"Ada pisang x?", "Kau cakap apa ni?!", "Jangan kacau!!!".
Mesti korang tau kan dialog dekat atas ni? Ini adalah antara dialog dalam slot Cerekarama "Biarkan Aku Menangis" yang baru saja habis pukul 12 a.m. tadi. Jalan ceritanya boleh tahan! Tapi aku bukan nak cakap pasal jalan cerita drama ni. Cuma lebih kepada layanan si anak yang bernama Anisah terhadap ibunya, Jamilah.
Walaupun ia hanya dalam drama, tapi x mustahil kalau ianya benar-benar terjadi dalam masyarakat kita. Tengok saja pada cara Anisah melayan ibunya, aku rasa macam nak tangan-tangankan si Anisah tu. X patut sungguh dia buat macam tu pada si ibu. Pulak tu, suka betul cari pasal nak sakitkan ibunya. Siap kotorkan balik baju yang dah siap dibasuh dan tersidai. Lepas tu boleh pulak 'tackle' kaki ibu dia masa dekat dapur. Ish... ish...
Ibu itu tidak ada apa pun salahnya. Adakah salah si ibu tidak mendidik si anak? Atau si anak lebih suka mengikut kepala sendiri serta mendengar kata hati dari mendengar kata-kata si ibu? Pelbagai kemungkinan boleh terjadi. Namun, sebagai anak, seharusnya lebih tahu apa tugas dan tanggungjawab kepada kedua ibu bapa.
"Kalau dikumpulkan segala kekayaan di dunia ini, sedikitpun tidak dapat dibandingkan dengan nilai kedua ibu bapa kita."
Setuju atau tidak? Pada aku, aku sangat bersetuju dengan pernyataan di atas. Sejauh mana tanggungjawab yang kita laksanakan, tidak akan sama dengan nilai pengorbanan yang telah dilakukan oleh kedua ibu bapa kita. Sangat jauh bezanya.
Oleh itu, jangan sekali-kali menyakiti hati ibu bapa kita. Apatah lagi menyakiti mereka secara fizikal mahupun mental. Dan jangan lupa untuk mendoakan kesejahteraan serta kebahagiaan buat kedua ibu bapa kita sehari-hari. InsyaAllah, akan dimakbulkan doa kita, amin :)

Maksudnya: "Ya Allah! Ampunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa dua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil."
Ciao: Semoga kita semua menjadi anak yang baik terhadap ibu bapa, insyaAllah :)
2 comments:
ingatlah ibu bapa tiada ganti didunia ini...ingatlah jasa mereka menahan jerit perit membawa kita kesana dan kemari tanpa sebarang rungutan...apabila kita dewasa..kita mengecewakan mereka....ingatlah setitik air mata ibu menangis kerna kita...maka tidak cium bau syurga
salam new blogger
jom singgah blog saya
http://zubir5588.blogspot.com
\segala komen dan cadangan adalah amat dialu-alukan...tq
@zubir othman:
Setuju dengan kata-kata tuan hamba :)
Pengorbanan mereka memang tidak dapat dihitung atau dibandingkan dengan apa cara pun. Tidak mahu menjadi anak yang tidak kenang budi, yang tidak tahu menghargai kasih sayang ibu bapa.
Semoga kita sama-sama menjadi insan yang terbaik untuk mereka dan masyarakat, insyaAllah :)
Salam kenal juga!
Post a Comment