Tuesday, November 23, 2010

GiveAway Domain From MelRomeo.Com

GiveAway kali ni agak berbeza. Sukar untuk aku fahami walaupun hakikatnya ia begitu mudah sekali haha! Sekali lagi aku di-tag oleh Hasrul-kun a.k.a Tengkorak Emas untuk turut serta. Thanks TE!!!

GIVE AWAY Domain Daripada MELROMEO.COM


Tag 5 Orang Kawan BLOGGERS

1. Miss Yaty

2. Ajie Mohd Tahir

3. Momochan

4. iamnerves

5. cabbage


MENANG 1 DOMAIN .COM / NET / ORG

GIVEAWAY DARI MELROMEO.COM

Syarat & Peraturan:

  • Buat 1 entri bertajuk "GiveAway Domain From MelRomeo.com"
  • COPY ayat berwarna Merah diatas dan PASTE di blog anda. (PASTIKAN LINKBACK KE ENTRY INI)
  • Tag 5 orang kawan Bloggers
  • Komen entri ini beserta LINK entri anda dan Siap!
  • Pemenang akan dikira menggunakan Random.ORG! Jom join! Mana tahu andalah yang bertuah? Kan? Kan?

Tarikh tutup 30 November 2010! Masih sempat lagi ni! Jom Come! :D

Ciao: "I want to run AWAY!" ~ La la la...

Monday, November 22, 2010

Convo & Flower Bouquets? Sweet! :)

Assalamualaikum bloggers!

Pagi ni cuaca agak suram dan mendung. Walaupun aku bawa payung tapi xnak basahkan payung tu hehe! Maka aku percepatkan langkah. Jalan dan jalan, sampai dekat Stesen Putra, nampak banyak jambak-jambak bunga yang chantek-chantek belaka. Oh! Hari ni ada majlis konvokesyen OUM.

Kalih ke perkarangan pintu masuk tingkat bawah PWTC, aku nampak flash lip lap lip lap! Wah! Sakan semua bergambar sebelum majlis hehe! Seronok tengok dorang rai konvokesyen dengan keluarga dan kawan-kawan.

Teringat pulak masa aku convo dulu, tahun 2007. Aku datang dengan mama & abah je. Yang lain x dapat ikut sebab kerja. Adik aku pulak ada dekat Jengka. Sedih juga sebenarnya. Tapi syukur sebab masih boleh bersama mama & abah juga sahabat-sahabat :)



Google pic ~ Convo and flower bouquets ~

Terharu & bangga sebab major aku yang masuk dewan dulu. Terpampang muka sorang-sorang dekat skrin besar tu hehe! Best wooo! Yelah, masa awal-awal lah orang fokus lebih kan? Mwahaha!!! *Lepas keluar dewan, mama aku cakap "Nampak tadi muka Anim", sayu je rasa huhu...*

Bila dah duduk tu baru lah rasa nervous haha! Kelakar kan? Mula-mula x rasa apa pun sebab main-main. Bila Rektor, pensyarah, tetamu kehormat masuk, baru terasa gabra nya huahua! Apa lah...

Tapi kan... Walaupun kitorang yang terawal masuk dewan, kitorang lah yang TERAKHIR sekali naik pentas! Sebab school kitorang mula dengan huruf 'S', laaaasssst sekali dekat belakang dewan hahaha!!! Sampai je giliran, akhirnya! Naik juga kitorang ambil scroll :D

Bila beratur je atas pentas, jumpa lecturer kitorang, selaku Dean of Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge & Heritage and Human Sciences, terus je dia kata "Finally.. My beloved students!" Tersenyum kembang je semua hehe!

Seronok gila rasa masa ambil scroll dari Rektor universiti. Masa tu dah x ingat dah nak control ayu ke apa. Cuma perasan flash kamera yang banyak. "Ah, x kisah lah gambar tu keluar macam mana pun hahaha!" Happee punya pasal kan? :D

Keluar dewan terus cari mama & abah dalam lautan manusia tu! Mencabar sungguh! Dah jumpa tu aku terus ajak pergi depan dewan sebab redup sikit. Panas wooo! Dekat situ lah baru jumpa dengan kawan-kawan. Sempat snap gambar dengan mama je sebab abah aku dah hilang pergi dekat kereta huhu... Yang aku ingat, aku stay x lama sebab kawan aku masing-masing dah hilang dengan family & yang lain-lain. Apa tunggu lagi baliklah hahaha!!! Sebelum pergi dekat parking, mama tanya "Nak bunga ke?" Aku tergelak! Aku cakap kat mama, "X payah lah... Mahal bunga tu... Nanti celebrate dekat rumah aje." ;D

Itulah pengalaman convo aku satu-satunya hehe! Seronok! Lagi seronok kalau semua adik beradik aku dapat datang :')

To all graduates, Congratulations on your Convocation ya!

Ciao: Dapat sekuntum ros biru dari sahabat ku hehe!