Assalamualaikum :)Skandal nampak tengah hari nih? Haha! Nasib baek ade si Drawing Block tu dekat belakang! Tapi memang aku betul-betul rindu kenangan bersama Drawing Block ku itu! Dah bertahun jugak aku x beli blok lukisan. Walaupun aku lebih suka melukis atas kertas A4, tapi jika aku gunakan pensil kayu, aku lebih suka gunakan blok lukisan. Sebabnya aku suka tekan kalau pakai pensil kayu hehe!
Yup! Aku memang suka melukis, tapi kebolehan ku cuma terhad dengan cara 'Lihat dan Lukis'. Untuk merealisasikan watak/imej ciptaan dari dalam kotak imaginasi, masih belum sampai ke tahap itu. Walaupun suka melukis, aku tidak suka mewarna! Kahkahkah! Kalau aku kaler, berterabur! Dah x nampak apa dah! Cukup sekadar hitam dan putih sahaja hehe!
Kebanyakkan artworks adalah ilham dari kartunis favourite ku, Bro Aie dan Kaoru dari Gempak Starz. Aku diperkenalkan dengan alam komik serta kartun bermula dari karya Aie. Penuh santai tapi cukup indah dan chantek! Lebih-lebih lagi gambar pemandangan dan persekitaran. Simple yet uniquely beautiful!
Aku cukup gila dengan siri Abe dan Blues Untuk Aku. Dan kemudian diperkenalkan pulak dengan Aku dan Sesuatu. Koleksi ku dulu penuh dengan lukisan dari karya Aie yang 3 nih. Namun telah ku titipkan sebagai cenderahati buat teman-teman. Bila masuk era kartunis muda, terjebak pulak dengan artist dari Gempak Starz. Dari situ aku kenal dengan Kaoru.
Setiap kali beli Gempak, siri love story oleh Kaoru yang aku baca dulu. Sebelum tu, Siri Maskeret Cinta dari Fakhroul Anour. Best! Tapi lukisan beliau lebih kepada realistik. Kenapa aku suka dengan artwork Kaoru? Sebab comel-comel belaka! Aku suka dengan outfit yang dikenakan dengan watak. Unik! Ada juga watak yang menggayakan style seperti JRocker dan Lolli. Ada pengaruh dari gaya manga Jepun. Disebabkan suka sangat dengan watak-watak ciptaan Kaoru, aku pun mula melukis untuk kepuasan dan simpanan ku sendiri.
Dan ini antara sketching yang masih ada dalam simpanan ku. Enjoy!

Hisashi GLAY. Satu-satunya artwork yang aku lukis dari gambar sebenar / real person. Lipatan baju? Epic FAIL! Haha!!!

One of H.O.T. member, aku x ingat nama dia huhu... Dari set penanda buku comel H.O.T.
Kox, seorang remaja bisu yang penuh dengan kasih sayang tapi tidak berpeluang meluahkan apa yang tersimpan di dalam hati :'(
Albert of Unknown
J.R. of Unknown. Watak dia seakan-akan Jiro GLAY :)
Izad, waiter yang baik hati dalam siri Kaoru's Cake House (Tapi aku minat dekat watak Wing huhu...)
Mika, anak kepada Spade dari siri Helios Eclipse. Comel gila dak kecik nih! :) Kali kedua inking guna pen selepas comic strip dari Aie (Xde dalam nih hehe!)
Samurai Deeper Kyo! Serious aku x pernah baca manga nih. Dilukis atas permintaan roommate pada jam 11.30 p.m. Bila dah siap conteng, beliau xnak pulak. Takut katanya tengok mata Kyo tu hahah!!! *Yang ni aku dah hadiahkan dekat seseorang ;)
Cover dari 'MY WAY' oleh JIDI, seorang pelukis komik dari China. Suka gila dengan cerita dia walaupun susah nak faham. Agak falsafah sikit :) (Ade kelainan dari cover asal sebab dah lari scale haha!)

