Showing posts with label Ciao's Day. Show all posts
Showing posts with label Ciao's Day. Show all posts

Wednesday, January 16, 2013

Finally!

What a relief!

Got SMS from M2U yesterday. Payment for EXILE TRIBE and TENSO been debited haha!!!

Okay. Here is the story.

Mia and I purchased 三代目J SOUL BROTHERS' ZERO goodies in November 2012 if I'm not mistaken. Supposed the goodies will be delivered after payment been made right? Yes, we did receive acknowledgement from M2U the same day we did the online purchase. 3 weeks after, the goods delivered to us safe and sound. 

Funny thing was the amount did not appear in my statement! How come goods delivered but no charges implied? 

So in end of December I called M2U CS for verification. They confirmed that there is no transaction done to Japan! Eh??? Waaaaiii??? CS Exec. said that maybe it was bounced. Then I said, if it was bounced, how come they delivered the goods? And the CS said, "Erm... I'm not sure. You might need to check with Japan side."

I called Mia and asked whether EX TRIBE or TENSO send any messages or reminder about the payment. She said none. Eh??? This was not supposed to happened right? XD

Whatever it is, all has been settled! And now I'm broke! Haha!!!

Tuesday, June 19, 2012

Tioman Oh Tioman ~

Okay. Baru dapat arahan.

Semua dah confirm. Dah approved. Ingatkan x jadi pergi minggu ni. Tiba-tiba kecoh satu office, "Oi Tioman jadi minggu ni!". Adoii ~

Ingat x jadi. Kalau x jadi, boleh aku duduk rumah jaga kucing sebab mama dengan abah balik kampung ada kenduri. Ni dah jadi, x tau lah macam mana dengan kekucing dekat rumah tu hujung minggu ni.

Rasa berat juga nak pergi. Kesian abah. Tapi kalau x pergi, kena tulis surat tunjuk sebab. Tang tu yang aku malas. Nak bagi sebab apa? "Saya tidak dapat menyertai program retreat kali ini kerana perlu menjaga kucing-kucing di rumah sebanyak 7 ekor." Boleh macam ni? Hahaha!!!

X lama nanti sampai lah minit bebas program. Tentative pun x tau lah apa yang terkandung.

Maafkan Annin ya abah, x dapat nak jaga kucing minggu ni. X dapat juga nak tolong masa kenduri rumah sepupu tu nanti. Nak telur pindang... T^T

Image de Google.

Thursday, January 26, 2012

Adoiiii... Terliur Pulak Tengok Maggi CMG!

Assalamualaikum :)

Ya, saya dah balik! Hahaha!!!

Kesian dekat CLMAS dibiarkan bersendirian tanpa limpahan kasih sayang... Maafkan aku ya? Mesti kau pun dah muak dengar segala macam jenis alasan dari aku kan? Maafkan aku sayang! :')

Dah petang-petang ni memang aku terasa sangat lapar. Tengah hari tadi aku x jamah apa pun. X sempat. Breakfast pun aku makan jam 11.15 pagi tadi. Tu pun x habis.

Kenapa? Sebab tiba-tiba aku diarahkan untuk mengganti AD/PRO sebagai wakil dari MM2H untuk menjawab soalan-soalan cepu emas dalam mesyuarat yang aku x tau pun pasal apa.

Sampai-sampai je Mr. R tanya "Kalau bla bla bla... Macam mana ya? Boleh x?". Lalu aku pun menjawab "Bo...". X sempat nak habis, dia dah menyampuk "Haaa.. jawapan tu awak jawab dekat dalam hehehe!". Haaaa???

Maka aku pun melangkah masuk ke dalam Bilik Mesyuarat Utama. Tengok-tengok DMT yang jadi Tuan Pengerusi!!! Gulp! Aku masuk selamba saja lah haha!

Mr. R suruh aku standby. Okay, aku pun standby sambil mendengar hujah-hujah dari DMT menjawab persoalan dari MAS, MICCI etc. Ada satu wanita Caucasian tapi aku x pasti dia wakil dari mana.

Cakap punya cakap, rupanya Pn. A nak tanya secara personal. So, aku pun jawablah segala pertanyaan beliau dari A sampai Z hehe!

