Showing posts with label Ciao's Raya. Show all posts
Showing posts with label Ciao's Raya. Show all posts

Tuesday, August 13, 2013

Eid-ul-Fitr 1434H ~ Balik Kampong Yang Best!!!

Assalamualaikum. 

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua rakan blogger! (^__^) 

Hari ni dah masuk raya hari yang ke-6. Sekejap betul masa berlalu kan? Aku masih bercuti lagi. Curi masa beristirehat di rumah. Eh bukan senang aku nak dapat cuti panjang macam ni. Ye lah, aku pernah cerita kan, bukan mudah untuk aku bercuti-cuti macam ni. Harus fikir macam-macam faktor dari pelbagai segi. 

Cuti raya kali ni 'approved' sebab semua bagi kerjasama. Aku bagi can dorang cuti sebelum raya. Aku pula bantai cuti selepas raya. Adil kan? Haha! Bolehlah masing-masing 'cover' kalau ada apa-apa yang 'urgent' atau apa-apa yang 'top priority'. Harapnyalah. 

Minggu depan adalah minggu kesibukan. Sebab itu aku pilih untuk masuk kerja hari Jumaat. Ramai yang kata baik cuti terus sampai Ahad. Tapi aku x nak. Lebih baik aku bersiap sedia untuk sebarang kemungkinan haha!!! 

Oh ya. Aku balik kampong raya pertama. Ekspektasi jalan akan sesak teruk. Tapi alhamdulillah. Sampai rumah makcik aku dekat Parit Yaani dalam masa yang sepatutnya. Disebabkan waktu untuk beraya di kampong x lama, aku satu famili terus mulakan misi. Raya! Raya! Raya! 


Raya tahun ni sangat seronok. Sebab hampir seluruh ahli keluarga dapat berkumpul. Dapat juga tangkap gambar kenangan hehe! Kali ni juga dapat ziarah rumah saudara belah Abah yang dah lama x ziarah. Alhamdulillah... Kepada semua sahabat yang dah mula bertugas, selamat bertugas ya. Dan yang masih bercuti, selamat bercuti dan terus beraya sakan!!! 

Jumpa lagi!!! (^___^)

Friday, August 17, 2012

Selamat Hari Raya!!! Eid Mubarak 2012!!!


Assalamualaikum ya sahabat! :)

Lama kan x jumpa? Last post baru nak mula Ramadhan. Post seterusnya lagi sehari nak raya. Hahahahaha!!!

Sepanjang Ramadhan, alhamdulillah. Semua baik-baik saja. Walaupun berlaku kejadian yang x diingini, aku redha dan terima dengan lapang dada. Alhamdulillah.

Berkat Ramadhan. Ya Allah, sangat besar! Syukur pada Dia. Aku harap dapat teruskan perubahan ini. Aku xnak macam dulu. Semangat nak berubah awal-awal. Akhirnya, terkandas jua.

Aku mohon dikuatkan semangat dan kesabaran. Apa yang berlaku pasti ada pengajaran dan hikmahnya. InsyaAllah, amin.

Dikesempatan ini aku nak ucapkan Salam Aidilfitri untuk semua muslimin muslimat seluruh dunia. Tahniah kerana semakin berjaya melaksanakan dan mengakhiri ibadah puasa di bulan mulia ini.

Segala salah dan silap, terkasar laku dan bahasa, mohon kemaafan adanya ya? Terima kasih semua!!!

Hati-hati balik raya ke kampung masing-masing! Sayangilah diri, keluarga dan semuanya! :)

Monday, September 27, 2010

Penangan Nasi Dagang!

Yoh!

Hari ni terasa masa begitu cepat berlalu. Minggu lepas & minggu ni Kementerian banyak buat Jamuan Raya.

Hari ni turn Pejabat KSU/TKSU pulak. Aku dengan kawan opis aku memeriahkan jemputan agak lambat sedikit sebab memberi peluang kepada yang lain pergi dulu. Yelah, kena lah ganti-ganti... Kalau x siapa nak jaga opis ye x?

Sampai je ke destinasi (padahal turun satu tingkat je haha!), tengok makanan tinggal sikit. Boleh la kalau takat nak rasa. Nampak kat belah kiri ada nasi dagang dengan nasi minyak. Bosan la pulak nak makan nasi minyak tu.

Tapi... 'Berani' ke aku nak makan nasi dagang? Aku x pernah seumur hidup makan nasi dagang walau sebutir! Hmm... Xpe lah. Cuba je lah kan? Aku pun amik la setengah senduk, amik gulai ikan tongkol. Terus ke tempat duduk.


Sumber: Google ~ Nasi Dagang ~

Takut sebenarnya nak makan haha! Xpe-xpe... cool ~ Sesuap... Dua suap... Hmmm... Not bad! Gulai ikan tongkol tu memang sedap. Maka makanlah sehingga selesai...

Lepas 30 minit, aku dah rasa lain macam. Ah sudah! Kepala aku macam dah senak masuk angin! Aku dah agak! Tu lah... Siapa suruh makan? Padan muka aku! Kahkahkah! Kan ke nasi dagang tu ada beras pulut, santan... Hambik!!! Berangin otak! ~ XD

Nak menyesal pun x guna, dah masuk dalam perut pun... Pening jugak kepala aku tadi. Lepas-lepas nih xmo dah huhu... Xmo!!!

Ciao: Nasi kerabu? Yang ni ON je hehe! Sebab aku suka sayur-sayur 'cincang' dia :D

Saturday, September 25, 2010

Workstation Ku Diterjah Bloggers!!!

Habis! Habis! Habislah!

