Assalamualaikum :)
Apakah aktiviti korang hari Ahad ni? Aku punya plan hari ni nak terjah jalan Masjid Jamek, teman adik aku beli barang. Lepas tu maybe nak tengok wayang cerita Rapunzel! Hehe! Tu pun kalau sempat lah. Nak lagi sempat, sambung tengok cerita Unstoppable pulak! Huwaaah!!! ~
Tapi sebelum aku menggerakkan diri, aku nak share satu aktiviti menarik yang aku buat semalam. Nak post semalam sebenarnya tapi ada hal lain pulak... Oraito! Meh jenguk apa yang aku nak kongsikan dengan korang!
Taraaaaa!!! Operasi Kerepek Pisang!!!
Bahan-bahan senang gila! Pisang + Air garam + Ramuan rahsia haha!!!
Pisang di-slice nipis-nipis guna slicer tradisional (Model lama lah hehe!)
Pisang dibiarkan sebentar, biar kering sedikit. Kacau + tekan-tekan perlahan supaya pisang x melekat/berlapis-lapis.
Sesudu besar campuran air garam (ikut suka tahap kemasinan masing-masing).
Gaul rata supaya air garam tadi sebati dengan pisang. Bila dah 'senyap', angkat.

Dan inilah hasilnya! Kerepek Pisang Sedap!!! XD
Resepi ni adalah resepi turun-temurun dari arwah nenek aku. Dulu arwah nenek rajin sangat buat sebab abang aku suka gila. Masa raya semua berebut! Buat 2 tong besar pun habis haha! Kesedapan kerepek ni diakui seluruh kampung! ;D
3 bulan lepas ada aku buat dan bawak setin ke pejabat. X sampai tengah hari, tinggal habuk je? Dahsyat sungguh kawan-kawan aku ni! Lama aku x buat sebab x ada bekalan pisang. Pisang ni pun dari kebun abah aku dekat tepi sungai tu hehe!
Kalau korang ada kelapangan dan ada bahan-bahan ni, pe kata cuba buat? Senang sangat. Cuma penat je lah sebab kena berdiri lama hehehehe!!! Selamat mencuba! :)
Ciao: Korang rasa ramuan rahsia tu apa? Berwarna putih dan berbau harum. Bukan bunga tau!!! Kahkahkah!!!
9 comments:
esok bawak tauuuuu... sy tunggguuuu :D
@Miss Izah:
Erk... InsyaAllah mek! Awak pun bawak secebis dari lampu garam awak tau! XD
sedappppnye!ttbe rse nk mkn pulak XD *ah,kau.sume bnde kau nk*
hahaha..slicer tu sme!haha..than kot.
er..ramuan rahsia tu tepung pisang ke?
boleh jual ni hehe kena tunggu senyap betul2 la ye?hehe
sukun kak pandai buat tak? ops jgn tanya saya, tak pandai ehehe
@Ajie Mohd Tahir:
Haha! Nak ke? Meh datang Klang heheh! Dekat je kan? Mwahaha!!! Yup, slicer tu tahan bertahun-tahun lamanya wooo! ~
@tengkorakemas:
Erk? Mana ada tepung pisang Hasrul? First time dengar tepung pisang hehe! Kalau nak jual mau kena borong pisang satu lori! Ha ah, kan masa letak air garam tu bunyi bising. Lepas dah kacau, biar kejap sampai senyap, baru angkat.
Sukun x pandai nak buat! Huhu... Susah!!! Pernah cuba sekali, satu bahagian pun x habis sebab susah nak slice. Tapi saya suka sesangat dengan kerepek sukun. Hasrul suka juga ke sukun?
@Ciao Annin
ahahaha takde ke?serious?ntah mana idea saya dapat haha
yup, saya suka, otw dari sg besar ke tg karang ada jual kerepek tepi jalan, kerepek sukun yg tauke tu buat memang sedap :D
@tengkorakemas:
Haha! Patutlah x pernah dengar... memang x wujud pun ;D
Yeke? Susah tau nak cari kerepek sukun yang betul-betul sedap. Dulu ada satu tokey jual yang sedap tapi sekarang dia dah x buat T____T
@Ciao Annin
hari tu balik daripada bawa adik temuduga ada beli, mak yg beli, tauke tu bg percuma, dia kata dia buat, kitorg test2 sedap terus mak beli sukun tu pula,
katne tokey tu?apsal dia tak buat dah?
@tengkorakemas:
Bagi free? Sample ke sebungkus? Beli banyak ke? Tapi jauhla pulak tokey sukun tu huhu...
Yang saya ni tokey tu jual dekat Sri Andalas, Klang tiap-tiap Sabtu. Tapi sekarang dia dah x buat kerepek sukun... Dia jual ubi, kerepek bawang, jejari udang/bilis dengan pisang masin/sira je.
Post a Comment