Assalamualaikum minna!
Huhu... Sakit separuh badan aku... Tarik beg, angkat beg. Macam buat senaman dalam gym! Haha! Eh, dah ada muscle? Mwahahahaha!!!!
Okay, ini kesinambungan dari kisah ragbi aku pagi semalam.
Plan aku mula-mula nak balik awal sikit, masa langit masih cerah, cuaca masih panas. Tapi, memandangkan ada sikit lagi tugasan, aku habiskan juga. Nanti x adalah serabut sangat kepala.
Dalam pukul 6.30 petang, target aku berjaya dicapai! Yeehaa! ~ Time to go home! Sebelum balik aku jenguk tingkap. Nak tengok keadaan cuaca. Eh, apasal macam penuh asap? Tu asap ke hujan? Haha! Yelah, nampak macam berkabus dekat kawasan Rebung TM tu. Tapi nampak semacam lah! Makin lama makin dekat. Ah! Memang sah hujan! Hmm... Nak tunggu ke nak balik terus? Tapi kalau aku tunggu, entah pukul berapa pula nak sampai rumah.
Tanpa fikir panjang, aku capai payung. Balik saja lah! Sampai Putra, ada tren ke Pel. Klang. Tapi... Sardin pun kalah kot! Penuh sepenuh penuhnya! X sanggup aku nak naik weh! Tunggu pula tren yang seterusnya. Walaupun agak penuh, tapi masih boleh menyelit hehe!
Dan dugaan pun bermula! Port paling hangat, paling penuh dengan orang yang bakal main ragbi adalah dekat KL Sentral! Sebaik pintu dibuka, tu dia... Penuh! Yang nak masuk tu pula, bukan nak bagi yang dalam tu keluar dulu. Bila dah bertembung, masing-masing x nak mengalah, mulalah macam-macam ayat x berapa gemar nak dengar keluar. Suara mulalah semua meninggi.
Pintu ditutup. Tren pun bergerak. Tapi, x sempat pun nak sampai Angkasapuri, tiba-tiba dengar suara orang menengking-nengking. Eh, apasal pula tu? Aku pun pandang lah dekat perempuan India muda selang 2 orang depan aku. Marah-marah. Then, aku terpandang pula 2 perempuan Cina menjeling-jeling perempuan India tu. Hmm... Dari apa yang aku dengar *Dia marah dalam Bahasa Melayu ya*, dia kata dia faham apa yang 2 orang tu kutuk-kutuk dia dalam Bahasa Cina. Patutlah dia menyirap! Ish... ish.. ish... "Kalau mak pun mak marah nyah!" Mwahahaha!!!
X boleh nak buat apa. Dalam marah-marah tu pun terpaksa juga diorang berdiri sebelah-sebelah sebab dah x boleh nak bergerak. Terpaksa jugalah seorang pakcik India tu menenangkan budak yang marah-marah tu. "Cool down... Cool down..." katanya :)
Berhimpit tu memang x hengat lah. Nak gerak sipi-sipi pun x berhasil. Terpaksa bersabar dengan hati berbunga. Senyum saja! Hehe! Kalau x, aku juga yang tension haha! Sampai Setia Jaya, kebetulan makcik dan pakcik India ni nak turun. Aku pun tanyalah "Mau turun ka?" Dia pun 'geleng' tanda 'ya'. Aku pun berganjaklah sikit-sikit biar diorang boleh keluar. Dan aku pun dapat duduk! Yippee! Alhamdulillah!
Lepas Subang Jaya barulah boleh bernafas dengan tenang sebab ramai yang dah mula keluar. Aku pun tertidur... Eh? Dah sampai Klang? Hehe! Akan tetapi... Nak keluar dari tempat tiket tu pula jam! Terpaksa tunggu sekejap sebab aku menggunakan TnG. Bila dah keluar dari kesesakan itu, fuh! Udara segar kembali! :D
Tamat! The End! Owari~n!
Itulah saja pengalaman seharian aku menaiki komuter sempena cuti Thaipusam. So, lepas ni kalau tahun depan aku nak keluar kena naik bas. Oh x sanggup dah nak melalui saat-saat yang penuh dengan cabaran dan kerenah ni. Macam-macam rasa ada! Tapi x apa, jadikan pengajaran dan pengalaman hehe!
Salt & Sugar of Life ~ Thanks Google!
Ciao: Sebelum nak cakap-cakap a.k.a. mengutuk, tengok dulu kiri kanan. Tapi adalah lebih baik kalau x mengutuk langsung! Hehe!
7 comments:
sekali kantoi daa..kutuk org..mujur perempuan india tu faham, malu dorg ha2..tak payah kutuk kan senang, bukan dapat duit pun kutuk..
tahniah, berjaya touch down XD..lepas ni keluar kak kena ada game plan..he2
p/s:mcm mana tu geleng tanda ya?:D
@tengkorakemas:
X payah nak kutuk-kutuk pun sebenarnya. Kalau x puas hati, terus cakap je kan? Haha!
Oh thanks! Penat woo! Yup, game plan baek punya haha!!!
p/s: Hmmm... X pernah tau ya? Indians signature or body language. Cara orang India jawab ya adalah dengan gaya ala-ala menggelengkan kepala. X pernah tengok eh?
Teringat masa zaman sekolah. Bila cikgu tanya dekat classmate saya berbangsa India sama ada dia dah siap kerja ke belum. Member saya jawab lah "Sudah!" sambil geleng kepala XD XD XD Sampai cikgu tanya banyak kali sebab cikgu tu x faham maksud gelengan tu hahaha!!!
tak pernah tau pula huhu dan tak perasan..sebab saya tiada kwn india di sekolah..bila besar ni je baru pandai bergaul dgn bangsa lain..
org cina:tauke dvd
org india:pekedai runcit dan tukang gunting rambut
oh, maaf mengganggu, saya tau kak sibuk, tapi jika ada masa dtgla ambil lencana kuasa, supaya senang touch down dan tak penat XD
http://tengkorakemas.blogspot.com/2011/01/13-lencana-kesaktian.html
Yang 'org cina' dengan 'org india' tu apa? Adakah itu orang-orang yang Hasrul kenal? Mwahahah!!!
Aik? Xkan 3 orang saja?
p/s: Betul ke x penaat kalau ada lencana kuasa ni? Hokey! Will grab it soon! XD Sankyuu ototo-kun!
oh bukan 3 je, maksudnya hanya 3 golongan yg saya selalu kenal, hehe mana2 tempat, mesti saya akan kenal dgn 3 ni
p/s:amacam?sudah bertenaga dgn kuasa sakti?XD
Haha! Itu macam ka? Betullah tanggapan awal saya tadi. Kira 3 golongan ni satu generalization.
p/s: Baru terasa sikit aura sakti tu hehe! Gila banyak awards! Cayalah!!! And thanks a lot for all 13 awesome badges!!!
Post a Comment