Wednesday, November 2, 2011

Peluang Dan Ruang Baru Dalam Hidup

Alhamdulillah...

Satu lagi berita gembira. Bukan untuk aku tapi buat teman serumah dan sepejabat aku, Cik Nisa :)

Minggu ni minggu terakhir dia akan berkhidmat di MM2H. Minggu depan dia akan memulakan tugas baru di Johor Bharu. Kata tajuk pun Peluang Dan Ruang Baru Dalam Hidup kan? Harus semuanya BARU gitu! Haha!!!

Tersentak juga bila tiba-tiba dia bersuara, "Kak, saya ada benda penting nak bagitau ni." Dari situ pun dah dapat agak. Terkesima juga seminit dua. Detik hati berkata, "Seorang lagi nak tinggalkan MM2H... Berkurang lagi lah penghuni Unit 03."


Sedih? Mestilah aku sedih! T________T Lepas ni kurang dah korum nak gelak dekat rumah tu. Xde dah dengar sakat-sakat nakal Nisa yang suka kenakan
Miss Izah tu. Xde dah gaduh-gaduh manja Miss Izah dengan Nisa nanti.

Budak berdua yang gaduh sokmo XD XD XD

Aku happy gila duduk serumah dengan budak-budak ni: Zaza,
Izah, Nisa dan Fuza. Satu kepala, badan berlima. Wahahaha!!! Macam mana tu? LOL!

Walau apa pun, aku cukup gembira. Moga rezeki dia lebih murah dan kerja lebih best dekat sana nanti. InsyaAllah, amin.


Dan untuk yang lain, Zaza, Izah dan Fuza... Moga kita juga akan diberikan dan dimurahkan dengan rezeki-Nya insyaAllah. Dunia Allah ini luas. Sangat luas.


Untuk Nisa, Selamat memulakan tugas baru! Kerja elok-elok tau! Dan yang paling penting, jangan lupakan kitorang dekat sini nanti ya!!! Bila-bila kita jumpa lagi tau! Tau?! Hehe! ~ All the best to you sister!

Annin: Nisa d' Great! Lepas ni x jumpa dah nama tu... X sempat nak retreat sama-sama :'(

Bangun Tidur Yang Penuh Adab :)


Assalamualaikum.

Selamat pagi semua! Sekadar untuk berkongsi. Saya percaya ramai yang dah tahu dan praktikkan dalam kehidupan sehari-hari. Cuma nak jadikan sebagai peringatan untuk diri saya sebab kadang-kadang saya sendiri lupa.

Okay, jom kita tengok sama-sama!

1. Menyapu Tangan Ke Muka
Hadis Nabi s.a.w. yang bermaksud "Rasulullah bangun tidur, kemudian duduk sambil mengusap wajahnyadengan tangannya." (Riwayat Muslim)

2. Berdoa
Huzaifah meriwayatkan: "Dan setiap kali bangun tidur, Baginda berdoa:

اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِى أَحْيَانَا بَعْدَمَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ

Maksudnya: "Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami setelah sebelumnya mematikan kami dan kepada-Nyalah (kami) dibangkitkan." (Riwayat al-Tirmizi)

3. Bersugi (Membersihkan gigi)
Dalam sebuah hadis (yang bermaksud) ada menyebut: "Apabila Rasulullah s.a.w. bangun daripada tidur, Baginda akan membersihkan mulutnya dengan bersugi." (Muttafaq 'alaih)

4. Membasuh Kedua-dua Tangan Sebanyak Tiga Kali
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, "Apabila salh seorang daripada kamu bangun daripada tidur, maka basuhlah tangan kamu terlebih dahulu tiga kali sebelum memasukkan kedua-dua tangan ke dalam bekas, kerana kamu tidak tahu di mana tangan kamu berada ketika sedang tidur." (Muttafaq 'alaih)

5. Beristinthar (Menghembus air selepas menyedut ke hidung)
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Apabila seorang antara kalian bagun tidur, maka berwuduklah dan kemudian beristintharlah sebanyak tiga kali kerana syaitan bermalam di batang hidungnya." (Riwayat al-Bukhari)

Jom praktik dan amalkan hari-hari! Memang susah dan senang lupa. Tapi kalau cuba untuk buat hari-hari mesti lama-lama dah terbiasa. Kan? Kan? Adik-adik kita pun boleh, kita pun mesti sama-sama boleh, InsyaAllah.

Annin: Annin, sila jangan malas ya! :D

* Kredit untuk Majalah Solusi No. 36 dan Portal Prasekolah SK Danau Kota