[Sila abaikan Ciao Annin-sama yang korang kenal. Sila lupakan Ciao Annin-sama yang ceria, yang happee-go-lucky. Sebab apa? Sebab hari ini hari yang happee-go-UNLUCKY untuk dia.]
Sebelum apa-apa, aku nak minta maaf sebab entri ni agak 'kasar'. Apa yang aku tulis adalah kata-kata dari hati aku yang tengah panas. Harap maklum. Terima kasih.
"Aku x faham, kenapa korang selalu buat kerja BUKAN dengan mata. Kenapa setiap kali orang tanya isu yang sama, setiap kali itu juga korang bagi jawapan yang sama yang mana nama aku akan dikaitkan walaupun aku tidak ada kena mengena, dan aku x tahu cerita hujung pangkal.
Sepatutnya korang dah faham, faham sangat-sangat, prosedur sepatutnya yang korang kena ikut. Semua kuasa tu ada pada tangan korang. Kenapa asyik nak lepas tangan? Kalau betul korang dah buat, tu lain cerita! Masalahnya, benda yang korang x buat/x sentuh lagi korang kata dah buat, dah hantar, dah siapkan.
Sekali aku kena dulu, aku sabar. Sebab aku cuba faham keadaan korang yang sibuk tu. Korang sendiri yang kata korang sibuk kan? Dua kali kena, nama aku juga yang korang sebut. Panas, memang panas. Tapi aku sabar juga sebab aku nak benda tu selesai. Xpe, walaupun aku terpaksa buang masa sebab benda 'bodoh' macam tu. Xpe, walaupun kena komplen dengan customer. Xpe, walaupun aku terpaksa selongkar nak cari bukti yang korang dah buat benda tu, aku sabar aje. Alih-alih apa aku jumpa? Benda yang korang kata dah buat, siap kata korang dah serah dekat aku untuk dihantar, masih x ada apa-apa tindakan susulan! Cantik aje terletak dalam timbunan fail. Hebatnya!
Dan hari ni, sekali lagi nama aku jadi popular! Patutlah aku tersedak, ada orang sebut nama aku rupanya! Orang yang tu call, komplen, marah-marah kenapa benda yang dah lama diserahkan masih belum siap seperti yang dijanjikan *Korang yang buat janji hokey! Bukan aku!*. Orang yang ni pulak telefon kenapa benda yang dah dihantar x juga sampai-sampai pada dorang. Sebab x puas hati, aku cari betul ke tidak dah dihantar. And guess what I found? It's still with them. Safe and sound!
Ish... Nak minta tolong boleh x? Boleh x lain kali sebelum korang main sebut je nama aku, tolong pastikan yang korang betul-betul dah buat, betul-betul dah siap dan selesaikan benda tu? Boleh? Tolong cari guna mata dulu sebelum bagi informasi dekat orang luar. Boleh x? X susah pun kan? Karang x pasal-pasal aku juga yang kena jadi Detektif Conan, nak cari bukti. X pasal-pasal aku juga kena jadi Kindaichi sebab nak selesaikan kes."
Walaupun aku tau x kan ada perubahan, tapi xpelah. Think positive! Selagi aku boleh sabar, aku tahan. Karang x pasal-pasal masuk paper! Hahaha! Gelak-gelak juga... Eh, aku masih marah hokey! XP

Arigatou Google Ojii-san!
Ciao: Sedang menenangkan hati sambil dengar suara ATSUSHI & RYUJI IMAICHI. Ceh!
10 comments:
saya membaca entri ini dgn penuh serius..dahi berkerut..
tapi last2 saya tersenyum juga XD
why people sometimes always like to take things for granted? (including people who asking this XD)
@tengkorakemas:
Aiyak! Mengapa kamu gelak Hasrul? Kelakar kah? T____T
Hmm... That's what people tends to do. Even without us realizing it. What's more important, we know our responsibilities and we carry it out as what we are asked to.
Seboleh-bolehnya jangan menyusahkan, apatah lagi memberi masalah pada orang lain.
Maaf ya kawan-kawan sekiranya daku ada menyusahkan kalian huhu...
Sekian. ZZZzzzzz... XD
manusia mcmtuela..
Jom join lucky draw sy, buleh cool down marah tu..hehehehhe
@L.O.V.E hUnTeR:
Morning teacher! Hehe! Dah cool down dah pun. Harap bertahan happee sampai petang hahaha!!! Oraito! Nanti saya menjengah teratak teacher eh? :D Arigatou sensei!
salam..
dalam apa juga pun..sabarlah...
follow blog awak..
@sekamar rindu:
Yup. Alhamdulillah, walaupun hari ni ada ketegangan sikit, tapi berjaya menenangkan diri hehe! Baek! Sabar tu saja ubatnya hehe!
ish2.tu la kkdg ad mnsia yg ske sgt lps tgn,slhkn org lain.
mrnung ke mse hdpn~
zmn keje ttbe mnjdi sgt mnkutkn.
oh~
hahaha
Salam.
Kalau nak belasah tu, biar belasah teruk-teruk orang tu. Baru sedap dan best. HUHU~
Tp bersabarlah, jangan guna aggresif sebagai solusi. Ngee~ =)
Salam.
Sabar ya Annin. Jangan guna aggresif sebagai solusi satu cara nak kepuasan.
Tabah je hadapi ok? =)
@Ajie Mohd Tahir:
Manusia... Kan ada bermaca-macam 'warna'? Heheh! Ajie x perlu risau. X semestinya pengalaman kita sama. Mungkin Ajie akan mengalami pengalaman yang lebih menyeronokkan :) Ganbatte!
@Idy Saha:
Eh xdelah sampai nak realistik kan apa yang saya imaginasikan haha!!! Idy jangan risau, saya masih punya rasional hohoho! Ekspresi lebih tu. Biasalah, bila nak lepas geram kan? Haha! Masih mampu bersabar... Thanks a lot Idy! :D
Post a Comment