Setelah beberapa minggu terperuk di rumah, akhirnya Sabtu lalu aku berjaya jugak keluar dari kepompong! Cewah! Plan asal nak keluar dengan adik aku tapi dia pulak balik lepas exam petang Sabtu tu. So, aku pun terus je lah memenuhi undangan kawan-kawan aku untuk berlibur ke Times Square.
Yang kelakarnya, semua berlaku secara spontan masa tu. Sepatutnya sorang dari member aku tu kena ajar kawan dia driving. Tiba-tiba x jadi pulak... Maka Project Times Square diawalkan. Kitorang pun mulakan perjalanan dalam pukul 11.30 a.m. Hmm... Federal Highway jam pulak. Sampai Times Square dekat pukul 1.00 p.m. huhu...
Orang memang x payah cakaplah. Ramai gila! Ni kali kedua aku jejak Times Square. 1st time dulu buang masa 4 jam tapi x beli satu apa pun sebab xde yang berkenan di hati haha! Kali ni... Nah! Berbelanja sakan weh! Tapi xdelah sampai terlebih bajet.
Dari pemerhatian, hampir 90% barang dekat situ bermula dengan harga RM25. Kalau dapat tawar lagi murah memang bernasib baik. Kalau pandai cari yang lebih murah, anda memang hebat! Di akhir misi, aku berjaya membeli 2 beg dan satu cincin hensem! Mwahahaha!!! Bajet keluar? Hanya RM70 heheh! X termasuk makan la haha!
Meh cuci mata meh! :D
Ni dekat centre court Times Square (centre court juga dorang panggil eh? Aku lupa lah)
Penuh gila!

Kawaii deshou? Chomel gila rantai leher dengan pendant robot nih. Rasa nak je beli tapi macam xde guna sangat. Amik gambar pun cukuplah :D
Yang ni pulak dengan pendant kamera. Ah! Ke-chomel-an!!! Kalau korang berminat, pergi kiosk minah Myanmar dekat Level 2 (Rasanyalah haha!)

Ni saja enterframe, nak tayang cincin hensem terbaru mwahahaha!!! Tapi dah calar sikit la sekarang. Aku pakai ganas kot! Haha! Sekarang target nak beli cincin dekat Dragon Silver pulak heheh!
Masa nak balik, kawan kepada kawan aku call, ajak pergi Mid Valley pulak. So apa lagi, gerak gerak gerak khas!!! Mwahahaha!!! Sebelum tu kena balik Shah Alam dulu sebab member kawan aku akan pick up dekat sana. On the way ke Shah Alam, ada sesuatu kejadian kelakar telah berlaku. Kitorang sesat!!! Gara-gara salah masuk susur keluar, x pasal-pasal sampai Putrajaya. Padahal dekat je nak balik Shah Alam! Kahkahkah!!!
Kalau dah sampai Mid Valley nih, ada satu je misi aku. Taraaa!!! Akhirnya!!!

SONY MDR - 370LP! Akhirnya berjaya juga aku memiliki headphone chomel nih. Tapi aku nak kaler pink! Habis stock pulak... Hijau nih pun lawa jugak kan? :D Bunyi? Sangat berpuas hati! Hehe!
Singgah jap dekat kedai Swatch. Dorang baru je pindah masuk Mid Valley nih. Jam emas nih koleksi terbaru. Chantek woo! Tengok je jam emas nih terus je ingat dekat kawan blogger aku, si Jejaka Sensitif a.k.a. Tengkorak Emas tu haha! Amacam Hasrul? Hensem x jam nih? Tapi harga pun hensem jugak lah huhu...
Dekat pukul 9.30 p.m. dorang bawak pergi Damansara. pulak. Makan time! Alamak! Xde gambar pulak haha!!!
Lepas semua dah kenyang, kitorang pun gerak balik. Terima kasih x terhingga kepada kawan-kawan aku sebab sudi hantar aku sampai depan pagar rumah. Thank you so much guys!
Walaupun penat, tapi memang happening! Kosong sikit otak nih. Sepanjang minggu lepas aku rasa serabut sangat. Tu yang jadi macam biskut tu. Kejap ada, kejap xde! Haha! Sama juga dengan minggu nih. Nak kejar dateline punya pasal. Aku akan cuba buat yang terbaik. Buat masa nih, banyak dah benda aku nak bebelkan tapi x berkesempatan. Ini aje dulu ya :D
Have a great moments all dearests! Have a smiley day! :D
Ciao: Tunggu lepas hari Khamis, insyaAllah aku 'bebas' sedikit. Weeheee! ~
6 comments:
wah bestnya, pernah p sunway pyramid? bg kak mana lagi best?
rantai pendant mcm tu ada ke org pakai?hehe tak sangka ingat saya juga ye hehe smart jam tu, harga...takpe kak..jgn cakap..pengsan nanti hehe
berapa harga headphone tu?merah ada?
i guess we will take a different routes to putrajaya/mid valley. then how come u end up at putrajaya? hehe ;p well luckily u manage to reach at midvalley. better be careful next time!
@tengkorakemas:
Sunway Pyramid? Mesti lah pernah :D
Tapi kalau nak compare dengan Times Square memang sah-sah la Sunway Pyramid lagi best!!! Times Square x berapa customer friendly hahaha!!! SP more exclusive, standard Mid Valley. I LIKE! Tapi x selalu pergi SP pun.
Eh ade je orang pakai! Kaler emas punya pasal lah... Kan ke sinonim dengan Tengkorak Emas? ;D Harga Swatch memang gile! Tapi masih affordable compared to others haha!
Headphone tu lah yang saya cerita dekat Hasrul. Harga RM 139. Tapi padan lah dengan kualiti & bunyi. Merah xdelah... Yang ada cuma putih, pink, biru ngan hijau. Pink lawa wooo!!! Sebab ade purple sikit. Tapi hijau pun kachak gak!
@m i s s - e v e r y t h i n g . a n y t h i n g:
Yup. It was due to our unconcious mind! Mwahahah!!! That was the reason we wrongly took the exit to Putrajaya haha! A nervous wreck back then because our fuel nearly ran out, and no gas station along the highway T___T
Yeah, I will. Actually more to "We will!" haha! Will be more careful and precise next time :D
@ Ciao Annin-sama
hm..walaupun bertudung ada yg pakai ke?hehe saya pun lagi suka Sunway Pyramid, boleh jalan2 sampai lebam kaki, lagi2 tgk hoki ais, tapi 2kali je pernah p..
hehe betul2 emas memang sinonim dgn TE :D masih affordable?berapa? (tibe2 nak tau haha)
oho..memang cantik hijau tu he jaga baik2 ye headphone baru tu :)
@tengkorakemas:
Yang bertudung tu saya x pasti lah pulak. Tapi kalau orang tu jenis artistik dan sukakan keunikan, x mustahil dia nak pakai :)
Betul-betul! Sunway Pyramid tu lagi best kalau nak jalan-jalan sampai lebam kaki hehe! Eh, Hasrul pergi sana macam mana? Sama jugak kalau lepak dekat Mid Valley, best! Dari pagi sampai malam pun boleh haha!
Hmm... Kalau nak dibandingkan dengan jam branded yang lain, Swatch nih boleh tahan. Average RM300-RM500. Ade je yang lagi mahal tapi biarlah ikut kemampuan hehe! Target baru dalam RM500-RM550. Chantek gile kaler purple! Weehee! *Kene bajet la pasnih! Huhu...
Not bad jugak kaler ijau kan? Baek ~ Akan ku jaga seperti menatang minyak yang penuh ;D
Post a Comment