Showing posts with label Ciao's Insight. Show all posts
Showing posts with label Ciao's Insight. Show all posts

Thursday, February 6, 2014

2014!!!

Assalamualaikum and greetings.

Pergh!!!! Ayat skema dikala aku membalas email haha!!! Hey guys! And girls! Ini adalah entri aku yang pertama untuk tahun 2014! Ahahaha! Februari sudah! Senyap macam tu saja sejak hujung tahun 2013. Waktu tahap otak aku kurang unsur-unsur positif. Banyak yang negatif. Tu yang hilang.

Entah macam mana 2 hari lepas aku tergerak nak menyelongkar entri-entri lama yang banyak aku cerita pasal hati dan chinta. Ceh! Tatkala hati gundah gulana kan. Eh, tapi tak seluruhnya bersangkutan dengan diri. Ada juga berkaitan dengan sayangness-sayangness I kat luar tu. Eheh!

Tapi bila baca dan selongkar guna smartphone mini yang tak berapa nak canggih, buat aku rasa tak puas. Dekat rumah, PC dah berkubur. Laptop, hanya punyaan budak kecik dan abang besar. Masing-masing sibuk menyedut filem dan drama. Aku tiada peluang sudah.

Ni? Aku tengah guna PC dekat office lah. Dah tak ada siapa, senyap sunyi. Tenang sudah hati nak melepaskan beban berat kepala. Bukan ada informasi pun untuk dikongsi, tapi cukuplah aku dapat luahkan bebelan dan penatnya berfikiran sehari-hari. 

Mulanya 2014, tahun yang sendat dengan macam-macam dalam kepala. Ya, kerja, kerja dan kerja. Bila nak habis? Bila aku dah tak kerja. Kan? Hahahahaha!!! Maksud aku kerja di tempat yang satu ini. Pengalaman. Bila dah menggunung, ia adalah bonus dan juga bebanan. Ada positif ada yang negatif. Dari zaman aku bekerja dengan satu PC, dah jadi dua.Sebelah-menyebelah. Rasa macam aku kerja sebagai software engineer. Ya, perasan habis!

Semalam, diluar kawalan, aku terus kata pada boss, aku nak stop. This is what happen when you can predict what will come in the future. Aku tak kata aku peramal ya. Kebarangkalian. Bila di satu tahap kita dapat rasakan kebarangkalian untuk sesuatu itu berlaku disebabkan kaitannya dengan sesuatu kejadian yang lain, kita dah nampak. Macam formula X+Y=Z lah lebih kurang.

Tapi aku berterima kasih sangat pada boss sebab prihatin dan dia dah dapatkan aku sidekick. Bukan niat aku untuk bebankan yang lain, tapi atas sebab aku dah tak dapat nak tanggung beban ni as a one-man show, terpaksa aku suarakan. Memang lambat. Padahal ex-boss aku dulu dah lama suruh aku lepaskan apa yang tak dapat aku nak laksanakan. Bertahan punya pasal, sendiri yang parah. Apalah....

Aku harap dapat kongsikan pengalaman aku belajar sejak dekat 5 tahun di tempat yang satu ini dengan sidekick aku nanti. Biar dia pun dapat timba satu pengalaman yang berbeza tapi berguna untuk dia satu hari nanti.

Tabah. Kuat. Gelak hebat! That's it. Jumpa lagi nanti! :D

Monday, August 5, 2013

Kegembiraan Akan Datang Jua.

Assalamualaikum. Salam pagi semua!

Hari ni jalan boleh dikira agak lengang walaupun belum lengang sepenuhnya sebab masih ramai yang bekerja. Apapun aku berjaya mengawal nafsu daripada perasaan nak bawa kereta laju-laju haha! Memang ikut peraturan had laju yang ditetapkan. Fuh!

Di office pun masih riuh. Kedengaran lagu-lagu raya berkumandang dari pintu masuk. Semua dah dalam mood raya dah ni! Alhamdulillah, baki hari bekerja ni harus tekun dan tabah.

X terniat pun nak jengah blog ni pepagi buta. Tapi bila dah log in, terdetik nak baca blog sayangness yang dah lama aku x jenguk.

Patah demi patah penulisannya aku baca. Ternyata hidup ini indah! Kegembiraan dan kebahagiaan terserlah menanti hari bahagia pada Eid yang akan datang x lama lagi. 

Betul kata orang, tuah, rezeki, jodoh, ajal... Semua itu rahsia Allah SWT. Dia yang dahulu terlalu banyak menelan kepahitan dan kedukaan. Kini, tiada lagi air mata, resah kecewa. Syukur, Allah telah menemukan dia dengan seseorang yang mampu membuatkan dia tersenyum bahagia. Sentiasa. Alhamdulillah.

Sebagai sahabat, aku tumpang gembira. Tumpang bahagia dengan berita gembira dari dia. Akhirnya! 

Aku akan sentiasa mendoakan kebahagiaan dan kegembiraan sayangness-sayangness semua. Moga sentiasa bersabar mengharungi ranjau dan dugaan alam rumahtangga. InsyaAllah. Kekal hendaknya jodoh hingga hujung nyawa. Amin.

Sunday, August 4, 2013

Annin Semakin Hilang Dari Pandangan.

