Saturday, July 23, 2011

Penantian Itu Benar-benar Satu Penyiksaan...

Salam.

Sari berita penting. Lori pemindahan barang-barang dari Pusat MM2H masih tidak kelihatan. Pihak pemberita diberitahu barang-barang telah pun diangkut walaupun masih belum sepenuhnya.

Namun, sehingga kini tiada sebarang tanda lori pemindahan akan sampai ke pejabat baru KPL di Putrajaya. Pelbagai spekulasi telah dibuat. Pelbagai persoalan didebatkan.

Dan... Ops!!! Berita dihentikan serta-merta! Hahaha!!!

Apa yang aku nak coretkan adalah seperti apa yang tertulis dalam sari berita penting di atas. Berjam-jam dah tunggu, tapi x sampai-sampai juga.

Semalam pun aku tunggu sampai 3 pagi baru semua pc settle. Bosan memang bosan tapi nak buat macam mana? Tunggu saja lah.

Ni pun dah batuk-batuk. Suara pun dah serak-serak basah. Kalau ada sesi uji bakat, dah lama aku naik pentas! Hahaha!!!

Lenguh pinggang, lutut pun x habis lagi akibat mengangkat, menyusun fail-fail yang beribu-ribu anggur tu! Aduhai... Cabaran yang cukup mencabar!

Baru tahu macam ni rasanya pindah ofis baru. Masa mengemas pun dah sakit-sakit, ni nak susun atur balik barang dalam ofis baru ni mesti ICU lah! Hahaha!!!

Itu saja berita dari KPL Presint 5, Putrajaya. Bertemu lagi dalam Berita Midnight! XD

Inilah bangunan KPL di Presint 5 Putrajaya :)

Annin: Oh, baru terima berita, lori dah sampai! Tapi... Dorang angkut bahagian lain dulu T____T ~ Xpe, cuti dah boleh claim cukup 2 hari dah ni! Hahaha!!!

Thursday, July 21, 2011

Aku Akan Merindui Kamu...

Salam. Selamat pagi!

Hello people!!! Been a while hehe! Okay, a simple update.

Tinggal lagi 2 hari (termasuk hari ini) untuk aku menghabiskan sisa-sisa hidup sebagai pekerja di PWTC. 2 tahun 2 bulan... X sangka masa berlalu macam laju air sungai. X terasa lama langsung. Kalau kita sebut masa, mungkin terasa lama. Tapi bila menjalaninya, rasa sekejap saja.

Aku akan meninggalkan segala keseronokan berkubur di sini. Huwaaaa!!!

Aku pasti akan merindui saat-saat happening bekerja di sini. Serba serbi depan mata. Langkah saja, semua bisa ku jejak. Dah x kan ada kata nama "The Mall", "Sungai", "Dewan Merdeka", "PWTC".

Dah akan susah untuk menjejakka
n diri ke event, exhibition, festival yang akan dilangsungkan di PWTC. Kalau sebelum ini, nak tengok saja pameran, hanya perlu tekan lif ke tingkat 4 dan berjalan ke dewan. Akan datang? T__________T

Tapi... Yang paling sedih, aku akan tinggalkan keluarga, kucing, komik dan... EXILE!!! Kinokuniya juga!!! Macam mana ni???

Walaupun hati ini sangat berat, namun rezeki untuk meneruskan hidup sebagai warga kota Kuala Lumpur masih belum ku temui. Aku akan terus berusaha mencari. SAMPAI DAPAT!!!

Eh, aku dah cakap ke aku nak pergi mana? Belum ya? Hahaha!!!

Pejabat baru Kementerian Pelancongan Malaysia telah berpindah ke Putrajaya. Maka, kami semua harus berangkat ke sana jua.

Berat memang berat, tapi disebabkan tugas ku gagahkan juga. Cewah! Alright people, will update (if internet allow me too) my new life in Putrajaya.

Aku nak mulakan tugas mengoyak kertas secara manual. Haha! Banyak oi nak dikemas ni!

Semoga bertemu kembali sebelum Ramadhan menjelma, insyaAllah. Have a nice day!!!


Annin: I'll miss my family, my kitties, my EXILE, my Kinokuniya so dearly!

Friday, July 1, 2011

Pesta Buah-buahan Tempatan 2011! Jom Makan Buah!!!!


Haaa... Sesiapa yang x ada apa-apa aktiviti esok, kalau berminat boleh melangkah santai ke MATIC KL sempena Pesta buah-buahan Tempatan 2011 yang akan berlangsung pada 2-3 Julai 2011 ini.

Sekarang kan musim buah? Mesti syiok dapat jalan-jalan makan buah! Jangan terlebih makan okay? Sakit pulak nanti hehe!

Ingat nak juga pergi tapi dah ada aktiviti lain esok dan lusa. Full booked gitu! Wakaka!

Banyak juga aktiviti yang akan dianjurkan dalam program ni. Ada Pertandingan Makan Buah, Fruit Puzzle, Pertandingan Kopek Durian Terbanyak dan macam-macam lagi lah!

So, kepada 'hantu' durian, inilah peluang anda! Jangan lepaskan peluang keemasan ini! Mwahahaha!!!

Selamat bergembira & berhujung minggu dengan ceria ya! Do enjoy the happy moments! ^___^

Annin: Esok nak jalan jauh! Tapi masih dalam kawasan KL ~ Jauh lah kan dari Klang? Haha!