
Assalamualaikum :)
Seperti yang aku jangka, "Cerita Kreatif" berjaya menarik penyertaan ramai blogger. Tahniah Che Ben! Tahniah juga buat semua blogger yang dah join dan bakal join.
Aku? *Blur sekejap... Otak dah pusing-pusing haha! Nak pusing-pusing sekali dengan aku? Haaa... Jom COME!!! XD

"Dulu masa aku x kenal apa erti blog, aku hanya mampu tersenyum chomel saja bila kawan-kawan serta adik aku bercerita tentang blog. "Blog? Apekah itu? Best ke ada blog?". Itu adalah antara soalan yang selalu menjengah kotak fikiran aku."
"Dan apabila aku mula menjadi silent reader, tatkala mahu mencari dan mengenali erti keseronokan ber-blogging, aku dapat rasakan sesuatu. Sesuatu yang mana aku rasakan setiap blogger yang ada dalam dunia ni, menjadi diri mereka sendiri. Mereka tidak malu untuk meluahkan apa yang tersirat di hati, apa yang tercetus dalam kotak pemikiran. "Bold", ya! Itulah kata yang sesuai untuk mereka. Kagum? Semestinya aku kagum dengan keberanian serta kejujuran yang ada pada mereka."

"Semakin banyak aku selami, baru aku tahu. Blogger punya impian yang tinggi untuk dicapai. Punya blog dengan satu tujuan. Tentunya semua blogger mahukan blog mereka berjaya kan? Tidak kira walau apapun genre penulisan, pasti ada target masing-masing."

"Satu keajaiban yang aku x pernah terlintas dalam fikiran. Blog bisa menjadi medium kepada blogger untuk saling bantu-membantu, untuk saling berkongsi sesuatu! Dengan adanya blog, bantuan kepada yang memerlukan juga dapat disampaikan. Alhamdulillah, banyak juga yang sudi menghulurkan bantuan. "Perlu ke aku ambil kisah dengan entri-entri yang macam tu?" ~ Seharusnya persepsi sebegini dijauhkan. Dunia blogging ni sudah seperti medan pengikat persahabatan. X susah pun, memanjangkan pesanan dari yang memerlukan sudah cukup memberi makna."


"I will follow you ~". Aku pasti ramai yang kerap jumpa dengan ayat ini bukan? Follower. Ya, follower! Di saat aku masih samar-samar dulu, aku x ambil kisah pun tentang follower yang tersusun chantek di sudut-sisi-atas-bawah blog-blog otai yang famous. Rupa-rupanya follower yang sentiasa terletak berwarna-warni tu banyak membantu menceriakan kehidupan seorang blogger. Tanpa mereka, keseronokan ber-blogging mungkin xkan sampai ke tahap awesomeness!!! Mungkin aku terlewat untuk menyedari, tapi sekarang aku akan menghargai setiap satu dari mereka yang selalu ada di sisi." :)

"Pernah juga aku luahkan pada seorang blogger hebat ni sebelum aku bergelar seorang blogger. Sebab kenapa aku lebih rela menjadi silent reader dari punya blog sendiri. "Takut nanti saya x ada idea dan malas nak update." Malas! Ya! Aku akui. Inilah penyebab utama kenapa aku rasa terbeban kalau memiliki blog dulu. Sekarang tidak lagi! Walaupun masih merangkak dan terus menapak, aku mula rasa apa itu keseronokan ber-blogging! Yeehaa!"

"Seronok, seronok juga. Tapi jangan sampai lupa diri. Mungkin segelintir blogger kini mampu bersenang-senang dengan hasil dari blog masing-masing. Cemburu? X, aku x pernah cemburu. Itu semua hasil usaha dari mereka sendiri. Populariti yang dicapai semua atas susah senang mereka menaikkan blog dengan cara sendiri. Memang patut pun mereka berbangga kan? Namun jangan sesekali gunakan blog sebagai platform untuk menjatuhkan. Apa yang jatuh? Fikir-fikirlah sendiri. Gunakan kebijaksanaan! Ingat, "Wise thought will never disappoint you."
Oraito! Inilah luahan hatiku... Cewah! Semoga kita semua sebagai blogger mendapat manfaat yang x terhingga untuk dikongsi sama-sama. Sharing is caring :) Tunjuk ajar, tegur-menegur itu lumrah dalam blogging. Seronok kan? Ini baru dikatakan awesomeness!!! :D
Okey Che Ben, dah habis! Hahaha!!!
Ciao: Sempat juga Che Ben tegur aku "Nem, dah banyak join! Apa lagi? Huh... Blur lah tu!" Kahkahkah! Maaf lah Che Ben, otak lari simetri tadi XD
9 comments:
gudlak yer..kena kreatif..sy xreti
annin-sama...best la! hehheehehe
gud luck!
@LyNn'Azlina:
Terima kaseh Cik LyNn! Semua orang kreatif yang tersendiri. Saya yakin Cik LyNn pun camtu juga :D
@momochan:
Momochan!!! Sankyuuu for voting! :')
@Lelaki Ini:
Terima kaseh juga buat Lelaki Ini :) Thanks a lot!
all d best
ALL IN ONE
Good Luck :)
Jom Undi Si Tukang Tulis dalam Cerita Kreatif oleh Ben Ashaari
@nur:
Sankyuu ~
@FareedSairi:
Oh terima kaseh! :)
penuh falsafah :)
tahniah kak berjaya hasilkan entri ni, sowi tak sempat vote..seharian tak ngadap laptop huhu..
memang menarik, memang berbaloi-baloi saya jadi follower kak Hanim! :D
@tengkorakemas:
Penuh falsafah? Bila baca balik, baru nampak hahaha!!!
Oh terima kaseh Hasrul! Nah, it's ok :) Seronok dapat join sama hehe!
Aik? Macam iklan Celcom lak! Haha!!! Oh berbaloi-baloi juga saya jadi follower Tengkorak Emas! Weeheee! ~ Terbaek! :D
Post a Comment