Thursday, July 19, 2012

Ramadhan Datang Lagi!!!


Salam semua hadirin hadirat!

Rasa macam baru je raya. Esok malam dah mula tarawikh. Cepat benar masa berlalu. Seingat aku masuk kali ni dah tahun ketiga Ramadhan untuk Ciao's Life Make A Secret. Alhamdulillah.

Walau x seaktif dulu, aku cuba sedaya adanya untuk menghidupkan jantung hati ku ini. Puasa kali ni aku mungkin membuat satu eksperimen. Cubaan untuk mengubah diri. Fizikal, mental dan rohani. Dengan izinnya, aku ingin berubah menjadi lebih baik. Mungkin bukan yang terbaik, sekurang-kurangnya antara yang baik.

Aku sedar diri ini sangat banyak kurangnya. Aku dan Dia. Tatkala ini, aku bagai hilang. Hilang arah. Aku akan cuba langkah demi selangkah. Cuma aku mohon ditetapkan hati dan niat kerana Dia.

Mungkin susah, mungkin mencabar. Aku akan terus usaha untuk kebaikan diri aku juga. InsyaAllah, Kau kuatkanlah, tetapkanlah hati ini. Amin.

Thursday, July 12, 2012

Cubaan 1 2 3!


Salam semua!

Ini hanyalah selingan di blog Ciao's Life Make A Secret hehe! Selingan apa? Haaaa... Ini adalah cubaan saja. Kot lah bila-bila jika keluar kawasan yang tiada khidmat komputer dan internet, boleh cuba post guna AKIBaby ni.

Apakah AKIBaby itu? Hahaha! AKIBaby adalah dari kalangan keluarga Ann & Droid hahaha! Chomel kan?

Dah dah, merepek panjang pulak kang. Orait, habis dah. Selamat malam semua!