Saturday, November 27, 2010

Menarik? Tertarik? Jom main tarik tali! XD


Assalamualaikum ~

Yang main tarik tali dekat atas tu xde apa-apa kaitan pun ye hehe!

Kali ni award chantek diterima dari Ajie Mohd Tahir, tuan rumah blog Labah-labah Merah. Terima kasih Ajie sebab sudi panjangkan award lawa ni! :)

Hokey sekarang nak jawab soalan yang disertakan sekali dengan award ni. Kira macam package hebat! Hehe! Jom!

#1 http://redspyder128.blogspot.com/ di mata anda.
Blog Ajie ada cerita tersendiri, menarik. Yang paling aku suka, tagline dekat header dia "There is no CTRL+Z in life" :)


#2 Nama blog anda & kenapa anda letak nama itu.
Ciao's Life Make A Secret. Hidup aku seperti satu 'rahsia' yang ingin aku kongsikan dengan semua di dunia maya. 'Rahsia' yang bakal menjadi kenangan untuk aku bergelak ketawa bila dah tua nanti. *InsyaAllah kalau umur aku panjang, amin* :)


#3 URL blog anda & dari mana datangnya idea tu.
http://ciaoannin.blogspot.com/. Nama 'Ciao Annin' dah sebati dengan diri aku walaupun baru saja setahun bersama. Selama 8 tahun sebelum ni aku membawa diri dengan nama TaKKo-CHaMa. Tapi zaman itu sudah berlalu. Aku suka dengan maksud perkataan 'ciao' dan 'annin'. Kalau korang pernah tengok movie 'The Handsome Suit' mesti korang tau apa makna 'annin' tu ;)

#4 Apakah kaedah dalam penulisan blog anda?
Kaedah penulisan? Menaip? Hahaha!!! Tengok juga, kalau aku dalam keadaan happee, penulisan akan lebih santai. Kalau aku tengah marah, mungkin bahasa agak keras hehe! Aku suka menggunakan bahasa Inggeris untuk entri berkaitan JPop, JRock & VKei. Mungkinkah akan berubah? Kita lihat saja nanti ya! XD


#5 Apa perasaan anda bila tengok blog orang chantek & menarik sedangkan blog anda tidak. (Kadang-kadang blog sendiri menarik tapi merendah diri ).
Perasaan? Happee! Sebab boleh kenal mereka yang kreatif dari pelbagai segi! Hehe! Yang penting suka & sayang blog sendiri. Proses henshin mungkin akan mengambil masa. Buat masa ni, aku lebih suka yang sekarang :)


#6 Bilakah blog anda diwujudkan?
Bulan Julai 2010. Masa tu aku rasa segan gila nak perkenalkan diri dalam dunia blog haha!


#7 Siapakah org pertama yg tahu dan menjadi follower blog anda?
Miss Izah! I sayang you lebih la! Nak bagitahu dia ni pun aku fikir banyak kali hahaha!!!


#8 Sila tag 5 org lain untuk menerima anugerah & pass kan syarat syarat ini.
Oraito! Habis dah! Hahaha!!!

Ciao: Dalam hidup ini memang x ada istilah "Undo" kan Ajie? :D

Wednesday, November 24, 2010

Haaaaaa ~ What a wonderful ENDING! :)

Assalamualaikum semua!

Akhirnya... Sempat juga aku menulis, atau lebih tepatnya, menaip entri untuk hari ini hehe! Sejak dua hari lepas memang hari yang betul-betul padat! Semuanya untuk persiapan mesyuarat pagi tadi.

But hey! All the hard work of yesterday was, indeed, AWESOMELY PAID OFF! Weehooooo!!! ~ Walaupun terpaksa berseorangan di office malam tadi, walaupun harus berlari sana sini pagi tadi, alhamdulillah... Mesyuarat pagi tadi berjalan dengan lancar. Dan tanpa sahabat-sahabat, semua ini x mungkin terjadi hehe! We work as a team, we win as a team! Minna arigato goazaimasu!!!

Memang lega sangat aku rasa lepas mesyuarat tu tamat. Ringan rasa taman dalam kotak fikiran ni. Fuh! ~ Legaaaaa... Hehe! Tapi disebabkan aku makan agak lambat dan ku biarkan pulak perut kosong sebelum dan sepanjang mesyuarat, kelegaan tu tercemar! Cewah! Haha! Rasa apa yang aku makan lepas habis mesyuarat tu nak terkeluar balik. Perut dah penuh dengan angin kus kus kan ~ mwahaha! Tahan saje lah huhu... Kalau keluar balik, lapar pulak... Tapi alhamdulillah, keadaan jadi stabil bila aku mula lupakan ketidakselesaan ku dengan mem-busy-kan diri.

Oh! Tadi ada latihan tarian Cuti-cuti 1 Malaysia. X pernah join sebelum ni. Tapi rasa macam nak pergi. Maka aku dan beberapa teman office pun melangkah dengan penuh excited sekali! Mwahaha! Tu lah... Dulu orang ajak jual mahal sangat! Hahaha!!!

Sampai-sampai tadi dah masuk ke tarian yang ke-2. Ramai juga yang datang. Terus je kitorang masuk daun haha! Seriously, memang x pernah tau pun nak menari macam mana. Pernah tengok persembahan tarian tu cuma x pernah buat kan. Lain sikit feeling dia.

Dalam bilik tarian tu memang happening gila! Sebab apa? Sebab kitorang gelak x hengat! Salah step tu memang x boleh nak disangkal lah kan. Mwahahaha! Macam-macam gaya menari ada! Yang keras, yang lembut, yang kongkang... Kahkahkah! Aku pun terkena sekali! Instructor sendiri yang cop aku kongkang hahaha! Kongkang pun kongkang lah, janji aku enjoy gila! XD

Habis semua jenis tarian pun kitorang sambung gelak lagi! Saling kutuk-mengutuk tarian masing-masing haha! Aku rasa unit kitorang je kot yang paling kecoh tadi kahkahkah!!! Oh... Betapa ringannya rasa kepala ku ini... Seronok juga sebab jumpa dengan staff dari bahagian lain. Ada lah juga beberapa yang pernah aku kenal masa bertugas dekat Labuan, Mei hari tu.

"Oh daku happee seperti bunny ini! La la la ~"

Perancangan dalam angan-angan sebenarnya aku dan 3 lagi teman office nak pergi main badminton bila-bila lapang nanti. Tapi tiba-tiba secara otomatis-nya bertukar kepada pergi latihan tarian Cuti-cuti 1 Malaysia tu. Dah syiok kan? InsyaAllah, kalau berkesempatan, kitorang akan kembali ke bilik tarian tu minggu depan hehe!

Oraito! Aku x cukup tidur. Aku dah penat. Dalam tren nanti nak dengar mp3 kuat-kuat! Mahu pulang lah kan? Apa lagi? ;)

Will see you guys in the next episode of life! Stay genki stay happee!!! Do take care! *Macam nak pergi mana je bunyi kan? Kahkahkah!*

Ciao: "Eh tarian sawang tu best kan?" kata officemate ku. Oi oi! Sewang lah! Bukan sawang! Bhaaahahaha!!!