Salam.

Ramadhan bakal berakhir. Eid semakin dekat.

Tahun ni aku x post apa-apa untuk Ramadhan. Tau-tau minggu depan dah nak raya. Yang aku tau, aku cukup bersemangat nak sambut raya tahun ni. Walaupun x ada baju raya.. X apa, baju saja x ada. Kuih raya banyak! Hahahaha!!!

Dan tahun ni juga aku dapat bercuti panjang! Akhirnya aku berjaya menggunakan Cuti Rehat yang x pernah terusik sepanjang tahun 2013! Walau cuti yang diluluskan adalah 5 hari, tapi aku rasa berat pula nak cuti penuh. Maka aku ambil keputusan untuk bercuti selama 4 hari saja.

Ramai yang tanya, kenapa aku x cuti terus sampai hari minggu. Kenapa nak datang kerja hari Jumaat? Senang saja jawapannya. Itu untuk persediaan mental. Untuk elak dari terkejut bila masuk kerja dengan segala bagai tugas, email, itu dan ini tersusun berderet haha!!!

X apalah. Cukup lah cuti tu. Cuti lama-lama sangat pun x bagus. Sebab aku tau aku ni jenis yang cepat risau kan hal-hal dekat office tu. Boleh sampai mimpi lagi! Haish... Teringat mimpi minggu lepas. Sampaikan nama penuh client pun boleh masuk jadi watak. Client mat saleh lagi! 

Minggu depan aku masih bekerja seperti biasa sampai hari Rabu. Mungkin x ramai staf yang ada. Harapnya x banyak lah urusannya. Agak-agak Chief bagi balik awal x hari Rabu nanti? Mungkin? Hmmm... Macam x saja. Hahahaha!!! Angan-angan!!!

Dah jam 3.00 pagi. Shut down sebentar sebelum sahur. 

Tuesday, June 4, 2013

Selasa. Hari Blur Untuk Aku.


Salam untuk semua.

Semalam aku bercuti silih berganti. Satu hari saja. X lama mana. Cuti untuk bertemujanji dengan rakan x sebaya haha!

Pagi ni masuk kerja. Otak rasa blur. Buka email. Beratur tersusun yang belum dibaca! Pergh! Otak terus menerus blur. Susun mana yang perlu dibalas terlebih dahulu. Susun mana tugas yang perlu disudahkan dahulu.

Jumaat mesyuarat lagi. Khamis OT lagi. Hakikatnya, Selasa, Rabu, Khamis pun OT. Minggu depan pindah ke tingkat 1. OT lagi Sabtu Ahad. Wah! Kaya betul dengan OT! OT yang bulan 3 pun x habis lagi. Nak ambil cuti pun fikir dua tiga kali. Sudahnya, cuti-cuti OT itu bakal terbakar nampaknya.

Sebab? Bukan senang nak ambil cuti. Banyak yang perlu difikirkan sebelum mengambil langkah drastik untuk bercuti. Lainlah kalau aku jenis yang x ambil peduli hal-hal lain. Kisahkan hal sendiri. Itu memang setiap minggu akan aku langsaikan OT yang maha banyak itu.

Cuti hakiki pun aku x usik lagi. Sekarang dah masuk bulan 6. Tinggal 6 bulan lagi untuk aku habiskan. Entah celah mana aku nak selit pun aku x pasti. Kata bos, habiskan cuti ganti dulu. Aku rasa cuti ganti aku cukup sampai hujung tahun. Firasat aku lah. 

Melainkan aku ambil cuti panjang untuk Project RunAway. Mungkin akan habis cuti ganti tu. Persoalannya, bila? Itu aku susah nak jawab. Selalunya Project RunAway tu aku x jangka. Tiba-tiba saja boleh terjadi. Berdasarkan pengalaman tahun-tahun sudah. 

Apapun, aku cukup bersyukur. Kerja dengan hati ikhlas. InsyaAllah, akan ada ruang itu untuk aku. Sabar dan terus sabar.

Dah. Nak buat kerja. Terima kasih pada yang sudi baca.

Wednesday, February 6, 2013

Heart and Love.



This is a story about heart. 
A piece of soft yet hard inside. 
Looking at it's surround. 
Feels like been left behind. 

Is it wrong to stand as one? 
By quick heart says "No. You'll do good." 
While others have a company, the one is still standing, tough. 
Alone. 

Heart does feel happy for those filled with joy and love. 
But deep inside, heart wants to feel the same. 
Has the time come? Heart says "No. It's not." 
Still far to reach. 

Heart once experienced happiness of love. 
1 time, 2 times, 3 times... 
All leaving behind sweet and bitter. 
For a lasting memoir. 

Now... 
Heart seems to forget. 
What it feels like to be loved? 
How heart should react if love embrace? 

Doki doki? 
Excited? 
Jumping up? 
Heartbeat and rising?

Only TIME will tell. 
Only HE who knows. 

Heart does feel thankful. 
Heart does appreciate. 
Heart does feel blessed. 

Alhamdulillah.

Thursday, January 10, 2013

Let All The Negative Vibes Away ~

A good weather I must say. But still cloudy.

Rain poured for a while last night. Still, the temperature was very high that caused me to stay awake till 1 a.m. Can't do nothing except scrolling AKIBaby Jr. till late. No Astro. Haih...

