Showing posts with label Around 40. Show all posts
Showing posts with label Around 40. Show all posts

Thursday, January 27, 2011

Umur Dah Nak Masuk 40? Argh!!!! Tidaaaaakkkk!!!!!

Aish... Apa nak jadi dengan aku ni ya? Balik rumah saja terus pengsan! Bilik x kemas, baju x gosok... Bila terjaga, tengok-tengok dah pukul 5.10 pagi! Oh no!!!!! Lampu pun x padam! Haiyaaa!!! Badan letih dah macam orang berusia saja. Aku dah tua? Tapi memang dah tua pun!

Dah masuk 3 malam macam ni. Kalau bernasib baik, sempat juga kejar komuter. Tapi pagi ni memang dah x sempat. Terpaksa naik bas huhu...

Ni kes kalau pengsan. Satu lagi cerita bila aku x boleh nak tutup mata. Parah juga! Macam malam Isnin hari tu. Mata aku terus-menerus terbuka *tolak lah keli-kelip ya! Haha!*. Nak baca buku, sah-sah otak x jalan. Nak baca manga, tinggal Sayonara Zetsubou Sensei. Hmmm... Manga tu aku nak spare time cuti nanti.

Maka, dengan lajunya aku on PC. Click click click... WMP pun tertera! Apa lagi, aku layan JDrama Around 40 lah! Mwahahaha!!! Bukan 1, tapi aku sambung sampai episod 5! Gila x gila! Lagipun jalan cerita Around 40 ni sangat ringan. Santai je tengok.



Eh, Around 40 tu cerita pasal apa? Haha! Cerita pasal seorang doktor wanita bernama Satoko yang sudah berumur 39 tahun namun masih belum berkahwin dan tidak mempunyai teman lelaki. Bukan jenis yang terlalu mengejar kerjaya, tapi beliau lebih selesa dengan kehidupannya sekarang i.e. hidup sendiri di samping keluarga.

Apa yang buat aku tertarik dengan Around 40 ni sebab sikap independent Satoko-san. Hidupnya yang sentisa positif, dikelilingi keluarga yang penuh ceria! Dengan kawan-kawan yang sentiasa ada di sisi. Best woo!

Akan tetapi ada satu lagi faktor yang mengajak aku tengok Around 40. Nak tahu apa sebabnya? Sebab ada AKIRA!!! Mwahahaha!!! AKIRA memegang watak sebagai adik kepada Satoko. Kachak gila seh! XD


Senang cerita nak tahu best ke x, korang kena tengok sendiri ya! Hehe! Enjoy!

Ciao: "Count what you have now... Don't count what you don't have..." ~ Antara lirik dalam lagu tema Around 40! :D