Showing posts with label Ciao's Award. Show all posts
Showing posts with label Ciao's Award. Show all posts

Wednesday, December 29, 2010

Chantek dan Menarik?

Entri award belum sempat nak panas enjin dah masuk lagi satu entri award hahaha!!!

Taraa!!! Dipersembahkan Award Blog Cantik dan Menarik yang telah dipanjangkan oleh Hasrul-kun a.k.a. Tengkorak Emas. A.R.I.G.A.T.O.U!

Award kali ni juga disertakan sekali dengan 6 soalan. Tapi agak lain sedikit sebab ia banyak bertanyakan tentang kehidupan. Sukakah anda dengan kehidupan? Mestilah suka kan? Tapi jangan lupa untuk memanjatkan kesyukuran kepada-Nya okey? :D

Dan soalannya adalah...

1. Apakah pandangan anda terhadap blog yang tag blog anda untuk terima award ini? Blog Tengkorak Emas. Pertama kali aku terbaca nama blog, aku cuma bayangkan blog ini milik seorang jejaka yang 'ganas'. Sebab apa aku kata ganas? Sebab nama dia saja dah memberikan satu aura bila kita menyebutnya hehe! Tapi hakikatnya pemilik blog ini tidaklah seganas yang disangka. Entri pertama aku baca tentang pengalaman beliau sewaktu Ramadhan. Bahasa yang cukup berhemah terus mematahkan sangkaan aku tentang si penulis. Sangat dekat dengan diri sehingga dapat rasa kita juga berada dalam ceritera yang dipentaskan. Dan satu lagi point utama yang membuatkan aku suka membaca blog beliau kerana pengisian dalam entrinya sering mengingatkan aku dengan dunia. Selalu menimbulkan kesedaran dalam diri. Beliau x lokek dengan ilmu, malah amat senang untuk berkongsi. Seriously, adakalanya aku sendiri terasa seperti ingin menitiskan air mata tatkala 'mencerminkan' diri kembali. Aku sangat bersyukur dan gembira dipertemukan dengan blog ini :')

2. Kenangan manis dalam hidup anda.
X ada yang lebih manis rasanya daripada dianugerahkan sebuah keluarga yang sangat memahami dan menyayangi satu sama lain. Apa pun terjadi, walaupun ada kalanya aku terlalu mengikut kepala sendiri, keluarga aku lah yang banyak memberi sokongan dan teguran. Abah, Mama, Muza, Ewan, Mia... Aku sayang semua sangat-sangat! Terima kasih!!!

3. Kenangan pahit dalam hidup anda.
Tatkala satu demi satu orang yang aku sayang hilang dari hidup aku. X boleh aku lupakan masa arwah nenek sebelah mama bertanyakan tentang aku ketika dia sakit tenat. Disebabkan peperiksaan akhir semester, aku terpaksa pulang ke kampung lewat. Tapi apakan daya, DIA tidak mengizinkan aku bertemu dengan arwah nenek buat kali terakhir. Namun aku bersyukur dapat menatap wajahnya sebelum dikebumikan.

4. Adakah anda puas hati dengan kehidupan anda sekarang?
Masa makin laju meninggalkan kita. Banyak juga perkara baru datang dalam hidup. Jujur aku kata aku masih belum puas dengan hidup aku sekarang. Bukan tamak, tapi aku belum rasa yang aku telah memberikan sepenuhya dengan apa yang aku mampu lakukan. Mungkin masanya masih belum menjelma. Eventually, as time goes by, will do my very best to serve!

5. Nyatakan 3 impian anda yang belum tercapai.
  • Menjejakkan kaki ke Jepun!
  • Memiliki kenderaan dan kediaman sendiri.
  • Melangsaikan hutang PTPTN dengan jayanya! HAHAHA!

6. Tag 5 blog untuk award ini.

Ciao: Mata dah x larat nak bukak. Jalan kaki sambil pejam mata menuju ke stesen Putra HAHAHA! Chills everyone! :)

After A Long While... It's Time for AWARD!

Assalamualaikum semua!

