Friday, September 10, 2010

Aku merinduimu... Ting! Tong! XD

Ahaha! Ingat x semalam aku ada cakap yang aku ada plan baek nak buat masa dapat pelepasan keluar pejabat awal? Nah! Inilah dia!!!



Akhirnya... Berjaya juga aku jejakkan kaki ke Kinokuniya setelah berbulan-bulan aku menunggu. Oh rindu sungguh aku dengan rak-rak yang dipenuhi manga kat situ... Serious!

Semalam agak ramai. Di Kinokuniya sendiri dipenuhi pengunjung. Namun itu tidak mematahkan semangat aku untuk berulang-alik dari hujung ke hujung rak sebanyak 5-6 kali! Usaha aku 'menyelongkar' susunan manga yang bertimbun juga membuahkan hasil kerana ada volume terkini yang terselit di bawah manga keluaran sebelumnya! Weeheee! ~

Aku juga bernasib baik sebab naskah manga Honey Hunt & SAYONARA, ZETSUBOU-SENSEI yang terakhir menjadi milik aku! Pun begitu, aku agak kecewa kerana manga yang aku tunggu-tunggu, The Wallflower & the KUROSAGI corpse delivery service, masih belum sampai ke Malaysia :'(

Tunggulah, mungkin Oktober atau November nanti akan aku terjah Kinokuniya semula! XD

Ciao: Baru selesai baca OTOMEN. Episod pasal hantu tu x sekelakar live action. Sebab x ada anak Ju-On! Hahahaha!!!!

22 comments:

tengkorakemas said...

bestnya....geram tgk haha simpan baik2 dari Tacha hehe

Ciao Annin said...

Hehe! Of course!

Sekarang dah letak timbunan buku depan rak manga. Walau Tacha mahupun ChitChot xkan dapat melepasi tembok itu hahahaha!!!

Tapi ChitChot nih bahaya sikit. Dia suka tempat-tempat sempit. Jangan sampai buku-buku tu jatuh sudaa ~

tengkorakemas said...

dorang tak boleh panjatla ye?

Tacha yang ganas tu tak agresif ke pergerakannya?lompat sini sana ke..

Ciao Annin said...

Panjat tu masih boleh, kucing kan... Kalau x panjat, x jatuhkan barang memang x sah hehe!

Tacha x de la nak lompat-lompat sebab dah besar, cuma dia suka lari sana-sini la kalau cari gaduh dengan kucing lagi satu, nama Michi tu (Michi belum pernah enter frame kat blog hehe...)

Tapi pakar cakar & gigit tu serah je kat Tacha. memang expert! XD

tengkorakemas said...

oh Michi tu dah tak sabar tu hehe

saya rasa mcm saya dah terpikat dgn kucing2 yg comel, sejak balik dr sarawak ni, sebelum ni saya buat tak tau je, takla teringin nak pegang2, main2 ke,

Ciao Annin said...

Michi tu walaupun betina tapi sekarang dah macam jantan. Asyik nak cari gaduh je huhu...

Hasrul, best tau suka dengan kucing nih. Memang ada yang kata susah nak jaga, tapi kalau dah suka, semua jadi senang ;D

Seronok main-main, 'cakap-cakap', pegang-pegang, buli sikit-sikit dengan kucing-kucing nih. Akan rasa happee! ~

Cuba dekat-dekatkan diri ngan makhluk berbulu yang paling comel dalam dunia nih :D

tengkorakemas said...

orait, akan saya 'buru' makhluk comel tu hehe

bercerita pasal manga, k-on! dah habis baca? saya kalau manga ke komik beli sikit2 je satu masa, tapi dvd banyak..rabu lepas saya beli lima free satu, jadi enamla, hehe

Ciao Annin said...

Hokey! :D

Tadi bersusah payah mencari kucing saya nama Uchi Itam. Nak amik gambar. Susah sikit nak cari sebab dia suka merayau kat luar rumah. Berjaya jugak akhirnya!

K-On! Dah download tapi belum habis baca. Belum ade masa berkualiti untuk digunakan membaca manga tu. Manga yang saya beli baru-baru ni pun baru sempat bukak plastic cover je huhu...

Saya memang selalunya akan beli lebih dari satu, bergantung kepada availability manga tu. Kalau dah keluar yang baru, saya borong lah semua, tapi kalau xde, saya tangkap mana yang ade je :D

Saya dah x beli DVD. Tapi abang sulung saya yang beli. Kalau nak tengok kene pinjam dengan dia hehe...

tengkorakemas said...

hehe ibarat saya beli dvd juga, belum dapat tengok semua, baru kuarkan dvd tu dari bekasnya, tinggal dalam bekas plastik yg kecik sikit

oho, masih ada juga peminat seperti saya, jiwa seorang dvd collector hehe

Ciao Annin said...

Yup. Dalam bilik abang saya tu penuh dengan rak CD, VCD, DVD, blue rays, macam-macam lah.

