Showing posts with label Pindah. Show all posts
Showing posts with label Pindah. Show all posts

Saturday, July 23, 2011

Penantian Itu Benar-benar Satu Penyiksaan...

Salam.

Sari berita penting. Lori pemindahan barang-barang dari Pusat MM2H masih tidak kelihatan. Pihak pemberita diberitahu barang-barang telah pun diangkut walaupun masih belum sepenuhnya.

Namun, sehingga kini tiada sebarang tanda lori pemindahan akan sampai ke pejabat baru KPL di Putrajaya. Pelbagai spekulasi telah dibuat. Pelbagai persoalan didebatkan.

Dan... Ops!!! Berita dihentikan serta-merta! Hahaha!!!

Apa yang aku nak coretkan adalah seperti apa yang tertulis dalam sari berita penting di atas. Berjam-jam dah tunggu, tapi x sampai-sampai juga.

Semalam pun aku tunggu sampai 3 pagi baru semua pc settle. Bosan memang bosan tapi nak buat macam mana? Tunggu saja lah.

Ni pun dah batuk-batuk. Suara pun dah serak-serak basah. Kalau ada sesi uji bakat, dah lama aku naik pentas! Hahaha!!!

Lenguh pinggang, lutut pun x habis lagi akibat mengangkat, menyusun fail-fail yang beribu-ribu anggur tu! Aduhai... Cabaran yang cukup mencabar!

Baru tahu macam ni rasanya pindah ofis baru. Masa mengemas pun dah sakit-sakit, ni nak susun atur balik barang dalam ofis baru ni mesti ICU lah! Hahaha!!!

Itu saja berita dari KPL Presint 5, Putrajaya. Bertemu lagi dalam Berita Midnight! XD

Inilah bangunan KPL di Presint 5 Putrajaya :)

Annin: Oh, baru terima berita, lori dah sampai! Tapi... Dorang angkut bahagian lain dulu T____T ~ Xpe, cuti dah boleh claim cukup 2 hari dah ni! Hahaha!!!