Wednesday, September 8, 2010

Doa Harian Ramadhan ~ 29

Assalamualaikum...
Oh sudah memasuki hari ke-29? Hanya tinggal sehari lagi sebelum kita meninggalkan Ramadhan. Sayu pulak rasa. Di opis pun dah x ramai yang ada. Ramai yang dah bercuti. Apatah lagi esok? Mesti hanya tinggal aku dan beberapa rakan opis saja huhu...
Semalam pun suasana sayu, masing-masing bermaaf-maafan. Petang nanti pun akan begitu juga. Oh sedih! Laa ni pun dok tengah dengar lagu raya yang Che Ben pasang. Datang turn lagu yang meruntun jiwa tu... Aduh... Rasa mahu pulang sekarang jugak! Boleh? Hehe!
Teruskan memohon agar sentiasa dilindungi dan dipayungi rahmat Allah swt. Jangan memandu tergopoh gapah hokey! Biar lambat, janji sampai dengan selamat, insyaAllah.
Doa Hari Ke-29

اَللَّهُمَّ غَشِّنِيْ فِيْهِ بِالرَّحْمَةِ وَ ارْزُقْنِيْ فِيْهِ التَّوْفِيْقَ وَ الْعِصْمَةَ وَ طَهِّرْ قَلْبِيْ مِنْ غَيَاهِبِ التُّهَمَةِ يَا رَحِيْمًا بِعِبَادِهِ الْمُؤْمِنِيْنَ

"Ya Allah, liputilah aku dengan rahmat dan berikanlah kepadaku taufiq dan penjagaan. Sucikanlah hatiku dan dosa-dosa fitnah Wahai Pengasih terhadap hamba- hambaNya yang Mukmin."

Amin...

Ciao: Hati sudah mula berbunga-bunga :D

No comments: