Thursday, October 10, 2013

Bila Annin Mohon Cuti.

Assalamualaikum ya sahabat!

Haaaa... Sehat? Aku alhamdulillah, walau ada demam sikit. Lama kan x jumpa? Aku sendiri dah x ingat bila aku last update blog ni. Kasihan dia dibiarkan sendiri.

Minggu depan Aidiladha kan? Cuti x? Confirm ramai yang cuti kan sebab cuti umum tu diapit tengah-tengah haha! Perancangan awal aku nak cuti hari Jumaat ni. Tapi apakan daya, ada mesyuarat. Maka aku tangguhkan cuti dan bawa ke depan. Haaa... Boleh macam tu?

Sebelum dekat office x pernah buat jadual untuk cuti Raya Haji. Cuma buat jadual untuk Aidilfitri. Tapi tahun ni kasi lain macam sikit. Siap buat jadual cuti untuk semua staff. Bos besar kata okay je. Tapi yang lawaknya semalam, bila Bos kecik dah sign hampir separuh borang cuti tiba-tiba dia berkata "Eh, sampai 3 hari? Siapa ada kat office nanti?."

Aku nak tergelak juga masa tu. Tapi ku tahankan juga. Lalu aku berkata "Hari tu kan dah buat jadual untuk cuti ni." "So Bos kata okay? Diorang apply ikut jadual tu lah ni?" katanya lagi. "Ha ah. Dia x kata apa pun. Okay je." jawab aku. Selamba x?. Hahaha! "Hmmm... xpe lah kalau macam tu." sambungnya pasrah. Heheh!

Ala bos... Bukan selalu kami apply cuti pun. Ni pun sebab Raya Haji. Boleh lah eh? Terima kaseh bos!!!

Untuk aku pulak, bukan setakat Aidiladha, minggu seterusnya aku perlu bercuti juga untuk balik kampong. Sepupu kahwin lagi! Hahaha!!! Dekat Johor Bahru. Jauh tu! So aku mohon lagi 3 hari. Nasib baik juga lah aku x terlibat dengan WTC 2013 yang berlangsung dalam minggu yang sama. Walau ada sekelumit rasa nak join, tapi x apalah. Bos suruh jaga office. Baiklah!

November pun aku dah allocate untuk cuti aktiviti lompat-lompat tinggi. Harapnya x clash dengan apa-apa tarikh. Kalau clash juga, maaf. Aku akan teruskan juga dengan cuti aktiviti lompat-lompat tinggi. Hahahah!!! I x kira uols!

Alright, I think enough for the morning babling. Banyak kerja nak buat oi. Semangat ya Annin!!! Semangat!!!

Okay, bye korang! XD

Thursday, August 15, 2013

Sebenarnya Saya Baru Tengok Drama Ini!

Assalamualaikum.

Hari terakhir bersantai di rumah. Esok dah masuk kerja!!!

Cuti yang maha panjang ni aku banyak habiskan tengok drama 'online'. Apa orang panggil tu... 'Streaming'... Haaa... 'Streaming'. Hahaha!!!

Kalau 'streaming', aku biasanya akan tengok drama yang dah lapuk berzaman 2-3 tahun lepas. Selalunya aku tengok drama 'online' ni kebanyakannya drama Korea. Aku ni memilih sikit bila nak tengok drama Korea petang-petang ni ehehe!

Memilih pun bukannya apa... drama Korea ni satunya panjang bebeno! Nak habiskan satu cerita pun lama! Melainkan cerita tu menarik yang boleh buat kita rasa nak tengok episod seterusnya tanpa henti. Kalau betul-betul menarik, memang rasa x sabar nak tengok sampai habis.

Nasib aku bukan jenis yang tengok episod terakhir dulu. Kalau 'best' baru tengok dari mula. Haaaa... Tu bukan aku. Aku jenis yang tengok episod pertama. Kalau 'best', baru tengok sampai habis. Sebab kawan-kawan aku yang peminat drama Korea ni kebanyakannya jenis macam tu hahaha!!