Nasib baik juga x kena bercakap masa mesyuarat tadi. Mahu tergagap-gagap haha! Tapi rasa beruntung juga. Dapat lagi satu pengalaman gerek! Hehe!

Dan sekarang ni aku dah x tahan. Apatah lagi bila melihat kehebatan gambar hidangan Maggi air tangan Che Mat. Simple tapi SEDAP!!!!! Dah tengok belum? Meh sini, mesti korang pun terliur punya!

Google pic desu :)

Dah dah, aku nak balik! Nak makan Maggi! Nak masak macam yang Che Mat ajar hehe! Tata ~

Annin: Dah lama aku x makan Maggi sebenarnya :D

Monday, November 14, 2011

Monday. Not Just A Plain One.




Annin: Curious? That's mean "Lots of stuff in my mind. Please do not disturb. Thank you."

*Thanks Google!

Friday, November 4, 2011

Sakit Kepala!

Salam dan selamat pagi semua!

Dari semalam sampai lah pagi ni aku rasa sangat x stabil. Semalam merana sakit perut. Hampir-hampir juga kena gastrik setelah sekian lama x kena.

Lepas balik kerja semalam terus berbungkus. X tau kenapa rasa sejuk tiba-tiba. Kipas pun pasang takat 'volume' 1 je. Tu pun rasa menggigil. Pelik! Kaki memang dah pucat.

Suhu badan yang menggila kejap panas kejap sejuk. Terus housemate pegang dahi, "Sah! Nak demam lah ni."

Aku pun tertidur sampai jam 9.30 malam. Housemate kejut ajak makan. Memang x ada selera langsung nak makan, tapi sebab perut kosong, aku layan sup ayam je yang mampu. X nak makan nasi sebab takut terkeluar segala bagai haha!

Habis sesuku mangkuk, aku minum suku gelas 100plus. Rasa loya dah berkurangan. Alhamdulillah...

Aku masuk tidur balik dalam jam 11.00 malam. Sedang lena diulit mimpi, tiba-tiba aku terjaga sebab sakit kepala yang amat sangat. Otak terasa sangat pedih! Maka berguling-guling lah aku di atas katil sampai pagi, x boleh nak lelap...

Masuk ofis lalok-lalok... Perut kosong, angin bergelombang dalam perut. Nak x nak kena paksa isi sesuatu sebelum telan ubat. Habis 2 keping roti, aku teguk segelas Soluble. Dengan harapan sakit kepala akan berkurang, insyaAllah.

Setakat jam 9.45 pagi ni, masih belum ada apa-apa kesan. Harap-harap x mengantuk. Kalau tidak, habislah...

Annin: Terima kasih Zaza sebab buatkan sup ayam! ♡

Wednesday, November 2, 2011

Peluang Dan Ruang Baru Dalam Hidup

Alhamdulillah...

Satu lagi berita gembira. Bukan untuk aku tapi buat teman serumah dan sepejabat aku, Cik Nisa :)

Minggu ni minggu terakhir dia akan berkhidmat di MM2H. Minggu depan dia akan memulakan tugas baru di Johor Bharu. Kata tajuk pun Peluang Dan Ruang Baru Dalam Hidup kan? Harus semuanya BARU gitu! Haha!!!

Tersentak juga bila tiba-tiba dia bersuara, "Kak, saya ada benda penting nak bagitau ni." Dari situ pun dah dapat agak. Terkesima juga seminit dua. Detik hati berkata, "Seorang lagi nak tinggalkan MM2H... Berkurang lagi lah penghuni Unit 03."


Sedih? Mestilah aku sedih! T________T Lepas ni kurang dah korum nak gelak dekat rumah tu. Xde dah dengar sakat-sakat nakal Nisa yang suka kenakan
Miss Izah tu. Xde dah gaduh-gaduh manja Miss Izah dengan Nisa nanti.

Budak berdua yang gaduh sokmo XD XD XD

Aku happy gila duduk serumah dengan budak-budak ni: Zaza,
Izah, Nisa dan Fuza. Satu kepala, badan berlima. Wahahaha!!! Macam mana tu? LOL!

Walau apa pun, aku cukup gembira. Moga rezeki dia lebih murah dan kerja lebih best dekat sana nanti. InsyaAllah, amin.


