Monday, November 22, 2010

Weekend has ended??? Oh NO!!!

Pejam celik pejam celik, dah pagi Isnin dah pun. Tapi kenapa aku x tido lagi? Padahal esok kerja! Huhu...

Anyway, nak cerita pasal aktiviti aku seharian semalam hehe! Seperti mana yang telah aku rancangkan, x semua tempat pun aku pergi. Memandangkan sampai Sogo agak lambat, plan utama diteruskan iaitu ke Redbox Ria! Weehooo! ~

Dapat bilik untuk 1 jam 45 minit, terus pilih lagu. Lagu wajib, mestilah EXILE's Futatsu no Kuchibiru & Ti Amo hehe! Ken Hirai's Pop Star & K's Only Human pun antara yang mesti ada. Malam kelmarin memang kitorang dah plan nak nyanyi lagu GLAY banyak-banyak. Tapi... Lupa lirik la pulak kan! Dah lama sangat x dengar lagu dorang huhu... Kira okey lagi sebab boleh ikut hiragana & kanji (yang mana ada tulisan hiragana kat atas lah). Kalau x tu memang la la la lah jawabnye haha!

Dah nak dekat habis tu, layan pulak lagu-lagu lama Backstreet Boys kahkahkah!!! Memang syiok! Lagi best kalau lagu J Soul Brothers' Best Friend's Girl dah ada dalam list!

Habis je, terus gerak ke Actors Studio Lot 10. Yeahhooow! Tiket The Ruler dah ada dalam tangan! Harap-harap xdelah apa-apa agenda lain hari tu nanti. Oh x sabar nak tengok itu muzikal!!! :D


Tengok jam dah pukul 4 petang. Mendung pulak tu. X jadi pergi KLCC, kitorang patah balik Klang. Maka berwayang gambarlah kitorang tengok Harry Potter and The Deathly Hallows: Part 1 dekat TGV AEON Bukit Tinggi.

Google pic ~ Harry Potter and The Deathly Hollows ~

Nak bandingkan dengan Harry Potter and the Half-Blood Prince, episod kali ni lebih menarik. Banyak aksi yang cool dan persoalan yang berkait-kait. Xdelah banyak sangat sentimental issues macam yang sebelum ni. Mungkin ada sikit lah untuk Hermione dengan Ron ;) Overall, I LIKE! Nak tunggu bahagian ke-2 pulak woohoo! Ehem... Between Ron and Harry, I pick Ron of course! ;D La la la ~

X sempat nak shopping apa, cuma sempat belikan kasut yang mama pesan. Jam pun dah pukul 10.45 malam. Balik lah... Apa lagi kan? Hahaha!!! (Yang kelakarnya petang tadi *kira dah jadi semalam lah* kitorang pergi balik AEON tukar kasut sebab tetiba kasut tu x muat hahaha!!! Dan hasilnya? Dari satu pasang kasut, balik dah jadi 4 pasang kasut! Kahkahkah!)

Itulah aktiviti ku seharian yang dah lama aku x lakukan dengan adik aku. Rindu wooo! Nanti mahu plan lagi. Ke mana? Masih dalam perancangan hehe!

Oraito! Mahu tido! Sah-sah x cukup tido untuk pagi ni. Lagi 2 jam aku dah kena bangun nak kejar tren huhu... Ja, oyasumi nasai ne!!! Mata ashita! :)

Ciao: Macam malas pulak nak tido...

6 comments:

tengkorakemas said...

haha dah agak dah...apa yg saya agak?

1st time drive ke KL utk konvo pakcik tu, masa balik memang drive buta je tgk signboard..lalu depan sogo tgk RedBox Ria...

dalam hati...(sini kot kak Hanim nyanyi) XD

Ciao Annin said...

Wah! Yeke? Tepat lah agakan Hasrul tu! Haha!
Kat situ aje yang rasa murah nak banding dengan yang lain.

X jam ke jalan tadi? Uish pagi tadi kat stesen komuter penuh dengan orang baru balik dari pantai timur huhu...

MOMOCHAN said...

nak tgk harry potter!! tp daniel da makin tak hensem T__T berubah arah ke rupert @ ron pula.HAHAHHAHA emma always cun!!

Ciao Annin said...

@momochan:

Yup! Daniel dah x secomel dulu huahua! Nasib baik lah memang dari dulu minat dengan Ron Weasely! Walaupun x hensem, tapi ada charm yang tersendiri hehehe!

tengkorakemas said...

@Ciao Annin-sama

ehe..dalam entri sebelum ni ada cakap Redbox Ria, saya tak tau katne, jadi bila nampak kat Sogo tu terus saya fikir,

saya lalu masa balik, ada jem juga, tapi saya memang telah dilatih berdepan situasi itu, cewah!

Ciao Annin said...

@tengkorakemas:

Oh dalam entri sebelum saya pergi karaoke tu ye? Hehe! Redbox Ria x banyak. Tapi yang dekat Sogo tu memang best! Kalau pergi lepas kerja memang ramai gila yang layan karaoke kat sana haha!

Ececeh... Pemandu berhemah lagi terlatih la ni? Cayalah! Tapi kalau lepas waktu kerja memang slow la dekat situ.