Showing posts with label Mochi. Show all posts
Showing posts with label Mochi. Show all posts

Monday, October 17, 2011

Aku Mahu Mochi! (^3^)♡

It's mochi time!!! ~

Mochiadalah sejenis konfeksi atau manisan yang diperbuat daripada beras pulut. Di dalamnya berisikan inti manis seperti kacang merah, bijan hitam dan strawberi. Ada juga yang berintikan teh hijau.

Selain Jepun, mochi juga popular di Korea, Hawaii dan Taiwan. Malah mochi dianggap sebagai snek harian di negara-negara tersebut.

Belum berkesempatan merasa mochi dari Jepun. Namun pernah menjamah mochi Korea! Tapi bukan yang dibeli dari Korea. (〃^∇^)v Mochi juga boleh didapati di pasaran Malaysia.

Rasanya? Sedap! Inti kacang merah tidak terlalu manis. Malah boleh terasa ada sedikit kemasinan yang mengimbangkan rasa mochi.

Ada juga mochi yang dikeluarkan oleh syarikat pembekal roti tempatan, namun rasa intinya terlalu manis dan pulut luarnya terlalu kenyal.

Goong ~ Korean Royal Court Rice Cake. Inilah mochi yang sudah dicuba! Rasanya memang best!

Walaupun simple, namun packaging tetap menarik.

6 biji mochi yang putih lagi gebu!

Inti kacang merah yang dikisar tidak terlalu halus. Terasa struktur isi kacang yang lazat!

Nak cuba rasa mochi? Boleh dapatkan di Cold Storage The Gardens, Mid Valley. Harga cuma RM9.90 sekotak. Ada pelbagai inti dan warna yang harus dicuba.

Annin: Pelik dengan struktur bahasa yang digunakan? Hehe! Rileks, Annin sedang belajar memperkasakan Bahasa Melayu beliau! :)