I still wonder. Why 2013 has never been good to me so far? What I meant was solely about work. I thought that by end of 2012, there will be a smooth start in 2013. 

The opposite happened. Small things keep getting bigger. Ridiculous matters keep getting complicated. Not that I'm complaining. Simple things should be kept simple right? Why go for trouble? Waste of TIME, waste of MONEY, waste of ENERGY! 

Things said in previous, will change to another. Worst, if it is not mentioned. At all. Yes, we workers. Bind to follow orders. And we have become a YES MAN. No point arguing.

Am thinking of giving myself a space. Enough of letting the decisions made based on others' benefit. Enough of being a person who always thinks of others' necessities. It's time for ME. Think of the good of what ME would get. It's time for ME to live a new world.

Of course I would not just go away. I know of my responsibilities. 

Now it's just a matter of TIME and OPPORTUNITY. Remember to grab everything comes to you, Annin. You have let all the dreams gone the past few years. You will regret it if you keep doing the same choices.

ME, MYSELF and I. FAMILY will always the first. Remember that.

Wednesday, January 9, 2013

I Don't Think That's The Way.

No greetings. Thank you.

A statement.

I understand that statement was raised due to our mistakes and for being inconsiderate. Yeah, I understand many or should I say most of the things you saw was ours. Our 'leftovers'.

I'm not going to say any excuses. And I as part of the team you 'mentioned', I sincerely apologize for our act of being stupid.

Was a mistake when we trust people to do things which they were willing to volunteered. As they gone with things unfinished, it is us to continue. Supposed.

And when you put up a statement like that, a very harsh one, you might think it's the best way to convey the message. But unfortunately it's not, my dear. You should know what happened around before saying that.

By the way, THANK YOU.




Thursday, July 19, 2012

Ramadhan Datang Lagi!!!


Salam semua hadirin hadirat!

Rasa macam baru je raya. Esok malam dah mula tarawikh. Cepat benar masa berlalu. Seingat aku masuk kali ni dah tahun ketiga Ramadhan untuk Ciao's Life Make A Secret. Alhamdulillah.

Walau x seaktif dulu, aku cuba sedaya adanya untuk menghidupkan jantung hati ku ini. Puasa kali ni aku mungkin membuat satu eksperimen. Cubaan untuk mengubah diri. Fizikal, mental dan rohani. Dengan izinnya, aku ingin berubah menjadi lebih baik. Mungkin bukan yang terbaik, sekurang-kurangnya antara yang baik.

Aku sedar diri ini sangat banyak kurangnya. Aku dan Dia. Tatkala ini, aku bagai hilang. Hilang arah. Aku akan cuba langkah demi selangkah. Cuma aku mohon ditetapkan hati dan niat kerana Dia.

Mungkin susah, mungkin mencabar. Aku akan terus usaha untuk kebaikan diri aku juga. InsyaAllah, Kau kuatkanlah, tetapkanlah hati ini. Amin.

Tuesday, June 19, 2012

Setiap Yang Pergi, Akan Ada Pengganti...

Salam.

Berjalan-jalan menjengah blog sahabat. Membaca saat-saat sahabat menempuh dugaan sewaktu melahirkan permata hatinya. Tersentuh sejenak... Kesabaran dalam kesakitan, sahabat sangat tabah.

Alhamdulillah, sahabat berjaya membawa khalifah baru ke dunia. Tumpang gembira dengan anugerah dan rezeki sahabat. Permata hati dilahirkan di negara orang, rezeki menuntut ilmu di Jepun. Alhamdulillah...

Di sebalik kegembiraan, hati kembali hiba mengenangkan pemergian permata hati sahabat yang satu lagi. Tidak sempat menikmati kehidupan dunia, permata hati yang hanya sempat merasa hayat di dunia selama 2 minggu, telah kembali semula kepada-Nya.

Sedih... Betapa berat dugaan yang Kau beri kepadanya. Namun aku yakin Kau punya sebab dan punya hikmah. Sahabat begitu cekal dengan ujian-Mu ini. Sahabat begitu tabah, begitu kuat menerimanya. Sahabat menceritakan, permata hati tidak banyak kerenah sewaktu dalam kandungan, sangat baik. Tapi apakan daya...

Di saat akhir perpisahan, terlihat air-air jernih keluar dari kelopak mata permata hati, bagaikan tahu itulah kali terakhir permata hati disamping ibu tercinta. Akan berpisah selamanya...

InsyaAllah, kalian berdua akan dipertemukan jua di syurga milik-Nya. Percaya bahawa sahabat antara yang terpilih, berdoa untuk kebahagiaan dan keberkatan untuk kalian. Amin.

Al-Fatihah.

Setiap kehilangan, akan digantikan. Hanya Dia yang Satu, yang Maha Mengetahui.

Pic by WallpapersWide.com

Tuesday, February 21, 2012

Pergi Atau Kekal Di Sini...

Akhirnya hari ini tamat dengan tenang.

Syukur juga sebab walaupun agak kelam-kabut, mesyuarat petang tadi dah pun selamat.

