Salam.
Aduhai... Dah banyak kali aku tengok perangai dia dengan satu lelaki ni. X kisahlah suami dia ke apa, tapi perangai sama saja dua-dua. X boleh nak SABAR!. Helloooo ~ Awak dua orang ni asal mana ya? Eh orang lain tu aku tengok boleh saja beratur, boleh saja bagi orang dalam tren keluar dulu.
Yang korang dua orang ni macam x boleh nak tunggu, macam kena kejar hantu ni apasal? Ish ish... x faham betullah dengan perangai orang macam ni. Cuba anda bayangkan, anda telah beratur dan berdiri betul-betul tepi pintu masuk tren. Bila pintu dibuka tiba-tiba ada satu kelibat melintas di hadapan anda tanpa pedulikan orang lain. Apakah perasaan anda? Okey, sabar... Haaa masuklah, nak masuk sangat kan?
Tup-tup pagi-pagi buta tadi, kelibat dua orang tu juga lah yang nak menyempit. Yang aku geram sangat tu si kakak yang terhormat itu sesuka hati main langgar-langgar aku! Tolak aku ke tepi. Ewah-ewah... bukan main lagi kakak ya? Yang si cik abang tu pun dua kali lima juga! Main langgar saja orang lain. Rasa nak seligi saja dua-dua tu. Oh aku lupa! Mungkin mereka saja yang bayar tiket kot! Padahal aku tengok x pernah nya beratur beli tiket. Pas bulanan? Ceh!
Apa yang aku perhatikan, ('perhatikan' tu! Haha!) dua orang ni akan duduk seat belakang sekali. Eh kakak, oh abang! X ada siapa nak berebut tempat tu dengan awak-awaklah. Banyak lagi tempat boleh duduk. "Cheit!!! Apa punya worang!"
Semalam pula masa beratur dalam Pejabat Pos. Orang memang ramai. Beratur saja lah kan? Bukan susah pun. Ni tidak, ada yang datang tu dengan muka selamba menyapa orang-orang yang dah beratur depan aku, "A, tolong aku bayar bil ni". Yang satu tu pulak "B, B, tolong belikan aku sampul Pos Ekspres. Nah duit". Dan seterusnya datang lagi satu "C, kau nak update buku ASB kan? Tolong update-kan sekali aku punya ya. Terima kasih!". Bla bla bla... Nampaknya papan tanda "Sila beratur DI SINI" & "Please queue HERE" dah x ada fungsi hahahaha!!! Buat mahal-mahal, x ke rugi namanya?
Sumber: Google ~ Please Queue Here ~
Adoiiii!!! ~ Sakit kepala aku! Dari urusan 3 orang jadi 6 orang! Aku? Haha! Sengih sambil geleng kepala saja lah... "Oh anda semua sungguh JUAL IKAN!!!! a.k.a SEL(L)FISH!!!"
Ciao: Ada x sekolah untuk orang dewasa? XP












