Macam mana dengan sambutan eid hari ni? Yup, sekali lagi aku bersyukur kerana masih diberi kesempatan untuk menyambut Aidiladha bersama keluarga ku terchenta. Alhamdulillah, syukur ke hadratNya.
Walaupun disambut dengan cukup sederhana, namun penuh makna sebab semua ahli keluarga ada di rumah! Adik aku pun sudah selesai dengan ujian akhir semester. Abangku yang kedua pulak, semenjak masuk ke sektor awam, senang sikit nak tengok muka hehe! Kalau tidak, cuti am ke raya ke, kalau dah kerja ikut shift tu, memang susah sangat nak nampak.
Seronok kan sekiranya dapat sentiasa ada di sisi semua ahli keluarga? Tapi kadang-kadang terpaksa juga berkorban masa atas tuntutan kerja. Ini selalu terjadi pada abangku yang pertama. Dia berkhidmat dengan Pos Malaysia. Biasalah, kerja tidak pernah akan habis. Baru je tadi dia tunjuk gambar guni-guni surat. Banyak gila!!! Tabik lah abang!!! :D
Esok kembali ke rutin biasa. Dan aku perlu meletakkan target untuk esok dan lusa sebab nak kejar dateline sebelum minggu depan. Harap sangat untuk 2 hari ini aku tidak diganggu secara emosi walaupun aku sedar aku x akan dapat nak elak sekiranya 'mereka' yang berkenaan buat hal.
Sekadar untuk berkongsi:
"Pengorbanan bermula dengan rasa kasih dan sayang. Dengan perasaan itulah kita sanggup berkorban demi orang-orang yang kita kasihi. Walaupun ada kalanya perit untuk kita laksanakan, namun demi mereka yang tercinta, demi kebahagiaan dan masa depan mereka, kita sanggup lakukan apa saja."

Terhenti sejenak dari lamunan. Terfikir, sebanyak mana yang aku telah korbankan demi mama dan abah ku? Sebagai seorang anak? Dan sebagai seorang adik dan juga seorang kakak dalam keluarga? Masih terlalu banyak yang perlu aku tunaikan. Begitu juga dengan tanggungjawabku kepadaNya. Ya, kepada DIA.
Bersyukur dengan peluang yang diberikan olehNya untuk laksanakan semua itu. Semoga diri ini tidak lalai dengan perihal dunia. Walaupun sukar, harus diteruskan usaha! InsyaAllah, semoga segala usaha kita diterima dan diberkati olehNya.
Ciao: Alhamdulillah :)
2 comments:
pengorbanan tu terasa indah demi org yg tersayang, walaupun kadangkala ianya tidak dihargai, namun biarlah ia masih berlandaskan agama, kerana matlamat tidaklah menghalalkan cara (bg sesetengah kes 'pengorbanan')
gambar buah 2 betul ke?
X semestinya pengorbanan itu akan dihargai, tapi bagi pihak diri, biarlah atas keikhlasan diri. Berlandaskan agama, itu sudah pasti!
Ha ah, gambar buah tu betul. Real fruit wooo haha! Suka tengok oren dengan lemon tu. Sebab tu snap! Kalau x rugi! Terkenang-kenang je nanti hehe!
Post a Comment