2-3 minggu ni aku sangat stress dengan hal kerja dan keadaan sekeliling. Dengan mesyuarat yang nak kena buat setiap minggu. Oh ~ pengsan! Tu belum lagi officemate yang ramai akan pergi. Memang akan ada pengganti, tapi beban akan bertambah.

Sebab? Siapa yang nak mengajar? Mesti lah yang mana ada kan? Sebenarnya aku x berapa setuju dengan cara pihak pengurusan bahagikan tugas. X semestinya jawatan dengan tugas tertentu akan kekal dengan tugas yang sama. Sepatutnya, x kiralah jawatan apa atau tugas apa sekalipun, semua patut didedahkan dengan cara kerja daripada bawah, dari mula bahagian operasi dan data.

Kalau dulu senang. Boleh serah tugas dengan tenang hati sebab semua dah tahu asas. Sekarang ni nak serah tugas pun berat hati sebab takut yang baru ni x dapat nak tangkap. Okay, aku faham kena slow slow... tapi bila sampai masa yang kita kena buat sesuatu urgently, x ke terpinga-pinga? Nak pulak kalau sumber rujukan x ada masa tu, macam mana? Jangan kata aku pandang rendah ya?

Dan sekarang aku x tau macam mana nak buat keputusan. Banyak kes yang pending. Xkan nak tinggal macam tu je? Karang ada pulak yang kata aku pergi tinggalkan beban yang melambak kat orang yang akan ambil alih kan? Ish ish ish...

Ingat nak terus hilang dari pandangan. Tapi x sedap hati pulak. Arrghhh... otak dah tutup kedai! Tolong!!! ~

Aku akan merindui saat manis ini ~ :')

Walau apapun aku akan tetap pergi juga satu hari nanti. Bila? Biarlah masa dan keadaan yang tentukan. InsyaAllah. Semoga DIA permudahkan urusan ku di sini, amin.

Annin: Bukan mudah untuk pergi... T____T

Tuesday, November 15, 2011

Aku Nak Simpan 1K Sebulan!!! Boleh?

Oh tidaaaaaakkkk!!!

Nanges nanges!!! Sedih!!!

Cukup 4 bulan dah aku x berpeluang nak simpan separuh dari duit gaji aku. Sejak aku duduk menyewa dekat Putrajaya memang susah sangat nak uruskan bajet aku. Mesti ter-over!

Dulu masa tinggal dekat Klang a.k.a. Teratak Desawan nan permai, boleh saja aku limit-kan perbelanjaan bulanan. Jarang sangat aku melanggar prinsip! Tapi... Betullah orang kata. Kalau duduk menyewa memang susah sikit nak menyimpan.

Dulu memang aku x percaya. Aku ingat ianya mitos semata. Tapi aku salah. Pertama kali merasa duduk menyewa, baru aku tau macam mana rasa peritnya.

Ada saja ini nak dibeli, itu nak dibayar. Duit terasa keluar laju macam air sungai. Tolak lah hutang keliling rumah yang perlu dibayar. *Orang selalu kata keliling pinggang kan? Aku keliling rumah okay!*

Yang lagi aku risau, aku cuma tinggal sebulan setengah kontrak dengan Kementerian. Lepas tu? Lepas tu macam mana??? Mana nak cari duit kalau kontrak x disambung? Kerja lain pun x dapat apa-apa khabar berita.

Jenuh menghantar resume. SPA pun dah renew. Tapi... Masih x ada rezeki. Kerajaan pulak sambung bekukan pengambilan kakitangan kerajaan sampai hujung tahun. Patutlah satu panggilan peperiksaan SPA pun x ada! Aku x nak mintak PTD okay. Harap maklum.

Mama pun dah bersuara. Tapi x banyak yang boleh aku kata melainkan sedang berusaha untuk mencari kerja baru. Aku tau, bumi Allah itu besar. Mungkin belum berjodoh dengan rezeki itu. Mungkin...

Sekarang memang aku kena sekat apa-apa yang x perlu. X kisahlah, simpan sehari RM1 pun duit juga kan? Sikit-sikit lama-lama jadi bukit! X gitu? Hehe!

Dan sekarang juga bukan masanya untuk aku berputus asa! Aku akan terus berusaha. Ya, berusaha! Selagi x jumpa Encik Rezeki itu, selagi itu aku akan terus mencari!

InsyaAllah, ada pintu dekat depan tu. Aku akan jalan dan terus berjalan sampai ke pintu itu! PASTI!!!

Masih berharap juga agar kontrak disambung. Tapi harapan xlah tinggi melangit... Kesian tengok kawan-kawan yang x tahu status kontrak diorang. Cuma mampu berdoa saja... Kita doa sama-sama ya? :)

Annin: Nak beli tabung yang x boleh nak curi-curi ambil duit melainkan kena tebuk atau buka guna pembuka tin! HAHAHA!!!

Wednesday, November 2, 2011

Bangun Tidur Yang Penuh Adab :)


Assalamualaikum.

Selamat pagi semua! Sekadar untuk berkongsi. Saya percaya ramai yang dah tahu dan praktikkan dalam kehidupan sehari-hari. Cuma nak jadikan sebagai peringatan untuk diri saya sebab kadang-kadang saya sendiri lupa.

Okay, jom kita tengok sama-sama!