Dan untuk yang lain, Zaza, Izah dan Fuza... Moga kita juga akan diberikan dan dimurahkan dengan rezeki-Nya insyaAllah. Dunia Allah ini luas. Sangat luas.


Untuk Nisa, Selamat memulakan tugas baru! Kerja elok-elok tau! Dan yang paling penting, jangan lupakan kitorang dekat sini nanti ya!!! Bila-bila kita jumpa lagi tau! Tau?! Hehe! ~ All the best to you sister!

Annin: Nisa d' Great! Lepas ni x jumpa dah nama tu... X sempat nak retreat sama-sama :'(

Sunday, October 23, 2011

Penat. Letih. Lenguh.

Pheeewww!!!

Tamat sudah aktiviti mengangkat, menurun dan menyusun barang-barang serta perabot yang banyak dan berat gila!

Selama 2 hari kami memerah keringat chewah! Akhirnya siap tersusun rapi semuanya. Alhamdulillah...

Badan dah mula terasa sakit dan lenguh-lenguh. Esok dah Isnin balik. X sempat nak lepaskan lelah, dah masuk kerja semula.

Dan esok juga banyak lagi yang perlu aku selesaikan sebab hari Selasa ada mesyuarat bulanan pula. Maka, terpaksa bertungkus-lumus buat semua persediaan. Takut jadi x keruan pula hari Selasa nanti. Haha!

Tugas tetap tugas. Yang penting semua kena siap sempurna. Berakhir saja hari Selasa, aku MERDEKA!!! Yeehaaa!!! Kenapa? Rahsia! Wakakakakaka!!!

Balik nanti nak baring, lepak macam neko-chin ni. Guling-guling! ~ Thanks Google!

Annin: Terima kasih buat Miss Izah, SyuQ, Kak Wati, Fuza, Nik, Kak Miera, Nieza dan Has! Malam ni kita rehat cukup-cukup ya! Hehe! ~

Friday, October 7, 2011

National Palace of Malaysia Worth RM800 Million?

One word. And one word only: WOW!!! O.O
















Annin: Kalau dapat satu rumah sebesar bilik tidur tu pun aku dah bersyukur sangat. InsyaAllah, rezeki Allah itu luas :)

Source: SAA ~ Thanks =3

Wednesday, October 5, 2011

Ewan Is Engaged to . . .? O.O

Terkejut. Ya, serius aku ternganga!

Ceritanya berbunyi begini...

Di hari yang indah lagi sunyi, sedang aku duduk di kerusi empuk membelek e-mail dan kertas yang bertaburan di atas meja, terdetik di hati, "Jap lah, nak log in Facebook".

Logging in...

Paparan HOME tertera. Oh, tiada apa-apa notification. Dan seminit kemudian, turun satu Recent Story. Dan... "Hah??? "Ewan is engaged to . . .???". "Bila???"

"Apesal aku x tahu?" Huhu ~ Sedih mak nak! X'(

Kepala pun berputar nak ingat balik apa yang aku dah ter-miss. Tiba-tiba aku teringat call dari adik aku malam Sabtu lepas.

Mai-chan: "Weh, mama ada telefon ko x?"

Aku: "Ada malam semalam. Nape?"

Mai-chan: "Mama cakap apa?"

Aku: "Mama tanya aku balik x rumah minggu ni. Aku cakap lah x sebab ada program hari Sabtu".

Mai-chan: "Mama cakap x mama nak pergi Pahang pagi tadi?"

Aku: "PAHANG??? Bila??? X cakap pun!"

Mai-chan: "Mama telefon aku bagitahu nak pergi Pahang".

Aku: "Buat apa? Kursus ke?"

Mai-chan: "Kursus mende? Pergi rumah . . . (nama dirahsiakan) tu lah. Nak bincang-bincang".

Aku: "Laaaa... Ya ke? Aku dengar mama cakap kat aku nak pergi pasar... Aku pun pelik lah kenapa mama telefon tanya aku balik ke x sebab nak pergi pasar. Tu sebab aku kata xpe, pergilah. Hahahaha! Kalau aku tau malam tu juga aku balik rumah tau!".

Mai-chan: "Bhaaaaahahahaha! Pahang lah, bukan PASAR!!!".

Aku: "Manalah aku tahu... Ish...".

Mai-chan: "Xpe lah, aku tanya mama".

Aku: "Okay, nanti telefon aku balik".

