Wednesday, November 16, 2011

Wordless Wednesday 4 ❀ たい焼きだ!〜


Annin: Sankyuu Boss for the delicious Taiyaki! ありがと〜 (ノ⌒∇)ノ

Wordless Wednesday 3 ❀ Lapar Wendy's!!!


Nak Wendy's!!!

Annin: Jauh sangat nak pergi T_________T

Tuesday, November 15, 2011

Aku Nak Simpan 1K Sebulan!!! Boleh?

Oh tidaaaaaakkkk!!!

Nanges nanges!!! Sedih!!!

Cukup 4 bulan dah aku x berpeluang nak simpan separuh dari duit gaji aku. Sejak aku duduk menyewa dekat Putrajaya memang susah sangat nak uruskan bajet aku. Mesti ter-over!

Dulu masa tinggal dekat Klang a.k.a. Teratak Desawan nan permai, boleh saja aku limit-kan perbelanjaan bulanan. Jarang sangat aku melanggar prinsip! Tapi... Betullah orang kata. Kalau duduk menyewa memang susah sikit nak menyimpan.

Dulu memang aku x percaya. Aku ingat ianya mitos semata. Tapi aku salah. Pertama kali merasa duduk menyewa, baru aku tau macam mana rasa peritnya.

Ada saja ini nak dibeli, itu nak dibayar. Duit terasa keluar laju macam air sungai. Tolak lah hutang keliling rumah yang perlu dibayar. *Orang selalu kata keliling pinggang kan? Aku keliling rumah okay!*

Yang lagi aku risau, aku cuma tinggal sebulan setengah kontrak dengan Kementerian. Lepas tu? Lepas tu macam mana??? Mana nak cari duit kalau kontrak x disambung? Kerja lain pun x dapat apa-apa khabar berita.

Jenuh menghantar resume. SPA pun dah renew. Tapi... Masih x ada rezeki. Kerajaan pulak sambung bekukan pengambilan kakitangan kerajaan sampai hujung tahun. Patutlah satu panggilan peperiksaan SPA pun x ada! Aku x nak mintak PTD okay. Harap maklum.

Mama pun dah bersuara. Tapi x banyak yang boleh aku kata melainkan sedang berusaha untuk mencari kerja baru. Aku tau, bumi Allah itu besar. Mungkin belum berjodoh dengan rezeki itu. Mungkin...

Sekarang memang aku kena sekat apa-apa yang x perlu. X kisahlah, simpan sehari RM1 pun duit juga kan? Sikit-sikit lama-lama jadi bukit! X gitu? Hehe!

Dan sekarang juga bukan masanya untuk aku berputus asa! Aku akan terus berusaha. Ya, berusaha! Selagi x jumpa Encik Rezeki itu, selagi itu aku akan terus mencari!

InsyaAllah, ada pintu dekat depan tu. Aku akan jalan dan terus berjalan sampai ke pintu itu! PASTI!!!

Masih berharap juga agar kontrak disambung. Tapi harapan xlah tinggi melangit... Kesian tengok kawan-kawan yang x tahu status kontrak diorang. Cuma mampu berdoa saja... Kita doa sama-sama ya? :)

Annin: Nak beli tabung yang x boleh nak curi-curi ambil duit melainkan kena tebuk atau buka guna pembuka tin! HAHAHA!!!

Monday, November 14, 2011

Monday. Not Just A Plain One.




Annin: Curious? That's mean "Lots of stuff in my mind. Please do not disturb. Thank you."

*Thanks Google!

Wednesday, November 9, 2011

Wordless Wednesday 2 ❀ Moi Dix Mois 〜 Dixanadu Europe Tour 2007


Thank you Ace Fendy-sama!!!

Annin: Miss my M10M moments! DIX!!!

三代目 J Soul Brothers' 5th Single 「リフレイン」 Released!


Full PV released last week! Thumbs up to RYUJI, HIROOMI, ELLY, KENJIRO, IWATA, NAOTO & NAOKI for this beautiful PV!

And the dance choreography... I LOVE IT!!! So much!!! NAOTO really do his job well done! I give additional 5 ☆☆☆☆☆ to IWATA, ELLY and KENJIRO for their perfect dance! Sharp and smart!

「リフレイン」〜 Refrain is the 5th single released by 三代目J Soul Brothers. As expected, HIRO's products are all awesome! This song really catch their fans' hearts! Including ME of course! Release date is 9 November 2011 ~ And that is TODAY!