Satu-satunya kenangan terindah dari Bro Aie! Best gila dapat jumpa dengan beliau. Sporting habis!!! Thanks bro fo sharing the arts! :)
*Kredit buat Bro Aie, Kaoru dan JIDI!
Wishing all of you the best! LOVE!!! To Gempak Starz, keep on with the good products!
Ciao: Pensil kayu banyak lagi dalam laci tu haha! ;)
19 comments:
waaaahh cantik!!! kalau lukis momochan versi cartoon boleh tak?uhhuuuu~
suka tengok orang ada bakat melukis ni.tapi momo tak berbakat langsung.cuma tahu mewarna je.huhu
Aaa? Belum pandai nak lukis real person to cartoon hehe! Pernah buat sekali, x jadi T____T
Wah! Saya pulak x berbakat dalam mewarna. Boleh la ajar saya maen kaler-kaler :D
kak dulu zmn sek ske gak sketch watak komik esp from dragon quest.. ada lg dlm simpanan tp kena korek..huhuhu
@L.O.V.E. hUnTeR:
Ha? Yeke? X pernah baca Dragon Quest tapi watak dia comel-comel gila! Nanti kalau dah jumpa, jangan lupa roger saya ya :D
hahaha.. okeh, i will..:)
@L.O.V.E. hUnTeR:
Yatta yatta! Looking forward for it cikgu!!! :)
hehehe...xpa2 kite masing2 berusaha mesti boleh kan..?HEHE
wuuu yeke? kalau err kak annin ek? da buat gitau momo ek.momo nak tengok
@momochan:
Hai! Jom usaha sama-sama! :D
Nak lukis real person perlu masa berkualiti yang lama (pada saya la). Nanti saya upload da only artwork yang saya lukis real person eh.
hisashi glay tu ke?cacak gila rambut hahahha..
anninsama cantik la juga lukisan tuh...
momo suka izad dan kox....cantik!
cerita diorang pun cantik! huhu
lukis pula kartun animasi tapi pakai baju kurung leh?hehe
@momochan:
Yup, Hisashi GLAY. Tu style rambut dulu. Sekarang dah lurus ke bawah hehe!
Mesti pernah baca kan siri Kaoru's Cake House? Izad tu cute! Tapi saya lebih suka Wing ~ Watak lebih matured.
Cerita Kox sedih... Sedih bila orang yang dia cinta lambat sedar yang Kox sangat sayangkan orang tu huhu...
@momochan:
Erk... Pakai baju kurung pulak? Kene ada contoh la haha! Takut lain yang jadi ;D
caio annin sama, kak da upload watak2 manga yg kak lukih 10 years ago~~:)
@L.O.V.E. hUnTeR:
Teacher! Dah tengok! Kagum!!!
Sekali kita dari zaman yang sama daaa ~ Haha!
HAHA kaoru's cake house tu favourite sangattt! wing garang la.tp bila bg snyuman membunuh tu.hehe sume takot.
cerita ko tu,sapa nama girl yg kahwin lain tu.eee geram betul. i love u pun tak nampak ke?kox tu da la bisu mana leh ckp.grrr~ emotional
errr xada contoh baju kurung tu la.hehe suruh kaoru lukis dulu la hehehe
@momochan:
Haha! Samalah kita! Suka sangat dengan Kaoru's Cake House! Walopun Wing nampak garang, tapi hati dia baik. Dia jadikan Coo anak angkat hehe!
Nama girl tu Rita. Biasalah, kadang-kadang terlepas pandang. Tapi xtau pe jadi dekat Kox pastu.
Haa? Nak suruh Kaoru lukis? Kalau lah dapat jumpa dia ritu, konpem saya request hehe!
terjah!
salam perkenalan..=)
by da way, nice pict!
wah serupalah..lagi2 watak dalam Kauru Cake House tu, dah agak dah kak memang berbakat hehe
ni snap guna camera ke scan?
p/s:he dah meriah komen hehe
@Di@n@:
Salam kenal Diana-chan! :D Oh, thanks!
@tengkorakemas:
Eh? Serupa? Xdelah sama sangat kalau nak compare dengan yang original. Nampak perbezaan hehe! Oh, terima kaseh Hasrul-kun! :)
Semua saya scan. Memula tu malas nak pasang scanner, ingat nak snap guna camera. Tapi gelap dalam bilik tu. Maka, gagahkan juga pasang scanner haha!
Post a Comment