Ciao Annin-sama berharap semua berada dalam keadaan sehat dan baik, insyaAllah amin! *Skema pulak kau ni! Ahaha!*

Oraito! Entri ni khas untuk anugerah yang diterima untuk blog Ciao's Life Make A Secret dari followers yang kachak lagi bergaya! :D Terima kaseh ya kalian! LOVE!


Award yang pertama datang dari Ajie Labah-labah Merah. Award ini adalah award pertama di design sendiri oleh Ajie. Cool lagi berapi woo! Love the design especially the font! I'm COOL yet I'm HOT! Hahaha!!! Thank you so much Ajie! :D

And I'm tagging Mr TE for this award! La la la ~

* * *
Award yang kedua pula telah dipanjangkan oleh si chomel Momochan dari Jumping Momochan! Ada soalan disertakan dengan award ni. Okey, jom kita kerjakan! Mwahaha!!!

1. Siapa yang tag anda?
Itu di atas udah ada jawapannya haha! It's from Momochan deshu! :D

2. 3 perkara menarik tentang orang yang tag anda?
Satu: A cute & happee girl all the way!
Dua: Suka photography! Dan aku suka tengok koleksi gambar dia hehe! Chantek woo!
Tiga: Sangat suka dengan Hanis Zalikha! ;)

3. Ceritakan macam mana anda kenal dengan orang yang tag anda.
Kalau x silap mula kenal dengan Momochan masa Momochan tinggalkan komen dekat entri sketching ni. Bila baca blog dia, chomel aja entri-entri dia. Tambah pulak dengan gambar yang best lagi chantek! Momochan sangat ramah orangnya tau!

4. One word to describe him/her.
Kawaii!!! ;)

5. Tag 5 bloggers.
Instead of 5, I'm tagging 2 hehe!


Ahhaa ~ Owari da! :)

Saturday, November 27, 2010

Menarik? Tertarik? Jom main tarik tali! XD


Assalamualaikum ~

Yang main tarik tali dekat atas tu xde apa-apa kaitan pun ye hehe!

Kali ni award chantek diterima dari Ajie Mohd Tahir, tuan rumah blog Labah-labah Merah. Terima kasih Ajie sebab sudi panjangkan award lawa ni! :)

Hokey sekarang nak jawab soalan yang disertakan sekali dengan award ni. Kira macam package hebat! Hehe! Jom!

#1 http://redspyder128.blogspot.com/ di mata anda.
Blog Ajie ada cerita tersendiri, menarik. Yang paling aku suka, tagline dekat header dia "There is no CTRL+Z in life" :)


#2 Nama blog anda & kenapa anda letak nama itu.
Ciao's Life Make A Secret. Hidup aku seperti satu 'rahsia' yang ingin aku kongsikan dengan semua di dunia maya. 'Rahsia' yang bakal menjadi kenangan untuk aku bergelak ketawa bila dah tua nanti. *InsyaAllah kalau umur aku panjang, amin* :)


#3 URL blog anda & dari mana datangnya idea tu.
http://ciaoannin.blogspot.com/. Nama 'Ciao Annin' dah sebati dengan diri aku walaupun baru saja setahun bersama. Selama 8 tahun sebelum ni aku membawa diri dengan nama TaKKo-CHaMa. Tapi zaman itu sudah berlalu. Aku suka dengan maksud perkataan 'ciao' dan 'annin'. Kalau korang pernah tengok movie 'The Handsome Suit' mesti korang tau apa makna 'annin' tu ;)

#4 Apakah kaedah dalam penulisan blog anda?
Kaedah penulisan? Menaip? Hahaha!!! Tengok juga, kalau aku dalam keadaan happee, penulisan akan lebih santai. Kalau aku tengah marah, mungkin bahasa agak keras hehe! Aku suka menggunakan bahasa Inggeris untuk entri berkaitan JPop, JRock & VKei. Mungkinkah akan berubah? Kita lihat saja nanti ya! XD


#5 Apa perasaan anda bila tengok blog orang chantek & menarik sedangkan blog anda tidak. (Kadang-kadang blog sendiri menarik tapi merendah diri ).
Perasaan? Happee! Sebab boleh kenal mereka yang kreatif dari pelbagai segi! Hehe! Yang penting suka & sayang blog sendiri. Proses henshin mungkin akan mengambil masa. Buat masa ni, aku lebih suka yang sekarang :)


#6 Bilakah blog anda diwujudkan?
Bulan Julai 2010. Masa tu aku rasa segan gila nak perkenalkan diri dalam dunia blog haha!