Tracks included in this single are as follows:

【CD】
  1. リフレイン
  2. NEW WORLD
  3. リフレイン (Instrumental)
  4. NEW WORLD (Instrumental)
【DVD】
  1. リフレイン (Video Clip)
  2. FIGHTERS (LIVE)
    ※二代目 J Soul Brothers VS 三代目 J Soul Brothers LIVE TOUR 2011 ~EXILE TRIBE~
So guys, don't forget to watch their PV and get your heart melted by their charisma! Hehe! Enjoy!

Annin: Definitely going to buy this single!

Credit to COLOR Entertainment News :)

Wordless Wednesday 1 ❀ Nisa, Remember These Smiles!

Miss Izah and Me

Dedicated especially to our sweet friend, Khairun Nisa Abu Talib
(*╹〰╹*)

Annin: So long dearest!

Tuesday, November 8, 2011

Aku Nak Tengok REAL STEEL!!! T_____T

Kesiannya aku!!!

Ramai yang dah update pasal movie Real Steel. Semua puas hati! Ayat-ayat komentar positif tu yang paling membuat aku terbakar hati! Eh eh, bukan marah x puas hati tapi frust sebab x sempat lagi nak langkah kaki ke panggung wayang. Oh tensi!


Kawan aku kata walaupun dia di antara yang terlambat tengok Real Steel, tapi memang berbaloi sebab tersangat best katanya! Berbintang-bintang dia bagi! Ada yang kata hampir mengalir air mata bila tengok battle yang terakhir (dia ni lelaki ya!). Dan x kurang yang kata filem ni sangat AWESOME!!!


Aku??? Aku pun nak bagi bintang juga!!! Huwaaaaaaaaaaaa!!! T________T

Annin: Mai-chan!!! Jom come tengok Real Steel! Jom lah! ~ Oh maaf, entri meroyan sekejap. :')

Friday, November 4, 2011

Sakit Kepala!

Salam dan selamat pagi semua!

Dari semalam sampai lah pagi ni aku rasa sangat x stabil. Semalam merana sakit perut. Hampir-hampir juga kena gastrik setelah sekian lama x kena.

Lepas balik kerja semalam terus berbungkus. X tau kenapa rasa sejuk tiba-tiba. Kipas pun pasang takat 'volume' 1 je. Tu pun rasa menggigil. Pelik! Kaki memang dah pucat.

Suhu badan yang menggila kejap panas kejap sejuk. Terus housemate pegang dahi, "Sah! Nak demam lah ni."

Aku pun tertidur sampai jam 9.30 malam. Housemate kejut ajak makan. Memang x ada selera langsung nak makan, tapi sebab perut kosong, aku layan sup ayam je yang mampu. X nak makan nasi sebab takut terkeluar segala bagai haha!

Habis sesuku mangkuk, aku minum suku gelas 100plus. Rasa loya dah berkurangan. Alhamdulillah...

Aku masuk tidur balik dalam jam 11.00 malam. Sedang lena diulit mimpi, tiba-tiba aku terjaga sebab sakit kepala yang amat sangat. Otak terasa sangat pedih! Maka berguling-guling lah aku di atas katil sampai pagi, x boleh nak lelap...

Masuk ofis lalok-lalok... Perut kosong, angin bergelombang dalam perut. Nak x nak kena paksa isi sesuatu sebelum telan ubat. Habis 2 keping roti, aku teguk segelas Soluble. Dengan harapan sakit kepala akan berkurang, insyaAllah.

Setakat jam 9.45 pagi ni, masih belum ada apa-apa kesan. Harap-harap x mengantuk. Kalau tidak, habislah...

Annin: Terima kasih Zaza sebab buatkan sup ayam! ♡

Thursday, November 3, 2011

A Cake! A Birthday! Another Day in Life 〜


Yup! It's a birthday cake for Annin!

Well, it was a surprise birthday party held last 22.10.2011 during our overtime that day. Not expecting a thing since we were all busy with lots of boxes and stuffs to be settled.

But then during lunch hour, I felt weird as those went out to tapau our lunch came back a bit late. Lots of people maybe, since it was Saturday. *Positive thinking* Haha!

And when I walked in to the meeting room, I smell something fishy as one of my colleagues smile so brightly! Wahaha! When I turned on my right side, a cake was held by another colleague and all of them started to sing Happy Birthday song! La la la 〜 ♪

I was greatly touched and happy! Of all tiring day, they still remember it! Love you guys so much!!!

Even a small thought is enough. But a Surprise Birthday Party? You guys are AWESOME!!!

Thanks a lot Miss Izah, Nik Himura, Fuza, Kak Wati, Has, Niza and Kak Mira!!! And to all others, thank you for all birthday wishes!

