Assalamualaikum.
Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua rakan blogger! (^__^)
Hari ni dah masuk raya hari yang ke-6. Sekejap betul masa berlalu kan? Aku masih bercuti lagi. Curi masa beristirehat di rumah.
Eh bukan senang aku nak dapat cuti panjang macam ni. Ye lah, aku pernah cerita kan, bukan mudah untuk aku bercuti-cuti macam ni. Harus fikir macam-macam faktor dari pelbagai segi.
Cuti raya kali ni 'approved' sebab semua bagi kerjasama. Aku bagi can dorang cuti sebelum raya. Aku pula bantai cuti selepas raya. Adil kan? Haha! Bolehlah masing-masing 'cover' kalau ada apa-apa yang 'urgent' atau apa-apa yang 'top priority'. Harapnyalah.
Minggu depan adalah minggu kesibukan. Sebab itu aku pilih untuk masuk kerja hari Jumaat. Ramai yang kata baik cuti terus sampai Ahad. Tapi aku x nak. Lebih baik aku bersiap sedia untuk sebarang kemungkinan haha!!!
Oh ya. Aku balik kampong raya pertama. Ekspektasi jalan akan sesak teruk. Tapi alhamdulillah. Sampai rumah makcik aku dekat Parit Yaani dalam masa yang sepatutnya. Disebabkan waktu untuk beraya di kampong x lama, aku satu famili terus mulakan misi. Raya! Raya! Raya!
Raya tahun ni sangat seronok. Sebab hampir seluruh ahli keluarga dapat berkumpul. Dapat juga tangkap gambar kenangan hehe! Kali ni juga dapat ziarah rumah saudara belah Abah yang dah lama x ziarah. Alhamdulillah...
Kepada semua sahabat yang dah mula bertugas, selamat bertugas ya. Dan yang masih bercuti, selamat bercuti dan terus beraya sakan!!!
Jumpa lagi!!! (^___^)
No comments:
Post a Comment