1. Menyapu Tangan Ke Muka
Hadis Nabi s.a.w. yang bermaksud "Rasulullah bangun tidur, kemudian duduk sambil mengusap wajahnyadengan tangannya." (Riwayat Muslim)

2. Berdoa
Huzaifah meriwayatkan: "Dan setiap kali bangun tidur, Baginda berdoa:

اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِى أَحْيَانَا بَعْدَمَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ

Maksudnya: "Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami setelah sebelumnya mematikan kami dan kepada-Nyalah (kami) dibangkitkan." (Riwayat al-Tirmizi)

3. Bersugi (Membersihkan gigi)
Dalam sebuah hadis (yang bermaksud) ada menyebut: "Apabila Rasulullah s.a.w. bangun daripada tidur, Baginda akan membersihkan mulutnya dengan bersugi." (Muttafaq 'alaih)

4. Membasuh Kedua-dua Tangan Sebanyak Tiga Kali
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, "Apabila salh seorang daripada kamu bangun daripada tidur, maka basuhlah tangan kamu terlebih dahulu tiga kali sebelum memasukkan kedua-dua tangan ke dalam bekas, kerana kamu tidak tahu di mana tangan kamu berada ketika sedang tidur." (Muttafaq 'alaih)

5. Beristinthar (Menghembus air selepas menyedut ke hidung)
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Apabila seorang antara kalian bagun tidur, maka berwuduklah dan kemudian beristintharlah sebanyak tiga kali kerana syaitan bermalam di batang hidungnya." (Riwayat al-Bukhari)

Jom praktik dan amalkan hari-hari! Memang susah dan senang lupa. Tapi kalau cuba untuk buat hari-hari mesti lama-lama dah terbiasa. Kan? Kan? Adik-adik kita pun boleh, kita pun mesti sama-sama boleh, InsyaAllah.

Annin: Annin, sila jangan malas ya! :D

* Kredit untuk Majalah Solusi No. 36 dan Portal Prasekolah SK Danau Kota

Monday, October 3, 2011

Dah Tinggal, Jangan Toleh-toleh.


Pelik dengan perangai segelintir manusia, lelaki khususnya.

Ops! Ini bukan entri kondem- mengondem ya! Apa yang aku ingin luahkan di sini hanyalah kata hati yang ingin dikongsi dan kalau boleh, nak mencari satu jawapan.


Aku lebih suka memerhati. Tapi bila ianya terjadi pada orang yang dekat dengan aku, mulalah aku pusing mencari sebab.


Satu pasangan, yang mana dulunya saling membenci (bukan menyampah ya!), tidak terpikat antara satu sama lain. Tapi entah macam mana, rupanya kedua-duanya memendam rasa suka.
Bila dah rasmi menjadi pasangan kekasih, mulalah orang berkata, dah jodoh... Mesti bertaut juga! Jodoh kuatlah katakan...

Namun x disangka-sangka, setelah setahun terputus jua...
Bukan nak menyibuk atau nak menjadi seperti Kiah Propa, tapi sebagai kawan yang dah lama kenal hati budi, aku rasa bertangunggjawab untuk mengetahui apa yang telah berlaku.

Apakan daya, aku hanya mampu berkongsi dengan satu pihak saja. Tapi disebabkan aku cukup masak dengan perihal pihak yang satu lagi, maka aku bersimpati dengan pihak yang berkongsi masalah itu. Kerana aku tahu dia x mungkin akan mampu membuat sesuatu yang boleh menghancurkan perhubungan setelah bermacam-macam pengorbanan yang telah dilakukan.


Dan seperti biasa, pihak yang sanggup melakukan pengorbanan adalah wanita. Betul x? Tapi aku x kata lelaki x sanggup nak berkorban. Tidak... Masih ada, cuma hanya segelintir. Kenapa ya?

Okay, berbalik kepada cerita.

Setelah mendengar sebab dan punca perpisahan, maka tahulah aku dia ditinggalkan akibat dari unsur ketiga. Memang aku x kenal unsur ketiga ni. Tapi aku banyak
informer yang boleh cerita perangai si unsur ketiga itu yang memang x digemari ramai. Jujur cakap lah, first impression tengok si unsur ketiga tu memang aku x berkenan.

Walaupun orang kata
"Don't judge a book by it's cover", tapi pengalaman banyak mengajar aku untuk menilai.

Dan sekarang, bila tiada lagi hubungan, apatah lagi ikatan, aku rasa dah x perlu untuk pihak yang satu itu masih ingin dikait-kaitkan dengan sang kekasih yang sudah ditinggalkan. X perlu juga untuk naik
status di Facebook yang dituju direct kepada si pencinta itu. Mungkin x disebut nama atau di-tag di mana-mana post, tapi sahabat-sahabat lain pasti mampu untuk meneka.

Cukuplah... X usah dikenang-kenang. X usah dipuji-puji. Si dia x mungkin akan kembali.

Cuma ingat satu perkara. Mungkin pada pihak yang satu itu fikir apa yang dilakukan tidak memberi apa-apa kesan. Anda silap! Semua itu hanya akan menambah kesakitan dan menyukarkan untuk si dia melupakan segala kenangan.

