Sunday, November 7, 2010

Aku rindu kamu, Oh Drawing Block!

Assalamualaikum :)

Skandal nampak tengah hari nih? Haha! Nasib baek ade si Drawing Block tu dekat belakang! Tapi memang aku betul-betul rindu kenangan bersama Drawing Block ku itu! Dah bertahun jugak aku x beli blok lukisan. Walaupun aku lebih suka melukis atas kertas A4, tapi jika aku gunakan pensil kayu, aku lebih suka gunakan blok lukisan. Sebabnya aku suka tekan kalau pakai pensil kayu hehe!

Yup! Aku memang suka melukis, tapi kebolehan ku cuma terhad dengan cara 'Lihat dan Lukis'. Untuk merealisasikan watak/imej ciptaan dari dalam kotak imaginasi, masih belum sampai ke tahap itu. Walaupun suka melukis, aku tidak suka mewarna! Kahkahkah! Kalau aku kaler, berterabur! Dah x nampak apa dah! Cukup sekadar hitam dan putih sahaja hehe!
Kebanyakkan artworks adalah ilham dari kartunis favourite ku, Bro Aie dan Kaoru dari Gempak Starz. Aku diperkenalkan dengan alam komik serta kartun bermula dari karya Aie. Penuh santai tapi cukup indah dan chantek! Lebih-lebih lagi gambar pemandangan dan persekitaran. Simple yet uniquely beautiful!

Aku cukup gila dengan siri Abe dan Blues Untuk Aku. Dan kemudian diperkenalkan pulak dengan Aku dan Sesuatu. Koleksi ku dulu penuh dengan lukisan dari karya Aie yang 3 nih. Namun telah ku titipkan sebagai cenderahati buat teman-teman. Bila masuk era kartunis muda, terjebak pulak dengan artist dari Gempak Starz. Dari situ aku kenal dengan Kaoru.

Setiap kali beli Gempak, siri love story oleh Kaoru yang aku baca dulu. Sebelum tu, Siri Maskeret Cinta dari Fakhroul Anour. Best! Tapi lukisan beliau lebih kepada realistik. Kenapa aku suka dengan artwork Kaoru? Sebab comel-comel belaka! Aku suka dengan outfit yang dikenakan dengan watak. Unik! Ada juga watak yang menggayakan style seperti JRocker dan Lolli. Ada pengaruh dari gaya manga Jepun. Disebabkan suka sangat dengan watak-watak ciptaan Kaoru, aku pun mula melukis untuk kepuasan dan simpanan ku sendiri.

Dan ini antara sketching yang masih ada dalam simpanan ku. Enjoy!

Hisashi GLAY. Satu-satunya artwork yang aku lukis dari gambar sebenar / real person. Lipatan baju? Epic FAIL! Haha!!!

One of H.O.T. member, aku x ingat nama dia huhu... Dari set penanda buku comel H.O.T.

Kox, seorang remaja bisu yang penuh dengan kasih sayang tapi tidak berpeluang meluahkan apa yang tersimpan di dalam hati :'(

Albert of Unknown

J.R. of Unknown. Watak dia seakan-akan Jiro GLAY :)

Izad, waiter yang baik hati dalam siri Kaoru's Cake House (Tapi aku minat dekat watak Wing huhu...)

Mika, anak kepada Spade dari siri Helios Eclipse. Comel gila dak kecik nih! :) Kali kedua inking guna pen selepas comic strip dari Aie (Xde dalam nih hehe!)

Samurai Deeper Kyo! Serious aku x pernah baca manga nih. Dilukis atas permintaan roommate pada jam 11.30 p.m. Bila dah siap conteng, beliau xnak pulak. Takut katanya tengok mata Kyo tu hahah!!! *Yang ni aku dah hadiahkan dekat seseorang ;)


Cover dari 'MY WAY' oleh JIDI, seorang pelukis komik dari China. Suka gila dengan cerita dia walaupun susah nak faham. Agak falsafah sikit :) (Ade kelainan dari cover asal sebab dah lari scale haha!)


Satu-satunya kenangan terindah dari Bro Aie! Best gila dapat jumpa dengan beliau. Sporting habis!!! Thanks bro fo sharing the arts! :)


*Kredit buat Bro Aie, Kaoru dan JIDI!

Wishing all of you the best! LOVE!!! To Gempak Starz, keep on with the good products!

Ciao: Pensil kayu banyak lagi dalam laci tu haha! ;)

Pengkomen Terbaik? Aku? Ish... Jangan percaya tau! XD

Assalamualaikum semua!

Ini adalah entri award yang aku terima dari... Siapa lagi kalau bukan dari atashi no nakama, Hasrul-kun a.k.a. Tengkorak Emas! :)

Sebenarnya aku x sangka dianugerahkan dengan Anugerah Pengkomen Terbaik nih. Terbaikkah komen-komen ku? Tu kena tanya dengan Hasrul lah! Haha! Walaupun pada aku, aku komen biasa-biasa aje, namun aku cukup gembira sebab komen-komen ku begitu dihargai oleh pemilik blog Tengkorak Emas nih. :')


Soalan Bahagian A: Kenapa anda suka 'merayap' ke blog Tengkorak Emas?

Jawapan: Kenapa? Yang utamanya, isi entri beliau. Banyak yang membangkitkan aku dari mimpi untuk terus sedar dalam dunia realiti. Banyak yang aku dapat recall kembali segala ilmu yang telah lama aku tinggalkan. Terima kasih TE!

Keduanya, beliau berbakat dalam designing. Aku suka gila dengan designs yang beliau dah buat. Paling favourite? Mestilah poster movie Prototype! Terbaek!!! Dan yang terakhir, boleh share info pasal manga, anime, JDrama dan filem-filem best! :D

Soalan Bahagian B: Apakah reaksi anda setelah menerima anugerah berprestij ini?

Jawapan: Aku sampai baca dua tiga kali entri TE sebab x percaya! Dan akhirnya aku menerima hakikat dengan redhanya atas pemberian anugerah yang x terhingga ini! Cewah! Aku sungguh gumbira! Cho ureshi katta yo! Arigatou Hasrul-kun! Kimi ga saikou!!! ^___^

Dan gambar TE ketika menerima anugerah ni memang buat aku gelak x hengat! Siap tukar baju, pakai sut lengkap wooo! Dahsyat x dahsyat si TE nih? XD



Dan *dan lagi?* aku berbesar hati untuk panjangkan anugerah ni buat kalian:


Hasrul-kun a.k.a. Tengkorak Emas
(Sudilah terima kerana anda adalah Pengkomen Terbaik blog ini! ^___^)





Kredit buat Afizz ~ Memori Seorang Muda, pencipta anugerah yang cool gila nih! *Catchy kan nama blog dia?* :D

Ciao: "Comments are LOVE!!!"