Sedang aku duduk merehatkan diri di tempat ku, tiba-tiba datang seorang blogger hebat nih!

"Jom, jom amik gambar blogger!" kata beliau sambil memanggil rakan sepejabat kami yang juga seorang blogger.

Terus saja beliau memasuki kawasan jajahan ku. Kemudian si adik kecik pun mahu turut serta. (Eh, jangan x tau, si adik ni pun blogger juga! :). Dan diikuti rakan pejabat kami yang dijemput awal tadi.

"Weh, muat ke?" aku pun risau juga takut tersepit dekat kerusi ahaha! Namun apakan daya, dimuatkan juga! Mwahahaha!!!! Dahsyat x kami? Hehe!

Dan inilah dia, bloggers di MM2H!!!



Segak, ayu dan bergaya semua kan? Cewah! ;D

Yang senyum sokmo tu Miss Izah, mek Ganu... Yang berbaju melayu putih tu, satu Malaya kenal kot! Ye, betul la tu... Che Ben Ashaari la tu! ;)... Dan yang chomel tu pulak, adik bongsu kami dekat MM2H Centre, Danial namanya. Tapi kitorang panggil Dell je. Yang baju batik merah tu?... Dey! Aku la tu! Ish... ish...

Candid time!



~ Mek, awak tengah joget inang ke? Hahaha!!! Che Ben pulak berusaha mengemaskan baju melayunya. Baju nikah tu! Chantek! Siap sulam-sulam lagi! Hehe! Dell! Awat senyum lagu tu?! XD Dan aku? Eh, mestilah maintain kachak! Ahahaha!!! ~

Ni lah aktiviti-aktiviti terakhir semalam sempena Jamuan Hari Raya 2010 di MM2H Centre. Meriah! Makan pun sedap-sedap! Syiok habis!!! :D

Ciao: Oh jelly swiss roll pudding...

Tuesday, September 14, 2010

Ahaha! ~ Aku Dapat Duit Raya!

Salam semua! :D

Wah! Lama gile aku x jenguk teratak aku! Harap maaf... Aku tidak berkesempatan untuk update blog kesayangan ku nih hehe! Cuma sempat published dan balas komen saja.

Raya pertama yang lalu aku pulang ke kampung halaman abah dan mama aku di Parit Raja, Batu Pahat, Johor. Seronok gile!!! Dapat beraya dengan pakcik-makcik, sepupu-sepupu yang dah lama aku x jumpa. Walaupun x sempat nak beraya jauh-jauh, terutama ke rumah saudara sebelah abah, tapi masih dapat bergembira.

Terharu dan sayu bila berjumpa dengan moyang aku satu-satunya, serta nenek-nenek dan atuk saudara sebelah mama. Yang sebelah abah memang dah xde sesapa dah. Yang ada pun dah bersepah, semua dah jadi saudara jauh huhu... Memang x tau bila boleh jumpa.

Nak kata beraya jauh tu xde lah. Cuma beraya dekat rumah-rumah yang wajib dalam senarai setiap tahun. Tapi kalau dapat pergi yang super jauh tu memang hebat lah! Haha! Lama x beraya dekat pineapple hehe!

Malam raya ke-2, kira malam terakhir aku dekat kampung, aku pergi beraya rumah makcik sebelah abah dengan rumah jiran depan rumah. Masa bersalam, bermaaf-maafan dengan makcik aku tu, sekali dia bagi duit raya daa! Bukan seringgit dua ringgit tapi... *amaun dirahsiakan!* mwahahaha! Dah dekat 3 tahun kot aku x dapat duit raya. Rasa teruja bila dapat hehe! Terasa remaja pulak! Yelah, sepupu-sepupu aku semua belasan tahun, tolak adik aku yang dah nak masuk 22 tahun nih, kira aku jadi muda lah! Hahahahaha!!! Walaupun aku menolak, tapi makcik aku insist nak bagi. Terima aje lah kan? :D


Pagi raya ke-3, aku, mama, MA1XA & abang aku gerak balik Klang. Jalan memang superb! X jam walaupun kereta banyak hehe! Alhamdulillah selamat sampai walaupun berlaku sesuatu pada kereta ~ getah meter tercabut dan terpelanting di tengah-tengah highway, lalu satu lambang menyala. Cuak jugak masa tu, tapi abang aku bawak slow je sampai Klang. Nasib baik dah dekat huhu...

Macam mana pulak dengan Raya 2010 korang? Happee? Selamat bergembira di bulan Syawal kali ini!

Oh Hari Raya yang sungguh menyeronokkan! :D Minggu nih tunggu saudara-mara yang kat sini pulak beraya. Weehee! ~

Ciao: Mana nak cari pisang salai goreng?!!! Tertekan betul aku!

Friday, September 10, 2010

Kini tiba masanya ~ Dam! Dam! Dum!

Assalamualaikum :)

Salam ceria di pagi Syawal. Okey, ini adalah entri ringkas dariku.

Sempena Syawal 1431H ini, ingin aku mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat menyambut Aidilfitri buat semua ahli keluarga ku, saudara-mara ku, sahabat-sahabat ku, rakan-rakan blogger ku, sensei-tachi, dan seluruh umat Islam.

Sambutlah Aidilfitri kali ini dengan penuh rasa kesyukuran, kegembiraan dan kebahagiaan. Raikanlah kemerdekaan kita semua dengan penuh kesederhanaan. Semoga kalian dilindungi walau dimana kalian berada, insyaAllah...

Akhir kata,

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

MAAF ZAHIR & BATIN :)



Ciao: Have a great & wonderful Raya moments everyone!!! :D