Perkara sudahpun terjadi. Dan aku yakin pertimbangan yang mendalam telah dilakukan sebelum pihak itu membuat keputusan. Jadi x perlu untuk menagih semula simpati, x perlu untuk memuji betapa "Kau yang terpenting dalam hidup ku". Semua dah habis. Dah tamat.


Teruskan dengan kehidupan yang anda pilih. Biarkan si dia dengan kehidupannya. Pandang dari jauh pun x payah. Masing-masing ada tujuan, masing-masing ada tanggungjawab.


Untuk yang lain, aku harap sangat janganlah disia-siakan orang yang sanggup bersusah-payah, yang sanggup untuk disakiti demi orang yang dikasihi. Bukan mudah untuk mencari yang sebegini. Jangan nanti bila orang yang satu-satunya itu telah ditingalkan, meraung x berkesudahan pula.

Selamat mencuba!

Annin: Aku tujukan entri ni buat sese-ORANG. Kalau ada yang terasa, lain kali jangan
order tom yam pedas berapi okay! :)

Friday, September 30, 2011

Nothing Much To say...

Salam.

Woah! It's really been a while! To be frank, I lost my sight on this lil' blog. I abandoned it for too long...

Well, so much happenings happened. Ramadhan has ended. And even Eid Fitr also has made it's way.

Not that I don't have anything in mind. In fact too much was going on in my brain. Even prepared awesome pictures to be shared, but then time constraint affected everything.

Maybe some will see it as an excuse. Yeah, I admit it since I didn't give any space to my 'heart'. :)

I need a moment to start afresh. Got plenty of cool 'bits' hehe!


Forgive me all my dear bloggers and followers! You miss me and I am damn missing you guys!!!! :')

Annin: Have a colorful weekend folks!

Monday, April 11, 2011

Pagi Yang Sayu... I Really Miss You...

Assalamualaikum.

Sedang aku mengemaskini data-data dalam PC aku, tiba-tiba kakak CC sampaikan sesuatu kepada ku.


Sekeping kad berwarna pink diletakkan di atas meja. Aku tertanya-tanya dari siapakah kad ini? Tertera ayat "Thank You So Much,
Hanim" di hadapan kad tersebut. Dari situ aku dapat agak siapakah gerangan penghantar kad. Kad dibuka, dan aku mula membaca bait-bait ayat yang tertulis di dalamnya. X semena-mena, air mata aku mula bergenang... Terasa sayu tiba-tiba...

Sesungguhnya aku amat berharap aku akan berpeluang berjumpa semula dengan orang yang banyak membantu aku, mengajar aku. Susah senang aku di sini, dia banyak memberi nasihat kepada ku. Memberi semangat kepada ku.


Namun apakan daya, mungkin jodoh kami tidak panjang. Dia terpaksa pergi, pergi mencari sesuatu yang baru buat dirinya. Dapat aku rasakan separuh dari semangatku pergi bersama dia ketika dia menyuarakan hasratnya untuk
pergi.

Aku pernah ceritakan dalam satu entri yang lalu yang diri aku tidak berapa nak betul sebab terlalu banyak perkara yang berlaku dalam sekelip mata. Ini adalah antara sebab utama. Tapi, alhamdulillah... Aku semakin dapat menerima perubahan yang telah berlaku.


Khas buat mu AZ,

"Thank you so much!!! You have taught me everything. Every single thing that I need in order for me to survive. I really hope you will find a good future, insyaAllah. All the knowledge and thoughts you have shared, will be treasured forever. Hope to see you again someday... Please take care, my lovely sister!" :')


Annin: Be strong and stronger. The thoughts of you will last forever. ありがとうAZさん

Sunday, March 20, 2011

Alhamdulillah, kalian selamat...

Assalamualaikum.

Hampir 2 minggu x 'balik rumah' memang terasa sangat lama tidak bertemu kalian semua. Emosi agak terganggu dan kurang stabil, banyak yang aku nak kongsi tapi mungkin x sepatutnya aku bercerita di sini.

Aku sudah mula mencongak-congak sama ada aku ingin terus kekal 'di situ' atau terbang ke satu tempat yang baru. Tengoklah, kalau ada rezeki di tempat lain mungkin aku akan melangkah keluar dan membina perjalanan hidup yang baru :)

Takziah buat Kerajaan Jepun atas apa yang telah berlaku di Sendai. Informasi first-hand yang aku terima melalui Twitter tempoh hari amat mengejutkan. X sangka sangat cepat kejadian gempa dan tsunami yang berlaku.

Walaupun tidak mampu untuk membantu dari segi material, namun berkongsi info dan menyebarkan maklumat berkenaan pusat pemindahan, bekalan makanan dan air, serta bantuan yang lain amat berguna.

Melihat sikap rakyat Jepun yang mempunyai disiplin dan kesabaran yang sangat tinggi amat aku kagumi! Yang tua dan anak-anak kecil akan didahulukan. *Kenapa kita sendiri masih suka dengan sikap berkira ya?*.

Aku bersyukur kerana semua rakan-rakan di sana selamat, walaupun tidak berada dekat dengan kawasan kejadian, namun masih mengalami gegaran yang teruk. Simpati dan sedih bila berkongsi cerita dengan mereka...

