Friday, August 17, 2012

Selamat Hari Raya!!! Eid Mubarak 2012!!!


Assalamualaikum ya sahabat! :)

Lama kan x jumpa? Last post baru nak mula Ramadhan. Post seterusnya lagi sehari nak raya. Hahahahaha!!!

Sepanjang Ramadhan, alhamdulillah. Semua baik-baik saja. Walaupun berlaku kejadian yang x diingini, aku redha dan terima dengan lapang dada. Alhamdulillah.

Berkat Ramadhan. Ya Allah, sangat besar! Syukur pada Dia. Aku harap dapat teruskan perubahan ini. Aku xnak macam dulu. Semangat nak berubah awal-awal. Akhirnya, terkandas jua.

Aku mohon dikuatkan semangat dan kesabaran. Apa yang berlaku pasti ada pengajaran dan hikmahnya. InsyaAllah, amin.

Dikesempatan ini aku nak ucapkan Salam Aidilfitri untuk semua muslimin muslimat seluruh dunia. Tahniah kerana semakin berjaya melaksanakan dan mengakhiri ibadah puasa di bulan mulia ini.

Segala salah dan silap, terkasar laku dan bahasa, mohon kemaafan adanya ya? Terima kasih semua!!!

Hati-hati balik raya ke kampung masing-masing! Sayangilah diri, keluarga dan semuanya! :)

Thursday, July 19, 2012

Ramadhan Datang Lagi!!!


Salam semua hadirin hadirat!

Rasa macam baru je raya. Esok malam dah mula tarawikh. Cepat benar masa berlalu. Seingat aku masuk kali ni dah tahun ketiga Ramadhan untuk Ciao's Life Make A Secret. Alhamdulillah.

Walau x seaktif dulu, aku cuba sedaya adanya untuk menghidupkan jantung hati ku ini. Puasa kali ni aku mungkin membuat satu eksperimen. Cubaan untuk mengubah diri. Fizikal, mental dan rohani. Dengan izinnya, aku ingin berubah menjadi lebih baik. Mungkin bukan yang terbaik, sekurang-kurangnya antara yang baik.

Aku sedar diri ini sangat banyak kurangnya. Aku dan Dia. Tatkala ini, aku bagai hilang. Hilang arah. Aku akan cuba langkah demi selangkah. Cuma aku mohon ditetapkan hati dan niat kerana Dia.

Mungkin susah, mungkin mencabar. Aku akan terus usaha untuk kebaikan diri aku juga. InsyaAllah, Kau kuatkanlah, tetapkanlah hati ini. Amin.