Monday, February 28, 2011

My 10000円!Fly Up Up And AWAY! ~

Yeahhoo!!!

Mission accomplished! 10000has been posted out to Japan! Yippee! And now I am waiting for the moment. Moment of happeeness!!! It will only be realized on this coming 9th March 2011! Oh I am so excited! *But I still have to wait for a week for it to reach me! Huhu... *

Just as what my EX_Family Tweet Friend said,"It would bring us happiness!" ~ Yappo!!! Indeed it IS! さあみんな!瞬間がついに来る!Ta ra ri ra rii ra rii ra riiiii ~

The Face

The Tori

Ciao: "So I can't stop for the rest of my life" ~

Tuesday, February 22, 2011

Bila Bangun Terkejut.

Assalamualaikum minna!

Sihatkah anda semua? Harap-harapnya semua okay dan happee happee saja ya! Aku pula lain ceritanya.

Semalam aku sampai rumah agak awal. Dalam pukul 8 malam dah sampai rumah. Disebabkan selsema, aku x ada perasaan nak makan. Tapi disebabkan lapar, habis juga 3 keping roti haha! Dah selesai semua, aku berniat nak rehat sekejap sebab terasa sangatlah penat.

Sambil rehat guling-guling, aku capai manga 'The Wallflower ~ Yamato Nadeshiko Shichihenge' yang terletak betul-betul sebelah bantal. Habis 2 volumes yang di-combined jadi 3 volumes, jam menunjukkan tepat 9.30 malam. Mata aku pun dah terasa berat gila! Set alarm 10.15. Nak bangun untuk aktiviti meggosok baju.

Namun semua jadi mimpi dan angan-angan! Sebab apa? "Ce teka... Ce teka!" Hahaha!!! Sebabnya aku x terjaga langsung! Bunyi alarm dekat handphone pun aku x perasan walaupun handphone ada betul-betul sebelah bantal. Nampaknya tepukan pada bantal untuk kejutkan aku malam tadi x menjadi kahkahkah!!!

Dan aku bangun dalam kejutan *Betul ke ayat aku ni?* tepat pukul 2 pagi tadi. "Eh dah pukul berapa ni?" hatiku berkata-kata... Cewah! Amnesia sekejap, aku pandang dekat almari. Alamak, aku x gosok baju lagi.

Aku turun bawah sekejap minum air masak. Pergh... Perit gila tekak! Tapi tahan sajalah. Xnak makan ubat batuk sebab takut x boleh nak bangun pulak nanti. Lepas bagi si Tacha makan biskut, aku naik atas balik dan gosok baju.

Tacha ngengot! Apa mimpi dia entah sekarang asyik nak tidur sama atas katil aku haha!

Selesai aktiviti seni menggosok baju, aku sambung tidur dalam jam 2.30. Bangun balik pukul 5 pagi.

Tapi, pem-bangun-nan yang kedua tu, kepala aku betul-betul sakit. Perasaan xnak buka mata menguasai diri! Ish... x boleh! X boleh! Kena bangun juga. Kena masuk office juga. Risiko tinggi weh kalau ambil MC minggu ni. Minggu depan x apa hehe!!!

Maka, duduklah aku di office ini, pepagi buta dah sampai buka mangga pintu kaca hehe! Kalau boleh aku nak letak tanda "Do Not Disturb" atas meja aku. Sebab aku xnak kena kacau hari ni. Agak-agak boleh x? Boleh x boss-tachi? Hahaha!!! Apapun, aku harap dapat siapkan target aku untuk hari ini, insyaAllah.

Dan untuk bloggers semua, selamat menjalankan tugas! Happee happee kan diri anda! Chills & cheers!

Ciao: 3 liter untuk hari ini! Ganbatte!!! :D

Monday, February 21, 2011

Pagi-pagi Jangan Malas-malas!

Assalamualaikum :)

Setelah berehat dari dunia blog ni, terasa untuk pergi jauh. Jauh ke mana? Aku masih belum nampak hala tujunya. Bukan maksud aku untuk tutup diari hidup sebagai blogger, tapi mahu mencari sesuatu. Sesuatu yang mampu membuatkan aku memahami isi hati, pemikiran, serta ragam mereka yang bergelar MANUSIA.

