
Seronok betol baca kenangan Ramadhan para bloggers. Ada yang happee, ada yang sedih dan ada jugak yang penuh dengan dugaan dan cabaran. Yang pastinya, setiap kenangan nih memberi 1000 makna dan akan menjadi ingatan sampai bila-bila. Terima kaseh Che Ben!
Maka ingin aku mengambil kesempatan ini untuk berkongsi bersama kenangan indah Ramadhan ku bersama rakan bloggers dan juga sahabat-sahabat yang aku sayang gile! :) Enjoy!


Kali kedua pulak agak mencabar sikit. Program buka puasa yang nih kitorang buat hari bekerja. Atas usaha kawan aku, dia pergi booked waktu rehat rasanya, dekat The Chicken Rice Shop ~ Bukan sekadar Nasi Ayam! Koook kokok koooook ~ KL Sentral. Masing-masing janji jumpa dalam pukul 6 ke atas. Untuk aku ke KL Sentral kene naek komuter. Dan-dan lah masa tu jugak nak tergendala bagai.... Semua orang dah berkejar-kejar nak balek rumah, nak buka puasa. Tapi xpe, sabar... Mesti sempat. Nasib baek dekat je. Tunggu punya tunggu, aku naek tren dekat 6.30 petang. Sampai KL Sentral, jumpa lah aku dengan dua sahabat ku, Che Sue dan Che Fieda. Yang Che Jazy pulak, mentang-mentang lah dekat, dia kata keluar lambat-lambat pun xpe... Ceh kamu Jazy! Hahahaha!!! Yang aku risau ni lagi sorang, Che Mior namanya. Dia kata dia maybe lambat sikit sebab ade meeting. Huish... Bukan betol sangat dia nih. Kalau dah meeting tu sah-sah habis lambat huhu...
Akhirnya 7 lebey jugak Che Jazy dan Che Mior sampai.... Yang kelakar nye, Che Mior bercerita. Habis je meeting, dia terus cabut. Kitorang pun agak pelik sebab masa dia datang, dia pakai casual. Cap, t-shirt & jeans. Bila masa dia ber-henshin? Maksud aku, bertukar hehe... Dia kata "Dalam kereta"! Haaaa???? Gile lah dia nih! Haha! Dia kata jalan jam, masa berhenti-berhenti tu lah dia salin baju. Pergh.... Cekap siot! XD ~ Henshin yang sempurna!
Masuk waktu, kitorang pun berbuka. Seronok sangat dapat buka puasa sama-sama, borak-borak, gelak-gelak... Selesai agenda, kitorang pun berpecah semula. Salam-salam, peluk-peluk... Ops! Kecuali dengan Che Mior lah haha! Lalu kitorang pun pulang ke tempat asal masing-masing. Thanks guys! :D


Aku harap Ramadhan tahun ni, dapat buka puasa dengan dorang lagi. Nak tambah yang x join dulu. Mesti lagi hebat! Haha! InsyaAllah, ade rezeki kita buka puasa ramai-ramai eh? :)
Ciao: Aku harap Reunion Cool MTs 31 Julai 2010 nih berjaya diadakan... *Puriiiiisssss ~*
2 comments:
best dapat buka puase ramai2 :)
yg che mior tu..memang hebatla dapat tukar dlm kete he
Best lagi seronok! ;)
Haaa.. Kagum jugak dengan kehebatan Che Mior tu haha! Perfect henshin! :D
Post a Comment