Wednesday, September 29, 2010

Aku, Dia Dan UBI ~ XD

X sangka setelah bertahun lamanya aku meninggalkan kenangan ku bersama Ujang dan kartunis-kartunis yang lain, hari ini kenangan itu terimbau kembali.

Dahulu aku merupakan salah seorang peminat Majalah Ujang. Setiap bulan akulah pengunjung setia Abiz Mart atau Kedai Selangor untuk membeli naskah terbaru. Berkotak-kotak ku kumpul. Namun.... Milikan ku itu tidak berada denganku sehingga ke akhirnya.

Atas desakan bonda, aku terpaksa melepaskan 'mereka'. Dengan berat hati, aku terpaksa merelakan semua koleksi Majalah Ujang ku ditimbang dan diangkut rapi ke dalam lori Ah Seng (bukan nama sebenar). Sedih! Oh sungguh sayu ku melihat 'mereka' dibawa pergi... Oh! ~

Sudah... Sudah... Biarkan kesedihan itu berlalu pergi huk huk.... :'(

Amacam? Dramatik x? Haha! Saja nak buat drama swasta pendek petang-petang nih. Sebenarnya tadi aku terbaca artikel berkenaan salah satu kartunis favourite ku, Raja Ahmad Kamil Raja Mokhtar atau nama kreatifnya, Ubi. Wah! Nampaknya beliau semakin berjaya sekarang!



Dari media cetak ke dunia digital, beliau betul-betul meggunakan kemudahan internet sepenuhnya. Cool! Selain berkongsi aktiviti dan perkembangan semasa di blog, beliau juga ada kedai ubi tau! Hehe! Bukan kedai jual ubi lah... tapi ubishoppe, blog untuk merchandise seperti t-shirt dan cenderahati. Lawa seh! Nak t-shirt!!! XD

Kalau korang berminat nak buat karikatur, boleh order dekat sini. Macam berminat lah! Nanti kalau ada apa-apa event special, berkemungkinan untuk isi borang :D

Aku paling suka baca karya Ubi seperti Aku, Dia & Volkswagen dan IN. Aku cukup suka dengan artwork beliau. Simple yet so alive! Watak si gadis mesti tampak sweet habis! Dan aku pernah melukis semula watak IN untuk suka-suka sebab aku suka gila dengan watak tu. Namun telah diberi kepada pen-pal ku sebagai cenderahati.



Dah lama sangat aku tertinggal. Perkembangan terbaru pun baru je aku stalk tadi hehe! Sekurang-kurangnya dapatlah jugak update kan? Best! Best!

Untuk Ubi,

"Keep up the good work & all the best to you bro!"

Teruskan perjuangan anda memajukan industri kreatif tempatan! Ganbatte ne! :D

Ciao: Dah subscribe Aku, Dia & Test! Weehee! ~
Sumber: Google Image, New Straits Time 27.09.2010

Tuesday, September 28, 2010

Blissful Day with Nestle Bliss. Hopefully ~

Salam :)

Tajuk macam ayat nak masuk contest je kan? Haha! Korang pernah jumpa/pernah rasa x Nestle Bliss 0% Fat Yogurt Drink ~ Lime Cucumber nih? Uish... Sedap gila!!! Dan inilah minum pagi aku hari nih :D


Dalam semua perisa Nestle Bliss: Nestle Low Fat Yogurt Drink & Nestle Bliss 0% Fat Yogurt Drink, inilah satu-satunya perisa yang terbaik! Paling sedap! Sebelum nih aku cuma suka Oren saja. Tapi untuk 'siri' baru nih, Nestle Bliss dah keluarkan 3 perisa dan kombinasi baru.



Sumber: Google ~ Nestle Bliss 0% Fat Yogurt Drink ~

Aku baru sempat rasa Apple Kiwi & Lime Cucumber. Apple Kiwi pun boleh tahan. Cuma Passion Fruit Orange je masih dalam senarai menunggu hehe!

Tahu x betapa susahnya aku nak dapatkan bekalan Lime Cucumber nih? Dah 2 bulan aku cari serata Klang. Camne boleh habis stok sokmo nih? Oh tensi!

Akhirnya semalam baru berjaya menikmati Lime Cucumber ku. Import dari Gombak tau! Haha! Jauh x? Nasib baik kawan aku bermurah hati menawarkan diri untuk belikan. Terharu sungguh! :')

Terubat juga rinduku terhadap mu, wahai Nestle Bliss 0% Fat Yogurt Drink Lime Cucumber!

Ciao: To Hasrul a.k.a. TENGKORAK EMAS, ni lah Lime Cucumber yang saya cakap dalam entri Hasrul (Solat Tarawih + Witir + Nestle Bliss?) tu. Cuba tau! :D