* * * * *

Rupa-rupanya!!! Hahaha!!! Maknanya, memang sah lah mereka dah bertunang! Sabtu lepas tu lah harinya!!! XD XD XD

Aduhai ~ Tapi silap aku juga tersalah dengar. Kalau aku dengar mama cakap nak pergi Pahang, mesti aku tanya nak buat apa pergi sana kan?

Haih... Macam tu lah ceritanya kenapa aku boleh x tau semua ni hahaha!

Kesian aku kan? I'm sorry mama! Sorry sebab dah lama x balik rumah... T________T

InsyaAllah, Hanim cuti nanti Hanim balik rumah eh? Isk...isk...

Apa-apa pun tahniah aku ucapkan untuk abang aku, Ewan dan pasangan kerana sudah mengikat tali pertunangan, alhamdulillah ^_______^


Sumber asli: Facebook Ewan. Hahahaha!!! Aku dah touch-up sikit :)

Aku doakan semoga hubungan mereka kekal, dirahmati Allah hingga akhirnya, amin.

Annin: Merisik, bertunang, pernikahan... Soalan ini akan mula menghantui pada Raya 2012 akan datang. X percaya? Tengoklah nanti.

Friday, March 25, 2011

Suddenly I Miss You ~

Assalamualaikum.

How are you guys? Doing good? Alhamdulillah, I'm doing great. Even greater than the last few weeks!

Even though in the beginning I was a bit 'lemau', I should not continue to be weak for the days after right? Time is getting by faster each day. If I don't, I will be left behind and it is a waste of time to regret it.

As I am starting to get in the mood, the surrounding started to change too! And it does feel great! Let alone the busyness, running around here and there does make me forget all the negative vibes. And out of a sudden, my mind traveling back to the old memory. A memory which leave behind a wonderful sweet moment. A moment which brings about the love, dream and happiness. I really wish I could feel the same atmosphere again someday.

Miss you guys! A lot! Raiさん Zaleha姉ちゃん 会いたかった!

When are we going to hanging out again? Wishing to have a great fun together with all MM2H families someday! InsyaAllah.

Annin: Sweet moments will never be forgotten.

Tuesday, February 22, 2011

Bila Bangun Terkejut.

Assalamualaikum minna!

Sihatkah anda semua? Harap-harapnya semua okay dan happee happee saja ya! Aku pula lain ceritanya.

Semalam aku sampai rumah agak awal. Dalam pukul 8 malam dah sampai rumah. Disebabkan selsema, aku x ada perasaan nak makan. Tapi disebabkan lapar, habis juga 3 keping roti haha! Dah selesai semua, aku berniat nak rehat sekejap sebab terasa sangatlah penat.

Sambil rehat guling-guling, aku capai manga 'The Wallflower ~ Yamato Nadeshiko Shichihenge' yang terletak betul-betul sebelah bantal. Habis 2 volumes yang di-combined jadi 3 volumes, jam menunjukkan tepat 9.30 malam. Mata aku pun dah terasa berat gila! Set alarm 10.15. Nak bangun untuk aktiviti meggosok baju.

Namun semua jadi mimpi dan angan-angan! Sebab apa? "Ce teka... Ce teka!" Hahaha!!! Sebabnya aku x terjaga langsung! Bunyi alarm dekat handphone pun aku x perasan walaupun handphone ada betul-betul sebelah bantal. Nampaknya tepukan pada bantal untuk kejutkan aku malam tadi x menjadi kahkahkah!!!

Dan aku bangun dalam kejutan *Betul ke ayat aku ni?* tepat pukul 2 pagi tadi. "Eh dah pukul berapa ni?" hatiku berkata-kata... Cewah! Amnesia sekejap, aku pandang dekat almari. Alamak, aku x gosok baju lagi.

Aku turun bawah sekejap minum air masak. Pergh... Perit gila tekak! Tapi tahan sajalah. Xnak makan ubat batuk sebab takut x boleh nak bangun pulak nanti. Lepas bagi si Tacha makan biskut, aku naik atas balik dan gosok baju.

Tacha ngengot! Apa mimpi dia entah sekarang asyik nak tidur sama atas katil aku haha!

Selesai aktiviti seni menggosok baju, aku sambung tidur dalam jam 2.30. Bangun balik pukul 5 pagi.

