Friday, July 16, 2010

Aku jumpa MIOR kat MAPEX 2010!

Konbanwa! :)

Haaaah.... Alhamdulilah, sudah selamat sampai rumah. Terima kasih kepada 'teman sepencerita hantu', Che Izah, sebab sudi menghantarku sampai depan rumah... Honto ni arigato!!!

Huwaaah!!!! Walaupun penat, tapi seronok menjaga booth kat MAPEX 2010. Orang pun boleh tahan gak ramai. Keseronokan bertambah dengan adanya rakan seperjuangan di sisi, sama-sama menceritakan kisah hidup dan pengalaman masing-masing. Yang paling best masa kitorang cerita pasal hantu hahahaha!!! Kelakao!

Semalam kan aku bersedih-sedih, berindu-rinduan mengenang ex-colleagues ku... Nak dijadikan cerita, masa aku duduk kat booth, tengah orang dok lalu-lalang depan kitorang, aku perasan ada seorang encik berbaju Melayu, kaler oren! Aku mula pandang dari kasut sampai ke songkok... Tiba-tiba aku terus menjerit keriangan! "Mior!!!" Encik itu pun terkejut lalu memandang ke arah ku. "Eh, Anem!!!" :D

Haaa... Inilah Mior, salah seorang dari member ku yang susah gile nak jumpa. X sangka kot boleh jumpa. Kebetulan dia datang situ ngan bos dia. Oh Mior, kao masih seperti dulu, langsung tidak berubah :D Nanti, ada kelapangan kita lepak ramai-ramai lagi. Jangan lak kao x angkat call, x balas sms aku!!! Siap kao nanti mwahahahah!!!


Aku berharap jugak dapat jumpa yang lain-lain tadi. Apakan daya, semua kerja T__T... Aku harap dapatlah kumpul before Ramadhan nanti. Kalo x dapat gak, kita bukak puasa ramai-ramai je lah ye :) Masing-masing, sila alert hokey!

Ciao: Tahun lepas berbuka kat TCRS. Tahun nih korang nak kat mana? :D

No comments: