Thursday, December 9, 2010

Jangan Macam-macam Ya!!!

Assalamualaikum semua :)

Hari ini dingin sekali ya? Erk! Ada bunyi-bunyian dari seberangkah? Mwahaha!!! Hujan turun tatkala aku sedang bersiap-siap jam 5.00 pagi tadi. Dalam hati, aku bermonolog "Ah sudah... Basah la nanti nak ke kereta & stesen komuter...". Info: Aku sangat malas untuk membawa masuk payung yang basah kuyup dalam kereta.

Google pic ~ Rainy happy day ~

Jam menunjukkan 5.30 pagi. Aku sudah hampir siap untuk turun ke bawah. Tiba-tiba... Aduh! Sakit perut lah pulak! Dah lambat dah ni, tapi memang x tahan sakit perut ni. Hari ni dah masuk hari ketiga aku keracunan makanan. Semakin baik tapi masih ada sisa-sisa, perut terasa seperti diikat dengan tali ketat-ketat! Sakit!

Sudahnya, aku turun jam 5.45 pagi. Bermakna memang x ada harapan untuk mengejar komuter jam 5.49 pagi tu. Maka, aku terpaksa menaiki bas, seterusnya Putra dan kemudian Star untuk sampai ke PWTC. Alhamdulillah, sampai dengan selamat walaupun hujan terus turun dengan lebat.

Hari ni ada target yang perlu aku capai. Kalau boleh x nak balik lambat. Tapi tengoklah, kadang-kadang ada saja benda remeh menjelma. Yang penting, harap sangat perut aku bertahan sampai ke petang, insyaAllah, amin :)

Ciao: Yosh... ganbaruzou!!!! ~ Baru lepas selesai kelas dengan Miss Izah :D

8 comments:

tengkorakemas said...

eh makan apa sampai keracunan makanan?

ada tag utk kak join hehe
http://tengkorakemas.blogspot.com/2010/12/sampai-bila-nak-gear-1.html

semoga kembali ok

Ciao Annin said...

@tengkorakemas:

Makan nasi lemak yang telah diberi semasa tarian Ahad hari tu. Ingatkan saya sorang je, tapi member lain pun kena juga T____T

Ciao Annin said...

@tengkorakemas:

Yokkai! Segera ke sana! Weeheee! ~

Rina Sharif said...

annin sama.. mengapa bangun sgt awal utk ke tampat kerja. baca baca pukul 5.45 dah bertolak nak ke tempat kerja. sungguh berdedikasi! bagus teruskan usaha anda!

Miss Yaty said...

kesian ciao sama..silap makan kot..

ciao sama, jom join contest greatest smile.
yaty chan ada tag :)


http://sophisticatedgirllife.blogspot.com/2010/12/looking-great-smile-2010-contest-by.html

Ciao Annin said...

@Rina Sharif:

Oh ini kerana tuntutan kerja cewah! Sebenarnya pukul 5.45 tu dah lambat gila Rina-chan! Kena keluar 5.30 sepatutnya kalau nak kejar tren first yang 5.49 pagi. Kalau keluar rumah lebih dari tu, memang kena naik bas hehe! Thanks! Rina-chan juga ya :D

@Miss Yaty:

Maybe pedas kot sambal nasi lemak tu huhu... Eh? Ada contest? Yokkai! Nanti Ciao Annin terbang ke sana ya :D

tengkorakemas said...

@Ciao Annin-sama

ni dah ok belum?sebab pedas sgt kot hehe apa2 pun nasi lemak still makanan faveret org Malaysia :D

Ciao Annin said...

@tengkorakemas:

Alhamdulillah dah ok. Thanks Hasrul! And maybe sebab sambal tu kurang masak.

Kalau kena dengan rasa dan kelainan, mesti ramai yang suka. Rindu pula rasa nasi lemak che'gu. Nasi lemak yang selalu saya beli masa sekolah dulu. Tapi entah kenap tiba-tiba che'gu tu dah x jual dah...

Nasi lemak kan makanan warisan Malaysia, mesti jadi favourite sampai bila-bila :D