Tapi, pem-bangun-nan yang kedua tu, kepala aku betul-betul sakit. Perasaan xnak buka mata menguasai diri! Ish... x boleh! X boleh! Kena bangun juga. Kena masuk office juga. Risiko tinggi weh kalau ambil MC minggu ni. Minggu depan x apa hehe!!!

Maka, duduklah aku di office ini, pepagi buta dah sampai buka mangga pintu kaca hehe! Kalau boleh aku nak letak tanda "Do Not Disturb" atas meja aku. Sebab aku xnak kena kacau hari ni. Agak-agak boleh x? Boleh x boss-tachi? Hahaha!!! Apapun, aku harap dapat siapkan target aku untuk hari ini, insyaAllah.

Dan untuk bloggers semua, selamat menjalankan tugas! Happee happee kan diri anda! Chills & cheers!

Ciao: 3 liter untuk hari ini! Ganbatte!!! :D

Monday, February 21, 2011

Pagi-pagi Jangan Malas-malas!

Assalamualaikum :)

Setelah berehat dari dunia blog ni, terasa untuk pergi jauh. Jauh ke mana? Aku masih belum nampak hala tujunya. Bukan maksud aku untuk tutup diari hidup sebagai blogger, tapi mahu mencari sesuatu. Sesuatu yang mampu membuatkan aku memahami isi hati, pemikiran, serta ragam mereka yang bergelar MANUSIA.

Apapun semua itu perlukan kesabaran bukan? Tapi ingat, sabar-sabar seseorang itu ada takat serta had maksimanya. Jadi, jangan sesekali memandang lekeh, atau lepas tangan jika sesuatu itu perlu dilaksanakan, meskipun ianya bukan tanggungjawab yang telah diberikan kepada kita.

Sebelum mengundur diri, ingin aku kongsikan satu doa untuk mengelakkan diri dari rasa lemau dan malas.

"Wahai Tuhanku, aku berlindung denganMu daripada rasa MALAS, lanjut usia dan buruknya perlakuan masa tua, juga daripada fitnah dunia dan siksaan kubur. Amin."

Selamat menunaikan tanggungjawab! :)

Jangan jadi macam Garfield. Chomel tapi malas! XD ~ TQ Google!


Ciao: Hari Isnin = Monday Blues? Lalala ~

Friday, January 28, 2011

Ilusika Optika!

Salam semua! :)

Pagi yang ceria? Oh tidak bagi aku! Aku x dapat membiasakan diri dengan tidur awal. Bangun pagi tadi pun liat semacam. Dalam tren pun tidur sampai xnak bangun haha! Parah parah!

Disebabkan oleh kemengantukan yang amat ini, aku ingin mencari sesuatu yang boleh menyegarkan mata aku. Cari dan cari dan cari, aku jumpa beberapa keping gambar yang seronok untuk dilihat. Jom join aku! Wakakaka!!!











Terima kasih buat Google & Mighty Optical Illusions :D


Ciao: Macam mana nak buat efek macam ni guna photoshop? Boleh ke?

Thursday, January 27, 2011

Umur Dah Nak Masuk 40? Argh!!!! Tidaaaaakkkk!!!!!

Aish... Apa nak jadi dengan aku ni ya? Balik rumah saja terus pengsan! Bilik x kemas, baju x gosok... Bila terjaga, tengok-tengok dah pukul 5.10 pagi! Oh no!!!!! Lampu pun x padam! Haiyaaa!!! Badan letih dah macam orang berusia saja. Aku dah tua? Tapi memang dah tua pun!

Dah masuk 3 malam macam ni. Kalau bernasib baik, sempat juga kejar komuter. Tapi pagi ni memang dah x sempat. Terpaksa naik bas huhu...

Ni kes kalau pengsan. Satu lagi cerita bila aku x boleh nak tutup mata. Parah juga! Macam malam Isnin hari tu. Mata aku terus-menerus terbuka *tolak lah keli-kelip ya! Haha!*. Nak baca buku, sah-sah otak x jalan. Nak baca manga, tinggal Sayonara Zetsubou Sensei. Hmmm... Manga tu aku nak spare time cuti nanti.

