Pelik dengan perangai segelintir manusia, lelaki khususnya.
Ops! Ini bukan entri kondem- mengondem ya! Apa yang aku ingin luahkan di sini hanyalah kata hati yang ingin dikongsi dan kalau boleh, nak mencari satu jawapan.
Aku lebih suka memerhati. Tapi bila ianya terjadi pada orang yang dekat dengan aku, mulalah aku pusing mencari sebab.
Satu pasangan, yang mana dulunya saling membenci (bukan menyampah ya!), tidak terpikat antara satu sama lain. Tapi entah macam mana, rupanya kedua-duanya memendam rasa suka. Bila dah rasmi menjadi pasangan kekasih, mulalah orang berkata, dah jodoh... Mesti bertaut juga! Jodoh kuatlah katakan...
Namun x disangka-sangka, setelah setahun terputus jua... Bukan nak menyibuk atau nak menjadi seperti Kiah Propa, tapi sebagai kawan yang dah lama kenal hati budi, aku rasa bertangunggjawab untuk mengetahui apa yang telah berlaku.
Apakan daya, aku hanya mampu berkongsi dengan satu pihak saja. Tapi disebabkan aku cukup masak dengan perihal pihak yang satu lagi, maka aku bersimpati dengan pihak yang berkongsi masalah itu. Kerana aku tahu dia x mungkin akan mampu membuat sesuatu yang boleh menghancurkan perhubungan setelah bermacam-macam pengorbanan yang telah dilakukan.
Dan seperti biasa, pihak yang sanggup melakukan pengorbanan adalah wanita. Betul x? Tapi aku x kata lelaki x sanggup nak berkorban. Tidak... Masih ada, cuma hanya segelintir. Kenapa ya?
Okay, berbalik kepada cerita.
Setelah mendengar sebab dan punca perpisahan, maka tahulah aku dia ditinggalkan akibat dari unsur ketiga. Memang aku x kenal unsur ketiga ni. Tapi aku banyak informer yang boleh cerita perangai si unsur ketiga itu yang memang x digemari ramai. Jujur cakap lah, first impression tengok si unsur ketiga tu memang aku x berkenan.
Walaupun orang kata "Don't judge a book by it's cover", tapi pengalaman banyak mengajar aku untuk menilai.
Dan sekarang, bila tiada lagi hubungan, apatah lagi ikatan, aku rasa dah x perlu untuk pihak yang satu itu masih ingin dikait-kaitkan dengan sang kekasih yang sudah ditinggalkan. X perlu juga untuk naik status di Facebook yang dituju direct kepada si pencinta itu. Mungkin x disebut nama atau di-tag di mana-mana post, tapi sahabat-sahabat lain pasti mampu untuk meneka.
Cukuplah... X usah dikenang-kenang. X usah dipuji-puji. Si dia x mungkin akan kembali.
Cuma ingat satu perkara. Mungkin pada pihak yang satu itu fikir apa yang dilakukan tidak memberi apa-apa kesan. Anda silap! Semua itu hanya akan menambah kesakitan dan menyukarkan untuk si dia melupakan segala kenangan.
Perkara sudahpun terjadi. Dan aku yakin pertimbangan yang mendalam telah dilakukan sebelum pihak itu membuat keputusan. Jadi x perlu untuk menagih semula simpati, x perlu untuk memuji betapa "Kau yang terpenting dalam hidup ku". Semua dah habis. Dah tamat.
Teruskan dengan kehidupan yang anda pilih. Biarkan si dia dengan kehidupannya. Pandang dari jauh pun x payah. Masing-masing ada tujuan, masing-masing ada tanggungjawab.
Untuk yang lain, aku harap sangat janganlah disia-siakan orang yang sanggup bersusah-payah, yang sanggup untuk disakiti demi orang yang dikasihi. Bukan mudah untuk mencari yang sebegini. Jangan nanti bila orang yang satu-satunya itu telah ditingalkan, meraung x berkesudahan pula.
Selamat mencuba!
Annin: Aku tujukan entri ni buat sese-ORANG. Kalau ada yang terasa, lain kali jangan order tom yam pedas berapi okay! :)