Ya, saya dah balik! Hahaha!!!
Kesian dekat CLMAS dibiarkan bersendirian tanpa limpahan kasih sayang... Maafkan aku ya? Mesti kau pun dah muak dengar segala macam jenis alasan dari aku kan? Maafkan aku sayang! :')
Dah petang-petang ni memang aku terasa sangat lapar. Tengah hari tadi aku x jamah apa pun. X sempat. Breakfast pun aku makan jam 11.15 pagi tadi. Tu pun x habis.
Kenapa? Sebab tiba-tiba aku diarahkan untuk mengganti AD/PRO sebagai wakil dari MM2H untuk menjawab soalan-soalan cepu emas dalam mesyuarat yang aku x tau pun pasal apa.
Sampai-sampai je Mr. R tanya "Kalau bla bla bla... Macam mana ya? Boleh x?". Lalu aku pun menjawab "Bo...". X sempat nak habis, dia dah menyampuk "Haaa.. jawapan tu awak jawab dekat dalam hehehe!". Haaaa???
Maka aku pun melangkah masuk ke dalam Bilik Mesyuarat Utama. Tengok-tengok DMT yang jadi Tuan Pengerusi!!! Gulp! Aku masuk selamba saja lah haha!
Mr. R suruh aku standby. Okay, aku pun standby sambil mendengar hujah-hujah dari DMT menjawab persoalan dari MAS, MICCI etc. Ada satu wanita Caucasian tapi aku x pasti dia wakil dari mana.
Cakap punya cakap, rupanya Pn. A nak tanya secara personal. So, aku pun jawablah segala pertanyaan beliau dari A sampai Z hehe!
Nasib baik juga x kena bercakap masa mesyuarat tadi. Mahu tergagap-gagap haha! Tapi rasa beruntung juga. Dapat lagi satu pengalaman gerek! Hehe!
Dan sekarang ni aku dah x tahan. Apatah lagi bila melihat kehebatan gambar hidangan Maggi air tangan Che Mat. Simple tapi SEDAP!!!!! Dah tengok belum? Meh sini, mesti korang pun terliur punya!
Dah dah, aku nak balik! Nak makan Maggi! Nak masak macam yang Che Mat ajar hehe! Tata ~
Annin: Dah lama aku x makan Maggi sebenarnya :D