Maka, dengan lajunya aku on PC. Click click click... WMP pun tertera! Apa lagi, aku layan JDrama Around 40 lah! Mwahahaha!!! Bukan 1, tapi aku sambung sampai episod 5! Gila x gila! Lagipun jalan cerita Around 40 ni sangat ringan. Santai je tengok.



Eh, Around 40 tu cerita pasal apa? Haha! Cerita pasal seorang doktor wanita bernama Satoko yang sudah berumur 39 tahun namun masih belum berkahwin dan tidak mempunyai teman lelaki. Bukan jenis yang terlalu mengejar kerjaya, tapi beliau lebih selesa dengan kehidupannya sekarang i.e. hidup sendiri di samping keluarga.

Apa yang buat aku tertarik dengan Around 40 ni sebab sikap independent Satoko-san. Hidupnya yang sentisa positif, dikelilingi keluarga yang penuh ceria! Dengan kawan-kawan yang sentiasa ada di sisi. Best woo!

Akan tetapi ada satu lagi faktor yang mengajak aku tengok Around 40. Nak tahu apa sebabnya? Sebab ada AKIRA!!! Mwahahaha!!! AKIRA memegang watak sebagai adik kepada Satoko. Kachak gila seh! XD


Senang cerita nak tahu best ke x, korang kena tengok sendiri ya! Hehe! Enjoy!

Ciao: "Count what you have now... Don't count what you don't have..." ~ Antara lirik dalam lagu tema Around 40! :D

Tuesday, January 25, 2011

Tuesday Morning with Curry Puffs!

Salam dearest bloggers!

Genki? I'm sure you guys had your breakfast already right? What was the menu on the table? Nasi lemak? Nasi kerabu? Roti canai? Fuh! Sounds heavy! :D

On my way to the office this morning, I was dreaming about the most delicious curry puffs so far! Once I reached Putra station, I walked my way to Putra Laut or most people call it as 'sungai'. *The name of the place if I'm not mistaken hehe!* There is a stall selling mouth-watering curry puffs, stuffed with potatoes and sardine! 40 cents each!

Courtesy by Google ;) *Sorry for no actual pic. All karipap were sold out mwahaha!!!*

Sometimes the pastry may not looks so neat but trust me, the moment you bite it, you will never forget the taste! Weehee! ~ So, I bought 40 pieces combined! Sounds greedy? Mwahaha!!! It's for the whole my beloved officemates-lah! ;) *Gila kah kalau nak makan seorang?*

Would like to try one? For those who works at or near PWTC, I'm sure you guys know the place. The stall is located just beside the river, behind PWTC/Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur. Enjoy your curry puffs!!!

Ciao: I had a bowl of meehoon soup too! Bhaaahahaha!!!

Friday, January 21, 2011

Garam, Gula... Semua Cukup Rasa!

Assalamualaikum minna!

Huhu... Sakit separuh badan aku... Tarik beg, angkat beg. Macam buat senaman dalam gym! Haha! Eh, dah ada muscle? Mwahahahaha!!!!

Okay, ini kesinambungan dari kisah ragbi aku pagi semalam.

Plan aku mula-mula nak balik awal sikit, masa langit masih cerah, cuaca masih panas. Tapi, memandangkan ada sikit lagi tugasan, aku habiskan juga. Nanti x adalah serabut sangat kepala.

Dalam pukul 6.30 petang, target aku berjaya dicapai! Yeehaa! ~ Time to go home! Sebelum balik aku jenguk tingkap. Nak tengok keadaan cuaca. Eh, apasal macam penuh asap? Tu asap ke hujan? Haha! Yelah, nampak macam berkabus dekat kawasan Rebung TM tu. Tapi nampak semacam lah! Makin lama makin dekat. Ah! Memang sah hujan! Hmm... Nak tunggu ke nak balik terus? Tapi kalau aku tunggu, entah pukul berapa pula nak sampai rumah.

Tanpa fikir panjang, aku capai payung. Balik saja lah! Sampai Putra, ada tren ke Pel. Klang. Tapi... Sardin pun kalah kot! Penuh sepenuh penuhnya! X sanggup aku nak naik weh! Tunggu pula tren yang seterusnya. Walaupun agak penuh, tapi masih boleh menyelit hehe!

