juga korang bagi jawapan yang sama yang mana nama aku akan dikaitkan walaupun aku tidak ada kena mengena, dan aku x tahu cerita hujung pangkal.

Sepatutnya korang dah faham, faham sangat-sangat, prosedur sepatutnya yang korang kena ikut. Semua kuasa tu ada pada tangan korang. Kenapa asyik nak lepas tangan? Kalau betul korang dah buat, tu lain cerita! Masalahnya, benda yang korang x buat/x sentuh lagi korang kata dah buat, dah hantar, dah siapkan.

Sekali aku kena dulu, aku sabar. Sebab aku cuba faham keadaan korang yang sibuk tu. Korang sendiri yang kata korang sibuk kan? Dua kali kena, nama aku juga yang korang sebut. Panas, memang panas. Tapi aku sabar juga sebab aku nak benda tu selesai. Xpe, walaupun aku terpaksa buang masa sebab benda 'bodoh' macam tu. Xpe, walaupun kena komplen dengan customer. Xpe, walaupun aku terpaksa selongkar nak cari bukti yang korang dah buat benda tu, aku sabar aje. Alih-alih apa aku jumpa? Benda yang korang kata dah buat, siap kata korang dah serah dekat aku untuk dihantar, masih x ada apa-apa tindakan susulan! Cantik aje terletak dalam timbunan fail. Hebatnya!

Dan hari ni, sekali lagi nama aku jadi popular! Patutlah aku tersedak, ada orang sebut nama aku rupanya! Orang yang tu call, komplen, marah-marah kenapa benda yang dah lama diserahkan masih belum siap seperti yang dijanjikan *Korang yang buat janji hokey! Bukan aku!*. Orang yang ni pulak telefon kenapa benda yang dah dihantar x juga sampai-sampai pada dorang. Sebab x puas hati, aku cari betul ke tidak dah dihantar. And guess what I found? It's still with them. Safe and sound!

Ish... Nak minta tolong boleh x? Boleh x lain kali sebelum korang main sebut je nama aku, tolong pastikan yang korang betul-betul dah buat, betul-betul dah siap dan selesaikan benda tu? Boleh? Tolong cari guna mata dulu sebelum bagi informasi dekat orang luar. Boleh x? X susah pun kan? Karang x pasal-pasal aku juga yang kena jadi Detektif Conan, nak cari bukti. X pasal-pasal aku juga kena jadi Kindaichi sebab nak selesaikan kes."

Walaupun aku tau x kan ada perubahan, tapi xpelah. Think positive! Selagi aku boleh sabar, aku tahan. Karang x pasal-pasal masuk paper! Hahaha! Gelak-gelak juga... Eh, aku masih marah hokey! XP


Arigatou Google Ojii-san!

Ciao: Sedang menenangkan hati sambil dengar suara ATSUSHI & RYUJI IMAICHI. Ceh!

Sunday, November 28, 2010

Kenapa Gantung Patung/Teddy Bear Dekat Tepi Ekzos?

Google Pic ~ Gantung teddy bear bawah kereta ~

"Eh, aku nak tanya kau sesuatu. Kenapa orang gantung teddy bear bawah kereta ha?"


Tiba-tiba abang aku tanya soalan ni pada aku. Tahukah korang apa yang aku jawab? Dengan sepantas kilatnya aku menjawab "Voodoo!" Hahaha!!!

Sebenarnya aku pernah terjumpa 2 kali dengan kejadian macam ni. Mula-mula dulu officemate aku yang tanya masa kitorang dalam perjalanan pulang ke rumah. Jawapan yang sama juga aku bagi, "Voodoo" ehehe!

Aku x tahulah kalau style gantung patung/teddy bear ni dah lama. Mungkin x ramai yang buat. Aku nak tahu sangat apa motif sebenar dorang gantung teddy dekat bawah kereta/tepi ekzos? Hiasan? Aksesori biar nampak lebih stylo? Hmmm... Siapa tahu kenapa? Tolong bagitahu kat aku ya!

Ada juga aku buat research, kalau-kalau ada falsafah disebalik kelakuan ni. Rata-rata yang aku baca, semua pun bertanyakan soalan yang sama seperti aku. Ada juga yang jawab ni semua saja-saja, suka-suka. Ada yang kata nak bagi nampak cute! EH, tapi kalau lelaki yang gantung, nak bagi nampak cute juga ke?

Ada satu yang bagi jawapan, kata budaya ni jadi sebab terpengaruh dengan filem barat. Nak tau juga aku cerita apa. Ada x siapa-siapa yang tau? Nak tengok juga macam mana! Hehe! X kurang juga yang x suka. Terutama peminat teddy bear. Dorang 'simpati' dengan nasib teddy bear yang kena gantung bawah kereta tu. Kotor, basah kena hujan, kena asap.

Awalnya aku x kesah. Tapi lama-lama aku jadi curious. Tertanya-tanya. Kenapa? Doushite? Why? Tell me pleaaaaasssseeee!!!!

Ciao: Tergelak juga bila terbaca ada yang gantung petai, gantung kulit durian. Walaupun nampak merepek, tapi siapa tahu kalau betul-betul dorang buat kan? XD

Monday, November 15, 2010

Aku Perlukan Pakar Matematik!

Salam petang Isnin! :')

Tolong!!! Tolong!!! Siapa pandai nak selesaikan masalah matematik aku nih? Dari tadi aku cuba nak settle kan. Hadoiii...


Maklumlah, aku Matematik SPM tidak berapa nak hebat huhu... Memang lemah bab-bab nombor nih. Kalau korang tau macam mana nak selesaikan 'kes' nih, roger dekat aku tau!

Entah-entah pada korang soalan nih senang macam kacang Ngan Yin haha!!! Meh tengok rupa soalan tu!

[USD 15,000 per month x 0.9000 person - months²]

Macam mana nak kira eh? Onegaishimasu! Jasa baik korang untuk berkongsi pendapat amat aku hargai! :D

Ciao: Dah lama sangat x buat kira-kira. Berkarat sudah otak ku huhu...