Dia sorang je yang rajin collect DVD movie baru dengan compilation :D

tengkorakemas said...

hehe berapa percentage pirate dan ori? bestnya kalau dapat letak kat rak, kalau kat umah saya bahaya, nanti mak cakap membazir muahaha

Ciao Annin said...

X tau nak total up. But mostly pirate. Dia beli original untuk movie yang dia betul-betul suka je hehe!

Itulah yang jadi kat saya. Padahal baru satu rak je. Tu pun mak saya dah cakap membazir, penuhkan barang je dalam rumah huhu...

Tu saya dah siap tolak-tolak sampai ke belakang rak dah tu. Tapi rasanya untuk yang baru saya beli tu memang dah x muat dah. Aduiii... Camne nih? :'(

Then, Hasrul simpan mana semua koleksi VCD, DVD tu?

tengkorakemas said...

hehe dilema seorg collector :)

saya simpan dalam 'bilik kebal' hehe bilik saya belakang sekali, so letak dalam ring file then letak dlm kotak dan letak dalam almari, dilindungi baju2 haha

ada juga kat laci meja hehe ni pun nak kena tambah satu lagi fail katalog mcm selalu kat kedai tu..

p/s:saya baru edit page about me, if u have time please visit and give feedback :)

Ciao Annin said...

Tu lah kan... Payah gak nak bagi hujah-hujah bernas supaya manga itu tidak akan dijual hehe!

Haa? X penuh kah almari? Ke almari besar? Tapi simpan guna ring file tu lama-lama jadi nampak terlalu banyak kan? Ape cara lain yang lebih efektif eh?

p/s: I will :D

tengkorakemas said...

aha cakapla ada nilai2 murni, bukan sekadar hiburan, cewah!

he saya suka ring file yg comel, saya susun ikut genre..mempunyai habit yg hampir sama dgn penghidap OCD..mybe simpan terus dlm kotak efektif, tapi susah nak amik lak, senang cite dalam rak dvdla :)

Ciao Annin said...

X jalan pun... Sebab mama saya selalu cakap "Apa yang best dengan kartun tu? Entah apa-apa entah. X paham langsung." T_____T

Ape maksud "ring file yang comel" di situ? ;) Kotak efektif tu pulak macam mana?

p/s: Cakap pasal OCD, saya ada juga masalah ni. Tapi x la serius. Selalu jadi bila nak menggunakan bantal & bila nak kunci mangga rumah/opis haha!

tengkorakemas said...

'dalam kotak mybe lebih efektif' tula maksudnya he

hehe ring file tu ada gambar kartun atau watak flem

dalam manga pun ada nilai2 murni kan?:)

bab kunci mangga tu saya boleh bayangkan, tapi masa guna bantal macam mana?

Ciao Annin said...

Oh orait! Paham sudaa ~ :D

Kira ring file bergambar la, rather than blank kan? Selalu tengok yang gambar mickey mouse, masa zaman CD/DVD popular dulu haha!

Memang ada, in fact banyak! Tapi tidak akan faham juga T_____T

Kalau kunci mangga tu macam xmo lepas, dan asyik nak cek dah kunci ke belum. Padahal dah selamat berkunci pun. Yang bantal ni, x kisah la kat bilik sendiri or bantal kat bawah/ruang tamu, saya akan gosok/sapu ulang-ulang banyak kali sampai puas hati (sampai la jugak 5 minit). Padahal xde apa pun dekat bantal tu. OCD nih sampai terbawa-bawa kat tempat lain jugak.

Adik saya jahat sikit. Kalau dia nampak saya tengah gosok-gosok bantal tu, dia akan sengaja pegang/tepuk bantal tu! Sebab dia tau saya akan ulang balik macam memula saya pegang bantal tu ish ish...

tengkorakemas said...

huh..ni memang dah mcm OCD, :) takpela asalkan tak susahkan org bab bantal tu hehe cuma jadi bahan sakatla,

ha'a betul, bukan ring file yg blank, tak ceria langsung kalau blank XD

kak cakapla ada nilai persahabatan cewah :D

Ciao Annin said...

Setakat ni cuma adik saya je yang tau & Hasrul haha! Kalau orang lain tau, habislah!

Ohhooo... kalau saya, mungkin kurang minat. Lebih suka kalau blank. Tapi kalau ada design yang menarik, maybe akan beli :D

X kisah la cakap ada nilai budi pekerti mulia, persahabatan yang agung sekalipun masih x mampu nak memecahkan 'tembok' pemikiran bonda ku huhu...

tengkorakemas said...

hehe saya simpan rahsia ni dgn baik :)

selalunya design tu mewakili genre filem, contoh gambar superman returns, jadi semua dvd dalam tu filem superhero, mcm tula :)

yeke?kalau begitu, pasrahkan sahaja hehe

Ciao Annin said...

Orait! Sankyuu! ~ :)

Ohhoo ~ Senanglah macam tu. Tarik satu file, ikut genre. Ok jugak idea nih.

Ye... Itu je yang mampu ku lakukan :')