Monday, August 23, 2010

Mengapa aku bersikap sebegini?

Ok, x nak cerita panjang-panjang.

Aku sendiri x tahu kenapa dengan diri aku hari nih. Dari awal pagi, hati aku rasa x tenang. Rasa x sedap. Rasa macam hati aku ni kena vacuum. Rasa sakit. Rasa macam kena tekan-tekan. Punyalah bercampur bagai rasa haa... Tapi sampai laa ni aku masih x tau jawapan kenapa.

Aku mintak maaf lah eh kawan-kawan atas sikap aku hari nih. Memang rasa gloomy gile! Yeah, I did try my best untuk senyum dan gelak ketawa. Tapi jauh di sudut hati aku, ada sesuatu yang masih membuatkan aku rasa, senyum tawa tu bukanlah 100% seikhlas hati aku. Aku cuba untuk meluahkan, tapi aku x mampu. Aku cuba untuk melupakan dengan bercerita gelak ketawa, tapi sampai satu tahap, point aku mati di situ. Memang terasa janggal gile! Tapi x mampu nak sambung apa-apa. Blur? Bukan! Bukan itu yang aku rasa. Mahu meneruskan untuk ceriakan suasana, tapi lama-lama jadi mendatar dan akhirnya... Full stop!


Banyak kali juga aku rasa hati nih macam nak meletup tadi bila sesuatu yang remeh akhirnya jadi masalah pada aku dan sekaligus menyusahkan orang lain atas sebab yang remeh-temeh tu. Tapi alhamdulilah... Aku berjaya menangkis semua unsur-unsur 'kegelapan' tu sampai lah penamat hari ni. Ingatkan lepas kembali ke rumah, setelah selesai segala urusan, boleh lah pulih kembali. Namun , keadaan masih juga sama. Aish....

"Bertenang lah wahai hati... Mohonlah kepada-Nya agar kau lebih tenang malam nih... Amin... "

Ciao: Rasa seperti mahu nanges...

7 comments:

Anonymous said...

Owhhhh... I did sense that something was not quite right with you today! Happeeeeeee happeeeeee selalu yeeee............

Ciao Annin said...

Oh akak!!!! Huhuuuuu ~

Hai!!! Wakarimashita! :')

tengkorakemas said...

hm..ketidaktenangan pasti melanda..ia sebahagian dr kehidupan..

just fikir positif, jgn biarkan aura negatif menguasai minda,

tak salah untuk sedih/gelisah/tak tenang, asalkan ia membuatkan kita muhasabah diri, mencari solution, seterusnya kembali ceria :D

Ciao Annin said...

@tengkorakemas:

Yup. Things like this will happen occassionally. Cuma itu lah... Masih berfikir dan berfikir. Mencari asal usul, pucuk pangkal cerita.

InsyaAllah, saya xkan biarkan aura hitam tu menyelubungi. Time will cure the old me :)

Akan berusaha memperbaiki seterusnya mengembalikan seri dalam diri cewah! :D

Thanks Hasrul!

tengkorakemas said...

welcome :D

ddfirdaus said...

mari kita ramai2 baca yaasin untuk anim tengahari ni..seram tak???

Ciao Annin said...

Adesss.... Agak seram di disitu huhu ~ Apapun terima kaseh! :D

Saya pun join sekali baca Yaasin hehe...