Dan dugaan pun bermula! Port paling hangat, paling penuh dengan orang yang bakal main ragbi adalah dekat KL Sentral! Sebaik pintu dibuka, tu dia... Penuh! Yang nak masuk tu pula, bukan nak bagi yang dalam tu keluar dulu. Bila dah bertembung, masing-masing x nak mengalah, mulalah macam-macam ayat x berapa gemar nak dengar keluar. Suara mulalah semua meninggi.

Pintu ditutup. Tren pun bergerak. Tapi, x sempat pun nak sampai Angkasapuri, tiba-tiba dengar suara orang menengking-nengking. Eh, apasal pula tu? Aku pun pandang lah dekat perempuan India muda selang 2 orang depan aku. Marah-marah. Then, aku terpandang pula 2 perempuan Cina menjeling-jeling perempuan India tu. Hmm... Dari apa yang aku dengar *Dia marah dalam Bahasa Melayu ya*, dia kata dia faham apa yang 2 orang tu kutuk-kutuk dia dalam Bahasa Cina. Patutlah dia menyirap! Ish... ish.. ish... "Kalau mak pun mak marah nyah!" Mwahahaha!!!

X boleh nak buat apa. Dalam marah-marah tu pun terpaksa juga diorang berdiri sebelah-sebelah sebab dah x boleh nak bergerak. Terpaksa jugalah seorang pakcik India tu menenangkan budak yang marah-marah tu. "Cool down... Cool down..." katanya :)

Berhimpit tu memang x hengat lah. Nak gerak sipi-sipi pun x berhasil. Terpaksa bersabar dengan hati berbunga. Senyum saja! Hehe! Kalau x, aku juga yang tension haha! Sampai Setia Jaya, kebetulan makcik dan pakcik India ni nak turun. Aku pun tanyalah "Mau turun ka?" Dia pun 'geleng' tanda 'ya'. Aku pun berganjaklah sikit-sikit biar diorang boleh keluar. Dan aku pun dapat duduk! Yippee! Alhamdulillah!

Lepas Subang Jaya barulah boleh bernafas dengan tenang sebab ramai yang dah mula keluar. Aku pun tertidur... Eh? Dah sampai Klang? Hehe! Akan tetapi... Nak keluar dari tempat tiket tu pula jam! Terpaksa tunggu sekejap sebab aku menggunakan TnG. Bila dah keluar dari kesesakan itu, fuh! Udara segar kembali! :D

Tamat! The End! Owari~n!

Itulah saja pengalaman seharian aku menaiki komuter sempena cuti Thaipusam. So, lepas ni kalau tahun depan aku nak keluar kena naik bas. Oh x sanggup dah nak melalui saat-saat yang penuh dengan cabaran dan kerenah ni. Macam-macam rasa ada! Tapi x apa, jadikan pengajaran dan pengalaman hehe!

Salt & Sugar of Life ~ Thanks Google!

Ciao: Sebelum nak cakap-cakap a.k.a. mengutuk, tengok dulu kiri kanan. Tapi adalah lebih baik kalau x mengutuk langsung! Hehe!

Thursday, January 20, 2011

Keluar di Pagi Hari Cuti Thaipusam

Pergh!!! Gila lah! Sangkaan ku 120% meleset! Tersasar jauh! Aku ingatkan keluar awal-awal pagi tadi bolehlah bersenang-lenang naik komuter. Maklum saja lah, majoriti rakyat Malaysia bercuti hari ini. Tapi rupa-rupanya? Oh tidak!!!

Sampai saja dekat Stesen Komuter Klang, dah beratur semua nak pergi Batu Caves seawal jam 5.45 pagi. Bila tren sampai, memang penuh kot! Tapi aku bernasib baik sebab ada 2-3 seat yang masih kosong. Aku ingatkan cuma yang merayakan Thaipusam saja yang ada, masuk-masuk saja aku tengok huiyooo!!! Ramainya budak-budak St. John Ambulance! Ohho... Rupa-rupanya mereka akan melaksanakan tugas sekiranya berlaku kecemasan di Batu Caves nanti. Yelah, mesti dekat Batu Caves tu sesak gila! *Siapa yang pernah pergi Batu Caves masa Thaipusam? Mesti korang tau macam mana kan?*

Sampai KL Sentral pula yang masuknya dah seramai macam yang keluar dari tren pada hari kerja. Bila tengok orang dah ramai, penuh sesak dalam tren, aku terfikir. Macam mana aku nak keluar nanti? Kalau terlepas, susah woo nak patah balik! Maka aku mengambil langkah drastik.