Aku memang lambat sikit lah nak terpengaruh dengan drama-drama yang baru, yang tengah meletop kat TV. Walau semua kata cerita itu 'best' gila ke apa ke, aku ya kan aja haha! Kelmarin baru habis tengok "Personal Taste". Cerita yang 'ex-officemate' aku suka gila.

Masa dia tengah angau cerita tu pun masa 'office' masih lagi di PWTC. Tapi setelah 2 tahun, baru aku tergerak nak tengok cerita tu. Bersemangat dia ajak aku tengok sekali. Tapi maaflah, aku x berminat nak 'join'. Berlagak juga lah kan? Kahkahkah!

Tengok episod 1. Hmmm... Boleh tahan. Perasaan nak tau apa jadi episod seterusnya, buat aku klik 'link' yang berderet dekat sebelah 'channel'. Termasuk dalam dunia awang-awangan sudah... Maka aku habis tengok semua episod dengan jayanya kelmarin. 

Bila dah habis, aku x tau nak tengok cerita apa. Buka Google. Terus taip "Sebenarnya Saya Isteri Dia!". Berderet kau yang keluar!!! Pilih je mana nak tengok. Apa sebab tiba-tiba aku nak tengok cerita tu? Sebab masa tayangan drama SSID dekat TV, aku perhatikan 'status update' kawan-kawan dekat Facebook.

Lelaki ke perempuan ke, semua emosi bila tengok drama SSID. Tapi yang lebihnya mestilah perempuan kan. Aku pun tertanyalah, "Apa 'best' sangat ke cerita SSID tu?". Terus terang cakap, masa aku baca tajuk drama ni dekat TV, aku tergelak. Apasal macam kelakar je tajuk drama ni? Masa ni memang aku x tau yang cerita ni diadaptasi daripada novel. Siapa yang x sabar tu, memang beli novel terus lah kan? Betul x? Haha!

Dekat rumah, mama aku sorang je yang tengok. Aku pun kekadang tertengok sipi-sipi nak habis. Sebab aku selalu baru sampai rumah waktu tu. Nak senang cerita, aku tanya sinopsis dekat mama lah hehe! Teringat masa episod akhir nak tayang. Semua 'update' status x sabar nak tengok macam mana 'ending' SSID tu. Siap ada yang tengok balik dari episod 1 sampai lah episod 12! Dahsyat juga!

Aku x tengok pun. Esoknya aku tanya 'officemate' yang tengok. Respon aku macam biasa... "Ooooo...". 'So', dalam dua hari ni aku habiskan semua 13 episod SSID. Dan 'feel' yang aku rasakan, cerita ni 'BEST'!!! Sebab tu aku boleh habiskan drama ni dua hari! Eh, lama eh? Hahaha! Yelah, xkan x makan, x tidur, x bersosial kan? Apa pula kata mama dengan abah kalau aku duduk dalam bilik sehari suntuk x keluar-keluar. X berasap le dapur gamaknya!!! Hahahahaha!!!

Jalan cerita SSID boleh tahan menarik. Dan aku pasti ramai yang suka bila ada 'scene' Syaf dengan Firash kan? Dan menyampah bila datang 'part' Rania haha! Cuma aku rasa watak Tok Wan tu sekejap sangat. Sama juga dengan watak Qimie. Yelah, nama pun drama adaptasi. Kena cepat ikut plot.

Tahniah pada Izzue Islam dan Tiz Zaqyah sebab dorang berjaya bawa watak Firash dan Syaf dengan sangat 'awesome'! Dan aku sangat suka!!! (^____^)

p/s: Aku memang x pernah nak bagi komen atau bagi pendapat pasal drama-drama Melayu dekat sini. Sebab jarang tengok hehe! Ada x drama-drama Melayu yang 'best' yang korang nak rekomen kat aku? Sankyuu!!!