Buat Hanis-san juga, alhamdulillah Hanis-san dan hubby selamat. Kebetulan beliau tidak berada di Sendai sewaktu gempa & tsunami berlaku. Sudah berada di Malaysia ni, insyaAllah nanti kita ketemu ya! :)


X salah kalau kita berdoa untuk kesejahteraan orang lain atas sebab kemanusiaan. Jangan disebabkan pemikiran yang sempit, kita abaikan tanggungjawab malah mempersendakan kesusahan dan kekurangan orang lain. Mungkin hari ini kita belum mengalaminya. X mustahil Dia akan menguji kita sebegini satu hari nanti. Bukannya meminta, tapi sebagai peringatan kita sesama manusia.

Ciao: Setiap kali mendengar Ai Subeki Mirai e & もっと強く pasti akan bergenang air mata... 日本は、強くなる!

Pic source: Thanks Google!

Monday, March 7, 2011

Walaupun Kau Kata "Aku Okay"...

Salam.

Kelmarin aku termimpi arwah kawan aku, yang juga ex-officemate aku. Walaupun sudah 5 hari berlalu, namun rasa sedih dan terkilan masih tersisa...

Masih terngiang-ngiang suara arwah ketika menalifon aku beberapa bulan lepas. Dengan nada penuh harapan dapat membantunya. Namun aku tidak berdaya untuk berbuat apa-apa. Maafkan aku sahabat...

Membaca status arwah di FB, amat menyedihkan... Aku sangat bersimpati dengan apa yang telah berlaku. Namun x ku sangka, sakit yang dialami semakin lama semakin kritikal. Setelah sekian lama menyepi, aku dikejutkan dengan berita yang arwah terlantar koma di ICU, Hospital Melaka.

Aku mengucap panjang dan berdoa agar arwah kembali pulih. Ketika aku berkesempatan menjenguknya di sana, memandang pada wajahnya, rasa sayu terus menerpa. Dapat aku rasakan kesakitan yang dialaminya... Disebalik wajahnya yang suram dan dengan segala apa yang telah berlaku, aku tau betapa beratnya dugaan yang arwah tanggung ketika itu...

Berdoa dan terus berdoa... Namun mungkin sudah tertulis, arwah telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada malam 01.03.2011.

Ketika arwah hadir dalam mimpi aku, aku terus meluru ke arahnya dan mengangis semahu-mahunya. Terlalu sedih dan kecewa kerana tidak sempat untuk menolong arwah buat kali terakhir. Arwah berkata kepadaku "Dah dah, jangan nangis... Aku okay... Aku x ada apa-apa... Jangan risau ya?."

Aku terus terjaga. Beristighfar dan sedekahkan Al-Fatihah untuknya... Sesungguhnya arwah seorang yang sangat baik dan kawan yang x akan ada gantinya. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan berada dibawah lindungan-Nya sentiasa, amin. Al-Fatihah...


Ciao: Is missing your smile...

Monday, February 21, 2011

Pagi-pagi Jangan Malas-malas!

Assalamualaikum :)

Setelah berehat dari dunia blog ni, terasa untuk pergi jauh. Jauh ke mana? Aku masih belum nampak hala tujunya. Bukan maksud aku untuk tutup diari hidup sebagai blogger, tapi mahu mencari sesuatu. Sesuatu yang mampu membuatkan aku memahami isi hati, pemikiran, serta ragam mereka yang bergelar MANUSIA.

Apapun semua itu perlukan kesabaran bukan? Tapi ingat, sabar-sabar seseorang itu ada takat serta had maksimanya. Jadi, jangan sesekali memandang lekeh, atau lepas tangan jika sesuatu itu perlu dilaksanakan, meskipun ianya bukan tanggungjawab yang telah diberikan kepada kita.

Sebelum mengundur diri, ingin aku kongsikan satu doa untuk mengelakkan diri dari rasa lemau dan malas.

"Wahai Tuhanku, aku berlindung denganMu daripada rasa MALAS, lanjut usia dan buruknya perlakuan masa tua, juga daripada fitnah dunia dan siksaan kubur. Amin."

Selamat menunaikan tanggungjawab! :)

Jangan jadi macam Garfield. Chomel tapi malas! XD ~ TQ Google!


Ciao: Hari Isnin = Monday Blues? Lalala ~

Sunday, February 6, 2011

"Biarkan Aku Menangis"

"Ada pisang x?", "Kau cakap apa ni?!", "Jangan kacau!!!".

Mesti korang tau kan dialog dekat atas ni? Ini adalah antara dialog dalam slot Cerekarama "Biarkan Aku Menangis" yang baru saja habis pukul 12 a.m. tadi. Jalan ceritanya boleh tahan! Tapi aku bukan nak cakap pasal jalan cerita drama ni. Cuma lebih kepada layanan si anak yang bernama Anisah terhadap ibunya, Jamilah.

Walaupun ia hanya dalam drama, tapi x mustahil kalau ianya benar-benar terjadi dalam masyarakat kita. Tengok saja pada cara Anisah melayan ibunya, aku rasa macam nak tangan-tangankan si Anisah tu. X patut sungguh dia buat macam tu pada si ibu. Pulak tu, suka betul cari pasal nak sakitkan ibunya. Siap kotorkan balik baju yang dah siap dibasuh dan tersidai. Lepas tu boleh pulak 'tackle' kaki ibu dia masa dekat dapur. Ish... ish...