Aku harus keluar dari tren sebelum sampai Putra! Ingatkan nak turun di stesen KL, tapi x sempat! Huhu... Maka, aku terpaksa bermain ragbi untuk keluar dari tren sesampainya di stesen Bank Negara. Huish... Payah bebenor teman nak keluwo yeop! Nasib baik handbag aku x tersepit masa pintu tren dah nak tutup kahkahkah!!! Walaupun terpaksa bertukar transport ke STAR, aku lebih sanggup dari jadi mackerel! Bhaaahahaha!!!

Sekarang aku tengah mencongak-congak nanti nak balik pukul berapa. Adakah masih akan bersempit-sempit macam sardin cap Bulan dan Bintang? Hmm... Nanti aku kira guna kalkulator kejap! Mwahahahaha!!!!!

Okay, enough for the babbling. Sekarang aku ada misi yang perlu aku laksanakan sebelum hari kembali gelap. Yosh! Jikan ga tatakau tame ni! Ganbatte Annin-chan! :D

"But I do check my e-mails everyday boss!" Haha! Thanks Google! ;)

Ciao: Entri ekspres. Selamat merehatkan minda semua! ~

Monday, January 3, 2011

1.1.11 ~ A Day in Our LIFE

Assalamualaikum :)

Selamat tahun baru 2011 buat semua bloggers! Azam tahun baru? Naah! ~ Simpan dalam peti rahsia korang ya! Hehe! X ada cerita apa-apa. Cuma nak kongsi kegembiraan hari pertama di tahun 2011! Bermula dengan movie marathon di TGV Wangsa Walk ~ Hantu Kak Limah Balik Rumah & The Tourist ~ seterusnya ke majlis harijadi dan kemudian menjadi model x bertauliah di sekitar Taman Tasik Permaisuri, Cheras hehe!

Enjoy! :)

With my lovely Ms Zaleha Zack. Love you sistah!

Miss Izah dengan nasi lemaknya hehe!

Kami sebaya. Oh man!!! It's a LIE! Kahkahkah!!!

Ber-posing sambil breakfast @ Auntie Kopitiam, Wangsa Walk

Aku x suka belon. Tapi belum sampai tahap fobia! Cheers! :)

Bergambar dengan tuan rumah ehehe!

Oh sangat chomel lah awak! XD

Entah apa yang aku suka sangat entah masa ni XD

Photographer terhebat! Nak kami jadi model lagi x? XD

"Selamat datang!" Kalau ada bunga lagi chantek kan?

Sampai senget-senget ha? XD

Colors . Cheers . Chantek! .

Classy classic! I LIKE this pic!


A big thanks to:

Zaleha Zack for sharing the happeeness with us!
Miss Izah for making the moments enjoyable & precious with love!
Ms Dayang Balkis for the invitation! We had a wonderful time at the party!

Ciao: A great start isn't it? Hoping for more adventures, full with colors to come! :D

Wednesday, December 22, 2010

'Cause You Make Me So Hard To Breathe ~

Assalamualaikum ~ Ohayo!

How you guys are doing these days? Happee? Not so happee? Maa ~ Always wishing you guys having a wonderful and great moments in every minute of life, insyaAllah.

Man! Am missing my 'days' in this blogging world! Wish I could go 'door to door' to all your kakkoii blogs, reading each and every of your entries that I have been missing! Daijobu minna! I will steal times to walk by ya! :)

Past few days, my mind and my thought was conquered by those 'white files'. Yeah, stack of files to be settled within the given timeframe. And alhamdulillah, with the method that I experimenting for the first time, target is achieved! Guess I could use it again for next year hehe! All the 'sakit dan pedih otak' and stay back with 'budak main guli' really worth it! HAHAHA!!!


Imagining the files would be as interesting as reading manga haha! I could settle everything in a day! XD (Obviously these stack of mangas are not mine. Not so many as this one YET! Hehe! Pic credit to Madman Entertainment. Sankyuu!)

Alright! The time is up! Another stack to be done. Will see you guys soon! Have a great day ahead ya! Ja ne! :)

Ciao: Hari ni mahu balik awal! La la la ~