Kali nih aku nak share satu cerita yang betul-betul meruntun jiwa raga. Terima kasih kepada penulis asal, Zyq, kerana berkongsi cerita hebat ini. Selamat membaca! :)
Inilah kisahku... bermula...
Aku diberi nama Hitam. Pelikkan nama tu. Macam takde nama lain aje. Sebenarnya aku pun cukup tak suka dengan nama tu... Macam nama gangster... Tapi... Apa nak buat dah memang nama aku gitu, bersyukur ajelah... Aku dilahirkan sebagai anak yatim piatu. Memang malang nasibku tak seperti kawan-kawanku yang lain ada ibu dan bapa. Kadang-kadang aku cemburu melihat mereka sekeluarga bergurau senda dan bermesra. Syukurlah ada Pak Mat sekeluarga, dapatlah aku menumpang kasih. Beliaulah yang menjaga aku sejak kecil dan memberikan aku sepenuh kasih sayang.
Ibuku meninggal dunia kerana x tertahan menanggung sengsara ketika melahirkan aku. Mungkin kerana saiz aku yang agak besar. Macam anak gajah, kata Pak Mat. Ayahku pula terkorban akibat kemalangan jalanraya. Menurut cerita yang aku dengar, ayahku mati dilanggar kereta ketika hendak melintas jalan. Wallahualam...
Sekarang aku sudah remaja he... he... Seronoknya!! Seronoknya!! Seperti remaja lain aku juga tak dapat lari perasaan ingin disayangi dan menyayangi dan perasaan ini aku peruntukkan khas... Untuk dia seorang... Nurlida namanya... Orangnya cantik manis, lemah lembut, sopan santun... Ahhhh... kira perfectlah!! Come lote kata oghe Kelate...
Hai kalaulah aku dapat dia... tentu kawan-kawan aku jealous... Tapi masalahnya... Itulah... Dia tu anak Pak Mat!! Jadi.. Terpaksalah aku pendamkan sahaja perasaan aku ni sendiri. Lagipun aku sedar siapa diri aku ini... Sekadar menumpang.
Kajang Pak Malau kajang berlipat... Kajang hamba mengkuang layu... Dagang tuan dagang bertempat... Dagang hamba musafir lalu... Hai sedihnya. Semalam, ahhh... Semalam... Merupakan hari yang paling malang dalam hidupku. Bunga yang aku puja-puja selama ini telah dirampas orang!! Sewaktu aku sedang merayau-rayau keliling kampung aku terserempak dengan Nurlida... Gadisku itu sedang membonceng motosikal dengan Zarir... Cis!! Bukan main mesra lagi.
Binawe kau Zarir, kan ramai lagi perempuan lain dalam kampung nie... Kenapa awek aku jugak yang kau kacau... Nanti kau Nurlida, aku report kat ayah kau!! Malam tadi aku tak senang tidur. memang sukar aku nak terima kenyataan ini...
Tak sanggup lagi aku menengok muka gadis idaman aku tu... Melihat dia bermesra-mesra. Aku cemburu... Cemburu!! Aku mesti lari dari sini. Ya, itulah keputusan aku... aku nekad... Apa nak jadi, jadilah. Aku mesti keluar dari kampung nie!! Tapi kemana aku nak pergi? KL? JB?... Ya... KL... aku akan pergi ke KL. Biarlah aku membawa diri ke sana.
Baru sebentar tadi aku pergi berjumpa dengan kawan-kawan aku, nak ucapkan selamat tinggal... Semua kawan-kawan aku menasihatkan aku agar jangan pergi... terimalah kenyataan ini, aku dan Nurlida tak setaraf...
Ya, aku tahu... Aku tahu... Aku nii... Aku nii.............. Cuma seekor kambing!
So what?? Kambing tak buleh bercinta ke? Ke? Ke?

Kahkahkah!!!!!!!! Amacam? Sedih x? Sayu je kan kambing tu! Mwahahaha!!! Aku suka gile dengan cerita lawak nih! Memula baca, memang aku khusyuk gila. Kesian Hitam nih... Dah la anak yatim piatu... X dapat pulak tu nak memiliki gadis idamannya. Siap nak bawa diri pergi KL tu. Kecewa punya pasal. Tapi bila dah sampai ayat-ayat terakhir tu... Oh! Aku tensi!!!! Hitam tu kambing rupanya!!!! Oh man!!!! Why??? Mwahahaha!!!
Aku suka cara penulis asal nih bercerita. Penuh bersahaja hehe! Semoga lawak nih menceriakan pagi korang semua! :D
Ciao: Semua yang tercipta di dunia punya hati dan perasaan. Happee-happee everyone!!! :)
*Sumber: Lawakjenaka.com
Penulis asal: Zyq
Google pic ~ A dream :)
4 comments:
hahahha~ menyayat hati~ mruntun jiwa rohani~ hahahahah~ T___T
HAHAHAHAHA!!!! Sorilah brother-ku Izzat XD
Awak ketawa sambil nanges? Wah! Sayu x cerita si Hitam nih? Sian dia kan? ;D
hehehe hitam hitam..baik dok je dgn nurlida, kl banyak dugaan..nanti jadi black metal lak..ki3
@tengkorakemas:
Tu lah pasal. Duduk je lah ngan Nurlida tu. Mesti hidup terjaga. Kalau gi KL karang jadi kambing black metal pulak huahahaha!!!
Post a Comment