#7 Siapakah org pertama yg tahu dan menjadi follower blog anda?
Miss Izah! I sayang you lebih la! Nak bagitahu dia ni pun aku fikir banyak kali hahaha!!!


#8 Sila tag 5 org lain untuk menerima anugerah & pass kan syarat syarat ini.
Oraito! Habis dah! Hahaha!!!

Ciao: Dalam hidup ini memang x ada istilah "Undo" kan Ajie? :D

Sunday, November 14, 2010

Award? Atashi ni? Wah! Cho ureshi!!!

Salam semua! :)

Ops! Ini bukan entri dalam bahasa Jepun! Hehe! Masih belum mampu menulis bahasa Jepun dengan lancar walaupun dalam romaji. Sikit-sikit tu bolehlah :)


Entri ini berkenaan dengan satu lagi award yang dihadiahkan oleh Hasrul. Hasrul? Siapakah gerangan Hasrul ni? Aish... Masih x kenal? Hasrul adalah pemilik blog rasmi Tengkorak Emas! A cool blogger in action! :D Thanks a lot bro!

Award kali ini agak berbeza sebab ianya dilengkapi dengan 'kerja rumah' yang perlu diselesaikan cewah! Apa lagi? 'Back to school' time!!! Weehoo!

1st, write 5 interesting facts about about the person who gives you this award

TE amat berbakat dalam designing

TE suka warna merah dan emas (Tu pasal nama blog rasmi ada perkataan EMAS! Hehe!

TE suka rubik (Siap ada tutorial woo ~)

TE suka tengok movie Hindustan

TE seorang yang sensitif! (Jangan marah aaaa Hasrul hehe!)

2nd, write down 10 interesting facts about yourself & your hobby

Pen-chenta kekucings! Memiliki 8 neko-chiin yang chomel-chomel belaka!

Suka memerhati keadaan sekeliling untuk memahami kehidupan

Jatuh chenta dengan Sosiologi & Antropologi pertama kali melihat perkataan tersebut semasa memohon untuk masuk ke IPTA :)

Sukakan sesuatu yang abstrak dan falsafah

Lebih suka mendengar dan berfikir sebelum berkata-kata

Mempunyai seorang adik perempuan yang selalu disalah anggap sebagai kembar haha!

Gemar memasak tapi hakikatnya tidak pandai memasak!

Penggila manga dan anime

Suka melukis tapi tidak suka mewarna

Peminat EXILE dan sukakan muzik dan style Japanese-Rock & Visual Kei

3rd, pick your most 10 deserving recipients and describe them

Ami HideGulz (Pen-chenta Taemin & Jo Kwon haha!)

Miss-Everything.Anything (The one who express her true feelings. Love!)

Momochan (Budak chomel yang suka snap gambar! Hehe!)

Miss Izah (Suka bawak saya jalan-jalan naik si Putih. Best woo!)

L.O.V.E. HuNtErSSS (Teacher yang best dan pandai melukis!)

Ajie Mohd Tahir (X suka pergi perpustakaan tapi suka melawat blog yang dianggap perpustakaan hehe!)

Cik Erin (Suka menulis puisi dan pantun. Pernah berbalas pantun dengan dia dekat FB. Syiok!)

Idy Saha (Another author who speaks his heart out. Go Idy!)

Alamak... X dapat nak cukupkan korum huhu... Another two seats, I reserve for YOU who read this. Yes you! Whoever you are hehe! Jangan malu-malu ye? :D

Ciao: Mahu "Back to school" tahun depan boleh x? Huhu...

Sunday, November 7, 2010

Pengkomen Terbaik? Aku? Ish... Jangan percaya tau! XD

Assalamualaikum semua!