Apapun semua itu perlukan kesabaran bukan? Tapi ingat, sabar-sabar seseorang itu ada takat serta had maksimanya. Jadi, jangan sesekali memandang lekeh, atau lepas tangan jika sesuatu itu perlu dilaksanakan, meskipun ianya bukan tanggungjawab yang telah diberikan kepada kita.

Sebelum mengundur diri, ingin aku kongsikan satu doa untuk mengelakkan diri dari rasa lemau dan malas.

"Wahai Tuhanku, aku berlindung denganMu daripada rasa MALAS, lanjut usia dan buruknya perlakuan masa tua, juga daripada fitnah dunia dan siksaan kubur. Amin."

Selamat menunaikan tanggungjawab! :)

Jangan jadi macam Garfield. Chomel tapi malas! XD ~ TQ Google!


Ciao: Hari Isnin = Monday Blues? Lalala ~

Sunday, February 6, 2011

GEGAR 1,000 BLOG!!! SAYA BERANI! ANDA BAGAIMANA?


Masa untuk...


"SAYA SOKONG DUNIA BLOG dan SAYA SUKA KERANA SAYA MINAT MENULIS DAN MEMBACA BLOG! ANDA BAGAIMANA???"

Ciao: Pergh! Sambutan gila x hengat! Salute! Jom join!!!

Cuti-Cuti 1Malaysia Dance Festival 2010 ~ I LOVE YOU GUYS!

Let the pictures tell the stories of our moments of happeeness!
























The moments we share, make it last FOREVER!

Special thanks to:

Zaleha Zack
Miss Izah
Dell Shariffuddin
Razif Ismail
Zaliza Dewizzard
Sweetcherry Iskandar
Nur Hawa Mohd Zin
Nory Ahmad
Norhanizan Nadzar
Haslina Rashid


Ciao: Guys! Let's do this again!

"Biarkan Aku Menangis"

"Ada pisang x?", "Kau cakap apa ni?!", "Jangan kacau!!!".

Mesti korang tau kan dialog dekat atas ni? Ini adalah antara dialog dalam slot Cerekarama "Biarkan Aku Menangis" yang baru saja habis pukul 12 a.m. tadi. Jalan ceritanya boleh tahan! Tapi aku bukan nak cakap pasal jalan cerita drama ni. Cuma lebih kepada layanan si anak yang bernama Anisah terhadap ibunya, Jamilah.

Walaupun ia hanya dalam drama, tapi x mustahil kalau ianya benar-benar terjadi dalam masyarakat kita. Tengok saja pada cara Anisah melayan ibunya, aku rasa macam nak tangan-tangankan si Anisah tu. X patut sungguh dia buat macam tu pada si ibu. Pulak tu, suka betul cari pasal nak sakitkan ibunya. Siap kotorkan balik baju yang dah siap dibasuh dan tersidai. Lepas tu boleh pulak 'tackle' kaki ibu dia masa dekat dapur. Ish... ish...

Ibu itu tidak ada apa pun salahnya. Adakah salah si ibu tidak mendidik si anak? Atau si anak lebih suka mengikut kepala sendiri serta mendengar kata hati dari mendengar kata-kata si ibu? Pelbagai kemungkinan boleh terjadi. Namun, sebagai anak, seharusnya lebih tahu apa tugas dan tanggungjawab kepada kedua ibu bapa.

"Kalau dikumpulkan segala kekayaan di dunia ini, sedikitpun tidak dapat dibandingkan dengan nilai kedua ibu bapa kita."

Setuju atau tidak? Pada aku, aku sangat bersetuju dengan pernyataan di atas. Sejauh mana tanggungjawab yang kita laksanakan, tidak akan sama dengan nilai pengorbanan yang telah dilakukan oleh kedua ibu bapa kita. Sangat jauh bezanya.

Oleh itu, jangan sekali-kali menyakiti hati ibu bapa kita. Apatah lagi menyakiti mereka secara fizikal mahupun mental. Dan jangan lupa untuk mendoakan kesejahteraan serta kebahagiaan buat kedua ibu bapa kita sehari-hari. InsyaAllah, akan dimakbulkan doa kita, amin :)


Maksudnya: "Ya Allah! Ampunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa dua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil."

Ciao: Semoga kita semua menjadi anak yang baik terhadap ibu bapa, insyaAllah :)