Ibu itu tidak ada apa pun salahnya. Adakah salah si ibu tidak mendidik si anak? Atau si anak lebih suka mengikut kepala sendiri serta mendengar kata hati dari mendengar kata-kata si ibu? Pelbagai kemungkinan boleh terjadi. Namun, sebagai anak, seharusnya lebih tahu apa tugas dan tanggungjawab kepada kedua ibu bapa.

"Kalau dikumpulkan segala kekayaan di dunia ini, sedikitpun tidak dapat dibandingkan dengan nilai kedua ibu bapa kita."

Setuju atau tidak? Pada aku, aku sangat bersetuju dengan pernyataan di atas. Sejauh mana tanggungjawab yang kita laksanakan, tidak akan sama dengan nilai pengorbanan yang telah dilakukan oleh kedua ibu bapa kita. Sangat jauh bezanya.

Oleh itu, jangan sekali-kali menyakiti hati ibu bapa kita. Apatah lagi menyakiti mereka secara fizikal mahupun mental. Dan jangan lupa untuk mendoakan kesejahteraan serta kebahagiaan buat kedua ibu bapa kita sehari-hari. InsyaAllah, akan dimakbulkan doa kita, amin :)


Maksudnya: "Ya Allah! Ampunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa dua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil."

Ciao: Semoga kita semua menjadi anak yang baik terhadap ibu bapa, insyaAllah :)

Tuesday, January 11, 2011

Bila Mark Zuckerberg Kata Nak Tutup Kedai

Assalamualaikum & happee afternoon everyone!

Aku rasa dah ramai tahu dan dah ramai juga yang bagi respon terhadap berita penutupan Facebook (FB).

Aku? Reaksi pertama: "Iyeee ke Facebook nak tutup? Macam tak je?" Mwahahaha!!! Tapi memandangkan Zuckerberg dah buat pengumuman rasmi, anggap saja lah berita ni sahih. Dan penerimaan oleh Facebookers? Ada yang positif dan ada yang negatif.


Positifnya, masa yang diluangkan menghadap komputer, atau lebih spesifiknya, menghadap FB, bakal dikurangkan dengan maksimum. Dan aku yakin ibu bapa lah orang yang paling gembira mendengar berita ini! (Termasuklah mama abah aku mwahahaha!!!! Sebab anak-anak dorang pun boleh tahan kalau dah ber-FB! XD) Tapi ini x termasuk ibu bapa yang terjebak sama dengan FB ya!

Bos-bos pun tumpang happee sebab para pekerja akan semakin berdedikasi cewah! *Adakah ini yang bakal terjadi? Kita tungu dan lihat*. Mestilah output kerja yang berkualiti dan semakin bertambah baik yang diharapkan betul x? Bukan nak cakap yang aku ni x pernah log in FB masa waktu kerja, banyak kali saja. Eh, aku pun ada sisi jahat juga tau! Kahkahkah! (Cuma untuk peringatan buat diri aku sendiri, bekerjalah dengan sepenuh hati. InsyaAllah)

Namun masih ada juga yang kachiwa dengan pengumuman ni. Yelah, ada yang meluahkan rasa duka sebab mereka memang bergantung pada FB untuk menjalankan bisnes. Walaupun kecil-kecilan, tapi tempahan ke serata Malaysia you! Simpati juga, tapi mereka x perlu terlalu runsing untuk meneruskan perniagaan sebab masih ada banyak saluran yang boleh digunakan. Betul x? Kena mulakan misi jelajah lah kalau nak cari medium baru.

Secara personal, aku x kisah sangat kalau betul Facebook Corporation nak tutup kedai. Walaupun satu ketika dulu aku pernah kata "Apalah yang best sangat dengan Facebook ni? Serabut kepala aku tengok!" Alih-alih aku pun terjerumus sama dengan fenomena FB haha!!! Tapi tidaklah sampai tahap ekstrem, pagi petang siang malam asyik menghadap monitor gara-gara FB kan.

Aku masih punya cara untuk bersosial di alam maya. Huiyooo!!! Masih ada saluran yang boleh aku gunakan. Terutamanya blog. X dapat aku bayangkan kalau dunia blog juga bakal berkubur. Sunyi siot! Walaupun aku kadang-kadang jadi biskut, tapi aku masih mengikuti perkembangan blog yang aku ikut tau! :)

Dan sekarang aku akan mula aktif di Twitter kembali. Sebab apa? Sebab aku dah jumpa ramai EXILE lovers! So, I could share the excitement with all EXILE daifan! Yeehaaa! Dan aku juga boleh belajar dan seterusnya memperbaiki bahasa Inggeris dan Jepun sebab kebanyakan mereka adalah orang Jepun! Weehee! ~ InsyaAllah :D


Kesimpulannya, kita tunggu saja apa yang bakal berlaku pada tanggal 15 Mac 2011 ni ya. Oh ya, kalau sudi, boleh follow aku di Twitter. Sekian terima kasih! XD

Ciao: X sangka ramai juga daifan AKIRA hahahahaha!!!!
*Pics credit to Google