Ini adalah entri award yang aku terima dari... Siapa lagi kalau bukan dari atashi no nakama, Hasrul-kun a.k.a. Tengkorak Emas! :)

Sebenarnya aku x sangka dianugerahkan dengan Anugerah Pengkomen Terbaik nih. Terbaikkah komen-komen ku? Tu kena tanya dengan Hasrul lah! Haha! Walaupun pada aku, aku komen biasa-biasa aje, namun aku cukup gembira sebab komen-komen ku begitu dihargai oleh pemilik blog Tengkorak Emas nih. :')


Soalan Bahagian A: Kenapa anda suka 'merayap' ke blog Tengkorak Emas?

Jawapan: Kenapa? Yang utamanya, isi entri beliau. Banyak yang membangkitkan aku dari mimpi untuk terus sedar dalam dunia realiti. Banyak yang aku dapat recall kembali segala ilmu yang telah lama aku tinggalkan. Terima kasih TE!

Keduanya, beliau berbakat dalam designing. Aku suka gila dengan designs yang beliau dah buat. Paling favourite? Mestilah poster movie Prototype! Terbaek!!! Dan yang terakhir, boleh share info pasal manga, anime, JDrama dan filem-filem best! :D

Soalan Bahagian B: Apakah reaksi anda setelah menerima anugerah berprestij ini?

Jawapan: Aku sampai baca dua tiga kali entri TE sebab x percaya! Dan akhirnya aku menerima hakikat dengan redhanya atas pemberian anugerah yang x terhingga ini! Cewah! Aku sungguh gumbira! Cho ureshi katta yo! Arigatou Hasrul-kun! Kimi ga saikou!!! ^___^

Dan gambar TE ketika menerima anugerah ni memang buat aku gelak x hengat! Siap tukar baju, pakai sut lengkap wooo! Dahsyat x dahsyat si TE nih? XD



Dan *dan lagi?* aku berbesar hati untuk panjangkan anugerah ni buat kalian:


Hasrul-kun a.k.a. Tengkorak Emas
(Sudilah terima kerana anda adalah Pengkomen Terbaik blog ini! ^___^)





Kredit buat Afizz ~ Memori Seorang Muda, pencipta anugerah yang cool gila nih! *Catchy kan nama blog dia?* :D

Ciao: "Comments are LOVE!!!"

Saturday, September 4, 2010

Dan Pemenangnya Adalah... :D

Assalamualaikum :)

Di suatu petang yang tenang, disulami angin panas sepoi-sepoi bahasa, aku 'berjalan-jalan' ke dunia blogging. Membaca dan membaca... Kembali ke dashboard... "Eh, ada entri baru" getus hatiku. Ku teruskan membaca entri tersebut.

Wah! Tahniah buat sahabat blogger ku kerana menerima awards! Bukan satu, tapi 6 (ke 7? XD) sekaligus! Hehe! Omedetou!!! ~ Sampai di penghujung entri, tiba-tiba aku terlihat nama ku... Maji??? Seperti tidak percaya! Memang betul, itu nama aku T____T

Sebagai blogger yang masih suam-suam kuku, melayari dunia blogging selama hampir 2 bulan, aku telah diberi anugerah blogger yang pelbagai! Sangat-sangat terharu dan menghargainya!



Terima kasih x terhingga ku ucapkan kepada sahabat blogger ku yang sporting & creative gile, Tengkorak Emas, atas kesudian beliau menganugerahkan awards yang banyak itu isk... isk... :') Terima kasih juga untuk segala info yang telah dikongsi bersama. Honto ni arigatou gozaimas!!! Untuk yang masih belum mengenali siapakah gerangan Tengkorak Emas nih, jangan malu jangan segan, ramai-ramai 'beraya' ke blog Tengkorak Emas hokey! :D

Terima kasih juga buat semua sahabat blogger ku! Memang tidak kujangkakan, dunia blogging telah membuka ruang untukku mengenali anda semua! Anda semua memang individu yang hebat!!! Subarashii ka na kono 'blogging' no sekai wa ~

Ciao: Happee blogging! :)