Thursday, July 15, 2010

I miss you all lah!

Baru sebentar tadi aku telefon ex-colleague aku. Oh betapa lamanya tidak berbual hehe... Tau-tau je kawan aku nih dah nak due, insyaAllah akan bersalin awal Ogos nanti. Cerita punya cerita, rupanya hanya tinggal dia ngan sorang je lagi yang masih setia di tempat kenangan kami ber-sebelas, The Cool MTs! Memang banyak kenangan kitorang masa kerja bersama-sama dulu. Rapat memang x boleh nak cakap dah, kalau boleh mana-mana pegi mesti sebelas-sebelas tu nak kena ade semua sekali hehe... Senang cerita, kamceng gile!
~ Dorang buat surprise Birthday Party aku :') ~
Lepas je letak phone, tiba-tiba aku terasa rindu gile yang amat kat bebudak nih! Yelah, masing-masing ada yang dah berkahwin, dah berkeluarga. Masing-masing dah ada kerjaya masing-masing. Nak jumpa reunion pun memang susah sebab masing-masing berterabur seluruh Malaysia! Haha! Yang masih ada kat Lembah Klang nih pun susah nak bertemu mesra. Bila terkenang balek zaman muda-muda dulu *Muda la kan, 3-4 tahun lepas hoho!* memang seronok gile. Teringat macam mana kitorang celebrate masa dapat 1st gaji. Malam-malam layan bowling x hengat! Sampai lupa nak balek haha! Tapi... start dari situ, sorang demi sorang pegi... Keakraban dan kekuatan yang ada makin lama makin kendur, makin rasa insecure. Tapi nak buat macam mana, disebabkan oleh keadaan yang x mengizinkan, langkah selamat harus diambil. Dan aku juga telah mengambil langkah serupa meninggalkan tempat kenangan itu untuk masa depan yang lebih bermakna :D

~ Dengan Nafiz masa outstation kat Langkawi ~
Ada lah jugak kitorang buat reunion, tapi x pernah nye lengkap. Mesti ada je yang x dapat join. Walau camne pun, setiap kali jumpa, even x cukup korum, kitorang enjoy gak habis-habisan! Sekarang nih x tau lah bila agaknya boleh jumpa mereka-mereka nih. Setau aku dah 6 orang kahwin, 2 orang dah ada sorang anak and another 1 bakal menjadi ibu! Yeay! Ada sorang nih memang paling lama kot x jumpa, Kitorang panggil dia 'Abang Long', sebab dia yang paling tua :) Abang Long memang sempoi gile! Sangat baek dan sangat menjaga kitorang cewah! Apa lah cerita dia sekarang agaknye eh? :)
~ Asnorizam Abd Asis a.k.a. Abang Long :) ~
Oi korang! Bila nak berjumpa bersuka-ria, bergurau senda nih? Lama gila kot x jumpa!!! Jom! Jom! Kita reunion! XD

~ Celebrating our 1st pay :D ~

Ciao: And I miss you.... (All*) :'D

2 comments:

umi said...

anemmmmm !!! huarghhh sedih plak bace. bila nak reunion??? jom jom ! :-). naseb baik terselit gak gambo aku skeping hehe. aku la mengangkat kaki paling awai skali hehe. durhaka sungguh :-p

Ciao Annin said...

Umi-tan! Reunion postponed T_____T Ramai x available. So yang available terpaksalah untuk x available-kan diri huhu ~