Showing posts with label Gee's Original. Show all posts
Showing posts with label Gee's Original. Show all posts

Sunday, April 10, 2011

Kreativiti di Gee's Original!

X sangka sekali lagi aku berpeluang untuk singgah ke booth Gee's Original tahun ini sempena Malaysia International Shoe Festival 2011 di PWTC!


Awal-awal lagi aku dah SMS Ms. Yen, si kreatif di Gee's Original bertanyakan sama ada Gee's Original akan turut serta atau tidak untuk festival kali ini. Bila dia kata "Ya", apa lagi? Hati ku gembira bukan kepalang! Cewah!

Bukan apa, dari hujung tahun lepas aku nak tempah clog yang kedua tapi x berkesempatan. Bila dah jumpa depan mata, senang sikit nak berurusan ya x?


Bila dah sampai di booth Gee's Original, terus saja aku bersalaman dengan Ms. Yen hehe! Borak-borak sekejap, lepas tu aku terus ke rak kasut. Aku nampak sesuatu yang berlainan! Nampaknya ada inovasi pada clog Gee's Original! Gee's Original memang sangat prihatin terhadap kehendak pelanggan tetapnya.


Kalau sebelum ini clog yang dibuat memang 100% kayu, namun kali ini telah ditambah dengan lapisan yang agak comfy di permukaan clog. Kata Ms. Yen, ini untuk mengelakkan tapak kaki daripada sakit. Walaupun clog yang asal sudah cukup selesa, tapi untuk perjalan jauh mungkin ada yang tidak tahan. Jadi, perubahan ini sangat diterima baik pelanggan Gee's Original, termasuk aku! Hehehe!!!


Belek punya belek, aku tertarik dengan satu clog seperti wedges ini. Simple namun masih punya tarikan tersendiri. Disebabkan kaki aku x sesuai dengan saiz yang sedia ada, Ms. Yen yang sedia maklum terus melukis bentuk kaki aku di atas sekeping kertas A4. Setelah diukur dan menulis maklumat perincian berkenaan clog yang aku tempah, bayaran penuh termasuk pos pun dibuat.


Seperti biasa, clog yang ditempah akan mengambil masa sebulan untuk disiapkan. Yang best nya, kalau ada masalah setelah clog diterima, kita boleh pos semula kepada Gee's Original dan memberitahu masalah clog untuk diperbaiki :)

Ada yang berminat? Atau anda sudah pun memiliki clogs dari Gee's Original? Puas hati bukan? Sekiranya berminat, boleh singgah FB Gee's Original di sini. :)

Annin: Gila clogs? Mungkin juga! XD

Wednesday, January 5, 2011

OMG! It's PINK! But I LOVE it!

I present you ~ Taraaaa!!!




It's a clog! And it's rockz! Haha! This is my very first owned clog ever! Pretty isn't it? Most importantly, it was specially hand-made from Malacca! And it fits perfectly!

Thanks to Ms Yen from Gee's Original Malacca for this awesome clog! Arigatou gozaimasu! :)

Ciao: Thinking of ordering another pair hehe!