
Nyenyak gila dia tidur atas bantal tayar motor abah aku tu kan? Kesian... Ngantuk sangat. Baru balik dari kerja lah katakan... Mwahahaha!!!

Yang ni pulak masa Michi tengah blur, lepak bawah pokok mangga abah aku. Entah apa yang difikirkan tu agaknya ya? Masalah ekonomi negara? XD
Aku pernah sebut pasal Michi nih dalam entri lepas pasal kekucing aku sebelum nih. Cuma x letak gambar je hehe! Maka, kali nih aku buat entri khas untuk Michi! Diperkenalkan, satu lagi kucing kesayangan dalam rumah aku! Weeheee!!!
Michi adalah kembar seiras kepada Miko. Tapi kesian Michi, sebab Miko x sempat nak besar, nak main sesama.
Michi nih perangai dia agak pelik. X suka dipegang macam si Tacha. Kalau kena dukung, tau apa taktik dia? Tahan dengan kaki dia tegak-tegak dekat badan kita. So, kalau nak peluk pun x boleh! X kasi can woo! Lepas tu mulalah meronta-ronta nak dilepaskan hahaha!!!
Lagi satu, Michi suka panjat tempat tinggi. Pernah sekali dia panjat rumah jiran sebelah sampai atap. Tapi x boleh nak turun. Seharian abah aku cari. Esoknya, pepagi buta abah aku sampai rumah lepas hantar aku dekat stesen komuter, abah aku dengar suara Michi. Cari punya cari, laaaaa.... Dekat atas atap tu dia dok nangis! Dah terang sikit pagi tu, abah aku terpaksa lah mintak izin jiran aku tu nak pergi 'jemput' Michi. Hai... Michi... Michi... Apo nak jadi?...
Fakta: Dulu Michi x pandai nak makan ikan mentah. Sekarang dah boleh makan, tapi dalam kuantiti yang kecil. Aish... Kucing yang pelik!
Ciao: Michi, tunggu aku balik nanti tau!
4 comments:
hehe pandai panjat lepas tu tak dapat turun nangis hehe Michi ni betina ke?
p/s:masuk blog saya ada malware warning tak?blog bighandesign ada malware warning bila saya pakai google chrome, saya masih tak dapat baca entri kemenangan tu huhu
kalau blog kak ni ada masalah saya bgtau kat emel, jadi kalau blog saya ada masalah tlg bgtau juga ye hehe
Itulah kelemahan kekucing saya haha! Michi ni betina tapi dah 'dijantankan' huhu... Sekarang dah makin nakal ini kucing!
p/s: Erm... setakat malam nih xde pape pun. Pergerakan masih normal hehe! Since Friday pun xde pape. Kenapa? Saya boleh masuk blog bighandesign. So far nothing pops up.
Oh okie dokie! Will do! :D Takut gak kekalau blog kena malware jahat tu :'(
ha?mcm mana dijantankan tu?
kak pakai ie ke google chrome? saya dah tau penyelesaian bila ada blog yg ada malware, guna google reader hehe
malware tu kebanyakannya berpunca dari ping web, mcm gengblogger, dalam kes bighandesign, dari imcurtain.com
Hmm... Kira macam operate, xnak bagi beranak.
Lebih suka pakai IE. Sebelum nih guna Opera/Avant, tapi nak load blog lembap gile! X pernah lagi pakai Google Chrome.
Belum pernah jumpa si malware tu. Harap xmo lah jumpa haha!
Post a Comment