Wednesday, November 2, 2011

Bangun Tidur Yang Penuh Adab :)


Assalamualaikum.

Selamat pagi semua! Sekadar untuk berkongsi. Saya percaya ramai yang dah tahu dan praktikkan dalam kehidupan sehari-hari. Cuma nak jadikan sebagai peringatan untuk diri saya sebab kadang-kadang saya sendiri lupa.

Okay, jom kita tengok sama-sama!

1. Menyapu Tangan Ke Muka
〜 Hadis Nabi s.a.w. yang bermaksud "Rasulullah bangun tidur, kemudian duduk sambil mengusap wajahnyadengan tangannya." (Riwayat Muslim)

2. Berdoa
〜 Huzaifah meriwayatkan: "Dan setiap kali bangun tidur, Baginda berdoa:

اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِى أَحْيَانَا بَعْدَمَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ

Maksudnya: "Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami setelah sebelumnya mematikan kami dan kepada-Nyalah (kami) dibangkitkan." (Riwayat al-Tirmizi)

3. Bersugi (Membersihkan gigi)
〜 Dalam sebuah hadis (yang bermaksud) ada menyebut: "Apabila Rasulullah s.a.w. bangun daripada tidur, Baginda akan membersihkan mulutnya dengan bersugi." (Muttafaq 'alaih)

4. Membasuh Kedua-dua Tangan Sebanyak Tiga Kali
〜 Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, "Apabila salh seorang daripada kamu bangun daripada tidur, maka basuhlah tangan kamu terlebih dahulu tiga kali sebelum memasukkan kedua-dua tangan ke dalam bekas, kerana kamu tidak tahu di mana tangan kamu berada ketika sedang tidur." (Muttafaq 'alaih)

5. Beristinthar (Menghembus air selepas menyedut ke hidung)
〜 Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Apabila seorang antara kalian bagun tidur, maka berwuduklah dan kemudian beristintharlah sebanyak tiga kali kerana syaitan bermalam di batang hidungnya." (Riwayat al-Bukhari)

Jom praktik dan amalkan hari-hari! Memang susah dan senang lupa. Tapi kalau cuba untuk buat hari-hari mesti lama-lama dah terbiasa. Kan? Kan? Adik-adik kita pun boleh, kita pun mesti sama-sama boleh, InsyaAllah.

Annin: Annin, sila jangan malas ya! :D

* Kredit untuk Majalah Solusi No. 36 dan Portal Prasekolah SK Danau Kota

2 comments:

Miss Izah Mohamed said...

ok, bgn tido nanti kite same2 baca.. :D

Ciao Annin said...

@Miss Izah Mohamed:

Jom! Jom! Tapi lama lagi lah kan nak tunggu awak balik umah menemani saya T________T