Showing posts with label Recovery. Show all posts
Showing posts with label Recovery. Show all posts

Sunday, December 12, 2010

Michi-kun Dah Sehat! :)

Alhamdulillah...

Itu saja yang mampu ku luahkan. Masih ingat lagi kisah sedih yang melanda Michi-kun? Mungkin ada yang x tau, boleh klik sini.

Recap sekejap. 5 November 2010 yang lalu, Michi-kun masuk rumah dengan 4 kesan luka kena cakar. Yang 3 sedalam lebih kurang setengah inci. Ni x lain x bukan kerja si anjing x guna! Walaupun darah x meleleh, tapi luka tu masih basah. Ngeri tengok!

Selama lebih kurang sebulan, gerak-geri Michi-kun dikawal rapi. X boleh lepas sesuka hati. Bawa masuk dalam rumah saja. Bukan apa, takut kalau-kalau luka terkena air. Nanti lambat luka tu nak kering.


Dan abah lah orang yang penuh sabar menjaga Michi-kun. Disebabkan aku selalu balik lambat, x sempat nak tolong jaga. Kalau berkesempatan, ada juga aku tolong abah, pegangkan Michi-kun untuk sapu minyak gamat, tolong lap sikit-sikit luka tu. Dengan minyak gamat tu lah luka Michi-kun sembuh. Kadang-kadang abah ada juga letak serbuk warna putih. Aku x ingat nama ubat tu. Tapi untuk bantu keringkan luka juga fungsinya. Nampak macam panadol kena tumbuk lumat haha! Terima kasih Abah!!! :)


Sekarang Michi-kun dah boleh keluar main dekat luar. Cuma malam abah x bagi Michi-kun duduk luar. Takut kena serang lagi. Malam-malam Michi-kun kena tidur dalam sangkar hehe! Dan Michi-kun pun dah semakin sehat! Cuma kena tambahkan berat sebab berat dah turun. Dah lah Michi-kun dah susah nak makan nasi sekarang. Ish ish ish... Kalau setakat makan biskut jenama Misha tu x cukup lah Michi oi! Makan nasi juga tau!


Ciao: Petang tadi main dengan Michi-kun. Ringan gila kalau nak banding dengan 2 bulan lepas. Kurus! Jom pergi gym nak Michi? Tambah otot sikit! XD