Wednesday, September 29, 2010

Aku, Dia Dan UBI ~ XD

X sangka setelah bertahun lamanya aku meninggalkan kenangan ku bersama Ujang dan kartunis-kartunis yang lain, hari ini kenangan itu terimbau kembali.

Dahulu aku merupakan salah seorang peminat Majalah Ujang. Setiap bulan akulah pengunjung setia Abiz Mart atau Kedai Selangor untuk membeli naskah terbaru. Berkotak-kotak ku kumpul. Namun.... Milikan ku itu tidak berada denganku sehingga ke akhirnya.

Atas desakan bonda, aku terpaksa melepaskan 'mereka'. Dengan berat hati, aku terpaksa merelakan semua koleksi Majalah Ujang ku ditimbang dan diangkut rapi ke dalam lori Ah Seng (bukan nama sebenar). Sedih! Oh sungguh sayu ku melihat 'mereka' dibawa pergi... Oh! ~

Sudah... Sudah... Biarkan kesedihan itu berlalu pergi huk huk.... :'(

Amacam? Dramatik x? Haha! Saja nak buat drama swasta pendek petang-petang nih. Sebenarnya tadi aku terbaca artikel berkenaan salah satu kartunis favourite ku, Raja Ahmad Kamil Raja Mokhtar atau nama kreatifnya, Ubi. Wah! Nampaknya beliau semakin berjaya sekarang!



Dari media cetak ke dunia digital, beliau betul-betul meggunakan kemudahan internet sepenuhnya. Cool! Selain berkongsi aktiviti dan perkembangan semasa di blog, beliau juga ada kedai ubi tau! Hehe! Bukan kedai jual ubi lah... tapi ubishoppe, blog untuk merchandise seperti t-shirt dan cenderahati. Lawa seh! Nak t-shirt!!! XD

Kalau korang berminat nak buat karikatur, boleh order dekat sini. Macam berminat lah! Nanti kalau ada apa-apa event special, berkemungkinan untuk isi borang :D

Aku paling suka baca karya Ubi seperti Aku, Dia & Volkswagen dan IN. Aku cukup suka dengan artwork beliau. Simple yet so alive! Watak si gadis mesti tampak sweet habis! Dan aku pernah melukis semula watak IN untuk suka-suka sebab aku suka gila dengan watak tu. Namun telah diberi kepada pen-pal ku sebagai cenderahati.



Dah lama sangat aku tertinggal. Perkembangan terbaru pun baru je aku stalk tadi hehe! Sekurang-kurangnya dapatlah jugak update kan? Best! Best!

Untuk Ubi,

"Keep up the good work & all the best to you bro!"

Teruskan perjuangan anda memajukan industri kreatif tempatan! Ganbatte ne! :D

Ciao: Dah subscribe Aku, Dia & Test! Weehee! ~
Sumber: Google Image, New Straits Time 27.09.2010

12 comments:

tengkorakemas said...

wah saya suka juga, cian terpaksa lepaskan koleksi, masuk bilik kebal lain kali hehe

kak hanim pandai melukis ke?

Ciao Annin said...

Huhu... Sedih! Bilik kebal? Rumah pun dah penuh, mana mahu letak itu bilik kebal daa? XD

Sikit-sikit je. Tapi saya cuma reti lukis balik je. X pandai nak lukis karekter ciptaan sendiri.

Saya suka sangat dengan artwork Kartunis Aie (Kenal x?) Dulu koleksi lukisan saya semua karekter dari ciptaan Bro Aie. Tapi semua saya dah hadiahkan dekat pen-pals saya :D

Nanti saya kumpulkan koleksi-koleksi yang masih dalam simpanan & akan buat entri nanti eh?

tengkorakemas said...

buat2 tak penuhla hehe

ala yg lukis Abe la kan hehe saya tak jumpa lagi Abe tu..

oh tapi kira okla dapat lukis balik, tanpa tekap kan?

he orait :D

Ciao Annin said...

Sedang mencuba mencuri ruang untuk simpanan seterusnya. *Pening-pening!*

Eheh... Ha ah. Cuba dekat book store. X pasti lah ada lagi keluaran ke x.

Yup. Just re-scatch. Nak tekap camne? Mata pun dah x 'tajam' haha! X nampak pun kalau nak tekap. Saya tengok dan lukis. Macam lukis potret la hehe... Pernah cuba sekali je lukis orang real. Muka je jadi. Baju hancur!!!

Tunggu ya :D

tengkorakemas said...

hm bookstore yg terkenal la kan?agak2 mph ada tak?

oho..kena selalu praktis hehe

orait :D

Ciao Annin said...

X sure la ade ke x. Susah jugak nak cari koleksi keluaran Ujang sekarang ni. X tau nak cari kat mana. Kalau saya terjumpa kat mana-mana, saya roger Hasrul eh? :D

Ni pun dah dekat 2 tahun x pegang pensil nak scatch. Mesti dah tumpul dah huhu...

*Tengah mengumpulkan jejak-jejak koleksi scatch* ;)

tengkorakemas said...

orait :D

kak beli gempak tak dulu?boleh belajar komik klassroom hehe

Ciao Annin said...

Yokkai! :D

Kipas susah mati gempak kot! Belajar jugak tips-tips dari situ. Pastu kan ade fan yang hantar artwork & dinilai jugak kan? Dari situ pun study jugak komen-komen experts. Ada jugak 1 of my pen pals selalu hantar artwork dorang kat gempak. Sayang, dah lost contact :'(

tengkorakemas said...

kak ada try hantar tak?memang cantik2 juga artwork yg dihantar, saya ada belajar gak2 cara2 buat komik dr gempak, tapi setakat komik strip bolehla kot haha

p/s:mula2 baca gempak tertanya-tanya, apa 'kipas susah mati' ni..haha rupanya die hard fan :D

Ciao Annin said...

Saya x cukup layak untuk hantar sebab masih x pandai nak cipta karektor sendiri. Tu sebab saya suka tengok artwork dorang. Chantek gila!

p/s: Sama lah! Haha! Lama jugak nak tangkap makna kipas susah mati tu huhu... Kelakar lah! XD

tengkorakemas said...

takpe kak, jgn putus asa, praktis je selalu :)

dulu2 ramai juga yg suka guna 'trimas' hehe

Ciao Annin said...

Putus asa? Never! Heheh! Cuma harus mencari ruang untuk mengasah semula skill itu :D

'Trimas' tu sampai sekarang saya guna. Tapi dah x sekerap dulu hehe!