Annin: So glad to know you guys!!! A bless in life!

Wednesday, November 2, 2011

Peluang Dan Ruang Baru Dalam Hidup

Alhamdulillah...

Satu lagi berita gembira. Bukan untuk aku tapi buat teman serumah dan sepejabat aku, Cik Nisa :)

Minggu ni minggu terakhir dia akan berkhidmat di MM2H. Minggu depan dia akan memulakan tugas baru di Johor Bharu. Kata tajuk pun Peluang Dan Ruang Baru Dalam Hidup kan? Harus semuanya BARU gitu! Haha!!!

Tersentak juga bila tiba-tiba dia bersuara, "Kak, saya ada benda penting nak bagitau ni." Dari situ pun dah dapat agak. Terkesima juga seminit dua. Detik hati berkata, "Seorang lagi nak tinggalkan MM2H... Berkurang lagi lah penghuni Unit 03."


Sedih? Mestilah aku sedih! T________T Lepas ni kurang dah korum nak gelak dekat rumah tu. Xde dah dengar sakat-sakat nakal Nisa yang suka kenakan
Miss Izah tu. Xde dah gaduh-gaduh manja Miss Izah dengan Nisa nanti.

Budak berdua yang gaduh sokmo XD XD XD

Aku happy gila duduk serumah dengan budak-budak ni: Zaza,
Izah, Nisa dan Fuza. Satu kepala, badan berlima. Wahahaha!!! Macam mana tu? LOL!

Walau apa pun, aku cukup gembira. Moga rezeki dia lebih murah dan kerja lebih best dekat sana nanti. InsyaAllah, amin.


Dan untuk yang lain, Zaza, Izah dan Fuza... Moga kita juga akan diberikan dan dimurahkan dengan rezeki-Nya insyaAllah. Dunia Allah ini luas. Sangat luas.


Untuk Nisa, Selamat memulakan tugas baru! Kerja elok-elok tau! Dan yang paling penting, jangan lupakan kitorang dekat sini nanti ya!!! Bila-bila kita jumpa lagi tau! Tau?! Hehe! ~ All the best to you sister!

Annin: Nisa d' Great! Lepas ni x jumpa dah nama tu... X sempat nak retreat sama-sama :'(

Bangun Tidur Yang Penuh Adab :)


Assalamualaikum.

Selamat pagi semua! Sekadar untuk berkongsi. Saya percaya ramai yang dah tahu dan praktikkan dalam kehidupan sehari-hari. Cuma nak jadikan sebagai peringatan untuk diri saya sebab kadang-kadang saya sendiri lupa.

Okay, jom kita tengok sama-sama!

1. Menyapu Tangan Ke Muka
Hadis Nabi s.a.w. yang bermaksud "Rasulullah bangun tidur, kemudian duduk sambil mengusap wajahnyadengan tangannya." (Riwayat Muslim)

2. Berdoa
Huzaifah meriwayatkan: "Dan setiap kali bangun tidur, Baginda berdoa:

اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِى أَحْيَانَا بَعْدَمَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ

Maksudnya: "Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami setelah sebelumnya mematikan kami dan kepada-Nyalah (kami) dibangkitkan." (Riwayat al-Tirmizi)

3. Bersugi (Membersihkan gigi)
Dalam sebuah hadis (yang bermaksud) ada menyebut: "Apabila Rasulullah s.a.w. bangun daripada tidur, Baginda akan membersihkan mulutnya dengan bersugi." (Muttafaq 'alaih)

4. Membasuh Kedua-dua Tangan Sebanyak Tiga Kali
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, "Apabila salh seorang daripada kamu bangun daripada tidur, maka basuhlah tangan kamu terlebih dahulu tiga kali sebelum memasukkan kedua-dua tangan ke dalam bekas, kerana kamu tidak tahu di mana tangan kamu berada ketika sedang tidur." (Muttafaq 'alaih)

5. Beristinthar (Menghembus air selepas menyedut ke hidung)
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Apabila seorang antara kalian bagun tidur, maka berwuduklah dan kemudian beristintharlah sebanyak tiga kali kerana syaitan bermalam di batang hidungnya." (Riwayat al-Bukhari)

Jom praktik dan amalkan hari-hari! Memang susah dan senang lupa. Tapi kalau cuba untuk buat hari-hari mesti lama-lama dah terbiasa. Kan? Kan? Adik-adik kita pun boleh, kita pun mesti sama-sama boleh, InsyaAllah.

Annin: Annin, sila jangan malas ya! :D

* Kredit untuk Majalah Solusi No. 36 dan Portal Prasekolah SK Danau Kota